Followers

Selasa, Jun 28, 2011

UMNO/BN terlalu kotor hingga tidak mampu dibersihkan lagi

Rakyat sudah jelek dan meluat dengan segala macam penipuan dalam pelaksanaan pilihan raya negara.Beberapa usaha dan cadangan supaya pilihan raya yang bebas dan adil dilaksanakan, tetapi pihak kerajaan terus membisu dan memekak badak.

Ketidakpuasan hati rakyat terhadap sistem pilihan raya di negara ini telah begitu lama terpendam dan kini telah memaksa rakyat meluahkannya ke jalanraya pada 9 Julai ini.

Atas nama ‘BERSIH’ rakyat seluruh negara akan berhimpun secara aman dalam tuntutan mereka untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.

Dalam menghadapi desakan rakyat yang mahukan keadilan berpolitik sepanjang masa untuk semua pihak tanpa mengira parti, UMNO telah hilang pertimbangan dan begitu terdesak sekali tindakannya mahu menghalang perhimpunan BERSIH.

Hinggakan memakai baju warna kuning dengan tulisan “BERSIH” pun boleh ditangkap!

Terbaru, UMNO/BN cuba mengaitkan BERSIH dengan komunisma. Polis telah menahan 30 anggota PSM atas dakwaan cubaan memulihkan Komunisma.Mereka ditahan dibawah seksyen 122 Kanun Kesiksaan - "melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong."

Seksyen 122 Kanun Kesiksaan menyatakan: "Sesiapa yang mengumpul atau cuba untuk mengumpul lelaki, senjata atau peluru, atau sebaliknya bersedia untuk berperang dengan tujuan untuk sama ada melancarkan atau sedang bersedia untuk melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja-Raja atau Yang di-Pertua Negeri atau bersubahat dalam melancarkan atau penyediaan peperangan itu, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan seumur hidup atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga didenda. "

Benarlah apa yang Dr Mahathir pernah katakan tidak lama dulu bahawa UMNO busuk sampai ke usus.....lantaran itu UMNO/BN sangat membenci BERSIH!UMNO/BN terlalu kotor sangat hingga tidak mampu untuk dibersihkan lagi.

Isnin, Jun 27, 2011

Rebut peluang ini - BERSIH akan tanggung kos perbelanjaan semua peserta !


Ini berita baik kepada semua peserta demonstrasi BERSIH . Pihak penaja BERSIH telah bermurah hari untuk menaja segala kos perbelanjaan menyertai demonstrasi BERSIH pada 9 Julai nanti.

Anda boleh membuat tuntutan perjalanan, makan minum dan kos bermalam sepanjang penglibatan anda dengan demonstrasi BERSIH.

Anda juga boleh buat tuntutan kos pembelian baju BERSIH , termasuk juga pengikat kepala BERSIH.

Segala tuntutan hendaklah disampaikan melalui SMS ke sini

Tohmahan terhadap PSM oleh Menteri Dalam Negeri dan Polis adalah tindakan terdesak, satu pembohongan dan melucukan

* Udahlah Bersaralah

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengkutuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang – Datuk Abdul Rahim Jaafar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Tun Hussain yang cuba melabel PSM sebagai mempunyai agenda untuk melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agung dan cuba menghidupkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Pembohongan besar ini turut digunakan keatas 30 orang peserta yang terlibat dalam Kempen Udahlah- Bersaralah – sebuah kempen kesedaran Nasional PSM yang berjalan dari 24 sehingga 26hb. June 2011. Mereka yang sepatutnya dibebaskan kini direman selama 7 hari ekoran cubaan polis mengukir satu cerita fantasi dimana seksyen yang digunakan keatas mereka adalah seksyen 122 Kanun Kesiksaan iaitu melancarkan perang keatas Yang Dipertuan Agung.

Kenyataan pihak Berkuasa dan dakwaan keatas Aktivis PSM adalah tidak berasas, tidak masuk akal, pembohongan, bermotifkan politik dan sandiwara dan oleh yang demikian, PSM meminta kesemua mereka yang direman dibebaskan serta merta dan pihak Kerajaan meminta maaf atas tohmahan yang tidak berasas ini.

PSM merasa lucu bahawa Pemerintah cuba mengaitkan PSM dengan Komunis dengan terjumpanya beberapa baju T-shirt dan bahan-bahan yang mempunyai imej pemimpin komunis. Untuk makluman Polis, ini adalah skrip zaman perang dingin dimana hari ini, semua bahan ini boleh didapati dipasaran dan dijual secara umum tanpa sebarang sekatan. Selain itu, Kerajaan Malaysia juga mempunyai hubungan politik dengan Parti Komunsi Cina, Vietnam, Cuba dan lain-lain.

