Followers

Isnin, Februari 28, 2011

Kerajaan akan berhadapan dengan HIMPUNAN AMAN BERSIH 2 jika enggan buat perubahan

Nampaknya, kebangkitan revolusi rakyat dinegara-negara arab akan merebak ke Malaysia dalam sedikit masa lagi jika kerajaan yang ada hari ini terus bersikap degil dan tidak ambil peduli tuntutan himpunan BERSIH yang pertama pada 10 November 2007 yang lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan , mendesak supaya kerajaan memberi perhatian serius terhadap beberapa tuntutan yang telah dibuat dalam himpunan BERSIH yang pertama yang lalu sebelum berlangsungnya pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Antara tuntutan tersebut ialah :

  • Penggunaan Dakwat Kekal kepada pengundi

  • Pembersihan daftar Pemilih

  • Pemansuhan Undi POS

  • Kebebasan media

  • Menurutnya, perkembangan demokrasi dalam negara masih tidak benar - benar telus dan bebas dari sebarang manipulasi seperti undi pos yang masih diamalkan dalam sistem demokrasi negara. Malah undi pos benar - benar dijadikan tali hayat pihak pemerintah untuk mengekalkan survival kuasa mereka.

    Beliau turut mempersoalkan penggunaan media elektronik dan cetak negara seperti RTM dan Utusan Malaysia serta Berita Harian diguna sepenuhnya secara tidak adil untuk berkempen sebelah pihak iaitu pihak UMNO dan BN sahaja.

    Beliau memberi amaran keras bahawa kerajaan akan berkemungkinan besar berhadapan dengan satu lagi rally atau himpunan BERSIH 2 pada bulan June 2011 [ Sabtu ] jika sekiranya menjelang 1 Mei 2011 ini, kerajaan Umno/BN gagal memulihkan system demokrasi pincang tersebut.

    Beliau amat menyakini, sekurang - kurangnya setengah juta rakyat [500,000] akan bangkit secara aman untuk menuntut hak mereka sebagai rakyat yang merdeka. Sumber

    Mahathir adalah pengkhianat nombor satu

    Mengata dulang, paku serpih.Mengata orang, awak yang lebih! Begitulah ungkapan yang boleh kita katakan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 yang begitu mudah sekali menuduh orang lain sebagai pengkhianat bangsa. Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaumnya sendiri menderita.

    Selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981-2003), banyak perkara yang dilakukannya mengkhianati orang-orang Melayu. Antara perkara penting tindakan UMNO yang boleh kita kategori sebagai tindakan khianat terhadap bangsa dan agamanya adalah :

    1. Mahathir telah menghapuskan kuasa raja

    Bermula pada 1983 bila mana Perkara 66 Perlembagaan dipinda supaya raja-raja tidak boleh lagi menggunakan budi-bicara tidak menandatangani sesuatu rang Undang-undang bukan kewangan yang hendak dijadikan Undang-undang Negara. Sebelum itu, raja-raja mempunyai kuasa budi-bicara tidak menandatangani sebarang rang Undang-undang yang difikirkan zalim dan tidak adil terhadap rakyat. Sekarang UMNO boleh menggubal dan meminda apa sahaja rang Undang-undang yang dikehendakinya tanpa sebarang sekatan atau halangan.

    Sekali lagi UMNO membuat pindaan terhadap Perkara 181 [2] bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu dalam krisis Perlembagaan pada tahun 1993.

    2. Mahathir telah meminggirkan Bahasa Melayu.

    Perkara 152 Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa rasmi ialah Bahasa Melayu digunakan untuk semua urusan rasmi peringkat kerajaan Persekutuan, negeri dan badan-badan berkanun. Pada akhir Disember 1993, mantan PM ke-4 menyatakan bahawa kabinet telah memberi kebenaran bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar kursus berunsur teknologi di semua universiti dan kolej tempatan.

    3. Mahathir telah berusaha untuk menghapuskan Sekolah Agama Rakyat [SAR]

    Beliau telah memberhentikan pemberian perkapita tahunan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai usaha untuk menghapuskan sekolah-sekolah agama ini.

    Tujuan sebenarnya adalah untuk mematikan gerakan Islam dan mematikan tunas-tunas penghayatan Islam serta UMNO tidak mahu masyarakat Islam membudayakan keIslaman dalam kehidupan seharian mereka kerana ini tidak menguntungkan UMNO. Semakin ramai rakyat memahami Islam yang sebenar, semakin ramai yang akan menolak UMNO. Oleh itu, UMNO mahu terus masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan kemiskinan. Apabila masyarakat berada dalam kejahilan dan kemiskinan, maka senanglah bagi UMNO mencucuk hidung seperti lembu.

    4. Mahathir Menghina dan menyekat Islam

    Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam; Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi; Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan; Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama; Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

    Sewaktu ditemubual oleh wartawan pada 18 Ogos 1991, Mahathir berkata, “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

    5. Mahathir Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

    Kes Anwar Ibrahim; Kes fiasco Tun Salleh Abbas; Percutian Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin bersama Datuk VK Lingam; Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu.

    DUN Likas; Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim; Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran; Perlantikan Tan Sri Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Tan Sri Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Datuk Seri Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara; dan Perlantikan Datuk Arifin Jaka dan Datuk Agustin Paul sebagai Hakim Mahkamah Agung.

    Ah! Terlalu banyak pengkhianatan yang Mahathir lakukan terhadap kita semua, rakyat Malaysia

    Ahad, Februari 27, 2011

    Malaysia amal dasar "Pemimpin didahulukan"

    Perdana Menteri Najib Tun Razak dan kabinetnya cuba menyembunyikan ketakutan bahawa rusuhan Timur Tengah akan tersebar dirantau ini.

    Najib berkata, "Kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana hal-hal yang sangat berbeza di kedua-dua negara."

    Beliau menekankan bahawa perbezaan penting antara kedua-dua negara adalah bahawa BN mempraktikkan dasar "Rakyat didahulukan".

    Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa gejala di Timur Tengah tidak akan terjadi di Malaysia.

    Ada juga menteri yang pernah bakar jambatan, berkata, "Di negara-negara yang menghadapi pemberontakan , mereka tidak mempunyai perlembagaan yang solid seperti kami, juga tidak mempunyai pilihan raya yang bebas memilih pemimpin mereka."

    Semua mereka menyatakan bahawa Malaysia bersatu, demokratik dan bahawa kerajaan mendengar rakyatnya. Mereka adalah salah!

    Mereka sebenarnya adalah dalam sindrom penafian kerana ada banyak persamaan antara negara-negara Arab yang rakyatnya bangun menuntut reformasi dengan keadaan di Malaysia.

    Orang Mesir muak dengan Peraturan represif Hosni Mubarak. Alasan ketidakpuasan mereka terutama kewangan. Mereka marah dengan kehidupan di negara autokratik polis, keadaan hidup yang buruk, ekonomi lembab, pengangguran, korupsi dan salah laku oleh polis.

    Pilihanraya mereka jauh dari adil, samalah seperti kita di Malaysia. Kita mengadu tentang kecurangan , membeli undi dan pengundi hantu, tetapi kerajaan terus mengabaikan keluhan kita.

    Ada beberapa menteri Malaysia yang didakwa melakukan jenayah serius seperti serangan, pembunuhan dan perkosaan tanpa dihadapkan ke mahkamah dan lepas begitu sahaja tanpa hukuman.

    Apabila mereka terlibat dalam rasuah dan ketika berjuta-juta wang tersebut diselewengkan ke luar negeri, tidak ada apa-apa tindakan yang dikenakan. Kalau mereka didakwa dan dihukum oleh mahkamah, dalam beberapa waktu yang singkat, mereka akan dibicara semula dan biasanya dibebaskan dengan alasan-alasan yang pelik.Lantaran itu gejala rasuah semakin subur di Malaysia.

    Mereka yang korup dan pernah dihukum kerana politik wang dilantik menjadi pengerusi organisasi penting. Ketua menteri yang mengumpul kekayaan dengan mengorbankan masyarakatnya sendiri, bebas dan terus bermaharajalela.

    Ini bukan dasar "Rakyat didahulukan", tetapi adalah sebaliknya, mereka melaksanakan dasar "pemimpin diutamakan".

    Reformasi politik,ekonomi , perundangan, sistem Raja berpelembagaan

    Ribuan Warga Jordan menuntut reformasi politik dan ekonomi termasuk undang-undang pilihan raya dan sistem monarki berpelembagaan.

    Perhimpunan aman yang diadakan oleh Front Aksi Islam (IAF), sebuah badan politik Ikhwanul Muslimin di Jordan, dan 19 parti politik lain dipercayai menjadi demonstrasi pro-demokrasi terbesar di Jordan sejak Januari.

