Menteri Besar Kudeta Perak, Zambry Abd Kadir diminta supaya berhenti memperbodohkan rakyat dengan "Sandiwara" nya terhadap kilang kontroversi rare earth.Zambry cuba menyimpan agenda tersembunyi tentang pembinaan satu kilang di Bukit Merah di sini. Kerajaan BN negeri sedang bekerja diam-diam untuk memastikan kejayaan usaha sama kontroversi ini.
Kenapa Zambry tidak berani tampil membuat kenyataan secara terbuka berhubung MoU tersebut?
Sebaliknya, Zambry memilih untuk menikus dan membiarkan Mah Han Soon dan Hamidah Osman untuk membuat kenyataan yang saling bertentangan.
Hamidah dilaporkan berkata bahawa kerajaan Perak tidak akan membenarkan kilang bumi jarang/ rare earth kedua dibina di Bukit Merah.
Namun Pakatan Rakyat tidak percaya terhadap jaminan Barisan Nasional bahawa Memorandum of Understanding (MoU) yang ditandatangani antara syarikat yang berpusat di Hong Kong dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk explorasi dan perlombongan di negeri itu tidak akan bertujuan membina satu lagi kilang tanah rare earth di Bukit Merah.
Dalam satu pengajuan ke Hong Hong Bursa pada tarikh 18 Mei, Commerce Venture Manufacturing (CVM) Minerals Ltd mengatakan pihaknya telah menandatangani persefahaman dengan PKNP, yang dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan projek secara joint-venture di Bukit Merah.
Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP Fong Po Kuan berkata: "MoU tersebut menentukan memasuki atau membentuk satu usaha-sama di Malaysia bagi tujuan eksplorasi dan perlombongan rare earth dan mineral lain yang berpotensi dan aktiviti di suatu kawasan di Bukit Merah."
Perkataan "'Aktiviti' membawa pengertian agenda tersembunyi kerajaan negeri ... kita tidak tahu apa usaha sama akhirnya yang akan termetrai tetapi hal ini belum lagi terdedah kepada umum," katanya.
Namun, Malaysia dikejutkankan untuk menangani isu ini ketika CVM mengumumkan tentang hal tersebut di Hong Kong, katanya.
CVM, melalui anak syarikat CVM tempatan Metal Recycle Sdn Bhd, telah memohon mendapatkan lesen daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri untuk meneroka satu kawasan seluas 250ha di Bukit Merah.
Fong juga menunjukkan laporan awam yang bertentangan yang dibuat oleh para pemimpin BN dan CEO PKNP Samsudin Hashim.
Samsudin dilaporkan telah mengatakan hal itu masih dalam kajian dan kerajaan negeri belum memberikan kelulusan.
Namun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan dan Persekitaran Negeri, Mah Han dilaporkan sebagai berkata bahawa walaupun projek ini diberikan kelulusan, kilang pemprosesan tanah jarang/ rare earth tidak akan dibina.
Fong menegaskan bahawa tidak ada mekanisma keselamatan dalam MoU untuk memastikan bahawa joint venture tersebut tidak mengakibatkan pembangunan kilang tersebut.
sumber







Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mengatakan, jutaan akan digunakan oleh agensi kerajaan jika mereka membayar 50 sen setiap email ke Tricubes Berhad.
CEO Tricubes Berhad , Khairun Zainal Mokhtar mengatakan pada hari Selasa bahawa setiap e-mel yang dihantar melalui akaun myemail.my untuk database pengguna disahkan akan dikenakan bayaran maksimum 50 sen setiap e-mel.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar Suara Keadilan yang memetik beliau sebagai berkata, hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram seperti disiarkan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Kenyataan Anwar melalui rakaman video :

KUALA LUMPUR, 22 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengingatkan seluruh ahli PAS menjaga adab-adab jemaah sepanjang kempen pemilihan parti itu.
IPOH: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini, bertitah penghakisan adat dan budaya bangsa boleh bermula dengan sikap memandang ringan dan tidak menghormati adab berpakaian dalam sesuatu majlis.Baca seterusnya 
Professor Aziz Bari mempersoalkan mengapa ada yang naik minyak bila Presiden PAS dikritik sedangkan PAS sudah mendakwa yang ia bersedia mengganti Umno dan mendakwa ‘PAS Untuk Semua’, termasuk orang bukan Islam.
Yang DiPertuanya, Tn Hj Rahim Md Ariff dalam ucapan aluannya menyuntikkan semangat dengan katanya, “ Dengan tema ‘Sungai Rapat Milik Kita’ para pendukung PAS Kawasan mestilah menggandakan usaha bagi merealisasikan tema tersebut, kalau tidak nanti DUN 43 terlepas ke tangan orang lain dan kita hanya dapat sungai sahaja!”

KUALA LUMPUR, 19 April — Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat itu.
Hadi menjadi Presiden PAS pada 2002 dan mempertahankan kedudukannya pada 2009 tanpa saingan.

Malam tadi PAS Kawasan Gopeng telah melancarkan Buku Jingga , bertempat di D'Event, Pengkalan Pegoh.Majlis tersebut dilancarkan oleh YDP Kawasan, Tn Hj Rahim Mohamad Arif.

The government raided the offices of Selangor Exco just on an internet report -- internet report!
Husam Musa menamatkan spekulasi dan menyuarakan sokongan penuh kepada DSTG Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS, sekaligus menolak sebarang pencalonan jawatan Presiden.
KUALA LUMPUR 13 April – Pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak sekian lama, malam ini muncul dengan pengakuan bahawa beliau tidak pernah menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Lihat laporan 




Melalui mesyuarat agungnya Jumaat lalu PAS Kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden PAS dalam muktamar Jun ini.