Selain daripada itu, Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani perjanjian damai dengan PKM pada tahun 1989 dan pemimpin-pemimpin komunis kanan seperti Rashid Maidin, Suriani dan Abdullah CD juga telah diperkenan dengan DYMM Sultan Azlan Shah. Oleh yang demikian, cubaan terdesak polis membawa balik bogey “Komunis” dalam zaman paska perang dingin adalah satu cubaan terdesak rejim UMNO-BN untuk terus berkuasa dengan cara menakutkan rakyat dan sekali gus mencari peluang untuk menggunakan ISA.

PSM adalah sebuah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah dan ini memang diketahui umum. PSM juga mengiktiraf sumbangan parti-parti kiri sebelumnya yang telah menyumbang kepada kemerdekaan Negara seperti PKMM, API, AWAS, dan PKM. Cubaan polis yang sering melabel parti-parti lain sebagai agen PKM adalah satu taktik lama dan sudah basi.

Pihak Media kawalan UMNO-BN telah menghebohkan tohmahan dan pembohongan ini untuk menakutkan orang ramai menjelang perhimpunan BERSIH2. PSM menyokong penuh perhimpunan BERSIH2 walaupun Kempen Udahlah Bersaralah PSM tidak ada kena mengena dengan BERSIH2, tetapi pihak polis cuba mengaitkan dua aktiviti tersebut untuk menyekat perhimpunan Bersih2.

PSM sesunguhnya percaya dan sedar bahawa tuduhan keatas PSM hanyalah tindakan terancang pihak polis untuk mengujudkan musuh bayangan dengan niat untuk mengujudkan satu suasana “darurat” untuk membolehkan pemerintah melakukan penahanan besar-besaran “crackdown” untuk mengagalkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang telah mendapat sokongan yang begitu memberangsangkan dari rakyat.

Tindakan polis terkini keatas PSM tidak akan menghalang PSM untuk terus berjuang dan memperjuangkan hak rakyat Malaysia.

Hidup Rakyat! Hidup Sosialis!

Yang Benar,
S. Arutchelvan
Setiausaha Agung PSM
0192537791

Sabtu, Jun 25, 2011

PAS CHERAS hina pemimpin parti sendiri!


Kalau nak tahu tentang posisi-posisi seks, kunjungilah blog PAS ini. Anda tengok dan nilailah sendiri.Patutkah blog yang menggunakan nama parti yang memperjuangkan Islam mengiklankan produk dengan gambar yang tidak senonoh ini? Anda nilailah sendiri.

Saya rasa 'terganggu' melihatkan gambar dua pemimpin PAS dan surah al-Ikhlaas bersebelahan dengan gambar tidak senonoh ini! Menghormati pemimpin konon!

Jumaat, Jun 24, 2011

Johari Abdul dedah Dalang Video Fitnah Anwar

Pelakunya jelas bukan Anwar. Kalau bukan Anwar, persoalannya adakah persamaan iras wajah antara pelaku dalam video dan Anwar boleh dirungkai.

Tidak mustahil untuk seseorang dipaparkan sebagai individu lain jika segala kepakaran kosmetik dan make up diguna untuk megubah wajah beliau. Teknologi atau kepakaran ini boleh didapati tidak jauh dari Kuala Lumpur. Hanya di seberang sempadan iaitu di Thailand.

Tapi sebelum saya merungkai topik ini, mari kita dengar apa yang didedahkan oleh Mohd Mahte Bin Abdul Rahim, pegawai polis dan bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid.







Demo bantah Utusan di Ipoh - ramai pimpinan pemuda gagal hadir!

Utusan Melayu melampau!

Boikot Utusan!

Jahanam Utusan!

Polis tidak begitu agresif kali ini!

Utusan barua Umno!

Dua orang panglima jihad PAS Perak!

Ya Allah, kami tidak akan beli lagi Utusan...

Awas kerlingan SB ini ...

Orang ramai bersama placard membantah Utusan

PJ juga turut melepaskan marah dengan membakar Utusan


Dewan Pemuda PAS Perak telah mengadakan demonstrasi di luar perkarangan Mesjid Negeri Ipoh selesai solat Jumaat tengahari tadi sebagai membantah sikap kurang ajar Utusan Melayu yang enggan memohohon maaf atas penyiaran karikatur yang menghina Islam.

Beberapa pemimpin PAS Perak telah turun padang untuk memberi semangat , namun ramai kalangan pemuda sendiri tiada kelihatan batang hidung mereka!Apa pasal perkara begini boleh berlaku?

Syabas kepada PJ, Ust Abu Bakar Hussein yang telah turut bersama grass-root berdemo hari ini!