    Demonstran dianggarkan lebih daripada 10,000, telah menuntut satu kerajaan yang dipilih, reformasi perlembagaan dan pembubaran parlimen yang ada kini. Terkini, Raja Abdullah telah memecat perdana menteri Samir Rifai dan mengangkat Marouf al-Bakhit sebagai perdana menteri baru Jordan.

    Bakhit telah berjanji untuk mengikuti arahan yang diberikan oleh raja dan melakukan "reformasi ekonomi dan politik yang nyata ," termasuk pindaan undang-undang pilihan raya.

    Namun pembangkang di Jordan mengatakan Bakhit bukan seorang reformis.

    Kami ingin perubahan perlembagaan segera untuk membantu mencipta kerajaan yang produktif dan parlimen benar-benar representatif. Ini adalah tuntutan semua warga. Kami ingikan parlimen beraja yang benar-benar. Monarki sebaiknya tidak mendominasi parlimen, demikian tuntutan para demonstran.

    Perhimpunan protes bermula selepas Solat Jumaat. Sekitar 3,000 pegawai keselamatan ditempatkan di pusat bandara Amman pada hari Jumaat, yang digelar sebagai "Hari Kemarahan".

    Para pegawai Jordan mengatakan pegawai polis dikerahkan untuk melindungi perhimpunan tersebut dan mencegah pertengkaran antara demonstran pro-demokrasi dan aktivis pro-kerajaan.

    Sementara itu, para penyokong keluarga Diraja juga berkumpul di pusat bandar untuk memprotes demonstran rakyat.
    Pertengkaran antara Polis Tentera Mesir dengan demonstran
    di Dataran Pembebasan Kaherah pada 25 Februari 2011.


    Majlis Pemerintahan Tentera yang berkuasa Mesir telah meminta maaf, selepas polis tentera menggunakan kekerasan membubarkan satu perhimpunan baru-baru ini di dataran tersebut .

    "Apa yang terjadi pada malam Jumat lalu adalah tidak sengaja antara polis tentera dan pemuda revolusi," kata tentera dalam satu kenyataan.

    Tetapi permintaan maaf itu telah gagal untuk memuaskan aktivis Mesir yang mencela kekerasan oleh pihak berkuasa.

    Ribuan warga Mesir berkumpul di Dataran Pembebasan pada hari Jumaat, menuntut pengunduran Perdana Menteri Ahmed Shafiq, yang dilantik oleh Presiden Hosni Mubarak menjelang akhir pemerintahannya.Mereka juga medesak baki tahanan politik dibebaskan dari tahanan .

    Namun polis tentera memukul mereka dengan tongkat dan menyerang mereka dengan Tasers selepas tengah malam,.

    Aktivis juga menyeru membubarkan akta Dharurat Negara dan pembubaran mahkamah tentera. Mereka telah bersumpah untuk meneruskan demonstrasi sampai tentera Mesir bersetuju untuk reformasi.

    Para demonstran mendesak Majluis Pemerintah Tentera segera menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam. Mereka mengatakan mereka tidak mahu ada ahli parti Mubarak dalam pemerintahan pasca-revolusi.

    Perkembangan tersebut muncul sebagai revolusi popular yang terus melanda rejim-rejim otokratik yang disokong AS di Afrika Utara dan Timur Tengah.

    Sabtu, Februari 26, 2011

    Untungnya bila ada kawan di KDN dan SPRM

    Percayakah anda, seorang penjawat awam mempunyai sehingga 15 syarikat kawalan keselamatan? Mempunyai deretan kereta mewah dan asset yang mencecah jutaan Ringgit?

    Kesemua syarikat tersebut adalah syarikat kawalan keselamatan yang mana kesemua pengarah & pemegang saham di syarikat-syarikat tersebut adalah terdiri daripada isteri, anak, adik, adik ipar, sepupu, anak saudara, rakan, jiran dan isteri rakan….

    Nampaknya beliau sangat baik dengan orang sekelilingnya sebagaimana kawan-kawannya di KDN dan diSPRM yang juga begitu baik terhadapnya.

    Selain itu, dipercayai asset beliau begitu berlambak di Batu Caves, Selangor.Bertambah pelik lagi ialah kerana beliau hanyalah seorang pegawai di Jabatan Narkotik, IPK Melaka.


    Gambar atas adalah gambar rumah 3 tingkat di Sungai Tua Baru, Batu Caves, Gombak , Selangor, kepunyaan beliau. Sila klik gambar untuk baca cerita selanjutnya.

    SPRM Siasat Exco Perak

    (Harakahdaily) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak didakwa sedang menyiasat salah seorang Exco kerajaan negeri itu atas dakwaan rasuah.

    Sehubungan itu, Pemuda PAS Perak meminta Menteri Besar, Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir mengesah dan menjelaskan dakwaan tersebut.

    "Pemuda PAS Perak juga meminta, jika maklumat yang diberikan tersebut benar, Exco terbabit wajar direhatkan dari menjalankan tugas rasmi bagi melincinkan siasatan SPRM," katanya.

    Menurut Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Munir Ali, exco terbabit adalah orang lama dalam Umno.

    Isytihar harta

    Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) juga mendesak Kerajaan Negeri Perak mengikut jejak langkah kerajaan negeri Selangor agar meminta semua Exco Kerajaan Negeri mengisytiharkan harta mereka dan dipamerkan di dalam laman web kerajaan negeri.

    Perkara tersebut bagi membuktikan bahawa semua Exco kerajaan negeri bersih daripada amalan rasuah dan perkara tersebut adalah penting untuk menilai mana-mana pihak agar menunjukkan latar belakang yang bersih.

    Pemuda PAS Perak, katanya, yakin semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bersedia bagi membuktikan dengan cara mengisytiharkan harta mereka pada bila-bila masa.

    Jumaat, Februari 25, 2011

    Siapakah Menteri Pondan itu?

    Blogger Another Brick In The Wall mendakwa bahawa terdapatnya desas desus dikalangan Umno Johor mengatakan terdapat seorang Menteri Kabinet Najib yang bersifat Gay atau pondan. Apakah Najib tidak Tahu dan apa pula tindakan Najib kalau ianya adalah benar?

    Dikatakan, bahawa Menteri Kabinet dari Johor tersebut (gambar sebelah) , kebiasaannya suka berpeleseran dengan anak-anak lelaki muda remaja yang cantik (baca JAMBU) di restoran dan kelab malam di Kuala Lumpur dan Johor Baru.

    Dakwanya lagi, sumber dari UMNO Bahagiannya itu menggambarkan dia sebagai sangat intim dengan Setpolnya, yang digambarkan sebagai jambu oleh sesame ahli pemuda di Bahagian tersebut.

    Menteri tersebut boleh dilihat menyentuh paha Setpol nya dan mengurut leher dan bahu dengan sentuhan sensual yang membuat mereka menyaksinya sebagai tidak selesa.

    Adakah ini orang yang sama sebagaimana yang gambar dalam
    "Another Brick in the Wall" ? Klik pada gambar untuk
    melihat sumber gambar yang ini

    Jutaan Rakyat Mesir Tuntut Tentera Serahkan Kuasa Kepada Kerajaan Awam

    Jutaan rakyat Mesir bercadang untuk meneruskan protes mereka dengan membanjiri Dataran Persegi Pembebasan di bandar Kaherah hari ini untuk demonstrasi digelar sebagai 'pembersihan Jumaat. "

    Demonstran telah merancang untuk mengadakan perhimpunan pada hari Jumaat ini, sebagaimana yang mereka katakan bahawa tuntutan mereka belum lagi dipenuhi, lapor Associated Press.

    Mereka menuntut Majlis Tentera menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam, dan kabinet Perdana Menteri Ahmad Shafiq mengundurkan diri.

    "Kami akan berbaris dalam protes untuk menuntut pengunduran kerajaan Shafiq dan menghapuskan undang-undang darurat dan mahukan tindakan mahkamah keatas Mubarak dan keluarganya," kata Mohamed Fahmi dari Gerakan Rakyat Kebangsaan untuk Perubahan.

    Mereka juga menuntut pembebasan kesemua tahanan politik.

    Rasa bimbang mula menyelubungi rakyat bahawa Naib Presiden Omar Suleiman - yang merupakan o0rang kanan Presiden Hosni Mubarak - membuat keputusan pasca-revolusi bagi kerajaan.

    Laporan menunjukkan bahawa ia mengeluarkan arahan untuk Majlis Tentera.

    Setelah perbincangan minggu lalu, aktivis menuduh Suleiman bersikap bermusuhan dan enggan untuk meneruskan rundingan lebih lanjut. Ikhwanul Muslimin juga telah mejnolak perundingan.

    Suleiman menghilang diri dari pandangan awam selepas bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan bulan lepas.

    Beliau merupakan ketua perisikan Mesir selama dua dekad sebelum diangkat sebagai Timbalan presiden dan terus menerus mempertahankan hubungan rapat dengan AS dan Israel.

