Followers

Rabu, Ogos 31, 2011

Jangan main ngendap-ngendap di sebalik tempurung itu….


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak perlulah berasa malu-malu membuat cadangan dengan penuh takzim di sini

Berterus terang sahajalah sesama kita ni.Tak payah main mengendap-ngendap disebalik tempurung tu…Katakanlah dengan tegas dan berani. Buat kenyataan garang seperti mana dalam isu-isu sebelum ini, bahawa:

Kerajaan perlu menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Islam dan melantik Ibrahim Ali sebagai menteri pertamanya - demi memertabatkan bangsa Melayu dan Islam di Malaysia ini!

Maka semakin besarlah kabinet kita yang memang dah paling besar dalam dunia.Kalau kita susuli tulisan A.Kadir Yasin , UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tambah seorang lagi Ibrahim Ali.....

Itu belum lagi Kementerian Hal Ehwal Budha...belum lagi Kementerian Hal Ehwal Hindu...belum lagi Kementerian Hal Ehwal Kristian....belum lagi dan lagi.....

Horey ! Kita Merdeka

Hari ini 31 Ogos, kita sambut kali ke-54 Merdeka.Malaysia sungguh unik.Dalam negara yang begitu lama merdeka, rakyatnya boleh ditangkap hanya kerana memakai baju kuning!

Ah! Kenapa ada pula warna kuning dibiarkan mencemar kedaulatan Jalur Gemilang?

Selasa, Ogos 30, 2011

Berita yang sunggoh memalukan


Sempena nyambut Hari Raya hari ini, setan dan iblis dah mula buat kerja overtime masing-masing? Ini berita yang dilapor oleh Utusan Meloya :

100,000 orang serikan rumah terbuka PM, Jemaah Menteri

PUTRAJAYA 30 Ogos – Lebih 100,000 orang menyerikan sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana sempena sambutan Aidilfitri hari ini.

Dan ini pula oleh Berita Hairan :

Lebih 100,000 serikan rumah terbuka PM dan jemaah menteri

PUTRAJAYA: Lebih 100,000 orang menyerikan sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana sempena sambutan Aidilfitri hari ini.

Kedua-dua berita diatas adalah bersumberkan daripada Berita Nasional Malaysia atau Bernama.Tetapi nampak sangat Utusan Meloya dan Berta Hairan merupakan tukang karut kaki putar alam kerana sangat berlainan dengan apa yang dilaporkan oleh Bernama :

Ribuan Banjiri Rumah Terbuka PM Dan Jemaah Menteri Di Seri Perdana

(Bernama) -- Ribuan rakyat berbilang kaum mula mengunjungi Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini yang bermula tengah hari ini.

Orang ramai mula membanjiri pekarangan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, sejak pukul 11 pagi untuk sama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama pemimpin negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berbaju Melayu warna merah lembayung bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta barisan menteri Kabinet mula menerima tetamu pada 12 tengah hari.

Cuaca panas terik tidak melunturkan semangat orang ramai yang berbaris untuk bersalaman dengan Perdana Menteri dan para kenamaan.

Antara yang hadir ialah pemimpin komponen Barisan Nasional, pemimpin parti-parti politik, duta asing dan ahli korporat.

Rumah terbuka itu dijadual berlangsung sehingga 6 petang. --BERNAMA

Tarif Air Johor sepatutnya terendah di Malaysia

Rakyat Johor patut gembira kerana tarif air negeri Johor akan turun tidak lama lagi.Begitulah yang diharap-harapkan oleh rakyat Johor kerana tidak lama lagi ,Johor akan menguasai sekurang-kurangnya 43 daripada 44 loji rawatan air di negeri ini selepas Lembaga Kemudahan Awam Singapura (PUB) menyerahkan dua loji rawatan air pada hari Rabu.

Skudai dan Gunung Pulai loji rawatan air yang kedua-duanya dibina dan diuruskan oleh PUB selama 50 tahun akan diserahkan kepada kerajaan negeri bersama-sama dengan dua buah rumah pam di Pontian dan Tebrau.

Dengan penyerahan empat aset yang bernilai berjuta-juta ringgit dan meliputi kawasan seluas 3.301 ha, kerajaan negeri ini akan mampu untuk menghasilkan sejumlah 681 juta liter air terawat setiap hari.

Loji rawatan air Gunung Pulai mempunyai sekurang-kurangnya empat takungan mini. Sumber

Menteri Kuat Ampu


Ini Menteri kuat bodek punya.Bila pula Jabatan Penerangan Malaysia buat kajian mengenai kepimpinan PM Najib?

Kaki bodek ini mengulas laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas di sini .Najib pun seronok kena ampu macam tuh!

KBRI Kuala Lumpur Juga Salat Ied Pagi Ini

Selasa, 30 Agustus 2011 | 10:49 WIB

Ribuan warga Muhammadiyah melaksanakan sholat Idul Fitri di sepanjang jalan Pahlawan, Surabaya, Senin (30/08).

TEMPO Interaktif, Kuala Lumpur - Meski Pemerintah menetapkan Hari Raya Idul Fitri jatuh pada hari Rabu, 31 Agustus 2011 esok, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur tetap mengelar salat Idul Fitri pada Selasa, 30 Agustus pagi ini. Ini karena pemerintah Malaysia telah menetapkan Idul Fitri di Negara Jiran tersebut jatuh pada hari ini.

Ribuan warga Indonesia di Malaysia mengikuti salat Ied di Wisma Duta KBRI di Jalan U-Than, Kuala Lumpur. Bertindak sebagai khatib dan imam salat adalah Ustad Ahmad Muzakkir.