Khamis, Jun 23, 2011

Penceramah Ugama di Kediaman Menteri Besar Perak mengalahkan Ibrahim Ali!

Perhatikan pandangan Ust Kazim , penceramah yang sering dipanggil buat show di kediaman Menteri Besar Perak.Kononnya atas tujuan nak berdakwah kepada orang Umno supaya kembali kepada ugama Islam...Sedarlah wahai orang PAS....jangan tertipu dengan adik penasihat agama Zambry nih!


Mengenang kembali Ust Fadhil Nor

Al-fateha untuk Allahyarham Ust Fadhil Nor, bekas Presiden PAS yang telah dijemput oleh Penciptanya pada 23 Jun 2002. Saya adalah antara ribuan mereka yang hadir ketika arwah dimakamkan.

Rabu, Jun 22, 2011

BERSIH 2.0 bukan pertembungan antara Melayu, tetapi antara yang Hak dan Bathil!

Rupa-rupanya Ibrahim al-Kataki begitu kasih dan sayang kepada mereka bila dia dilaporkan sebagai berkata “masyarakat Cina baik duduk di rumah dan jika perlu belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah”

Al-Kataki berkata begitu ekoran perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya yang lebih adil di negara ini.

Tidak sangka pula begitu prihatin si Katak ini kali ini terhadap masyarakat China.Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng patut peluk dan cium katak ini bila ada peluang bertemu dengannya.

Jangan harap Ibrahim si Katak ini boleh berubah jadi seorang ‘putera’ bila dicium oleh Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Al-Kataki ini hanyalah si Katak bawah tempurong bila mana dia menganggap perhimpunan Bersih hanya akan disertai oleh orang Melayu dari PAS!

Ketahuilah wahai penyokong Ibrahim al-Kataki, bahawa Bersih adalah tuntutan semua rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa dan anutan agamanya, yang mahukan pilihanraya yang ‘Bersih dan Adil’.Ini bukan persoalan bangsa Melayu tetapi adalah persoalan rakyat Malaysia menuntut haknya yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Ini bukan pertembungan antara Melayu dengan Melayu seperti anggapan Ibrahim al-kataki; tetapi adalah pertembungan antara yang Hak dan Bathil. Agama Islam menyuruh kita melakukan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran.

Kita sekali-kali tidak akan gentar dan takut menghadapi halangan yang cuba menakut-nakutkan kita dalam usaha kearah menentang kebathilan dan menegakkan yang hak.Kita akan hadapi apa sahaja kemungkinan dan berserah kepada Allah yang maha berkuasa dan penentu segalanya.

Selasa, Jun 21, 2011

Kursus untuk peserta himpunan haram!


Himpunan haram Bersih semakin hampir.Sudahkah anda bersedia sebagai peserta yang dominan? Bagi para aktivis demonstrasi yang punya semangat berkobar-kobar sila rebut peluang keemasan ini untuk menyertai kursus bagi tujuan persediaan dan merasai pengalaman sebenar cara-cara mengadakan perhimpunan haram.

Para peserta kursus akan berpeluang berlakon sebagai gerombolan polis manakala satu kumpulan lagi bertindak sebagai penunjuk perasaan.

Para peserta akan diminta bertakbir beberapa kali sekuat hati sambil berlakon melawan kumpulan yang menjadi anggota polis. Para peserta juga akan dibaling dengan kasut dan botol minuman plastik bagi merasai pengalaman berdemonstrasi.

Kalau anda berminat, sila berhubung di sini

Mahkamah tolak rayuan AG Gani Patail terhadap Dato’ Ramli Yusuff, bekas CCID PDRM

oleh Din Merican

Semalam, saya mencatatkan rencana tentang kelakuan keji pegawai SPRM yang cuba mengenakan penghinaan minit terakhir pada Dato 'Ramli Yusuff dan keluarganya dengan melawat rumahnya dan membuat seluruh kejiranan tahu bahawa SPRM mempunyai ‘tugas’ yang belum selesai dengan Dato' Ramli.

Hanya satu jam lalu, Mahkamah Rayuan bersidang di Kota Kinabalu dengan jelas dan tersendiri bahawa ia tidak akan membiarkan kelakuan jahat AG Gani Patail terhadap Dato Ramli dan menolak rayuan Peguam Negara Abdul Gani Patail itu.

Ini adalah hakim-hakim Mahkamah Rayuan Ogos:

Dato 'Mohamed Apandi bin Haji Ali,
Dato 'Haji YB Datuk David Wong Dak dan
Datuk Sulong YB bin Matjeraie

(Kota Kinabalu, Sabah) (Kota Kinabalu, Sabah)
Muncul untuk pejabat Peguam Negara DPP Ahmad Bache manakala Dato 'Seri Abdullah Shafiee diwakili Dato' Ramli.