    HIMPUNAN BANTAH KEKEJAMAN GADDAFY


    Pakatan Rakyat menganjurkan satu himpunan aman selepas solat Jumaat ini jam 2.30 di hadapan kedutaan Libya :

    No : 6 Jalan Madge off Jalan U Thant
    (dekat kedutaan Amerika)

    Baca (disini)

    Anak Bongsu Gaddafi bersama pro-demokrasi menentang ayahnya

    Anak bongsu Muammar Gaddafi telah bergabung dengan demonstran pro-demokrasi di Libya Timur , menurut satu laporan.

    Menurut laporan tersebut, Saif al-Arab, putra bongsu Gaddafi, yang dihantar oleh ayahnya untuk membantu pasukan keselamatan Libya dalam menentang para demonstran pro-demokrasi, telah bergabung dengan para demonstran pada hari Khamis, dan berkata bahawa ayahnya akan melakukan bunuh diri atau melarikan diri ke Amerika Latin.

    Saif al-Arab mendapat sokongan dari pasukan tempur dan peralatan tentera yang telah dihantar ke bahagian timur Libya yang sedang bergolak.

    Seramai1,000 warga Libya setakat ini telah dibunuh oleh pasukan Gaddafi, kata laporan tersebut.Seramai 130 tentera Libya telah diskskusi kerana enggan menembak para demonstran.

    Khamis, Februari 24, 2011

    Arab Saudi menunggu 11 Mac dengan penuh debaran

    Arab Saudi dilaporkan telah mengarahkan pasukan keselamatan negara untuk menghentikan aksi protes anti-kerajaan yang dijangka melibatkan ribuan orang yang menyeru "Hari Marah."

    Pasukan keselamatan telah memasuki daerah Qatif untuk menghadapi kemungkinan aksi demonstran, kata seorang saksi yang melihatnya.

    Rakyat bercadang untuk mengadakan protes bagi menuntut pembebasan tahanan politik dan menunjukkan perpaduan dengan orang-orang Bahrain, kata saksi itu lagi.

    Ribuan orang ramai mengatakan mereka siap untuk menghadiri protes setelah pemuda Saudi menetapkan 11 Mac Hari Marah (Rage) di facebook situs jejaring sosial.

    Rabu lalu, Raja Saudi Abdullah tiba-tiba mengumumkan beberapa siri yang memberi manfaat besar bagi warga sebagai menyusuli revolusi di Tunisia dan Mesir.

    Raja Abdullah memperkenalkan pakej penambahbaikan sosial dan ekonomi sebesar USD 10.7 bilion.

    Beliau juga memberikan pengampunan kepada beberapa tahanan yang didakwa dalam jenayah kewangan dan memerintahkan pelaksanaan kenaikan gaji 15-peratus untuk pegawai negeri serta peningkatan tunai untuk kredit perumahan Saudi.

    Para penganalisis percaya kenaikan besar dalam memberikan manfaat yang diperkenalkan oleh Raja Saudi itu sebenarnya bertujuan untuk mencegah pemberontakan di negara ini.

    Di Mesir, demonstrasi pro-demokrasi menggulingkan Presiden Hosni Mubarak pada tarikh 11 Februari dan di Tunisia menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali.

    Allahu Akbar!! 130 tentera Libya diekskusi karena enggan tembak orang ramai

    sepasukan tentera Libya dan demostran berdiri di atas
    sebuah van tentera bersama slogan di Tobruk, kelmarin

    Persekutuan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (IFHR) mengatakan bahawa beberapa anggota tentera Libya telah ditembak mati kerana enggan ikut perintah untuk menembak demonstran pro-demokrasi,

    Sebuah video amator menunjukkan mayat 130 tentera yang memberontak dibunuh dengan tangan mereka terikat di belakang di al-Baida berhampiran bandar timur Benghazi.

    Ini muncul di tengah laporan bahawa lebih ramai barisan tentera dan askar yang enggan mematuhi perintah oleh penguasa Libya Muammar Gaddafi untuk menembak demonstran yang aman.

    IFHR mengatakan tindakan keras brutal terhadap para demonstran di Libya adalah "jenayah terhadap kemanusiaan harus dirujuk ke Mahkamah Antarabangsa," lapor dpa pada hari Rabu.

    Sumber-sumber perubatan berkata kepada kumpulan hak-hak Asasi yang mereka telah melihat adegan pembunuhan di Benghazi, di mana rumah sakit dipenuhi dengan mayat dan orang-orang tercedera dalam serangan oleh loyalis Gaddafi.

    Sementara itu, dilaporkan beratus-ratus penunjuk perasaan mati telah dikebumikan di kubur beramai-ramai di sebuah pantai di ibukota Tripoli.

    Sekurang-kurangnya 1,000 orang dilaporkan terbunuh dalam kekerasan pihak keselamatan keatas orang awam sejak minggu lalu, sementara Gaddafi telah bersumpah untuk tidak tunduk dan mengancam akan menghancurkan demonstran pro-demokrasi.

    Pasukan keselamatan menggunakan senjata mesin berat pada hari Rabu untuk menghentikan himpunan demonstran aman. Namun banyak bandar yang lain, termasuk Tajuraa, Zwaara, Azzawiya, Benghazi, Derna dan Tobruk, yang jatuh dari kawalan tentera kerajaan.

    Libya telah memperketat gerakan menghapus pemberontakan dengan melancarkan carian pintu-ke-pintu .

    Kenyataan kalut seorang badut ...

    Selepas mengumumkan calon BN bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, kelmarin, Anak Pak Yassin mengatakan yang kononnya keyakinan rakyat kepada BN bertambah baik berbanding pilihan raya umum lepas (2008) dan rakyat kini lebih senang dan selesa dengan BN.Itulah cakap katun seorang badutpendek yang gedempol!

    Kenyataan badut tersebut hanyalah retorik kosong untuk memberi sedikit suntikan semangat kepada calon tajaan BN di situ.

    Kalau benar suasana politik negara pada masa ini berpihak pada BN, kenapa tidak diadakan PRU-13 secepat mungkin?

    Umno dan MCA, masing-masing telah memutuskan untuk menangguhkan pemilihan kerana khuatir berlaku perpecahan ahli dalam proses pemilihan dan amat khuatir berhadapan dengan PRU-13 dalam keadaan sedemikian.

    Kalau dalam Umno dan MCA sendiri tidak ada keyakinan sesama ahli dan tidak berasa senang dan selesa, apatah lagi rakyat biasa …

    JASIN, 23 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya senario politik negara pada masa ini berpihak kepada Barisan Nasional (BN) atas faktor rasa puas hati yang dirasai oleh semua kaum di negara ini.Klik (di sini)

    Gaddafi semakin hilang kuasa

    Lebih banyak bandar yang jatuh ketangan para demonstran walupun diancam akan ditentang keras oleh Muammar Gaddafi.

    Muammar Gaddafi, telah dilaporkan kehilangan kawalan bandar yang lebih banyak apabila protes anti-kerajaan terus melanda negara Afrika walaupun Gaddafi mengeluarkan ancaman brutal.

    Demonstran di Misurata, Rabu mereka telah merampas kota barat dari kawalan kerajaan. Dalam sebuah pernyataan di internet, pegawai tentera ditempatkan di bandar menjanjikan "sokongan penuh bagi para demonstran".

    Sebahagian besar negara di bahagian timur juga tampaknya dikendalikan oleh para demonstran, dan seorang koresponden Al Jazeera, melaporkan dari bandar Tobruk, 140km dari sempadan Mesir, bahawa tidak ada kehadiran pasukan keselamatan.

    "Dari apa yang saya lihat, orang-orang Libya timur yang berkuasa," kata Hoda Abdel-Hamid, wartawan kami.

    Beliau berkata tidak ada pegawai mengawal sempadan ketika pasukan Al Jazeera menyeberang ke Libya.

    Rakyat yang berkuasa

    "Semua di sepanjang sempadan, kami tidak melihat satu polis, kami tidak melihat satu askar dan orang-orang di sini mengatakan kepada kami bahawa mereka semua melarikan diri atau bersembunyi dan bahawa rakyat yang sekarang berkuasa, yang bermakna jalan dari sempadan, Tobruk, dan kemudian semua jalan sampai ke Benghazi.

    Para pengunjuk rasa tampaknya telah mengambil alih
    bandar timur Tobruk [Reuters]

    "Keadaan agak tenang di Bayda dan Beghazi. Bagaimanapun, 'militia' berkeliaran, terutama di malam hari. Mereka sebagai laki-laki Afrika, berbahasa Perancis mungkin dari Chad. "

    Mejar Jeneral Suleiman Mahmoud, komander pasukan bersenjata di Tobruk, mengatakan kepada Al Jazeera bahawa pasukan yang dipimpin oleh dirinya telah mengalihkan kesetiaan."Kami berada di sebelah rakyat," katanya.

