Akhirnya, Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Jamil Khir Baharom terpaksa tampil dan buka mulut setelah diasak supaya menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu."Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," kata beliau kepada pemberita di sini
Sebelum ini Jamil Khir dikatakan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu tersebut.Namun tiada apa yang baru bila Jamil Khir buka mulut.Hanya sanya lebih busuk dari mulut pegawai yang cuba membelanya di sini
Pada Jun 2011 juga Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman ini.Kenyataan terbarunya kali ini pun seropa apa yang pegawai itu sebut sebelumnya - tidak menyebut tentang ‘pendahuluan’ RM63,650 daripada wang zakat yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara pada November 2011.
Sementara itu , Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menyifatkan dakwaan Jamil Khir itu menghina Ketua Audit Negara yang membuat laporan bahawa wang zakat telah digunakan untuk membayar kos guaman tersebut.
"Menghina Ketua Audit Negara bermakna menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Ketua Audit Negara dilantik oleh baginda," kata nya lagi.
"Selain menghina Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Jamil Khir sebelum itu telah melakukan jenayah pecah amanah wang zakat dan institusi zakat yang terlibat itu berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya di sini






0 comments:
Catat Ulasan