Followers

Khamis, Mac 31, 2011

Mahathir Bapa Kemungkaran



Kalau tidak kerana penyalah gunaan kuasa oleh Mahathir,Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail, Peguam Negara sekarang ini; sudah tentu Daim Zainuddin, Rafidah Aziz , Rahim Thamby Chik dan Mendiang Eric Chia meringkuk dalam penjara kerana amalan rasuah.

Mat Zain bin Ibrahim ,bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur sejak Disember 1998 sehingga bersara pilihan sendiri pada akhir 2001 telah mendedahkan bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur beliau juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr.Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala Lumpur, pada 12 Jun 2000.

Beliau juga adalah Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kesemua empat (4) laporan Polis yang dibuat oleh DSAI diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999 ( ketika DSAI dalam penjara Sungai Buloh) berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail (kini Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara).

Laporan-laporan yang dibuat oleh DSAI ini adalah bersangkutan dengan penyiasatan dakwaan penyelewengan dan kesalahan rasuah melibatkan Tun Daim Zainuddin,Datuk Seri Rafidah Aziz (kini Tan Sri Rafidah),Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Eric Chia (mendiang).

BN/Umno tidak hormati keputusan kabinet sendiri

Keputusan kabinet pada Jumaat 18 Mac lalu untuk menangguhkan senarai hitam bermaksud pemilik kenderaan boleh perbaharui cukai jalan.

Namun sehingga kini, mereka yang disenarai hitam masih belum dibenarkan memperbaharui cukai jalan mereka.

Sehubungan itu, Saudara Aamir Hj Ishak, salah seorang AJK KASE Perak telah menemui Ketua Trafik Perak bertanyakan hal tersebut.

Menurut Aamir, pegawai tersebut menyatakan bahawa pihaknya dan juga JPJ masih belum lagi mendapat apa-apa arahan berhubung perkara tersebut.

Jelas bahawa BN/Umno sendiri tidak tahu menghormati keputusan kabinet. Kalau perintah tuhan yang melarang mungkar pun mereka sanggup engkari, apalah sangat keputusan kabinet!

Besar kemungkinan BN / Umno akan membuat penguman mengenainya untuk meraih simpati rakyat pada 6 April, tarikh penamaan calon PRU Sarawak.

Sementara itu, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menuntut kerajaan mengembalikan wang rakyat yang telah membayar saman ekor akibat tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.Lihat di sini

Antara Ancak dan poco-poco : Yang mana haram wahai Harusani?





Tarian Poco-poco semakin popular di Malaysia dan ianya diterima sebagai senamrobik.Ianya tidak ada ritual tertentu yang boleh dikaitkan kepada mana-mana agama.Hanya sejenis tarian.Anda sendiri boleh lihat apa itu poco-poco melalui u-tube diatas.

Tarian Poco-poco yang heboh kononnya berasal dari Indonesia sebenarnya adalah tarian orang Amerika yang dikenali sebagai American Line Dance.Indonesia mungkin mengambilnya dari sana.Sila lihat pula tarian American Line Dance berikut :



Ada ke boleh dikaitkan dengan apa-apa pemujaan atau ada kaitan dengan agama Kristian?

Tetapi agak menghairankan, bagaimana Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, mengumumkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Tidak semena-mena pula, Zambry Kadir pula pi sokong fatwa Mufti tersebut.Mungkin nak balas jasa Mufti itu yang pernah selamatkannya dari isu 'ancak' dulu.

Dr Asri, bekas mufti Perlis berpandangan, tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah. Jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik.Baca lagi pandangannya di sini

Rabu, Mac 30, 2011

Gambar kerbau minum beer

Setelah kantoi dengan pendedahan Topeng Perak dengan gambar diatas, dalam entri terbarunya, Parpukari cuba menafikan bahawa gambar diatas itu bukanlah dirinya dan cuba memperbodohkan orang ramai yang kononnya minuman yang terhidang didepannya itu bukan arak? Mamat ini ingat semua orang bengong macam dirinya.

Dia menulis : 1. Tolong buktikan ini adalah Parpukari dan juga buktikan yang didepan mamat ni adalah arak! Sekian, Terima kasih

Bangang punya orang! gambar menceritakan segalanya.Mungkin Parpukari sangka gambar diatas itu adalah seekor kerbau ....Ha! ha! ha! Kerbau dengan engkau tu serupalah!Take beer!!

Selasa, Mac 29, 2011

Surat terbuka kepada Ketua Polis Negara

Mat Zain bin Ibrahim,
SAC II G/5776(Retired),

Kepada,

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.
Email:iho@rmp.gov.com

28hb.March 2010

YDH Tan Sri,

PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-
MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.

Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.

2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.

2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.

2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi “pertembungan” diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.

LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM.

3. Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan.Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir,Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail,ketika itu DPP Kanan,sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.

3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.

3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA.Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.

4. Untuk makluman Tan Sri,secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu.Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.

4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.

5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja.Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers)Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999.Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.

5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.

5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pagawai Penyiasat yang mereka berkenan menyiasat sesuatu laporan polis.

5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan.Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.

5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.

6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.

6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof,Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan.Kebetulan juga saya pernah menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur dan tidak munasabah jika saya tidak meneliti kertas siasatan kes Rahim itu, walaupun saya bukan Pegawai Penyiasatnya.Mungkin ini semua adalah “the long arm of coincidences” sahaja.

7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes “prima facie” terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency(Essential Powers)Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara “indemnify” segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik.Ini adalah apa yang terdapat didalam laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri.

7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.

7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk “indemnify” kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan.Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah.Apa yang jelas dalam kes Rahim ini,,Peguam Negara juga telah menyalahgunakan kuasanya.

8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau,sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup.Saya sendiri tidak sangka yang beliau akan muncul sebagai salah seorang dibelakang tayangan video lucah berkenaan.Keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam laporan ini adalah berdasarkan pengalaman,pengetahuan peribadi serta dokumen-dokumen berkaitan, ketika saya menangani kes membabitkan beliau.

8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti.Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja.Saya yakin Tan Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara maklum akan pendirian saya berkaitan perkara ini.

9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya.Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat.Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri.

Selamat sejahtera dan selamat maju jaya.

Yang ikhlas,

Mat Zain Ibrahim
28 March 2011

sumber
AlHusseyn : Tarikh mula surat ini rasanya 'typing error'

YB Mujahid bakal Timbalan Presiden?


Membaca tajuk di sini menggerakan minat saya untuk mendapat kepastian daripada tuan punya diri lalu saya menghubungi beliau pagi tadi.

“Benarkah YB akan bertanding Timbalan Presiden?” terjah saya.

“Siapa kata gitu?” Balasnya dengan rasa agak terkejut.

“Ada dalam blog ni….” Balas saya.

“Ah! Blog! Saya tidak pernah sebut saya akan bertanding…” jelas Mujahid.

“Saya hanya menghormati hak perwakilan untuk pencalonan ; itu bukan bermakna saya menerima pencalonan tersebut – menerima atau menolaknya adalah hak saya,” tambahnya lagi.

Hanya dua pencalonan diperlukan bagi melayakan bertanding. Apakah Mujahid akan menerimanya jika ada cukup pencalonan?Bukan susah mana untuk mendapat dua pencalonan!

Menjawab persoalan tersebut, Mujahid berkata terpulang kepada keadaan samada jemaah mahukan perubahan atau tidak.

"Saya tidak akan bertanding jawatan itu, kalau sekiranya saya tidak dapat membuat apa-apa perubahan yang positif kepada perjuangan PAS." Katanya yang juga ahli parlimen Parit Buntar.

Ditanya mengenai adanya rungutan terhadap buku beliau 'Menuju PAS Baru' , beliau berkata apa yang beliau tulis itu tidak semestinya semuanya 100% betul dan tidak semestinya pula 100% salah.

“Ianya sebagai bahan pencambahan minda untuk umum dan supaya menjadi asas lonjakan paradigma parti ke hadapan,” jelas Mujahid.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan di sini beliau tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden parti Islam itu pada pemilihan Jun ini.

Penyandang Timbalan Presiden sekarang, Nasarudin Mohd Isa dilaporkan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut menjadikan kekosongan jawatan itu nanti menjadi teka teki yang agak menarik.

Selain Mohamad Sabu yang kini mendapat pencalonan dari kawasan Kubang Kerian, ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan berminat untuk jawatan tersebut.

Isnin, Mac 28, 2011

Nalla tidak perlu sibuk-sibuk!


Kesian kat Nallakarupan – ibarat hidung tak muncung, pipi tersorong-sorong!Tawarannya kepada PAS untuk mendedahkan siapa Anwar sebenarnya tidak mendapat riaksi yang positif dari pemimpin PAS.

"Dia (Nallakaruppan) tidak perlu mendedahkan apa-apa ... Kita tahu siapa Nallakaruppan, "kata naib presiden PAS, Mahfuz Omar "Jadi tidak perlu sibuk-sibuk untuk mendedahkan apa-apa."