Pembaca akan ingat bahawa KPN Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail telah menggunakan SPRM untuk mengenakan Dato' Ramli Yusuff yang ketika itu Pengarah CID dalam usaha melindungi penglibatan mereka dalam membebaskan pengendali sindiket judi, Goh Cheng Poh @ Tengku Goh dan Skandal MAS.

Daripada mendakwa penjenayah sebenar, mereka kenakan Dato Ramli! Dengan itu mereka berjaya menutup kedua-dua kes.

Dalam kes Sabah, SPRM telah mereka cerita-cerita tentang Dato Ramli menggunakan pesawat Cessna polis untuk kegunaan peribadi, sedangkan pada masa itu, Dato Ramli bertugas rasmi berpakaian seragam penuh diiringi oleh kakitangan beruniform lain. Penerbangan Dato ' Ramli adalah urusan serius polis untuk meninjau sempadan Sabah yang mudah lolos kerana Dato' Ramli sebelum ini mengawal kemasukan Abu Sayaf apabila beliau Ketua Polis Sabah.

Kepalsuan-kepalsuan yang dilakukan oleh Peguam Negara Abdul Gani Patail melalui Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais menjadi sangat jelas apabila SPRM meminda pertuduhan beberapa kali sepanjang perbicaraan itu. Bahkan,DPP Kevin telah menyusun saksi dengan memanggil kedua-dua juruterbang sebagai saksi terakhir sebagai PW73 dan PW74 .

Kevin Morais tahu bahawa laluan log penerbangan yang merupakan keperluan Jabatan Penerbangan Awam akan menunjukkan bahawa ini adalah penerbangan operasi dan bukan untuk kegunaan peribadi.Selain itu, kenyataan juruterbang akan menamatkan kes SPRM dari awal-awal lagi. Jadi, dengan cara yang sangat licik, Kevin Morais memutuskan untuk tidak memanggil dahulu juruterbang . Ini akan membolehkan SPRM untuk mengheret kes itu, mengurangkan sumber Dato Ramli, memalukan beliau secara terbuka dan membuat warga Polis lupa kepadanya.

Jadi, perbicaraan berjalan terus selama 57 hari dengan 75 saksi dengan bekas KPN Musa Hassan yang muncul sebagai saksi yang terakhir dan ke-75 - PW75. Tugas Musa Hassan adalah untuk tidak bersetuju dan menolak semua keterangan yang diberikan lebih awal oleh saksi-saksi polis yang lain. Peranan Musa Hassan mereka keterangan sangat mengingatkan peranannya dalam Liwat Satu di mana beliau digelar sebagai Pengusung Tilam.

Kelakuan Musa tentu menimbulkan kemarahan Hakim Supang Lian yang tidak dapat berselindung lagi ketika dia mengutuk Musa Hassan sebagai "saksi yang luar biasa yang keterangannya tidak boleh dipercayai".

Sebab itulah saya berasa bimbang apabila saya diberitahu bahawa Musa Hassan telah dilantik sebagai Pensyarah Utama pada Undang-undang dan Komunikasi Massa di UiTM. Apa yang Musa Hassan akan ajar pelajar-pelajar ini? Dia akan mengajar mereka bagaimana untuk memalsukan bukti dan mengenakan orang dan kemudian membuat ia dipercayai oleh sesetengah perhubungan awam atau trickeries komunikasi massa? Adakah begitu yang UiTM mahu ianya dikenali? Amat menyedihkan institusi Ogos bumiputera pengajian tinggi ini!

Saya gembira untuk Dato Ramli atas satu lagi pusingan pemulihan nama baik. Saya harap AG Gani Patai akan berhenti berdendam lanjut terhadapnya. Saya berharap Ketua Polis Negara Ismail Omar melantik semula Dato Ramli ke jawatannya dan bahawa JPA akan membayar semua pencen, ganjaran dan emolument kepadanya. Cukuplah cukup!

Saya gembira bahawa doa semua rakyat Malaysia yang ikhlas telah dijawab oleh Allah. Saya gembira kerana semua Hakim-hakim Mahkamah Rayuan telah memulihkan harapan kita dan kepercayaan yang akhirnya kebenaran akan menang! Allahu akbar!

Isnin, Jun 20, 2011

Amaran pada Perkasa, Pemuda PAS jadi perisai

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberi amaran kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan ahli-ahli pertubuhan itu agar menghentikan tindakan samseng mereka dan ugutan kepada rakyat Malaysia khususnya kalangan bukan Melayu yang mahu menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor menegaskan, Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0 sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara.

DPPP, katanya kesal dengan risalah perkauman yang diedarkan Perkasa yang menyebut "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya".