    Benghazi, bandar kedua terbesar di Libya, adalah tempat pertama rakyat bangkit memberontak melawan pemerintahan Gaddafi seminggu yang lalu. Pemberontakan ini telah merebak ke bandar-bandar lain walaupun pihak keselamatan berusaha untuk memadamkan rusuhan.

    Profesor Kangkong perlu letak jawatan!

    Sekumpulan pelajar telah merempuh pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan selepas beliau enggan memberikan penjelasan mengapa kemenangan 11 calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan.

    Tidak dapat dinafikan, kebangkitan revolusi rakyat di Mesir, kini telah mula menampakan wajahnya di Malaysia. Jangan perkecilkan perkara seumpama ini.Ia umpama api dalam sekam yang terus membara yang akhirnya akan meledak besar dan membakar apa sahaja yang ada disekitarnya!

    Janganlah pula ada yang berlagak nak jadi hero! cuba berlagak gila babi seperti mana Gaddafi di Libya.Konon-konon demi agama, bangsa dan negara dan inginkan syahid!

    Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar , Profesor Kangkung Dr Mohd Fauzi harus disingkirkan kerana insiden tersebut tersebut tercetus akibat tindakannya yang melulu membatalkan kemenangan 11 calon pro-M dan enggan memberi penjelasan yang munasabah.

    Rabu, Februari 23, 2011

    Tidak ngaku kentut walaupun seluarnya bergelumang najis…

    Abdul Shukur, ADUN Kuang yang juga ketua penerangan Umno Selangor mengaku bahawa beliau ada mengedarkan akhbar Selangor Terkini (palsu) teyapi bagaimanapun menafikan diterbitkan oleh partinya.

    Beliau telah mengedarkan akhbar tersebut secara percuma bersama kalender 2011 yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam satu majlis meraikan sambutan Maulidur Rasul di Kuang Sabtu lalu yang dianjurkannya.

    Kerajaan negeri selama ini sentiasa mengesyaki BN dan Umno menjadi dalang dalam menerbitkan akhbar palsu Selangor Terkini .Baca lagi disini

    Rakaman Video - Remaja Mangsa Keganasan Diktator Gila

    Seorang remaja, Idriss Ali Raslan El-Maghribi, berusia 13 tahun telah menjadi mangsa kekejaman dan keganasan Diktator Gila Libya.

    Allahyaryam ditembak mati dikepalanya oleh tentera Diktator Gila itu yang ramai terdiri daripada askar upahan sub-Afrika. yang tidak tahu berbahasa arab dan hanya tahu menembak apa sahaja yang ada dihadapan mereka.Saksikan rakaman berikut : di sini

    Menteri Dalam Negeri letak Jawatan!

    Pertempuran meletus antara penunjuk perasaan pro-demokrasi
    dan pasukan kerajaan selepas ribuan tentera dikerahkan di bandar
    barat laut Sabratha.

    Menteri Dalam Negeri Libya Abdel Fatah Yunes mengatakan pada hari Selasa bahawa dia mengundurkan diri dan meminta angkatan bersenjata untuk bergabung dengan rakyat menentang Gaddafi.

    "Saya mengumumkan pengunduran diri saya dari semua tugas saya sebagai respon Revolusi Februari 17," katanya.

    Sejumlah pegawai peringkat tinggi Libya, termasuk menteri, diplomat dan pegawai tentera, telah meninggalkan rejim dan mengumumkan sokongan mereka bagi pemberontakan.

    Sementara itu, pertempuran sengit meletus antara demonstran pro-demokrasi dan pasukan kerajaan di bandar barat laut Libya Sabratha.

    Pada hari Selasa, ribuan tentera Libya dikerahkan ke Sabratha, 65 kilometer sebelah barat Tripoli, sementara pemberontakan terhadap Muammar Gaddafi semakin mendapat semangat, disebalik penentangan besar-besaran terhadap demonstran pro-demokrasi.
    Tidak ada laporan segera tentang kematian.

    Sekurang-kurangnya 1,000 orang terbunuh di Tripoli pada hari Isnin oleh serangan udara yang dilakukan oleh tentera Libya dalam satu langkah terdesak bertujuan untuk menumpaskan pemberontakan , menurut beberapa laporan.

    Persekutuan Antarabangsa untuk Hak Asasi Manusia berkata seramai 400 orang telah terbunuh sejak awal pemberontakan pada tarikh 15 Februari.

    Demonstrasi pro-demokrasi, yang mendapat inspirasi revolusi yang menggulingkan penguasa lama di negara jiran Mesir dan Tunisia, telah menelan Libya sejak minggu lalu, dengan ribuan orang turun ke jalan di bandar timur Benghazi dan menyeru pengusiran Muammar Gaddaf yang berusia 68 tahun.

    Gaddafi, yang berkuasa 41 tahun yang lalu dalam rampasan kuasa tentera tak berdarah, menyampaikan ucapan televisyen pada hari Selasa di mana ia bersumpah untuk berperang pada "titisan darah terakhir" dan menyeru pendukungnya untuk turun ke jalan menghadapi demonstran .

    Selasa, Februari 22, 2011

    KENAPA TAK KATA BAPAK TAJOL ROSLI DERHAKA????

    Satu petikan daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Almarhum Sultan Idris Shah, penulis veteran Perak, Mokhtar Petah dan disedut dari blog beliau:

    Setelah tamat perkhidamatan di Mesir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai seorang senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

    Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegang jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

    Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

    DUTA KE ARAB BERSATU

    Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.

    UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

    Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

    MENJADI PERUNDING

    Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

    Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

    MENGANGKAT SUMPAH

    Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

    Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

    Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambun, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

    PARTI POLITIK

    “ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

    Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

    Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

    MENYIMPAN JANGGUT

    Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

    Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

    Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.

    BURUK SANGKA

    Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

    Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

    Kata Mokhtar, mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduh demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. Orang-orang lama di Grik dan Lenggong masih bersosek2 kisah nie....

    Fatwa tembak mati Muammar Gaddafi

    Ulama yang berpengaruh, Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mana-mana askar Libya yang boleh menembak mati pemimpin Muammar Gaddafi harus melakukannya "untuk menyingkirkan Libya daripada dia."

    "Sesiapa dalam tentera Libya mampu menembak peluru pada Gaddafi harus melakukannya," kata Qaradhawi, seorang ulama kelahiran Mesir yang biasanya berpusat di Qatar, lapor telivisyen Al-Jazeera.

    Dia juga mengarahkan tentera Libya "untuk tidak mematuhi perintah menyerang orang-orang sendiri," dan mendesak duta besar Libya di seluruh dunia untuk memisahkan diri dari rejim Gaddafi.

    Siapa 8 nama jutawan segera sewaktu PR perintah Perak?

    Bekas Ketua Penerangan PKR Perak, Fauzi Muda (gambar) menyerahkan lapan nama pemimpin Pakatan Rakyat (PR) negeri yang dikatakan menjadi "jutawan segera" dalam tempoh 11 bulan PR memerintah Perak kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.

    Laporan pada 11 Februari 2011,jam 11 pagi itu meminta SPRM menyiasat sumber kewangan individu terbabit termasuk seorang wanita yang dipercayai diperolehi dengan cara meragukan.

    Fauzi yang juga bekas Ketua Cabang PKR Ipoh Barat berkata, individu berkenaan tidak mempunyai banyak wang tetapi selepas PR memerintah Perak, mereka mampu membeli kereta mewah dan rumah banglo, membuat pengubahsuaian rumah dengan kos tinggi serta mendapatkan rawatan di hospital dengan kos perubatan yang mahal

    Membaca berita diatas, tentu menimbulkan keraguan kita semua terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.Betulkah dakwaan Fauzi itu?

    Persoalan tersebut menghantui kita semua, termasuk saya sendiri. Malam tadi, saya pun memberanikan diri mengajukan persoalan tersebut kepada beberapa pimpinan PAS dan kawan-kawan dengan ayat semborono :

    "Enta ke yang termasuk 8 org jutawan segera semasa PR memerintah dahulu?"

    Alhamdulillah saya telah mendapat pelbagai riaksi daripada mereka yang menerimanya melalui SMS.Ramai yang menganggapnya sebagai gurauan dan menjawab secara santai.Antara jawapan yang saya terima ialah :

  • Akulah orangnya …ha..ha..ha…
  • Kalau ana tak ler ana merempat skrang nie…
  • Ha’a. Ana mmng jutawan makan mee segera! Hahaha…
  • Ada gaya jutawan ke ana?
  • Ha ha jutawan.
  • Itu propaganda
  • Salam, kalau dah jutawan tak payah dtg ke putrajaya

  • Tetapi ada juga yang bunyinya agak melenting sikit….Beliau menjawab dengan nada sinis :

  • Siapa yg bertanya.nak Bantu bersihkan qulb orang2 yg suka bersangka buruk kpd rakan.semoga anda dlm ampunan Allah.