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga mengatakan bahawa parti Islam akan mengabaikan Nallakaruppan, sementara setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali menolak memberikan komentar.

Utusan Malaysia melaporkan hari ini bahawa Nallakaruppan berkata sudah saatnya bagi pemimpin spiritual PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, parti Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, naib presiden Nasharudin Mat Isa dan Mustafa untuk mengetahui Anwar yang sebenarnya.

"Pemimpin PAS boleh memilih masa dan tempat. Saya sedia untuk bertemu dengan mereka untuk menerangkan kebenaran tentang Anwar, orang yang mereka sebut seorang pemimpin, "Nallakaruppan berkata.

Kelantan Pertahankan Larangan Judi


KOTA BARU: Kelantan akan mempertahankan larangan penjualan tiket loteri ‘Big Sweep’ berikutan pandangan Penasihat undang-undang negeri yang telah melihat undang-undang dan menyarankan bahawa kerajaan negeri itu bertindak dalam hak perundangan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata bahawa penasihat undang-undang Datuk Azlan Abdul Halim telah menginterpretasikan undang-undang seperti yang diarahkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat .

"Dia berpendapat bahawa langkah kerajaan negeri untuk melarang penjualan tiket loteri berada dalam hak undang-undang Negeri.

"Dia sependapat dengan kerajaan negeri bahawa adalah menyalahi undang-undang untuk menjual loteri bahkan di luar tempat perniagaan lesen oleh kerajaan tempatan," katanya kepada wartawan sesudah menghadiri mesyuarat yang dipimpin oleh Nik Abdul Aziz di Kota Darul pada Isnin disini.

Pada 16 Mac, Nik Abdul Aziz berkata beliau telah mengarahkan penasihat undang-undang untuk mengintrepret undang-undang mengenai penjualan tiket loteri di negeri tersebut.

Dia membuat arahan tersebut untuk memuaskan rakan koalisi, khususnya DAP, yang ingin penjelasan dari kerajaan Kelantan yang melarang penjualan tiket loteri bulan lepas.

Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek telah mengkritik kerajaan Kelantan kerana melanggar hak-hak orang Cina untuk membeli tiket loteri selepas dua pemilik kedai buku itu dikenakan kompaun kerana menjual tiket loteri kepada orang awam pada 26 Feb.

Nik Abdul Aziz telah mengatakan ia akan bertemu Dr Chua pada 3 April untuk memberikan penjelasan atas larangan tersebut.

FRU ganggu ceramah Anwar

Dubuk Umno dalam PAS?


Siapakah Dubuk Umno yang sedang berada dalam PAS? Dubuk Umno ini bukan sahaja mengancam integriti PAS, malah dikhuatiri sedang mengancam kedudukan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Dubuk ini merupakan seorang Exco yang juga pemimpin PAS negeri Selangor; dikatakan terbabit mengadakan rundingan langsung dengan seorang kontraktor (pro Umno) di luar mesyuarat kerajaan negeri?

Dubuk tersebut dilaporkan mempunyai hubungan erat dengan Pengerusi SYABAS Tan Sri Rozali Ismail dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din.

Dubuk ini pernah mengadakan ’rundingan dalam gelap’ dengan bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo (Umno) untuk membawa PAS bergabung dengan Umno menubuhkan kerajaan bercampur selepas 8 Mac 2008 lalu.

Sehingga kini, tiga pemimpin PAS Selangor dilantik sebagai Exco. Mereka adalah Datuk Dr Hasan Mohamad Ali (Adun Gombak Setia), Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang) dan Iskandar Abdul Samad (Adun Chempaka). sumber

Jumaat, Mac 25, 2011

Skandal seks video: Pertembungan fakta

Eskay (gambar kiri) menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Eskay sendiri.

Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.

Pengakuan Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.

Demikian antara kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Pengarah Komunikasi PKR di sini

Khamis, Mac 24, 2011

Tahniah kepada Mat Sabu

Perebutan kerusi Timbalan Presiden PAS yang akan dipertandingkan pada muktamar tahunan PAS Jun ini kini semakin menarik apabila Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan tidak berhasrat bertanding bagi jawatan tersebut. klik sini

Sabtu lalu, mesyuarat Kawasan Kubang Kerian yang diketuai oleh Datuk Husam Musa , dengan sebulat suara telah mencalonkan Mohamad Sabu bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden; satu indikasi yang jelas bahawa Husam tidak akan bertanding jawatan tersebut malah memberi isyarat kepada kawasan lain untuk mencalonkan Mohamad.

Sehingga kini, hanya Mohamad sahaja yang mendapat pencalonan dan Mohamad tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan satu lagi pencalonan daripada Bukit Bintang, Batu, Kepong dan Putrajaya yang dijadual akan mengadakan mesyuaratnya pada bulan depan. Sumber

Rahim Thamby Chik Dan Ahli Perniagaan Eskay Terbabit Dalam Fitnah Video Lucah

Rabu, Mac 23, 2011

Keratan Gambar Lucah dari Datuk T


Celakas punya Menteri! Takkan dia tidak tahu Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Celakas punya menteri ini boleh kata ,“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumkan kepada kami,”

Mustahil menteri celakas ini tidak tahu adanya kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

Macamana Menteri celakas ini boleh kata "ditayang untuk wang, ya, mungkin ia." Apabila ditanya sama ada tayangan rakaman itu menyalahi undang-undang!

Berikutan kenyataan menteri celakas itu, jom kita lihat gambar percuma 'semi lucah' berikut :

Adakah ini rupa jantan dalam 'movie lucah' yang
yang sedang heboh mengaitkannya dengan seorang
tokoh politik tempatan? Anwar telah menafikan
lelaki tersebut adalah dirinya kerana kepalanya botak

Iras siapakah lelaki misteri ini?

Saya berani siarkan gambar tersebut kerana menteri celakas itu kata " ditayang untuk wang, ya, mungkin ia."

Dan Kalau Menteri celakas itu dah kata tidak bersalah, apa kata kita minta RTM dan TV3 tolong siarkan movie lucah itu secara percuma.

Menteri celakas ini perlu mengambil langkah tersebut supaya orang ramai tidak keliru dengan gambar-gambar diatas yang kononnya adalah keratan daripada 'movie lucah' yang diedarkan oleh Datuk T itu.

Celakas betul Menteri ini kalau tidak berani tayangkan 'movie lucah' di RTM atau TV3.Takut apa? Ikut katanya 'bukan salah'!

Pintu ke neraka


‘Pintu ke neraka’, begitulah penduduk tempatan di bandar terdekat Darvaza menggelarnya; adalah sebuah kawah selebar 70 meter di Turkmenistan yang telah terbakar terus-menerus selama 35 tahun.

Pada tahun 1971, beberapa ahli geologi menggali untuk deposit gas telah menemui sebuah gua besar bawah tanah, yang menyebabkan tanah di atasnya runtuh, membawa semua peralatan dan perkhemahan mereka bersama.

Oleh kerana gua tersebut dipenuhi gas beracun, mereka tidak berani turun untuk mengambil peralatan mereka, dan untuk mencegah gas dari merebak, mereka telah menyalakannya, berharap gas itu akan terbakar dengan sendirinya dalam beberapa hari.

Malangnya, berlaku sedikit perhitungan untuk jumlah gas yang terperangkap, dan kawah itu terus terakar hingga ke hari ini.

Anda boleh melihatnya di Google Earth pada 40 ° 15'8 "N 58 26'23 •" E

Rabu, Mac 16, 2011

Pemilihan PAS: Tumpuan kini pada Mat Sabu

Mata kini tertumpu kepada bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu sebagai calon yang berpotensi merebut jawatan nombor dua dalam pemilihan PAS yang dijadual berlangsung Jun ini.

Malaysiakini difahamkan sudah terdapat pertemuan di kalangan pemimpin tertentu yang berusaha memberi laluan kepada Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bertanding kali kedua merebut jawatan berkenaan.

Malah, menurut sumber, sudah ada kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat keputusan mencalonkan Mohamad merebut 'kerusi panas' itu.

Ibu pejabat parti Islam itu menetapkan tarikh mesyuarat agung dan pemilihan bagi 179 kawasannya bermula semalam hingga 10 Mei ini.

Dalam pemilihan PAS dua tahun lalu, Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Selepas pengumuman itu, Mohamad tidak menolak kekalahannya mungkin disebabkan pepecahan undi dengan penyokong Husam.

Kali ini, Mohamad dilihat yakin dan bersedia apabila dalam masa dua minggu lagi, beliau akan mengumumkan pendirian sama ada bertanding ataupun tidak bagi jawatan berkenaan.

Umum awal April

Ditanya Malaysiakini mengenai masa yang sesuai untuk beliau mengumumkan pendiriannya, Mohamad berkata:

"Tengok awal bulan April ini. Tak lama dah... Awal bulan April, telefon semula," katanya sambil memberitahu perlu mendapatkan maklum balas rakan-rakannya terlebih dahulu.