“Ini sudah melampau dan jelas satu penghinaan kepada Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan kaum lain,” tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

DPPP juga, ujarnya kesal kerana Ibrahim dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman turut memberikan amaran kepada Kaum Tionghua supaya membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah jika Himpunan Bersih 2.0 tidak dihentikan kerana Perkasa akan lakukan apa sahaja bagi menghentikannya.

“Mereka mahu lakukan apa? Pukul orang India, pecah rumah dan kedai orang Cina? Bakar rumah ibadat? Atau pijak kepala babi dan lembu di Dataran Merdeka?” soalnya.

Soalnya lagi, siapa Perkasa yang mahu melawan kebangkitan rakyat.

Tambahnya, apa tujuan mereka membuat ugutan kepada kaum bukan Melayu kerana negara ini milik semua dan rakyat berhak turun ke jalan raya untuk menyatakan tuntutan mereka secara aman.

Katanya, DPPP yakin bahawa Perkasa bekerja untuk Umno yang kini terdesak untuk menahan asakan Bersih 2.0.

Mereka, ujarnya memperkudakan Ibrahim dan ahli mereka dalam Perkasa untuk mewujudkan suasana huru hara.

Menurutnya, Perkasa cuba mengumpan supaya pihak polis membuat tangkap awal termasuk mengunakan akta ISA, malah mereka cuba mencabar polis untuk menangkap pemimpin mereka sendiri sebagai korban untuk menunjukkan keadilan polis dalam bertindak, walhal yang mahu membuat huru hara adalah pelampau Perkasa sendiri.

Beliau berkata, DPPP melihat Perkasa cuba untuk mewujudkan 13 Mei kedua, mereka mahu Operasi Lalang berulang.

Tambahnya, ugutan-ugutan ekstrim mereka menunjukan bahawa mereka memang kumpulan pelampau yang wajar diambil tindakan oleh pihak polis.

“Kenapa pihak polis berdiam bila Perkasa membuat ugutan?” tanya beliau.

Beliau mengharapkan polis tidak menutup mata dan telinga hanya kerana Perkasa melaungkan slogan yang kononnya mahu membantu Menteri Dalam Negeri di dalam menghadapi Bersih 2.0.

Pemuda PAS, katanya memberikan jaminan kepada orang-orang Melayu dan bukan Melayu bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan berjalan dengan aman dan selamat.

Beliau mengingatkan semua peserta dilarang membawa sebarang senjata atau melakukan kerosakan dan provokasi.

Menurutnya, peserta Bersih 2.0 yang akan hadir diminta menghormati peniaga dan penduduk Kuala Lumpur serta menjaga kebersihan sepanjang himpunan berlangsung.

“Ayuh semua rakyat, semua anak muda. Jangan hirau, jangan takut pada pelampau Perkasa.

“Tunjukan kuasa rakyat, bersama kita perkukuhkan desakan rakyat untuk memastikan Pilihanraya Bersih dan Adil dilaksanakan di negara ini,” katanya.(Harakahdaily)

Jumaat, Jun 17, 2011

711 peneroka Jengka saman Felda RM344 juta

TEMERLOH: Seramai 711 peneroka dari kawasan Felda Jengka, Pahang akan memfailkan saman terhadap Felda, menuntut ganti rugi sebanyak RM344 juta berikutan penipuan dan pecah amanah yang dilakukan agensi itu.

Peneroka terbabit dari Felda Jengka 3, 4, 5, 6, 8, 9 , 12 dan 13, diwakili peguam Sivarasa Rasiah akan memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Temerloh pagi ini.

Pengerusi Biro Felda Kebangsaan dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, saman itu berhubung penipuan Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG) yang diterima mereka sejak 15 tahun lalu.

Menurut Suhaimi, peneroka terbabit menerima KPG yang rendah dari nilai sebenar iaitu antara 17 hingga 18 peratus.

Beliau berkata, peneroka berkenaan sepatutnya memperoleh KPG yang lebih tinggi sehingga boleh mencapai ke tahap 32 peratus.

Setiap 1 peratus KPG dianggar bernilai RM40.

Sekiranya jumlah itu dikira sejak 10 tahun lalu, kata Suhaimi, setiap peneroka terbabit mengalami kerugian tidak kurang RM100,000.

“Kerugian yang ditanggung peneroka dalam tempoh 10 tahun tidak kurang 1,000 sebulan.

“Ini tidak termasuk kes buah kelapa sawit yang dibuang oleh kilang Felda dengan alasan buah kelapa sawit yang mereka hantar mengkal dan muda. Tetapi apabila dihantar ke makmal, ia boleh mencapai 21 hingga 22 peratus KPG,” kata Suhaimi.