  • Dan ada yang menjawab dengan agak serius; maklumlah seorang peguam yang telah berjaya.Beliau menjawab :

  • Lama sebelum tu saya dah jutawan.Kedudukan a/c saya (atas nama ……) as at 29/2/2008 spt saya tunjuk pada Harian Negeri RM….mil.PRK pada 8/3/2008

  • Ada juga yang menjawab dengan menalipon saya pagi tadi ….bertanyakan samada saya ada maklumat ke tidak… Begitulah pelbagai respon yang telah saya terima.

    Saya juga mendapat beberapa respon yang menarik daripada Cina Islam yang mengatakan :

  • Semuanya pembohongan fauzi

  • Ya, memang benar.Semua dakwaan diatas yang dibuat oleh Fauzi Muda itu adalah pembohongan.Kalau kita soroti laporan Malaysiakini paada keluaran Rabu, 4 Mac 2009, Fauzi Muda mendakwa kononnya telah ditawarkan RM50 juta oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak supaya merangka pembelotan untuk Barisan Nasional.

    Fauzi Muda pernah mendakwa bahawa ia mempunyai bukti dan mencabar SPRM supaya mendakwa dirinya sendiri atau Najib supaya dia dapat membuktikan perkara tersebut di mahkamah.

    Fauzi sebelum ini telah membuat surat pernyataan bersumpah yang menyatakan bahawa ia telah menawarkan rasuah sebanyak RM50 juta untuk membantu pembelotan ke Barisan Nasional ketika ia bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Najib Abdul Razak di kediaman rasminya pada 11 Mac 2008.

    Bolehkah anda percaya orang seperti Fauzi Muda ini?

    Isnin, Februari 21, 2011

    Akhbar Utusan Rakyat - kami nantikan kemunculan mu

    Nampaknya akhbar perdana - Utusan Malaysia dan Berita Harian akan menghadapi saingan yang sangat mencabar bila Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari yang sedang bergelut dengan siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu (M) Berhad, kini berazam untuk menubuhkan akhbar sendiri yang benar-benar bebas, beretika dan profesional.

    Untuk tujuan itu, beliau malah menjual tanah bernilai RM1.2 juta seluas 5 hektar milik keluarganya di Mentakab, Pahang yang kini merupakan ladang ternakan lembu.

    Menurutnya , akhbar tersebut adalah bebas, beretika dan profesional serta tidak memihak kepada mana-mana pihak dijangka berada dalam pasaran pada Mac depan dengan harga RM1.20 untuk edisi cetak dan RM10 sebulan untuk muat turun daripada internet.

    Akhbar khusus untuk orang Melayu, yang dinamakan Utusan Rakyat bagi menyaingi Utusan Malaysia. Bersaiz tabloid 14 halaman akhbar tersebut akan memfokuskan isu sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak

    Jika mendapat permit, Hata bercadang mencetak 50,000 naskhah setiap keluaran sebagai permulaan. sumber

    Rusuhan merebak ke Tripoli, ramai tentera belot bergabung dengan demonstran

    Rusuhan ganas terhadap Muammar Gaddafi telah merebak ke ibukota Tripoli pada hari Ahad dan anaknya bersumpah untuk berperang sampai "orang terakhir" setelah puluhan penunjuk perasaan terbunuh di timur negara itu.

    Anak Gaddafi, Saif al-Islam berkata dalam di televisyen kerajaan bahawa tentera berdiri di belakang ayahnya sebagai "pemimpin pertempuran di Tripoli" dan akan menegakkan keamanan dengan apa harga sekalipun.

    Kenyataannya itu adalah reaksi rasmi pertama dari kerajaan Libya sejak rusuhan itu bermula.

    Polis menggunakan gas mata untuk membubarkan ribuan penunjuk perasaan di Tripoli, di mana tembakan kedengaran, kenderaan terbakar dan demonstran melemparkan batu pada billboard Gaddafi, yang menghadapi cabaran yang paling serius pemerintahan empat dekadnya.

    Revolusi yang menggulingkan Presiden Tunisia dan Mesir telah menggoncang dunia Arab dan menaikan semangat di Timur Tengah dan Afrika Utara, mengancam cengkaman pemimpin lama autokratik.

    Di Bahrain, ribuan demonstran berkumpul di sebuah lapangan di Manama, menyeru perubahan politik dan menunggu perbincangan dengan penguasa Sunni di situ.

    Setelah beberapa hari keganasan, suasana di antara demonstran terutama Syiah nampak lebih bertolak ansur.

    Namun, Libya menyaksikan episod paling berdarah dalam dua bulan rusuhan menggoncang dunia Arab.

    Seorang pekerja ekspatriat berkata: "Beberapa demonstran anti-kerajaan berkumpul di kompleks perumahan .Polis sedng berusaha membubarkan mereka, saya juga boleh melihat beberapa kereta terbakar ..."

    Televisyen Al-Jazeera mengatakan ribuan demonstran bertempur dengan penyokong Gaddafi di Dataran Hijau Tripoli

    Keganasan merebak ke Tripoli selepas beberapa hari protes di Benghazi, bandar kedua terbesar Libya, di mana sekurang-kurangnya 233 orang telah terbunuh, menurut Pemerhati Hak Kemanusiaan.

    Komunikasi yang dikawal secara ketat dan Benghazi tidak boleh diakses untuk wartawan antarabangsa, namun gambar yang telah muncul adalah sebuah bandar tergelincir dari cengkaman pihak berkuasa keamanan , cabaran terbesar Gaddafi sejak "pemimpin persaudaraan" merebut kuasa dalam rampasan kuasa tentera 1969.

    Habib al-Obaidi, kepala unit rawatan intensif di rumah sakit utama Al-Jalae di Benghazi, mengatakan mayat 50 orang, sebahagian besar mati akibat tembakan, telah dibawa ke sana pada petang Ahad .

    Dua ratus orang cedera telah, 100 di antaranya dalam keadaan serius, katanya. Beberapa anggota unit tentera yang dikenali sebagai pasukan "Thunderbolt" telah datang ke rumah sakit membawa rakan-rakan mereka yang cedera, katanya.

    Para askar tersebut mengatakan mereka telah belot dan memihak ke ratusan ribu demonstran di jalan-jalan dan telah berjuang dan mengalahkan penjaga elit Gaddafi.

    "Mereka sekarang mengatakan bahawa mereka telah mengalahkan Pengawal Praetoria dan bahawa mereka telah bergabung dengan pemberontakan rakyat," kata lelaki lain di rumah sakit yang mendengar para tentera, peguam Mohamed al-Mana, melalui telefon.

    Sampai bila rakyat Malaysia mahu bersabar dengan penipuan Umno/BN?

    Kejatuhan rejim laknat Hosni Mubarak di Mesir kini mula mempengaruhi beberapa negara Arab melalui kawasan Teluk dan Afrika Utara. Ribuan demonstran anti-kerajaan telah merebak ke jalan-jalan di Libya, Jordan, Yemen,Tunisia, Algeria , Djibouti , Morocco dan Bahrain.

    Apakah kebangkitan rakyat Arab di Timur Tengah itu tidak akan merebak hingga ke Malaysia? Apakah kerajaan UMNO/BN tidak akan menerima nasib malang sebagaimana regim Hosni Mubarak di Mesir? Masing-masing boleh buat telahan.Secepat mana atau selama mana, pastinya semangat yang dipelopori rakyat Mesir itu akan tiba juga ke Malaysia ini!

    Rakyat Mesir bangkit setelah hak sebenar rakyat dalam proses pilihanraya dinafikan pihak pemerintah yang sentiasa mendapat kemenangan luarbiasa.

    Di Malaysia, pelbagai salah laku dan penyelewengan berulang kali dilakukan oleh pemerintah dan atas faktor inilah yang menyumbang kepada kekalahan Pakatan Rakyat selama ini.

    Isu "pengundi hantu bukan perkara baru.Nama-nama mereka yang sudah mati pun masih ada dalam daftar pengundi SPR!

    Pelbagai agensi kerajaan diperalat bagi memihak kepada calon parti kerajaan.Penggunaan wang rakyat melalui egensi-agensi tersebut sebenarnya adalah satu penganiayaan dan salah guna kuasa untuk mengekalkan kuasa pemerintah.Ini belum lagi pelbagai sogokan dalam gelap yang dilakukan.

    Sampai bilakah rakyat Malaysia akan terus bersabar dan terus diperbodohkan dengan sistem pilihanraya yang ada di Malaysia ini?

    Kesabaran rakyat Mesir akhirnya sampai kebatasnya.Kesedaran rakyat Mesir akhirnya telah menaikan api kemarahan rakyat lalu menumbangkan kezaliman yang telah sekian lama bermaharaja lela menindas hak demokrasi mereka di bumi mereka sendiri. Apakah perkara sedemikian tidak akan berlaku di Malaysia?