Jika Mohamad bertanding, beliau dijangka berdepan dengan beberapa tokoh yang disebut-sebut bertanding antaranya naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam masa yang sama, Nasharuddin sebagai penyandang kerusi itu kini dikatakan tidak akan mempertahankan jawatan itu manakala sumber mendakwa Husam pula akan memberikan laluan kepada Mohamad.

Kedua-dua mereka bagaimanapun setakat ini belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung pendirian mereka.

Mohamad dikatakan antara pemimpin yang cenderung anti kepada idea kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan Nasharuddin dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berdasarkan peraturan parti, setiap calon perlu mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan di peringkat kawasan bagi melayakkan bertanding dalam mana-mana jawatan dalam parti. sumber

Kejutan menanti dalam pemilihan PAS


Walaupun pemilihan PAS dijadual pada Jun ini, namun cakap-cakap sudah mula kedengaran apabila nama beberapa pemimpin sudah disebut-sebut bakal merebut jawatan timbalan presiden.

Malah, sumber-sumber parti memberitahu, pemilihan kali ini lebih menarik berikutan beberapa kejutan yang bakal berlaku, seterusnya melanjutkan pertembungan dua kumpulan - pro- kerajaan perpaduan dan kumpulan Erdogan - seperti pada pemilihan dua tahun lalu.

Berdasarkan maklumat itu, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dipercayai tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak dua penggal lalu.

Sumber yang lain pula mendakwa "ada mendengar cerita" kumpulan kerajaan perpaduan dalam PAS tidak mahu lagi Nasharuddin sebaliknya mahu mengangkat tokoh lain, seperti naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Tak nampak orang lain (setakat ini), selain daripada (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man (sebagai pengganti)," tambah sumber-sumber itu.

Cadangan itu dipercayai ditimbulkan ekoran populariti Tuan Ibrahim sebagai personaliti terkenal yang mendapat undi tertinggi ketika dipilih sebagai naib presiden pada tahun 2009.

Nasha undur, Mat Sabu masuk?

Beliau dikatakan boleh mengisi jawatan tersebut demi merealisasikan konsep 'kepimpinan ulama' yang menjadi amalan parti itu selama ini.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan Nasharuddin pula berkata setakat ini tiada keputusan sama ada ahli parlimen Bachok itu mahu mempertahankan jawatan tersebut ataupun tidak.

"Tidak ada apa-apa jawapan lagi, masih tidak buat pendirian lagi... Tidak ada keputusan (setakat ini),” kata sumber berkenaan ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam pemilihan dua tahun lalu, Nasharuddin mempertahankan jawatan timbalan selepas menewaskan dua bekas naib presiden ketika itu - Datuk Husam Musa (atas, pertama dari kiri) dan Mohamad Sabu.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Lain pula yang berlaku kepada bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu apabila menurut sumber, beliau dijangka mencuba nasibnya bagi bertanding jawatan itu sekali lagi.

Bagaimanapun Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ketika dihubungi Malaysiakini dilihat masih berteka-teki daripada memperlihatkan 'keinginannya' itu.

"Saya tidak buat keputusan lagi, masih berbincang dengan kawan-kawan. Saya tengok keadaan dulu," katanya.

Husam beri laluan

Sementara, sumber yang dekat dengan Husam pula mendakwa ADUN Salor itu dipercayai tidak mencuba nasibnya sekali lagi, sebaliknya hanya mahu bertanding untuk kekal sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS.

Ini kerana, kata sumber, ia bagi memberikan laluan kepada Mohamad Sabu – yang dilihat cenderung anti agenda kerajaan perpaduan – dan membolehkan pertandingan dua penjuru berlaku.

Pemerhati politik berpendapat, antara faktor kemenangan Nasharuddin dalam pemilihan lalu disebabkan berlakunya pecah undi antara Husam dan Mohamad Sabu.

Sumber itu juga memberitahu Malaysiakini, tokoh lain turut 'diundang' bertanding jawatan tersebut antaranya naib presiden PAS Salahudin Ayub dan dua ahli jawatankuasa PAS Pusat - Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bagaimanapun belum jelas sama ada ketiga-tiga mereka – yang difahamkan cenderung kepada agenda kerajaan perpaduan – akan terlibat sama kali ini.

Muktamar dan pemililhan PAS bagi tahun ini dijadual diadakan pada 3 hingga 5 Jun di Taman Melewar, Kuala Lumpur. sumber

Memalukan Satu Malaysia

Kata Rosmah "Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau, "

Ha~! ha! ha! begitulah nasihat atau pandangan profesional seorang pakar teknologi dari FLOM! aka isteri PM Najib.

Memang memalukan rakyat Malaysia bila Rosmah membuat kenyataan pasal Tsunami yang melanda Jepun.Bagaimana Rosmah boleh cakap macam itu? Dia cakap pasal pembangunan pesat Jepun tidak mesra alam? Lihat klip video dibawah nanti.

Rosmah bercakap seolah-olah Malaysia ini begitu maju teknologinya dan mesra alam.

Alahai Rosmah, kalau hendak dibandingkan dengan Singapura pun sudah ketinggalan jauh; apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Jepun dan Negara-negara lain yang maju. Tapi kamu boleh cakap merapu macam itu?

Lain kali, kalau pergi ke Jepun, jangan hanya sibuk untuk membeli belah digudang-gudang pakaian.Tolonglah jengok ke dalam longkang-longkang yang begitu bersih air yang mengalir didalamnya hinggakan ikan –ikan carp boleh hidup didalamnya.Teknoloji hijau yang macam mana lagi yang Rosmah nak cakapkan itu?

Gempa bumi merupakan bencana alam dan itu adalah gempa susulan yang menyebabkan kerosakan kepada kilang nuklear Jepun. Jepun masih berjuang untuk mengelakkan krisis nuklear di Fukushima akibat gempa dan tsunami. Langkah-langkah keselamatan tidak pernah cukup selamat bila berhadapan dengan bencana alam yang sangat dahsyat.

Itu bukan kesalahan mereka.Mereka mencipta kilang nuklear untuk menghasilkan tenaga yang cukup bagi menggerakan ekonomi Negara.

Kalau nak cakap pasal Nature Disaster Alerts System dan Nature Disaster Safety system, Jepun diakui mempunyai teknologi paling maju dalam dunia.Kalau mahu dibandingkan dengan Malaysia adalah ibarat jauh panggang dari api.

Oleh kerana kedudukan Jepun merupakan negeri yang sering dilanda gempa bumi , bangunan-bangunan dibina dengan piawaian yang sangat ketat supaya dapat menahan gegaran yang tidak berapa serius.

Tetapi kali ini Jepun mengalami gempa bumi dalam laut yang sangat dahsyat berukuran 8.9 Magnitude. Kalau lah gempa bumi sebesar itu melanda Malaysia, saya percaya , satu Malaysia ini pasti hilang di mata peta dunia!

Harap-harap masyarakat dunia tidak memandang rendah kepada rakyat Malaysia.Rosmah bercakap tidak mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya.

Kalulah begini kenyataan Rosmah mengenai Tsunami yang melanda jepun, entah apalah ucapannya sewaktu melawat Muscat,Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh. Buat malu Satu Malaysia!


Selasa, Mac 15, 2011

Menggunakan jari jemari menghadapi kezaliman dan penindasan.


Naib Presiden PAS Sallehudin Ayub ketika menyangkal dakwaan BN akan terus berkuasa di Sabah. Keruntuhan kerajaan Namrud hanya kerana serangan nyamuk, Firaun oleh anak yang dibesarkan di istananya.

"Sekiranya BN Sabah terus menindas dan merampas tanah rakyat marhain Sabah, saya cukup yakin anak muda Sabah akan bangkit menukar kekuasaan BN sekalipun ianya dilihat kukuh dan tidak mungkin ditumbangkan tetapi anak muda mesir dan Tunisia telah membuktikan mereka berupaya menjatuhkan diktator tersebut". ujur beliau disambut tepukan gemuruh wakil anak muda yang hadir. Baca lagi di sini

Kempen Anti Saman Ekor di Perak mendapat sambutan yang menggalakan


Ipoh , 13 Mac 2011 : Kempen Anti Saman Ekor (KASE) peringkat negeri Perak yang telah diadakan di restoran Nasi Ayam Nusantara pada 13 Mac 2011,jam 2.00 petang berjaya menarik kehadiran yang ramai.Lebih satu ratus orang telah turut serta memenuhi ruang taklimat tersebut.

Pengerusi KASE Perak, Saudara Abdul Rahim bin Noordin sangat berpuas hati diatas sambutan orang ramai khususnya mereka yang terlibat dengan ‘Saman Ekor.

Rahim berkata, KASE Perak, akan mengumpulkan segala maklumat yang diterima dan menyelaraskan kes-kes mengikut ketentuan masing-masing dan akan mengadakan pertemuan dengan mereka yang terlibat bagi membincangkan tindakan susulan dengan nasihat satu panel peguam yang di ketuai oleh peguam Amin.