Suhaimi berkata, saman tersebut sebagai peringatan kepada Felda kerana lebih banyak saman akan menyusul, ekoran keengganan agensi itu untuk berunding dengan peneroka.

Tambah beliau, selain isu KPG, Felda kini berdepan ratusan saman peneroka berikutan kegagalan agensi itu membayar wang tabung tanam semula kepada sebahagian 25,000 peneroka Felda yang mengusahakan tanaman mereka sendiri.

“Berdasarkan siri lawatan kita ke seluruh negara, dalam isu KPG dan dana tabung tanam semula, sekiranya Felda masih enggan berunding, beratus saman akan dikemukan peneroka kepada Felda,” ujarnya.

Pada 14 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, selepas gagal membayar semula wang caruman yang disimpan peneroka di bawah tabung wang tanam semula yang diurus agensi itu.

Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan sebanyak RM11 juta kerana menipu peneroka berhubung isu KPG.

Sebelum ini, Felda Serting dan Gugusan Raja Alias di Negeri Sembilan juga memfailkan saman sebanyak RM200 juta ke atas lembaga tanah berkenaan dalam isu yang sama.Pada 12 Jun tahun lalu pula 654 peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis memfailkan saman terhadap Felda bagi menuntut ganti rugi lebih RM80 juta. sumber : keadilan daily

Khamis, Jun 16, 2011

Polis patut lindungi penunjuk perasaan Bersih!

Polis Rusuhan mengepung penunjuk perasaan semasa perhimpunan Bersih
pertama, di Kuala Lumpur, November 10, 2007. — Gambar Reuters.


KLANG, 16 Jun - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menggesa pihak polis supaya melindungi penunjuk perasaan di perhimpunan Bersih 2,0 bulan depan dan bukannya bekerja untuk menghalang mereka daripada perhimpunan.

Mohamad menegaskan bahawa pihak berkuasa di Barat biasanya memastikan keselamatan penunjuk perasaan, tidak seperti pemberontakan baru-baru ini di Timur Tengah di mana penunjuk perasaan terbunuh oleh tentera kerajaan.

"Pihak polis di sini tidak harus meniru polis di Timur Tengah," katanya pada ceramah di sini malam tadi.

"Kami mengakui kekuatan polis. Mereka boleh menangkap kita di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), melancarkan gas pemedih mata, dan terajang kita. [Tetapi apa] adakah anda untung dengan berbuat demikian kepada rakyat? "kata Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Yang baru dipilih No 2 PAS menegaskan bahawa Bersih mahukan "berhimpun secara aman".
Bersih adalah satu kumpulan pemantau pilihan raya yang mendesak untuk reformasi pilihan raya untuk mengadakan peruntukan bagi pilihan raya bebas dan adil di Malaysia.

Parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis sedang menyiapkan diri untuk berarak pada 9 Julai di perhimpunan kedua itu oleh badan pemantau pilihan raya, yang pertama yang pada tahun 2007 apabila sehingga 50,000 dilaporkan telah berkumpul di ibu negara, dengan ramai dari mereka digempur dengan air meriam dan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak polis.

PAS telah berjanji untuk membawa 300,000 penunjuk perasaan tahun ini dengan harapan bahawa ia akan merangsang sokongan untuk pembangkang dalam pilihan raya umum dijangka dalam tahun ini.

Perhimpunan 2007 adalah dikatakan memainkan peranan besar dalam membawa keuntungan rekod pakatan pembangkang pada Pilihan Raya 2008, di mana ia menyapu lima kerajaan negeri dan memenangi 82 kerusi parlimen.

"Huru-hara bergantung kepada sama ada pilihan raya adalah adil atau .Jika rakyat tidak menerima keputusan pilihan raya, akan ada huru-hara, "kata Mohamad kepada orang ramai 300-kuat yang terdiri daripada kebanyakannya orang Melayu.

Penceramah popular itu dipenuhi dengan sorakan dan tepukan gemuruh, menegaskan bahawa bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak telah digulingkan oleh belia. Mubarak berakhir pemerintahan 30 tahun itu Februari lalu selepas minggu protes besar-besaran terhadap pemerintahan autokratik beliau.

"Apabila (belia) melihat bahawa pilihanraya penuh dengan penipuan dan kemudian mereka keluar ke jalan raya, tiada siapa akan dapat berbuat apa-apa pada masa itu. Sebab itu kita mahu pilihanraya yang adil, "kata Mohamad.

Ahli politik itu juga memberi amaran kepada orang ramai agar jangan membawa senjata.

"Jika ada provokasi, jangan bertindak balas. Berdiam diri dan hanya mengikuti pemimpin-pemimpin, "katanya.