    Ahad, Februari 20, 2011

    12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru

    oleh Ismail Hashim
    SHAH ALAM, 19 Feb: PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

    Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

    Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

    PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

    1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

    2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

    3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

    4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

    5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

    6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

    7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

    8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

    9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

    10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

    11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

    12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

    Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.

    "Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita'arafu yakni Politik Saling Menghormati.

    "Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.

    Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.

    Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.

    Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.

    Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

    Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

    Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

    Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;

    Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

    Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;

    Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;

    Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.

    sumber : Harakah

    Sabtu, Februari 19, 2011

    Usaha Mahafiraun untuk mencuci tangan dari episod ISA



    KUALA LUMPUR: Pengistiharan Dr Mahathir Mohamad tidak bersalah atas tindakan keras Internal Security Act (ISA) pada tahun 1987 terus menarik kritikan dari pemimpin pembangkang yang pernah dipenjarakan.

    Ketua DAP Karpal Singh menuduh bekas perdana menteri itu membuat pembohongan, dan mengambil bekas ketua polis Hanif Omar dan akademik Chandra Muzaffar untuk menyokong versi Mahathir.

    "Tidak ada keraguan. Operasi Lalang adalah idea Mahathir,” tegas bekas tahanan ISA.

    Karpal mendakwa operasi tersebut melihat lebih dari 100 orang termasuk tujuh ahli parlimen DAP ditahan, dilakukan untuk mengalihkan perhatian daripada krisis dalaman UMNO itu.

    "Dia ingin menarik perhatian dari masalah-masalahnya dengan Tengku Razaleigh (Hamzah), yang berlumba-lumba untuk presiden UMNO itu," katanya.

    Adapun Hanif, Karpal menuduh bahawa bekas Ketua Polis Negara menyokong Mahathir kerana kepentingan dirinya sendiri.

    "Hanif mendapat gelaran Tun dan Timbalan Pengerusi di Genting kerana suatu alasan.Tidak mungkin untuk membayangkan suatu kes di mana polis boleh membantah arahan menteri dalam negeri, kerana ia bertanggung jawab keatas mereka.

    “Dia menandatangani borang perintah penahanan," tambahnya.

    Karpal juga mempersoalkan mengapa Chandra, yang merupakan salah seorang daripada mereka yang ditahan selama Operasi Lalang dan bekas pengkritik tegar Mahathir, memilih untuk memutar cerita setelah 24 tahun kemudian.

    Pemimpin DAP itu mengulangi cabarannya supaya Mahathir menamakan pemimpin pembangkang yang telah ditemuinya sebelum tindakan keras tersebut.

    "Tidak ada hal seperti itu terjadi.. Ini adalah penipuan yang sangat jelas. Saya cabar dia n untuk beri nama para pemimpin dalam satu minggu atau saya akan anggap dia seorang pembohong, "katanya.

    Sejak minggu lalu, Mahathir menyatakan bahawa polis, dan bukan dia, yang mendalangi penangkapan untuk menangani ketegangan kaum.

    Becakap di satu forumkelmarin, di mana Hanif dan Chandra juga hadir, Mahathir menyatakan bahawa dia ingin menghapuskan ISA tetapi ditentang oleh polis.

    ‘Selepas Ops Lalang, sistem kehakiman yang berikutnya'

    Sementara itu, Lim Kit Siang, yang ditangkap bersama anaknya Guan Eng dalam operasi tersebut, juga mencemuh Mahathir kerana cuba memutar balik isu tersebut.

    Wakil Ipoh Timor itu mengatakan tidak ada seorang pun akan percaya ‘putar alam’ baru bekas perdana menteri itu.

    "Operasi Lalang adalah didalangi Mahathir untuk menyatukan kuasa dan kedudukan.
    Ia adalah suatu tempoh di mana ia berusaha untuk menumbangkan kemerdekaan pelbagai agensi bagi memusatkan kekuatan dirinya sendiri," katanya.

    Tak lama selepas tindakan keras ISA, kata Lim Mahathir menisasarkan sistem penghakiman, membuka jalan bagi krisis 1988.

    Beliau menambah bahawa Mahathir mendendami hakim tertentu yang membuat kenyataan tidak menyenangkan tentang diirinya.

    "Dalam hal apapun, di bawah perintah penahanan ISA, borang harus ditandatangani oleh menteri selepas 60 hari, dia tidak boleh lepas tanggung jawab ini.

    "Tugasnya sebagai menteri adalah menandatangani. Jadi, mengapa dia bersetuju? Bukankah dia bertanggung jawab atas perubahan untuk menghapuskan kuasa kehakiman bagi kepentingan dirinya sendiri?" Tanyanya.

    Jumaat, Februari 18, 2011

    Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudi'n

    Dari Harakahdaily

    TUMPAT, : Satu laman peminat Facebook atas nama 'Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudi'n dibuka dipercayai berkaitan kematian seorang lelaki dan anak saudaranya yang ditembak pegawai Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor semalam.

    Sehingga berita ini ditulis, laman Facebook yang meletakkan gambar kad pengenalan mangsa sebagai gambar profil itu kini mempunyai 1,329 pengikut.

    Bagaimanapun tiada sebarang maklumat terperinci mengenai pengendali dan laman tersebut disertakan.

    Melihat kepada entri terawalnya yang dimasukkan pada jam 4.08 pagi tadi, laman itu dipercayai baru dibuat hari ini.

    Semalam, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, cedera parah selepas terkena dua tembakan di rusuk kanan yang dilepaskan pegawai UPP yang didakwa ingin mempertahankan diri.

    Nizamuddin ditembak selepas didakwa menyerang empat anggota UPP di perkarangan Hospital Tumpat ekoran salah faham berhubung punca kematian bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56.

    Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, Sa'aid ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.

    Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.

    Menurutnya, melihat keadaan Sa'aid yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.

    Bagaimanapun, khabar angin yang sampai ke pengetahuan ahli keluarganya termasuk Nizamuddin mengatakan Sa'aid meninggal dunia akibat dibelasah anggota UPP menyebabkan mereka bertindak menyerang penguat kuasa berkenaan pada pukul 9.20 pagi.

    Ekoran tembakan itu, Nizamuddin dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.


    Versi Pihak Mangsa

    Sementara itu, dipihak keluarga Allahyarham pula mempunyai versi berbeza berhubung kejadian tersebut.

    Menurut mereka, kematian mangsa akibat dipukul dengan teruk oleh empat anggota UPP terbabit.

    Penjelasan versi keluarga itu juga turut dimuatkan dalam entri Facebook tersebut.

    "Saksi (anak saudara mangsa) yang menyaksikan kejadian pukul hingga mati Allahyarham Sa'aid ditembak sebanyak 2 das tembakan.

    "Sebutir peluru mengenai bahagian dada kanan dan sebutir peluru lagi mengenai perut sebelah kiri mangsa. kejadian berlaku sejam selepas Allahyarham Sa'aid di pukul sehingga mati," entri dalam facebook itu dipetik.

    Anak sulung Allahyarham, Nik Suriani Sa'aid ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya semalam turut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang menimpa keluarganya.

    Lebih mengecewakan ekoran bapanya dituduh penyeludup beras terbesar di Malaysia itu seperti dilapor beberapa media.

    "Saya mahu keadilan diberikan kepada keluarga saya, bersihkan nama baik keluarga saya.

    "Buktikan bapa saya penyeludup beras terbesar Malaysia, sedangkan beras yang dibawanya tidak sampai pun RM700 nilainya," katanya.

    Husam minta siasat

    Kelmarin, kerajaan dan Polis Diraja Malaysia diminta menyiasat lebih terperinci berhubung kes kematian seorang peniaga beras, allahyarham Said Mat Hassan, 56, termasuk anak saudaranya yang cedera parah terkena tembakan, Ahmad Nizamudi'n, 19.

    Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata rakyat serta keluarga mangsa ingin mengetahui punca sebenar kejadian sehingga berlakunya kematian serta tembakan terhadap Riduan.

    Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika melakukan lawatan ke atas keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Daerah, Tumpat di sini malam tadi.

    Terdahulu beliau mengunjungi keluarga allahyarham di Kampung Bendang Pak Yong, dekat sini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga terbabit di atas apa yang berlaku.

    Husam seterusnya berharap kerajaan melakukan siasatan secara adil serta tidak melindungi mana-mana pesalah dalam kejadian itu.

    “Kita juga kesal bagaimana ianya boleh berlaku sehingga mengakibatkan kematian dengan kesalahan hanya menyeludup beras.

    “Seorang lagi mangsa ditembak dua das hanya kerana tindakan ‘hilang sabar’ akibat trauma berhubung kejadian yang menimpa keluarga mereka,”ujarnya.