Menurut beliau, seseorang yang telah disenarai hitamkan, hanya perlu memberikan nama , alamat, nombor kad pengenalan dan nombor telefon kepada beliau di talian 0195700168.

Penasihat Undang-undang KASE Pusat, Saudara Zulhasmi telah memberikan taklimat perundangan berkaitan dengan hak pengguna dalam isu ‘Saman Ekor’

Beliau menjelaskan, “Saman ekor adalah notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumatbutiran pemandu kenderaan di bawah seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan.Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pengkalan data JPJ.Istilah rasmi saman ekor ialah Notis Pol.170A.

“Saman ekor dikeluarkan oleh PDRM keatas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja dan saman itu dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan.Manakala saman lain adalah yang dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahyan dilakukan,” tambah Zulhazmi lagi.

Menurut Zulhazmi, Polis dan JPJ kini seolah-olah telah mengambil alih tugas mahkamah dan menafikan hak rakyat terhadap harta yang dijamin dalam perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya lagi, JPJ tidak ada hak menghalang anda memperbaharui cukai jalan dan lessen memandu hanya kerana anda tidak membayar kompaun saman ekor kerana anda belum disabitkan kesalahan tersabut oleh mana-mana mahkamah.

“Saman ekor hanyalah notis meminta maklumat dan anda tidak perlu membayar kompaun jika anda tidak mengaku kesalahan,” terang Zulhasmi.

Ramai diantara yang hadhir mengaku telah membayar saman mereka, tetapi kini berasa kesal setelah mendapat maklumat perundangan sebenar mengenai saman ekor.


Selepas majlis tersebut, pihak KASE bersama-sama pengerusinya, Dato’ Mahfuz Omar telah keluar mengedarkan risalah Saman Ekor kepada orang ramai disekitar Medan Gopeng.

Turut bersama, Saudara Misbahul Munir dan beberapa yang lain. Mereka menemui orang ramai di Pasar Malam, di perhentian bas dan teksi berdekatan bagi menyampaikan risalah penerangan tersebut.

Memandangkan sambutan orang ramai yang sangat menggalakan dimana lebih 6,000 risalah telah berjaya diedarkan pada petang tersebut , Saudara Rahim memberi tahu, majlis penerangan atau kempen Anti saman Ekor ini akan diteruskan ke tempat- tempat lain di seluruh negeri perak ini.

Isnin, Mac 14, 2011

Awas Anjing Garang Umno sudah dilepaskan

Khabarnya, Chua Soi Lek mahu bertemu dengan TGNA bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.

"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.

Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.

"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan.

"Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi di sini

Bukan main garang lagi salakan anjing itu!Umno, tuan si tuan anjing yang sedang menyalak kuat ini tentu gembira dengan perkhabaran tersebut. Semua orang tahu Umno adalah bapa judi di Malaysia ini. Umnolah yang menggalakan pertumbuhan judi hingga ramai rakyat Malaysia kini menjadi kaki taik judi, walaupun judi bukan satu budaya orang-orang Malaysia.

Chua Soi Lek walaupun mengakui judi bukan satu budaya orang Cina , namun tindakan beliau dengan alasan demi kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan, menggambarkan kepada kita bahawa beliau mahu menggalakan judi menjadi kebudayaan masyarakat Cina.

Soi Lek mendakwa kononnya MCA tidak menggalakan masyarakat untuk berjudi, tetapi apa buktinya?Apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh MCA bagi mengekang pertumbuhan judi di Malaysia selama ini? Sebaliknya MCA sangat gembira dengan pertumbuhan judi yang semakin pesat pertumbuhannya kerana mendapat restu dari UMNO, bapa judi di Malaysia.

Mana dia Perkasa dan NGO-NGO Melayu lain? Apa ceritanya Ibrahim Ali? Pasal apa mereka ini membisu dalam isu judi di Kelantan?

Umno tidak mahu menggunakan anjing-anjing Melayu ini dalam isu judi sebab itu anjing-anjing ini tidak berani menyalak.Umno sedang gunakan anjing-anjing Cinanya yang begitu taat kepadanya.Umno lebih suka menggunakan anjing-anjing Melayu ini bagi berdepan dengan isu-isu di Pulau Pinang dan Selangor sahaja.

Ahad, Mac 13, 2011

RM888 bilion lesap: Najib membisu takut disamakan dengan Mubarak

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus enggan menjawab pendedahan mengenai pengaliran wang haram bernilai RM888 bilion ke luar negara dalam tempoh sembilan tahun kerana tidak mahu rakyat tahu penyelewengan itu.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membangkitkan isu mengenai wang haram itu yang didedah badan kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, hampir setiap hari tetapi Najib gagal untuk memberi sebarang jawapan.

“Ada jawapan dari Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan? Tidak ada. Sudah sebulan setengah, setiap hari, saya serang dia dari Perlis hingga ke Sarawak. Tapi, tidak ada jawapan. Sebab apa? Sebab mereka fikir rakyat tidak tahu.

“Wang haram adalah wang rasuah, kedua, wang jualan dadah bernilai berbilion ringgit dan ketiga, wang yang dikumpulkan pembesar dan tauke-tauke besar. Ini dijelaskan dalam laporan GFI,” katanya pada ucapan perasmian dalam konvensyen KEADILAN Sabah di Kinarut, Papar di sini, hari ini.

Anwar juga menyatakan, jumlah wang haram yang dilarikan ke luar negara pada 2008 sahaja sama dengan kekayaan Hosni Mubarak yang dibawa keluar dari negara itu, sebaik sahaja bekas Presiden Mesir itu digulingkan rakyat.

“Lonjakan wang haram di bank Switzerland, tahun 2008 Malaysia mencatatkan kedudukan paling tinggi iaitu RM200 bilion. Kekayaan Mubarak sama dengan wang yang dibawa keluar. Apa bezanya Malaysia dengan Mesir,” katanya.

Anwar turut menimbulkan kontrak bernilai RM23 bilion kepada tiga syarikat milik kroni Umno Barisan Nasional (BN) termasuk syarikat milik anak Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Mokhzani Mahathir melalui Kenchana Petroleum.

“Dia individu melayu terkaya di Malaysia. Ini pemimpin (Umno) yang bicara soal rakyat. Keris Melayu, darah Melayu tetapi hisap darah Melayu,” katanya yang mengingatkan rakyat Sabah, Petronas berkait rapat dengan negeri itu, selaku pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia.

Kata Anwar, cara pentadbiran Najib berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang membawa tatakelola baik bagi menghapus dan mengawal segala bentuk penyelewengan bagi mengembalikan wang itu kepada rakyat, termasuk memberi semula subsidi minyak.

“Saya bincang Lim Kit Siang dan Ustaz Hadi (Awang). hari ini pilihan raya, esok jika menang saya umum atas nama kerajaan rakyat malaysia, saya dengan ini mengisytiharkan berkuatkuasa sekarang, harga minyak di seluruh negara turun serta merta,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau juga menyentuh tentang tindakan Umno BN yang akan menggunakan segala cara bagi mengheretnya ke penjara mellaui pertuduhan kes Fitnah II terhadapnya.

Semua orang tidak ada jasa kecuali Dr Mahathir.

Oleh Aspan.

Ada beberapa rakan-rakan komentar dalam blog saya ini menuduh saya tidak tahu mengenang jasa Dr Mahathir semasa menulis sedikit komen tentang buku memoir beliau. Mereka meminta saya jangan memberikan komen negative tentang Dr Mahathir kerana jasanya banyak dan beliau tidak patut di kritik oleh sesiapa yang tidak berjasa seperti saya ini.

Mereka membayangkan kepada saya bahawa Dr Mahathir terlalu banyak jasanya dan beliau tidak boleh di kritik jika ada kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Bagi mereka hanya Dr Mahathir sahaja boleh mengkritik orang lain. Jika Mahathir mengkritik itu teguran ikhlas tetapi jika sesiapa yang mengkritik beliau orang itu ialah manusia yang tidak mengenang jasa namanya.

Dr Mahathir boleh memusuhi sesiapa tetapi tidak siapa pun, termasuk yang beliau musuhi itu memusuhinya. Dr Mahathir boleh mengkritik semua orang tetapi semua orang tidak boleh mengkritik beliau. Apa sahaja yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu jasa namanya termasuk membunuh UMNO dan memusnahkan telapak perjuangan bangsa saya (kita) sendiri.

Dr Mahathir sewenang-wenangnya menuduh pemimpin lain berbelanja RM20 juta untuk membeli undi semasa perhimpunan agung UMNO (asal) pada tahun 1987 dahulu tetapi ada orang (pemimpin) yang menggunakan wang rakyat yang berbillion untuk menyelamatkan perniagaan seorang anaknya itu juga di anggap jasa.