Perkasa berkata baru-baru ini ia akan mengambil langkah tindak balas ke atas Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai nanti. (Sumber: The Malaysian Insider)

Tadbiran Najib mula tunjuk ‘kuku besi’, dakwa Mat Sabu

(The Malaysian Insider)
KLANG, 16 Jun — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah mula mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi dengan menyekat kebebasan rakyat mendapatkan keadilan terutamanya dalam menuntut sistem pilihan raya adil dan bebas.

Tegas beliau, BN yang kini diketuai Najib mula menggunakan pendekatan mengongkong kebebasan bersuara kerana bimbang akan tewas dalam pilihan raya umum ke-13.

Mohamad atau lebih dikenali “Mat Sabu” menjelaskan, Pakatan Rakyat sudah pasti telah menawan Putrajaya kini sekiranya pilihan raya umum 2008 diadakan secara adil dan bebas tanpa campur tangan BN.

“Pemerintahan Malaysia seperti Singapura yang mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi, tapi di Singapura telah berlaku perubahan.

“Ketika pilihan raya Singapura bulan lalu, kita perhatikan semua pemimpin parti politik bebas untuk akses dalam media, mereka boleh gunakan radio atau televisyen untuk menyampaikan hasrat mereka.

“Tapi di Malaysia adakah perkara begitu akan berlaku? Tidak . . . media dikawal oleh kerajaan, kita tidak boleh akses kepada media, sepatutnya TV3 beri pemimpin Umno cakap sejam kemudian bagi kita boleh cakap sejam, tapi ia tidak berlaku,” katanya pada ceramah pelancaran Bersih 2.0 peringkat Selangor di Dewan Hamzah di sini malam tadi.

Justeru beliau meminta agar seluruh rakyat Malaysia harus menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini menuntut agar pilihan raya diadakan dengan adil dan telus.

“Kita tidak mahu negara kita menjadi seperti di Timur Tengah, saya sendiri tidak mahu (ia berlaku) tapi biarlah rakyat rasa puas hati terhadap pilihan raya.

“Biar rakyat rasa puas hati, BN kalah pun tiada masalah . . . Pakatan Rakyat menang pun tiada masalah,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 250 orang yang hadir.

Dalam ucapan itu, Mohamad juga berkata himpunan Bersih 2.0 terpaksa diadakan bagi mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas tanpa diperkudakan BN.

“Kalau kita lihat pilihan raya umum 2008 rakyat sudah lihat bahawa kerajaan BN boleh ditumbangkan tapi bolehkah kita menang tanpa pilihan raya yang adil? Tidak boleh . . . kita tidak akan boleh menang selagi pilihan raya tidak adil dan bebas.

“Sebab itu dalam Himpunan Bersih ini kita menuntut beberapa perkara yang harus dilakukan SPR untuk memastikan sistem pilihan raya di negara kita diadakan dengan betul,” katanya.

Pada himpunan Bersih kali pertama yang diadakan pada 2007, badan bukan kerajaan (NGO) itu menuntut empat tuntutan utama iaitu menggunakan dakwat kekal, undi pos dikaji semula, media yang adil dan daftar automatik kepada rakyat yang berusia 21 tahun namun ia tidak dipenuhi.

Pada himpunan kali kedua ini Bersih menuntut empat tuntutan tambahan iaitu tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan, mengukuhkan institusi kerajaan, menghentikan rasuah politik dan menghindari politik kotor.

Mohamad, yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS pusat berkata, pihaknya juga mahu agak pihak berkuasa terutamanya polis mengawal keadaan sepanjang perhimpinan itu diadakan bagi menjaga keselamatan.

“Kita mahu polis bekerjasama, kawal keadaan dan kita tidak mahu polis kita jadi macam polis di negara-negara Timur Tengah . . . benarkan kita mengadakan perhimpunan kita, beri kita menyampaikan hasrat kita.

“Kita bukan mahu buat huru-hara, saya percaya jika tiada pihak yang membuat provokasi sudah tentu ia boleh dijayakan,” katanya.

Himpunan Bersih 2.0 bertemakan “Walk For Democracy” dan dijangka akan disertai kira-kira 300,000 terdiri daripada NGO, parti politik dan rakyat.

Pada 2007, Bersih menggunakan slogan “Gelombang Kuning” telah menganjurkan perhimpunan aman, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara atas alasan sama.

Isnin, Jun 13, 2011

Oh! Baru ku tahu ...


Oh! Baru kita tahu kenapa Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB)15 tahun yang lalu.Kita patut puji keberanian dan sikap tegas beliau untuk tidak bersekongkol dengan perjanjian berat sebelah TNB dan IPP (pengeluar bebas kuasa elektrik).