    Menurut Husam perkara itu (seludup beras) memang salah disisi undang-undang, namun amat tidak wajar mereka dihukum sedemikian.

    Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi setelah mangsa keluar dari rumah untuk meneruskan kerja hariannya sejak sekian lama dengan berniaga beras.

    Bapa mentua mangsa, Shafie Che Tah, 69, ketika ditemui berkata bagaimanapun menantunya itu akhirnya ditangkap polis Unit Pencegah Penyeludupan (UPP).

    “Dia dipukul hingga pengsan dan dipercayai meninggal dunia selepas itu. Anak saudara allahyarham (Riduan) pula mengamuk apabila melihat sekumpulan UPP datang ke hospital.

    “Saya diberitahu dia ditembak dua das dari pihak UPP dalam pergelutan itu,”ujarnya ketika ditemui.

    Riduan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu.H/Daily
    KLIK SINI

    Dakwa Ekonomi Naik: PM Diminta Henti Perdaya Rakyat

    SHAH ALAM 17 FEB : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berhenti memperdayakan rakyat dengan penggunaan angka yang tidak realistik pada masa kini.

    Menurut Dr Dzul, walaupun pertumbuhan ekonomi negara seolah-olah meningkat, namun permasalahan sebenar berhubung ekonomi masih membelit rakyat.

    "Persoalan dalam ekonomi hari ini tidak hanya berlegar sekitar persoalan angka. Persekitaran tentang pertumbuhan. Pakar-pakar ekonomi sudah lama tidak mendewa dan bertuhankan angka ini.

    Ujarnya, di kala rakyat masih dihimpit dengan beban sara hidup, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh Najib dengan pencapaian sekitar enam peratus yang disuarakannya hari ini.

    Bernama hari ini melaporkan, Najib sebagai berkata, negara telah menjangkaui sasaran pertumbuhan enam peratus tahun lalu walaupun dalam keadaan ekonomi yang malap.

    "(Namun) persoalan yang menjadi pertikaian hari ini yang saya hendak katakan pada Najib, ia bukan hanya persoalan angka pertumbuhan. Permasalahan ekonomi yang memerlukan reformasi dan penambahbaikan, jangan pandang kepada satu-satu parameter sahaja. Itu hendak membodohkan rakyat namanya," bidas Dr Dzul.

    Menurut Dr Dzul lagi, Najib terlebih dahulu harus menjawab tentang persoalan 40 peratus rakyat di negara ini yang masih 'terpenjara' dengan pendapatan kurang daripada RM1,500.

    Dengan keadaan taraf hidup yang semakin tinggi, adakah soal kelangsungan hidup mereka diambilkira dalam kerangka pertumbuhan ekonomi setiap tahun negara, soal Dr Dzul.

    Malah hutang isi rumah juga semakin meningkat kepada 77.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjadikan jumlahnya RM577 bilion.

    Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, ia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

    Tidak cukup dengan itu kata Dr Dzul, lebih malang apabila negara kita berada di tangga kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram sekitar RM888 bilion bermula tahun 2000-2008.

    Hal itu kata Dr Dzul menyebabkan dana sebesar itu tidak dapat digunakan bagi tujuan pembangunan negara.

    "Kata pada Najib, janganlah hendak memperbodohkan rakyat. Kerap menyebutkan tentang ETP (Program Transformasi Ekonomi), ini pada kami, hanyalah sebutan gimik media untuk menyuntik 'feel good factor' pada pilihanraya.

    Menurut Dr Dzul, masalah ekonomi negara harus dibendung dengan kadar segera jika tidak mahu generasi akan datang hanya mewarisi kemiskinan negara.

    "Kita sebenarnya mengorbankan kekayaan anak-anak kita.

    "Pembaziran atau (penggunaan wang) tidak kena kepada keutamaan, subsidi kepada rakyat ditarik, pakar-pakar ekonomi bertanyakan mengapa berlaku sedemikian sementara subsidi kepada IPP diteruskan," tambahnya lagi. sumber

    Hishammuddin batu penghalang pembentukan Suruhanhaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

    Sinopsis :Suruhanjaya Polis Diraja yang diketuai oleh Dzaiddin melaporkan bahawa 150 tahanan telah mati dalam lokap polis sejak 1990 ke September 2004 dan ini menimbulkan banyak persoalan yang melibatkan integriti , efisiensi, akaunabiliti dan transparensi PDRM.

    Kes kematian beberapa OKT dalam lokap polis perlu penjelasan untuk menyakinkan orang ramai yang semakin hilang kepercayaan terhadap PDRM

    Dalam kes kematian Kugan dalam tahanan polis pada 20 Januari lalu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mendakwa, Kugan mati kerana paru-parunya dimasuki air.Tetapi bedah siasat bebas menunjukkan Kugan telah dibelasah teruk. Baca di sini


    Dalam posting blog terbarunya (di sini) , Lim Kit Siang menyifatkan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein sebagai batu penghalang dalam pembentukan Suruhanhaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

    Hishammuddin baru-baru ini menegaskan bahawa pintu masih tertutup untuk IPCMC dan mempertahankan bahawa suruhanjaya itu tidak akan menyelesaikan kes-kes gangguan polis.

    Mengulas kenyataan Hishammuddin, Lim menulis: "Itu adalah Hishammuddin yang mengepalai bantahan bagi pembentukan IPCMC ketika dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin ,lima tahun yang lalu.

    "IPCMC adalah yang paling penting dari 125 yang cadangan untuk mencipta sebuah angkatan polis yang cekap, tidak rasuah, profesional dan kelas dunia."

    Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin telah menyertakan cadangan tertutup yang terperinci bidang kuasa siasatan IPCMC untuk membantu memerangi rasuah di PDRM dan untuk menyiasat aduan masyarakat.

    Serta merta selepas pengumuman tersebut, Pemuda UMNO (bawah Hishamuddin) telah membantah cadangan tersebut atas alasan bahawa IPCMC akan berubah menjadi jalan oleh kalangan tertentu untuk mendedahkan kelemahan dalam pemerintahan negara.

    Dua bulan kemudian, Majlis Peguam melancarkan kempen tanda tangan untuk menyokong penubuhannya dengan tanda tangan diserahkan kepada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

    Pada bulan Disember 2007, Parlimen melancarkan Suruhanjaya Pengaduan Khusus (SCC) menggantikan IPCMC yang bertujuan untuk mengatasi salah laku oleh seluruh penguatkuasaan undang-undang.

    Amnesty International Malaysia telah mencela SCC sebagai pengganti yang lemah dan tidak mempunyai kebebasan dan gagal untuk mengatasi keperluan mekanisme yang menuntut pertanggungjawaban polis atas tindakan mereka.

    "Malah Hishammuddin membantah Abdullah yang telah mengumumkan komitmennya untuk menerima dan melaksanakan cadangan IPCMC," kata Lim.

    " Gabungan bantahan dari UMNO dan polis memaksa Abdullah untuk berundur dan akhirnya menggagalkan usul IPCMC."

    Pada bulan Jun 2009, kerajaan juga menolak cadangan atas dasar bahawa kuasa "terlalu luas dan tidak berperlembagaan".

    Lim mengatakan bahawa kes polis profil tinggi melibatkan penyalahgunaan dan kematian tahanan membuktikan perluya IPCMC bagi mengatasi kes-kes ini dengan serius, telus, bebas dan profesional.

    "Dengan slogan Perdana Menteri Najib Tun Razak “Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan”,Hishammuddin harus mencadangkan kepada Kabinet untuk meninjau cadangan IPCMC daripada terus membantah," katanya.

    Liwat atau lewat, anda akan dihukum!

    Anda kena bayar lebih jika lewat bayar denda saman trafik anda! Inilah sistem baru yang akan diperkenalkan oleh Baarisan Nasional bagi kesalahan lalu lintas yang kurang serius.

    Struktur baru tersebut akan mula digunakan pada 1 Mac 2011 nanti untuk semua kesalahan di bawah undang-undang Angkutan Jalan dan melibatkan semua penguatkuasaan undang-undang

    Semakin lama anda menunda bayaran denda, semakin tinggi denda yang akan anda kena bayar - ini adalah prinsip yang telah diluluskan oleh Kabinet dalam penstrukturan semula dan pelurusan denda yang diterbitkan untuk kesalahan lalu lintas yang dianggap kurang serius.

    Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kononnya prihatin terhadap rakyat, tetapi menaikkan kadar kompaun di waktu ekonomi negara sangat teruk.

    Khamis, Februari 17, 2011

    Insaflah kamu wahai insan....


    Walaupun begitu biadap dan celupar kenyataan Mahafiraun terhadap TGNA (di sini), namun sebagai orang yang waras, TGNA dengan rasa tawadhu’ dan penuh keinsafan, beliau sekadar mencatatkan dilaman twitter :

    “Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini,”

    Mahafiraun semakin sewel atau kelakar?