Menggunakan ratusan billion untuk membina projek raksaksa yang tidak penting itu jasa dan mengambil balik pembiayaan pelajaran dan biasiswa untuk anak-anak kita untuk belajar itu juga jasa.

Merugikan wang BNM dalam perniagaan mata wang asing sebanyak 30 billion lebih itu jasa dan sesiapa yang mengkritik isu ini tidak mengenang jasa namanya. Itu dikatakan fitnah.

Banyak lagi yang telah merugikan rakyat yang dilakukannya semuanya jasa. Sesiapa yang mengkritik itu adalah pembawa fitnah dan orang yang pendendam namanya.

Sesungguihnya semua orang ada jasa mereka: tidak banyak sedikit. Jasa tetap ada bergantung jasa itu kepada siapa. Botak Chin adalah perompak yang di tembak oleh penguat kuasa undang-undang lebih dari 20 tahun dahulu. Botak Chin tidak ada jasanya. Tetapi wang rompakan itu digunakannya untuk membantu peniaga-peniaga kecil di Jinjang dan di Kepong. Kepada peniaga-peniaga kecil yang dibantu oleh Botak Chin itu, mereka menganggap perompak itu adalah seorang yang berjasa setidak-tidaknya kepada mereka.

Semua orang berjasa. Tidak ada orang yang tidak berjasa, termasuk pemimpin-pemimpin kita. berbillion ringgit yang diperolehi secara haram itu digunakan untuk memperkayakan anak-anak dan keluarga dan itu adalah jasa setidak tidaknya kepada anak-anak dan ahli keluarganya.

Anggota tentera dan polis banyak jasa kepada negara. Petani yang besar dan kecil ada jasa mereka kepada negara. Pengayuh beca di Melaka banyak jasa mereka kepada industri pelancungan negara kita. Pegawai-pegawai dan penjawat awam ada jasa mereka. Negara perlukan jasa pemandu teksi. Begitu juga pemandu bas dan keretapi.

Ada yang bertanya apa jasa saya selama ini kepada negara. Mungkin saya seorang di dalam dunia ini tidak ada jasa tetapi kita mesti akui selain dari saya seorang semua manusia yang lain dinegara ini ada jasa mereka.

Imam-imam dan bilal-bilal banyak jasa mereka kepada masyarakat. Pendeknya semua orang ada jasa. Menabur jasa ini bukan ‘privilege’ Dr Mahathir seorang. Malahan ramai yang menabur jasa kepada Dr Mahathir akhirnya di kecewakan oleh beliau sendiri.Mungkin Dr Mahathir patut berfikir dan mengenang jasa-jasa orang lain terhadap beliau sehingga beliau boleh memimpin negara selama 22 tahun.

Kita mesti ingat Muhammad saw lagi besar jasanya kepada dunia dan alam ini. Jasa Baginda pun selalu di lupakan umat sekarang ini. Kalau semua orang ingat kepada jasa, masakan ajaran Muhammad supaya jangan mengambil harta rakyat dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh setengah-setengah pihak yang mempunyai kuasa?

Tetapi yang orang ramai persoalkan itu ialah tentang kesalahan yang dilakukan terhadap rakyat. Rakyat tidak mahu menerima segalanya itu sebagai jasa kerana wang mereka diambil oleh pihak-pihak yang bertaraf tinggi melalui rompakan kolar putih melalui rasuah dan sebagainya yang dilakukan secara sistematik itu.

Teringat pula kepada satu kata perbidalan; ‘jika kita duduk di dalam rumah kaca jangan membaling batu ke rumah orang lain’.

Itu sahaja setakat ini.

Senarai Sepuluh Jahanam Musuh Malaysia yang perlu di nyahkan

Kita harus setuju dengan dia ketika dia benar.
Jadi, bagaimana kita tidak bersetuju dengan
Dr Mahathir? Apa yang Tun katakan
adalah sangat benar dan ketika ia mengatakan
sesuatu yang benar kita harus bersetuju dengan dia.

Kita harus mempertahankan Malaysia daripada musuh
negara. Dan ada banyak musuhseperti itu
yang perlu untuk kita kalahkan.


Oleh Raja Petra Kamarudin

Dr Mahathir: 'Malaysia mesti mempunyai semangat berjuang'

(Bernama) - Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat juang dan karektor yang kuat untuk memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan negara daripada musuh-musuhnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia juga harus bersedia untuk melawan dengan bersebab, untuk diri sendiri dan keluarga mereka serta tidak harus dikalahkan dengan mudah.

Ia adalah prinsip hidupnya iaitu apa sahaja yang berlaku, "Kita mesti lawan, menang dan berupaya untuk bangkit semula," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku biografinya, 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' di Kuala Lumpur, petang semalam
*************************************** ***************************************
Masalah dengan pembaca Malaysia Hari ini adalah bahawa mereka akan tidak bersetuju dengan segala apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata bahkan ketika dia benar.

Dan dalam semangat yang sama, mereka akan bersetuju dengan sebarang apa yang dikata oleh pemimpin pembangkang walaupun ketika mereka salah.

Kita patut menyetujui ketika opinion yang sama dan bersetuju untuk tidak bersetuju ketika berselisih opinion - atau kalau tidak kita akan menjadi seperti lembu dengan mentaliti kawanan.

Ambil apa yang Dr Mahathir katakan di atas: Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat juang dan karektor yang kuat untuk memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan negara daripada musuh-musuhnya.

Ok, sebelum anda rasa marah atau tersinggung, berhenti dulu, tarik nafas dalam-dalam, dan gambarkan apa yang Dr Mahathir baru katakan.

Dan berdoa untuk mendapat petunjuk tentang apa yang salah dengan yang dia katakan?

Apa yang dia katakan adalah benar.

Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat juang dan karektor yang kuat untuk memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan negara daripada musuh-musuhnya.

Sekarang, apakah yang Dr Mahathir maksudkan dengan 'musuh negara'? Mari saya senaraiturun, walaupun tidak harus dalam urutan keutamaan.

Atas senarai sekali adalah ahli politik yang menyalahgunakan kuasa mereka, korupsi, dan mencuri wang pembayar cukai . Majoriti orang-orang ini berada dalam Barisan Nasional walaupun ada juga beberapa di Pakatan Rakyat.

Orang-orang ini boleh digolongkan sebagai 'Musuh Nombor Satu' yang perlu kita lawan bagi mempertahankan Malaysia.

Oleh kerana itu kita perlu untuk menendang keluar mereka pada pilihanraya yang akan datang. Dan untuk melakukan itu kita perlu mendaftar sebagai pemilih dan memastikan bahawa kita keluar untuk memilih.

Kemudian dalam senarai saya adalah pegawai negeri / penjawat awam yang korup, termasuk Menteri .

Mereka adalah liabiliti meningkatnya perbelanjaan wang negara, wang yang boleh digunakan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan, kemudahan pendidikan, jalan, dan yang lainnya.

Sekolah, rumah sakit dan perumahan bagi masyarakat miskin mampu dibina dengan berbilion-bilion yang negara telah habiskan selama 35 tahun sejak pertengahan 1970-an.

Malaysia telah menerima dan telah menghabiskan RM2, 000 bilion sejak pertengahan 1970-an. Itu adalah dua trilion ringgit wang KAMI.

Ketiga dalam senarai saya adalah fanatik, rasis, aneh agama yang tidak toleran terhadap mereka yang berlainan kepercayaan agama, Manusia yang menilai orang lain sesuai dengan standard menyesatkan mereka, orang-orang munafik yang mengutuk orang lain tetapi sebenarnya adalah syaitan yang menyamar sebagai malaikat, lebih suci daripada kamu dan yang berfikir bahawa mereka tahu benar jalan ke syurga dan neraka, dan semua mereka yang anda tidak akan sekali-kali mengundang ke majlis anda.

Keempat ialah yang BANYAK cakap (berbicara terlalu banyak) orang-orang yang memiliki banyak hal-hal buruk sehingga untuk mengatakan tentang kerajaan tetapi tidak melakukan tugas mereka dalam mengubah kerajaan.

Anda boleh jumpai ramai orang jenis ini mabuk di Long Bar, di Selangor Club. Mulut mereka berbuih dan berkhutbah kepada anda tentang apa yang salah dengan negara tetapi tidak pernah memilih dalam hidup mereka.Sesetengahnya bahkan tidak berdaftar sebagai pemilih.

Kelima adalah mereka yang bersetuju bahawa negara ini dibawah bajingan tapi masih akan memilih kerajaan yang mereka kutuk kerana alasan cari makan (jaga perut mereka).

Sesetengah mereka ini akan berpendapat bahawa lebih baik kita menyokong iblis yang kita kenal dari seorang malaikat yang kita tidak tahu. Mereka akan mengatakan bahawa sekurang-kurangnya dengan kerajaan korup kita mampu mendapatkan sesuatu dilakukan dengan membayar 'di bawah meja'Ringkasnya, rasuah memudahkan apa yang tidak akan mungkin dengan kerajaan yang bersih.