Beliau tidak sanggup menjadi 'pak turut' semata-mata ikut telunjuk pemimpin 'Haprak' yang tidak ambil berat mengenai masalah rakyat.Memang begitulah perangai para pemimpin UMNO/BN dulu, kini dan selamanya.Beginikah konsep 'kebajikan untuk rakyat' UMNO/BN yang kononnya mahu ditiru oleh PAS?

Inilah sebabnya Pakatan Rakyat perlu menggantikan UMNO/BN yang kejam menindas rakyat. Kita perlu hapuskan mereka supaya mereka tidak dapat teruskan budaya kejam mereka ini.Sudah tiba masanya rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat menerajui negara.

Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai Putera Jaya nanti, ia pasti akan membebaskan Tenaga Nasional dari cengkaman IPP yang membebankan rakyat.

Unit Perancagan Ekonomi Negara atau EPU — 'Unit ‘Plundering’ Ekonomi'- ejek Ani Arope; terbukti bahawa selama ini menjadi kuda tunggangan pemimpin UMNO/BN untuk menyonglap duit rakyat. Sumbernya: di sini

Sabtu, Jun 11, 2011

Negara Berkebajikan : Umno tidak lena tidur

Negara Berkebajikan turut fokus golongan muda


Aziz Muda (Harakah)

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Golongan muda di negara ini tidak perlu ragu-ragu untuk menyokong PAS kerana agenda Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS meliputi kesemua golongan, dengan sebahagian daripadanya turut terfokus kepada golongan muda.

Antara fokus untuk golongan muda dalam agenda negara berkebajikan PAS termasuk usaha-usaha yang akan dilakukan bagi membolehkan mereka, termasuk lepasan universiti, mendapatkan pekerjaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menjelaskan, selain itu, antara agenda negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS akan turut berusaha mendapatkan rumah kepada golongan muda dan membantu para pelajar mendapatkan biasiswa.

Menurut beliau, kepada para nelayan dan petani, PAS akan turut membantu mereka menerusi skim-skim tertentu yang akan diperkenalkan, manakala golongan miskin pula akan dibantu menerusi skim kebajikan khas kepada mereka.

Katanya, negara berkebajikan adalah penyusunan strategi PAS bagi melepaskan rakyat dari mengalami bebanan hidup dan ia akan dilaksanakan secara adil selaras dengan tuntutan Islam.

"Ini jelas menunjukkan golongan muda juga tidak diketepikan, sehingga tiada pihak yang terkecuali untuk menikmatinya," katanya pada program Analisis Astro Awani yang disiarkan 5.00 petang semalam dan diulang tayang sekitar jam 11.30 pagi ini.

Barisan kepimpinan baru PAS yang dipilih oleh para perwakilan PAS pada Muktamar PAS Ke-57 pada 3 hingga 5 Jun lalu, menurut beliau, akan mengadakan mesyuaratnya hujung minggu ini.

Katanya, antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat itu termasuklah yang menyentuh tentang strategi pelan bernegara, sejajar dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan negara berkebajikan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat memerintah negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Sehubungan itu, beliau berharap agar golongan muda yang mewakili pengundi-pengundi muda turut bangkit bersama PAS untuk menerokai politik baru di tanah air.

"Jadi, kita amat berharap agar golongan muda akan turut meninggalkan politik fitnah dan politik penuh tipu daya yang diamalkan oleh Umno BN selama ini," katanya.

Menyentuh tentang permintaan Pemuda PAS Pusat yang mahukan PAS memberikan kuota 40 peratus kepada golongan muda dalam parti di semua peringkat termasuk dalam pilihan raya yang disuarakan oleh Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi, beliau yakin PAS akan memberikan pertimbangan sewajarnya mengenai tuntutan itu.

"Pada saya, tuntutan Pemuda yang disuarakan oleh Ketuanya, Nasrudin itu bukanlah perkara asing kerana sebelum ini saya juga pernah memimpin Pemuda PAS dan turut mempunyai pengalaman seperti itu.

"Sekiranya Pemuda berjaya menunjukkan prestasi yang baik dan dapat mempertahankan prestasinya, saya yakin parti akan memberikan tempat kepada mereka seperti yang dikehendaki itu," ujarnya.

Strategi PAS sekarang, tegasnya, adalah untuk mencipta satu gelombang kebangkitan untuk membolehkan PAS dan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya, bagi membolehkan agenda negara berkebajikan dilaksanakan di tanah air demi kepentingan negara dan seluruh rakyatnya.

Sejajar dengan itu, PAS pasti akan menggembleng seluruh tenaga dalam parti dengan turut memberikan ruang sewajarnya kepada Pemuda yang berkebolehan serta berkelayakan, dengan gabungan kalangan profesional, ulama dan aktivis yang terdapat dalam PAS sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...