    Di Malaysia, PDRM lebih berkuasa daripada PM.Demikianlah gambaran yang cuba diwarwarkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mendakwa bahawa PDRM telah menghalang cubaannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang jawatan tersebut.

    Konon katanya, ketika beliau menyarankan supaya ISA dimansuhkan, pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.Ha! ha! ha! Kelakar betul Mahafiraun ini! Lihat di sini

    Pendatang Haram di Sabah : Hishamuddin gagal laksanakan tugas

    Kebanjiran pendatang haram di Sabah begitu menakutkan dan merupakan satu ancaman nasional, namun Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein terus menyepi tanpa tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah tersebut.

    Maka itu, Parti Progresif Sabah (SAPP) telah memulakan satu kempen tanda tangan untuk menggesa kerajaan persekutuan supaya membentuk Suruhanjaya Diraja untuk menyiast kehadiran besar "Malaysia baru" di Sabah.

    SAPP percaya hanya pembentukan satu Suruhanjaya Diraja mampu menyiasat kehadiran secara besar-besaran pendatang haram di Sabah.

    Seorang anggota Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah mendakwa, bahawa kilang Kad Pengenalan (KP) tumbuh seperti industri kecil untuk memenuhi permintaan yang tinggi bagi mendapatkan KP Malaysia palsu di Sabah.

    Ketua pemuda parti, Edward Dagul mengatakan SAPP menyasarkan 100,000 tanda tangan berikut kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kerajaan tidak akan membentuk Suruhanjaya Diraja walaupun terdapat bukti bahawa penipuan telah berlaku pada skala besar di negeri tersebut.

    Kehadiran ribuan pendatang haram di negeri tersebut telah diberikan status kewarganegaraan telah menjadi duri di kedua belah pihak, baik dari kerajaan persekutuan dan penduduk tempatan Sabah yang telah menuntut keadilan selama lebih dari dua dekad.

    Masalah ini menjadi satu isu yang panas selama dua minggu terakhir ketika seorang pengusaha tempatan yang menyatakan dirinya Sultan Sulu dalam sebuah upacara di Kampung Likas dekat sini.

    Mohd Akjan Ali Muhammad dikatakan sebagai ahli UMNO dan juga diyakini telah ditahan di bawah Internal Security Act (ISA) beberapa tahun yang lalu kerana dipercayai mengeluarkan dokumen-dokumen pengenalan Malaysia untuk warga asing.

    "Walaupun kecuh dengan isu tersebut, kita amat berasa pelik kenapa Menteri Dalam Negeri masih tidak memandang serius masalah ini."

    Respon Salahuddin terhadap kenyataan Azmin

    Oleh Muda Mohd. Noor

    Sepatutnya timbalan presiden PKR itu membicarakannnya dalam ruang yang betul dan tidak mengungkit perkara itu secara terbuka.

    PETALING JAYA: Dakwaan bahawa PAS turut berminat dengan kerusi PKR menimbulkan rasa kurang senang kepada Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

    Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bahawa PAS berminat dengan kerusi kawasan bercampur sebagai tidak tepat dan dibuat di tempat yang salah.

    “Sepatutnya Azmin membicarakannnya dalam premis yang betul. Kita (Pakatan Rakyat) tidak membincangkan perkara ini.

    “Bagaimanapun, saya percaya perkara ini boleh diselesaikan dalam Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin bahawa “tiada lagi formula PAS akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, DAP di kawasan Majoriti Cina dan PKR di kawasan bercampur. “

    “Sekarang, PAS juga mahu kawasan bercampur,” kata Azmin seperti dilapurkan.

    Keadaan ini boleh menyukarkan rundingan komponen Pakatan Rakyat yang membabitkan PKR, PAS dan DAP menentukan pembahagian kerusi dalam pilihanraya umum akan datang.

    Mengulas lanjut, Salahuddin berkata jika PAS berminat bertanding di kawasan bercampur ia merupakan fenomena semasa berikutan sokongan pengundi bukan Melayu, terutama pengundi Cina, kepada parti itu.

    Tambahnya, fenomena ini sepatutnya tidak menjadi pertikaian dalam Pakatan Rakyat.

    Bagaimanapun, kata bekas Ketua Pemuda PAS itu, parti Islam itu mempunyai penyokong setia di kalangan pengundi Melayu.

    “Kalau pilihanraya umum 2008 dijadikan ukuran, pengundi Melayu masih memberi sokongan kepada PAS,” katanya.

    Sementara itu, Salahuddin menjelaskan PAS belum membuat keputusan sama ada bertanding atau tidak dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

    Katanya, keputusan tersebut akan dibuat dalam mesyuarat PAS.

    Pilihanraya kecil Kerdau akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63 akibat serangan jantung Sabtu lalu.

    copy & paste dari sini

    Maka bersabdalah si Mahafiraun....

    Mahathir Mohamad, yang suatu ketika dulu digelar sebagai Mahafiraun kerana kezalimannya sewaktu menjadi PM Malaysia, walaupun mengakui pengetahuan agama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang “dalam”, tetapi beliau merasakan dirinya sendiri “lebih dalam lagi” pengetahuannya mengenai agama Islam….

    Mahafiraun itu menggesa Menteri Besar Kelantan itu berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

    Mahafiraun itu mengingatkan TGNA, “Bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya.”

    Bacalah kenyataan seterusnya di sini

    Rabu, Februari 16, 2011

    Padan muka! Suruhanjaya Diraja hilang kredibiliti

    Sangat memalukan! Itulah yang sedang dihadapi oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat punca kematian pembantu politik Teoh Beng Hock apabila keluarga mangsa menarik diri daripada prosiding suruhanjaya untuk menyiasat kematian setiausaha politik exco Selangor itu.

    Sebelum ini, suruhanjaya diraja itu menolak permohonan keluarga Teoh untuk menundakkan inkuiri sehingga semakan kehakiman yang difailkan oleh mereka ke atas penghakiman terbuka oleh Mahkamah Kotoner berhubung kematian Beng Hock didengar.

    Suruhanjaya berkenaan yang diketuai oleh hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen bertegas mahu siasatan diteruskan.

    Berikutan itu, peguam keluarga Teoh, - Karpal Singh dan Gobind Singh Deo mengumumkan mereka akan berundur diri daripada terbabit dengan perbicaraan kerana tidak yakin dengannya.

    Karpal, peguam Gobind Singh Deo dan semua ahli keluarga Teoh kemudiannya dilihat terus meninggalkan bilik bicara selepas permohonan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan semakan kehakiman berhubung penyingkiran pegawai pengendali turut ditolak.

    Keluarga tersebut juga akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes kematian pembantu politik itu berhubung penggunaan timbalan pendakwa raya daripada Pejabat Peguam Negara sebagai pegawainya (lihat sini)

    Selain ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Teoh, suruhanjaya itu juga ditugaskan bagi menilai sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur ketika menyoalsiasat Teoh sebagai saksi, berhubung kes dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan Selangor. sumber

    Apa gunanya Kompleks Sukan Bukit Jalil?

    Majlis Sukan Negara (MSN) 16 Januari lepas telah menolak hasrat KOAM untuk mengadakan program latihan di Ranau, Sabah, dengan peruntukan RM3 juta.Atas alasan tidak mahu membazirkan peruntukan kerajaan selain menganggap Ranau tidak sesuai dijadikan tempat latihan kerana beraltitud tinggi.

    Entah dimana rasional perlunya latihan di Ranau,hingga pihak Kementerian meluluskannya.

    Dan bebinilah jadinya :Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, semalam berasa hairan dengan Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim yang berkeras mahu latihan di Ranau diteruskan sedangkan tinjauan presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim, semalam mendapati ia belum siap dan mendapat sijil layak menduduki (CF). (lihat sini)

    Mengapa Peguam Negara mahu meneruskan tuduhan yang bermotifkan politik?

    KUALA LUMPUR, 16 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tuduhan liwat terhadapnya digugurkan ekoran “bukti terbaru” yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal proforma, yang diberitahu di mahkamah hari ini.

    Peguam utama Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya tidak berasas.

    Sehubungan itu kata beliau, di bawah kanun prosedur jenayah, hanya Peguam Negara yang boleh menarik balik tuduhan terhadapnya.

    “Saya meminta Peguam Negara menarik balik tuduhan bagi mengelakkan negara dimalukan lagi.

    “Dalam soal pendakwaan, kita ada versi yang berbeza mengenai isu-isu asas dalam perbicaraan ini,” kata Karpal kepada pemberita.

    Anwar pula berkata bukti baru itu menunjukkan pendakwaan ke atasnya adalah sesuatu yang “remeh-temeh dan tidak berasas.”

    “Ini satu pendakwaan... mengapa Peguam Negara mahu meneruskan dan berkeras dengan tuduhan yang bermotifkan politik?” kata Anwar.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...