Keenam dalam senarai saya adalah hakim yang menghukum berdasarkan apa yang baik bagi kerjaya mereka dan untuk memastikan kenaikan pangkat mereka tidak terhalang dan bahawa mereka tidak akan dihantar 'ke bilik sejuk'. Hakim-hakim ini akan melakukan apa yang tuan politik mereka inginkan dan bukan apa undang-undang tetapkan.

Ketujuh adalah pegawai polis yang korup yang melayani tuan politik, melindungi dunia penjenayah, membunuh 'penjenayah' yang mereka tidak boleh mendapatkan cukup bukti untuk diadili, dan dimasukkan ke dalam penjara ke atas tuduhan semua orang yang menentang kerajaan.

Kelapan adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memastikan Barisan Nasional tidak akan pernah dikalahkan melalui proses pemilihan penipuan.

Kesembilan adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memastikan semua ahli politik Barisan Nasional yang korup melepaskan diri dari hukuman sementara mereka mengada-adakan dakwaan terhadap ahli politik pembangkang dan menghantar mereka ke penjara.

Kesepuluh adalah editor dari media elektronik dan cetak perdana yang menjadikan stesen radio/TV dan surat khabar menjadi alat propaganda parti yang berkuasa.

Terdapat lebih banyak lagi musuh-musuh negara seperti BTN, VC universiti, 'Anjing-anjing Cina’ suruhan UMNO, 'Mandor-mandor India' dari Barisan Nasional, dll, yang melakukan kerugian besar kepada negara.

Namun demikian, senarai sepuluh yang saya nyatakan di atas adalah musuh Malaysia yang Dr Mahathir katakan kita harus membela negara .

Jadi, bagaimana kita tidak bersetuju dengan Dr Mahathir? Apa yang Tun katakan adalah sangat benar dan ketika ia mengatakan sesuatu yang benar kita harus bersetuju dengan dia. Kita harus mempertahankan Malaysia daripada musuh negara. Dan ada banyak musuh seperti itu yang kita perlu untuk kalahkan.

Seperti Dr Mahathir katakan: Rakyat Malaysia juga harus bersedia untuk berjuang untuk sesutu tujuan , untuk diri sendiri dan keluarga mereka, dan tidak boleh menyerah kalah dengan mudah.

Hidup Mahathir! Hidup Mahathir!

Mahathir ‘paranoid’ dengan Anwar

Oleh Aspan Alias

Anwar Ibrahim, nama yang tidak dapat dilupakan oleh Dr Mahathir dan nama Anwar adalah nama wajib untuk disebut di dalam memoirnya yang baru dilancarkan beberapa hari yang lalu.

Setelah buku itu dilancarkan polimik Anwar-Mahathir kembali bergema. Dua hari yang lepas Anwar telah merembat kembali Dr Mahathir di hadapan ribuan manusia yang hadzir di dalam rapat umum PKR.

Tulisan Dr Mahathir ini telah mengingatkan kembali segala-gala yang berlaku di antara kedua-dua pemimpin yang pernah bersekutu dan mentadbir negara kita bersama. Seorang jadi Perdana Menteri dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri. Perpecahan Dr Mahahir dengan Anwar telah menukar lanskap politik tanahair dengan begitu ketara.

Jika Dr Mahathir menyebut isu Anwar, tentulah isu sodomy merupakan isu yang paling gemar disentuh oleh Dr Mahathir. Malahan isu sodomy inilah yang menjadi alasan atau sebab kenapa Mahathir untuk memecat Anwar dan sekali gus dapat mempastikan tempatnya sebagai PM kekal sehingga melewati 22 tahun lamanya.

Dr Mahathir memang seorang yang sentiasa berjaya di dalam krisis. Di dalam situasi yang aman Dr Mahathir tidak akan berjaya menempa kejayaan. Dari kaca mata psikolojinya orang-orang yang lemah selalunya akan berjaya di dalam keadaan krisis yang besar. Lagi besar krisis itu lagi besar kejayaan yang ditempanya. Itulah sebabnya di dalam memoirnya Dr Mahathir terpaksa menulis dengan mengatakan dan mencerca teman-teman seperjuangan beliau kerana beliau dalam sejarah politiknya sentiasa berkrisis dengan semua pihak.

Isu sodomy Anwar ini merupakan santapan batin Dr Mahathir yang paling enak di makanya dan isu yang paling lunak di dengarnya bersama-sama penyokong-penyokongnya. Dr Mahathir sebenarnya tidak berapa kisah tentang sodomy Anwar. Tetapi Mahathir hanya menggunakan isu itu secara ‘expedient’ setelah beliau merasakan kedudukan beliau tercabar jika Anwar masih berada di sisinya di dalam pentadbiran negara.

Mahathir hanya kisah siapa yang akan menjadi pencabar kepadanya. Dia tidak suka dicabar dan di tentang walaupun beliau sudah selayaknya ditentang. Dr Mahathir sendiri mengakui yang Ketua Polis Negara Tan Sri Hanif Omar telah memberikan lapuran kepada beliau tentang kegiatan sodomy Anwar pada tahun 1992 dan Hanif sendiri mengajui lapuran itu.

Tetapi jika Mahathir benar-benar mempunyai moral dan etika kepimpinan yang baik beliau sepatutnya bertindak terhadap Anwar pada 1992 dulu lagi. Tetapi Mahathir tidak berbuat apa-apa malahan pada tahun 1993 Anwar dijadikan Menteri Kewangan, menggantikaqn Daim yang begitu ‘tersohor’ dengan manipulasinya bagi memperkayakan diri sendiri. Daim menjadi Menteri Kewangan sejak tahun 1984 menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah yang telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Tetapi pada pertengahan sembilam puluhan cakap-cakap di bawah terlalu ‘rampant’ yang Anwar akan menandingi Mahathir pada pemilihan parti. Mahathir mengambil berita ini dengan penuh ketakutan dan di dalam salah satu perhimpunan agong Umno Mahathir telah menyebut isu ini secara terbuka dan memberikan gambaran betapa buruknya nasib Anwar jika pertandingan itu berlaku.

Mahathir berkata jika beliau di kalahkan beliau sudah duduk di kerusi PM begitu lama tetapi jika Anwar kalah maka itulah saat yang terakhir bagi Anwar untuk berangan menjadi PM negara ini. Hasutan demi hasutan di dengar oleh Dr Mahathir tentang Anwar terutamanya dari mereka yang telah berkerat rotan dengan Anwar seperti Rahim Thamby Chik. Rahim terlalu marah dengan Anwar kerana beliau di turunkan dari jawatan Ketua Menteri di sebabkan isu skandal Rahim dengn perempuan bawah umur semasa itu.

Akhirnya Mahathir menggunakan isu sodomy Anwar sebagai alasan yang sangat sesuai untuk menjatuhkan Anwar. Isu itu telah dipengapkan oleh Mahathir sejak bebarapa lama dan waktu untuk menggunakan isu itu pun sampai dan kita telah lihat apa yang telah pun berlaku. Anwar sebenarnya seorang yang begitu bodoh kerana terlibat dengan perkara tidak senonoh yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin yang menjadi harapan rakyat dan negara.

Pendeknya tindakan Dr Mahathir terhadap Anwar semata-mata kerana keresahan beliau jika Anwar menandingi beliau sebagai Presiden Umno dan menggantikan beliau sebagai PM negara ini. Tindakannya terhadap Anwar bukan kerana isu sodomy sebagai mana yang difahami orang ramai.

Inilah akibatnya jika seseorang pucuk pimpinan memilih barisan kepimpinan mengikut kehendak politik peribadi semata-mata.

Nampaknya isu ini tidak pula ditulis di dalam memoir beliau yang begitu popular itu. Jika ada percetakan tambahan elok di masukkan isu ini di dalam memoir tersebut kerana inilah isu yang telah membuat beliau tidak nyenyak tidur sehingga hari ini. — aspanaliasnet.blogspot.com

Sabtu, Mac 12, 2011

Trajedi Tsunami di Jepun sangat menyedihkan



Sekurang-kurangnya 573 disahkan terbunuh selepas salah satu gempa bumi terkuat yang pernah tercatat melanda Jepun, mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang menghancurkan sepanjang garis pantai bahagian timur laut negara itu, dan mencetuskan keadaan kecemasan di dua penjana stesyen leterik tenaga nuklear.

Media tempatan pada Sabtu lepas mengatakan jumlah mangsa korban dijangkakan akan melebihi 1,000, yang sebahagian besar nampaknya telah tenggelam oleh air berputar.

"Kerosakan itu begitu besar dan itu akan membuat kita mengambil banyak masa untuk mengumpul data," kata seorang pegawai di lembaga kepolisian nasional.

Air yang menjulang tinggi , yang dihasilkan oleh gempa berkekuatan 8.9 magnitude, di timur laut bandar Sendai, di mana polis pada hari Jumaat dilaporkan berkata bahawa 200-300 mayat telah ditemui di pantai.

Gelombang air hitam menghanyutkan kontena, kereta dan sampah sarap merempuh jalan-jalan di Sendai dan di pertanian terbuka, sedangkan gelombang lumpur dipenuhi sampah sarap menghancurkan segala sesuatu di jalan.

Bandar timur laut Jepun, Kesennuma, dengan populasi 74.000, dilanda kebakaran meluas dan satu pertiga bandar berada di bawah air, agensi berita Jiji berkata.

Ketakutan Radiasi

Pihak berkuasa Jepun bergegas pada Sabtu untuk mengelakkan kemalangan nuklear di dua kilang atom di mana sistem pendingin reaktor gagal, kerana dievakuasi puluhan ribu warga.

Radiasi 1,000 kali di atas normal dikesan dalam ruangan kawalan satu kilang , walaupun pihak berkuasa berkata tahap di luar gerbang kemudahan itu hanya lapan kali di atas normal, menandakan "tidak berbahaya bagi kesehatan langsung".

Dua reaktor yang terkena adalah Fukushima No 1 dan No 2, keduanya terletak sekitar 250 kilometer timur laut bandar besar Tokyo.

Sejumlah 45.000 orang yang tinggal dalam radius 10 kilometer dari kilang 1 No diperintahkan untuk berpindah - meningkatkan jumlah kurang dari 6,000 orang dalam radius tiga kilometer diberitahu untuk berpindah Jumaat.

Perdana Menteri Jepun Naoto Kan awal Sabtu pagi menaiki helikopter keFukushima untuk menilai situasi di reaktor yang dikendalikan oleh Tokyo Electric Power, dan di daerah lain di zon bencana.
Bila terkena gempa bumi besar Jumaat, reaktor ditutup, diikuti dengan yang lain-lain di bahagian yang dilanda gempa di Jepun, seperti yang dirancang untuk melakukan - tetapi sistem No 1 kilang pendinginan gagal, kata kerajaan.

Apabila reactor ditutup, sistem pendingin harus menendang untuk menurunkan suhu yang sangat tinggi.

Sistem ini disokong baik oleh rangkaian elektrik luaran, generator sokongan atau bateri.

Ini adalah kunci untuk mengelakkan "krisis nuklear" dan melepaskan radioaktif.
Jepun maju dengan rangkaian reaktor kuasa nuclear, yang direka untuk tutup segera setelah bumi bergetar di salah satu negara di dunia yang paling kerap mengalami gempa, walaupun kebakaran berlaku di bangunan lain turbin rangkaian nuklear di Onagawa.

Bantuan Antarabangsa

Lebih daripada lapan juta rumah kehilangan kuasa, sistem telefon bimbit dan pendawaian biasa bagi orang ramai dan gas dipotong bagi lebih dari 300.000 rumah, yang berarti ramai orang tidak boleh menghangatkan rumah mereka pada malam gelap dingin yang menakutkan.

Ribuan tentera Jepun dikerahkan, 300 pesawat dan 40 kapal untuk memberi bantuan.
Sebuah armada 20 kapal angkatan laut dan kenderaan air yang lain menuju daerah pantai Pasifik yang musnah disekitaran pulau Honshu, sementara jet tentera udara terbang untuk mendapatkan maklumat.

Terjadinya bencana alam tersebut menggalakn tawaran bantuan mencari dan menyelamat dari 50 negara.

Australia berjanji untuk membantu "apa saja" untuk membantu Jepun.

China berkata pasukan penyelamat bersedia untuk membantu dengan bantuan gempa, sementara Presiden Barack Obama mungkin mengarahkan tentera AS untuk memberikan bantuan kecemasan selepas bencana yang digambarkan sebagai "hanya menyedihkan."

Amerika Syarikat, yang mempunyai hampir 40,000 anggota tentera di Jepun, telah memerintahkan armada termasuk dua kapal induk dan kapal sokongan kepada daerah untuk memberikan bantuan berikutan trajedi tsunami.

Gelombang air yang menjulang merentasi Pasifik, mencetuskan evakuasi di Hawaii dan Pantai Barat Amerika Syarikat, dan menghancurkan sekurang-kurangnya satu pelabuhan California.

Chile mengatakan telah mengosongkan wilayah pesisir dan syarikat minyak negara Ecuador mengumumkan bahawa ia telah menghentikan eksport minyak mentah kerana risiko yang ditimbulkan oleh tsunami.

Bencana Terdedah

Lebih dari 300 rumah hancur di kota terpencil Ofunato dan empangan pecah di timur laut wilayah Fukushima, dengan rumah-rumah hanyut.
Di Tokyo, pekerja pejabat yang terdampar di kota setelah gempa memaksa sistem kereta bawah tanah untuk ditutup lebih awal, tidur bersama mereka yang tanpa rumah di salah satu stesen.

Beberapa lelaki dalam pakaian kemas berbaring atas akhbar, dengan menggunakan beg mereka sebagai bantal. Kyodo berkata sekurang-kurangnya 116.000 orang di Tokyo tidak mampu untuk pulang pada hari Jumaat kerana gangguan pengangkutan.

Terdapat gangguan besar ke atas pengangkutan udara dan perkhidmatan perjalanan keretapi peluru. Sebuah keretapi penumpang dengan jumlah yang tidak diketahui belum ditemui di saluran luar Sendai, Kyodo News melaporkan.

Gempa, yang melanda pada 0546 GMT dan berlangsung kira-kira dua minit, menggoncang bangunan di Tokyo, kawasan bandar yang terbesar di dunia dan rumah bagi sekitar 30 juta orang. Ianya turut dirasakan di Beijing, beberapa km jauhnya 2.500.

Gempa pertama terjadi hanya kurang dari 400 km timur laut Tokyo, kata Survei Geologi Amerika Syarikat. Ianya diikuti oleh lebih dari 70 gempa susulan kuat, salah sekuat 7.1.

Jepun berada di "Pacific Ring of Fire" dan Tokyo adalah di salah satu daerah yang paling berbahaya, di mana tiga plat kontinental perlahan bergeserantara satu sama lain, membina tekanan gempa bumi besar.

Kerajaan telah memberi amaran bahawa 70 peratus kemungkinan gempa berkekuatan delapan akan menyerang dalam 30 tahun berikutnya di dataran Kanto, kediaman bagi penduduk Tokyo sangat sesak.

Mahathir Menipu Secara Politik - Tengku Razaleigh

Sewaktu melancarkan buku biografinya, 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' di Kuala Lumpur, Dr Mahathir berkata, "Saya berpendapat akan ada orang rasa tidak senang hati dengan penulisan saya dalam buku ini....Jadi saya terimalah...nak saman, samanlah,"

Telahan beliau agak tepat, bilamana Tengku Razaleigh, ahli parlimen Gua Musang mengecam hebat buku memoir Mahathir itu, yang baru sahaja dilancarkan.

"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.

"Saya gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain menipu secara politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis.

Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru.

"Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987,” kata Tengku Razaleigh.

Tiang Seri Zambry mungkin tidak sanggup buat macam nih!


Ini gambar yang orang Umno sendiri tidak sanggup lihat.Malah tuan punya diri sendiri cuba menafikannya.Dia beritahu Mufti Perak- hanya pegang-pegang tiang sahaja.Mufti yang bijaksana itu pun percaya lalu memfatwakan tidak haram....

Tetapi cuba kome peghati betoi-betoi gambo bawah ni pula, sape yang nolak lori tu paling beriya-iya. Sampai berkegrhomot mukanya. Dari riak muka dia, ngalahkan tenaga 5 orang keliling tu yang nolak.


Iye...betoi le dia tu. Sah le, takde orang lain. Datuk Seri Nizar le tu. Ahli Parlimen Bukit Gantang. Dia kalau nolong orang, memang macam tu. Sampai lupa yang dia tu ahli parlimen dan Menteri Besar pilihan rakyat. Kalau ahli parlimen yang belah sana nun, setakat bergambo tepi lori tu je le.

Mampukah Tiang Seri Zamry melakukan macam Niza buat tu selain merenjis dan menepung tawar ......atau main pegang-pegang tiang saja? sumber

Jumaat, Mac 11, 2011

Misteri Mr X,Y,X - siapa gerangannya?

Karpal Singh menyoal Saiful :

Karpal: Adakah awak pergi tandas?

Saiful: Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun.

Tetapi semasa diperiksa semula oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden, Saiful berkata dia mandi di rumah dan juga membuang air di tandas rumahnya.

Tidak pasti pula samada buang air kecil atau air besar! Tetapi boleh tahan ke tidak berak selama 3 hari tiga malam?

Dan apabila Karpal bertanyakan tentang terdapatnya tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur Saiful yang bermakna ada dua atau tiga rakan, Saiful tidak dapat memberikan penjelasan yang jelas:

“ Saya tak boleh komen penemuan itu,”jawab Saiful

Ha! ha! ha! macam mana boleh ada DNA ‘X’ ‘Y’ ‘Z’? Siapalah pula gerangannya X dan Z? sumber

Liwat II - Rosmah turut terlibat?

Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kejadian liwat itu.

Sebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk 'mengenakannya' pada perbicaraan kes liwat tersebut. Baca lagi di sini

Pengharaman Judi di Kelantan : Umno suruh anjing-anjingnya menyalak

Exco Terengganu Toh Chin Yaw mengakui bahawa Terengganu tidak mempunyai premis perjudian sejak PAS menawan negeri itu kerana semua premis perjudian diarahkan ditutup.

Sejak BN mengambil kuasa negeri itu pada 2004, tidak ada permohonan mengendalikan perniagaan itu.

Apabila diitanya, sama ada beliau bermaksud kerajaan Umno/BN akan meluluskan permohonan seumpama itu, Toh berkata beliau tidak dapat menjawap soalan itu kerana sehingga kini tidak ada sebarang permohonan.

Tidak berapa senang dengan soalan-soalan selanjutnya Toh segera mengalih kepada persoalan lain.

"Kita sepatutnya fokus pada situasi di Kelantan. DAP perlu sendiri jelaskannyanya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang seharusnya mengheret kerajaan negeri Kelantan ke mahkamah,” kata Toh.

Beberapa pemimpin MCA dan Gerakan telah berulang-kali mendesak DAP menjelaskan pendiriannya berhubung keputusan kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang menyerbu dua premis yang menjual tiket loteri secara tersembunyi.

Jelas bahawa MCA dan Gerakan cuba melaga-lagakan PAS dan DAP dalam isu tersebut.Ini sudah tentu perancangan Umno.

Sebab itu Toh tidak pula berani mendesak Umno supaya mengheret kerajaan Kelantan ke Mahkamah berhubung isu pengharaman tersebut. sumber

Kawalan keselamatan peribadi untuk Pornthip

Pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan akan diberi perkhidmatan pengawal keselamatan peribadi sepanjang tempoh beliau berada di negara ini untuk memberi keterangan pada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

NONESeperti permintaannya yang dikemukakan melalui peguam kerajaan negeri Selangor, Malik Imtiaz Sarwar, Pornthip juga memohon tarikh beliau dijadual memberi keterangan pada 16 dan 17 Mac ditukar kepada 18 hingga 20 April.

Berhubung permintaan itu, setiausaha suruhanjaya, Datuk Saripuddin Kasim dalam satu kenyataan berkata mereka telah meminta pakar itu untuk datang pada minggu pertama April.

"Berhubung permohonan menjadualkan semula tarikh memberi keterangan, suruhanjaya telah meminta Dr Pornthip menimbang semula tarikh lebih awal iaitu sebelum minggu pertama bulan April 2011, malah suruhanjaya bersedia menjalankan prosiding pada hari minggu.

"Ini berikutan suruhanjaya perlu menyelesaikan tugasan sebelum atau pada 25 April 2011," kata Saripuddin.

Selain Pornthip, suruhanjaya itu juga sebelum ini berjaya mendapat persetujuan lisan daripada seorang lagi pakar forensik yang terbabit dalam kes tersebut, iaitu, Professor Dr Peter Vanezis dari United Kingdom.

Suruhanjaya Diraja itu ditubuhkan pada penghujung bulan januari selepas inkues selama 18 bulan yang dijalankan membuat keputusan penghakiman terbuka dengan memutuskan Teoh, seorang pembantu politik DAP tidak membunuh diri mahupun dibunuh.

Pornthip, dibawa oleh kerajaan negeri Selangor semasa inkues lalu berkata berdasarkan bedah siasat kedua yang disaksikannya mendapati Teoh tidak membunuh diri.

NONEPakar yang berkhidmat dengan Institut Sains Forensik Thailand itu juga mendakwa kemungkinan Teoh dibunuh adalah 80 peratus.

Vanezis yang dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bersetuju dengan penemuan Pornthip dan berkata kecederaan Teoh dialami ketika beliau sedar.

Teoh dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di Plaza Masalam selepas disoal-siasat semalaman oleh SPRM di pejabatnya di Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu, sebagai saksi dalam kes membabitkan salah guna dana oleh seorang exco Selangor.

Khamis, Mac 10, 2011

Biadap seorang mufti merosak diri sendiri

Sebagaimana yang kita maklum, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengutus surat resmi kepada Mufti Perak, Harussani menyatakan hasrat mahu berjumpa bagi merungkai perselisihan pendapat antara mereka.

Namun, Harussani enggan untuk bersemuka dengan Nik Aziz, sebaliknya dengan lagak sombong dan angkuh berkata :

“Siapa nak jumpa saya, datang jumpa di pejabat saya, saya tak perlu untuk jumpa mereka.

“Bukan saya yang berhasrat untuk mengadakan pertemuan,” kata Harussani.

Nik Aziz kelihatan lebih beradab bilamana beliau menulis surat menyatakan hasratnya untuk mengadakan pertemuan tersebut.Beliau tidak akan datang ke pejabat mufti tanpa memaklumkannya terlebih dahulu atau tanpa mendapat restu atau persetujuan mufti.

Kita risau, kalau-kalaulah Nik Aziz main langgar saja tanpa ikut protokol pergi ke pejabat mufti dan mufti yang memang tidak sanggup bersemuka dengannya akan lari menyorok di bawah meja seperti mana kisah dulu-dulu bila sang ceti datang ke pejabat kerajaan untuk mengutip hutang!

Tetapi apa yang kita musykilkan ialah adakah begini sikap seorang berstatus Mufti terhadap seorang ulama yang mu’tabar? Kalau pun Harussani tidak mahu mengi’tiraf ketokohan Nik Aziz sebagai seorang Ulama’ , Harussani sebagai seorang Mufti negeri, seharusnya melayan baik hasrat seorang yang berjawatan sebagai ketua sebuah negeri seperti Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Harussani sepatutnya menjawap surat resmi daripada Nik Aziz tersebut. Setidak-tidaknya, begitulah tindakan beliau sekiranya Harussani mempunyai adab dan tahu menghormati orang lain.

Harussani perlu berani bertanggung jawab keatas segala kenyataan yang pernah beliau keluarkan terhadap Nik Aziz.

Tetapi malangnya, Harussani menolak untuk bersemuka dengan Nik Aziz umpama orang yang hanya berani melempar batu sembunyi tangan.

Ingatlah ayat Allah yang bermaksud : Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama.Walaupun tangan Harussani tidak binasa sekarang ini, namun kredibiliti beliau sendiri dan institusi Mufti Perak kini rosak binasa lantaran sikap biadap beliau itu.

Kalau begini sikap Harussani, yang tidak berani bertanggung jawab dengan tohmahan yang pernah beliau lemparkan keatas Nik Aziz, lebih baik Harussani tutup mulut sahaja.

Seperkara lagi, Harussani tidak menunjukan akhlak yang baik dan beradap dan tidak tahu menghormati orang lain. Bagaimana orang lain mahu beradap dan menghormati beliau?

Kata Harussani, “Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari ….

Terbukti bahawa beliau tahu dan menyedari bahawa dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari.

Namun beliau menambah, “ Tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,”

Sangat peliknya dengan masalah yang ditimbulkan oleh Hrussani itu. Apa masalahnya menggunakan hukum Islam untuk meraih undi?

PAS adalah parti yang berjuang atas dasar Islam, maka sudah tentulah berpaksikan dengan hukum Islam.

Pelancaran KASE Perak

Kempen Anti Saman Ekor (KASE) peringkat negeri Perak akan dilancarkan pada 13 Mac 2011 disebuah restoran Nasi Ayam Nusantara berhadapan dengan Medan Gopeng, Ipoh.

Majlis santai ala ‘High Tea’ itu bermula jam 2.00 petang dan mengenakan bayaran penyertaan RM3.00/ seorang sahaja.Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengerusi KASE Perak, Saudara Abdul Rahim di talian 0195700168

Majlis tersebut akan dilancarkan sendiri oleh Pengerusi KASE Pusat, Dato Mahfoz Omar.Selain beliau turut bersama nanti ialah YB Taufik Bin Abd Ghani,Pengarah KASE Pusat dan peguam Zulhazmi untuk memberi penjelasan perundangan terperinci berhubung ‘Saman Ekor’ yang sedang hangat diperkatakan kini dan ditentang hebat oleh segolongan besar rakyat Malaysia.

Mereka yang terlibat dengan saman ekor ini adalah sangat dialu-alukan menyertai majlis penerangan tersebut dan mendaftar nama bagi tujuan tindakan bersama untuk menyaman pihak yang berkenaan.

Pihak KASE ada menyediakan panel peguam bagi tujuan tersebut. Jangan biarkan diri anda terus dibuli oleh kerakusan pemimpin UMNO/BN.Perjuangkanlah hak anda yang dijamin oleh perlembagaan negara.Katakan tidak kepada Saman Ekor!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...