Sejak pukul 07.30 pagi, ribuan warga Indonesia di Malaysia sudah mulai memenuhi halaman depan Wisma Duta. Prosesi yang dimulai dengan kumandang takbir untuk mengagungkan asma Allah tersebut dilanjutkan dengan salat Ied dan khotbah Idul Fitri.

Dalam khotbahnya, Ustad Ahmad Muzakkir berpesan untuk senantiasa mensyukuri nikmat Allah yang telah diberikan kepada mahluknya, terutama bangsa Indonesia yang telah dikarunia negara yang subur, makmur, penuh dengan kekayaan alam.

Setelah prosesi salat dan khotbah Idul Fitri, acara dilanjutkan dengan halalbihalal antara Kuasa Usaha Ad-Interim (KUAI) KBRI Kuala Lumpur, Mulya Wirana, dan masyarakat Indonesia di Malaysia.

Ditemui Tempo setelah pelaksanakan salat Ied, Mulya Wirana menyatakan bahwa institusinya memutuskan untuk melaksanakan Idul Fitri hari ini walaupun berbeda dengan ketetapan Pemerintah karena mengikuti tempat di mana KBRI berada. “Ibarat kata pepatah, di mana langit dipijak, di situ langit dijunjung. Karena pemerintah Malaysia menetapkan Idul Fitri hari ini, maka KBRI di Kuala Lumpur juga merayakan hari ini,” kata Mulya Wirana.

Meskipun begitu, Mulya mengharapkan agar perbedaan penetapan 1 Syawal disikapi dengan dewasa dan tetap saling menghormati.

Isnin, Ogos 29, 2011

Rosmah jangan bimbang, Vell Paari akan selamatkan Najib!


Anak Samy Vellu, Vell Paari mendedahkan secara tidak langsung tentang berlakunya pergelutan kuasa didalam umno untuk menjatuhkan PM Najib. Beliau mencadangkan agar MIC mempertahankan kedudukan Najib! Beliau mengemukakan cadangan peribadinya itu sewaktu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC kelmarin di sini

British buang negeri Sultan Perak- Melayu tidak tentang ...

Ini adalah batu peringatan di mana Dato' Maharajalela, orang Besar negeri Perak yang mengarahkan pembunuhan JWW Birch, Resident British yang pernah menjajah negari Perak. Klik gambar utk besarkan.

Mengikut sejarah, Birch telah dibunuh, pada 2 Nov 1875 oleh si Puntum seorang orang asli dan beberapa pahlawan Melayu di Pasir Salak.

Satu kenyataan sejarah yang dibiarkan berlalu begitu sahaja.Tetapi bagi saya, ia menimbulkan satu pertanyaan : Kenapa si Puntum? Penjajahan British tiada kena mengena dengan kehidupan seharian Orang Asli di hutan! Bukankah ramai lagi pahlawan Melayu ketika itu? Mana mungkin Si Puntum lebih berani ke hadapan daripada mana-mana pahlawan Melayu ketika itu.

Mungkinkah kerana terlalu takut kepada penjajah , atau ada komplot tertentu untuk melepaskan tengkuk masing-masing, maka si Puntum dijadikan kambing Hitam. Agak menyedihkan, Si Puntum hingga kini tidak pernah diselidikki susur galur keturunannya. Jauh sekali untuk mengangkatnya sebagai ‘hero’ kerana membunuh Birch.

Si Puntum didapati bersalah sama seperti mana dua orang PTK yang didapati bersalah membunuh Altantuya.Mereka membunuh tanpa motif tertentu.Cumanya dalam kes Altantuya, orang yang mengarahkan pembunuhan itu terlepas...buat masa ini.

Sejarah pembunuhan Birch merakamkan betapa majoriti daripada orang-orang Melayu Perak sekadar berdiam diri sahaja. Segolongan daripada Raja-Raja Melayu Perak dan para pengikut mereka menyokong British dan menentang Sultan Abdullah dan Datuk Seri Maharaja Lela dan para pembesar yang bangun menentang British.Kalau benar si Puntum yang membunuh Birch, kenapa nama Maharajalela naik dijulang?

Walaupun ramai orang Melayu hari ini mengangkat nama Dato’ Maharajalela sebagai pejuang bangsa, namun mereka tidak pernah berani mencerca penjajah yang menggantungnya hingga mati. Malah orang Melayu Perak tidak pernah berani mencerca penjajah yang telah membuang negeri Sultan mereka ketika itu, Sultan Abdullah ke Seychelles.

Rupa-rupanya, selepas lebih 50 tahun merdeka ini, masih ramai lagi orang Melayu beperangai macam itu, gemar menjilat penjajah dan mereka amat benci kepada orang macam Mat Sabu!

Mat Sabu hanya menyingkap sejarah perjuangan bangsa yang berlainan dari apa yang Umno putar belitkan.Dia hanya cakap seperti dalam video ini :

Ahad, Ogos 28, 2011

Selamat Hari Raya


Saya mengucapkan Selamat hari raya kepada semua sahabat-sahabat blogger dan para pengunjung laman blog ini.Maaf zahir dan batin dari saya.Marilah bersama mengkumandangkan kebesaran Allah Subhanahu Wa-ta'ala melalui klip video berikut:


Mengenali hero dan petualang agama sebenarnya


Pejuang-pejuang Melayu yang mendapat kemerdekaan dari orang puteh memang tidak pernah membenci orang puteh!Kalau orang kata mereka penjilat orang puteh yang pernah menjajah tanah air kita ini marah pula!

Inilah yang terjadi kepada Mat Sabu sekarang ini kerana cuba mengherokan Allahyarham Mat Indera dan kumpulannya yang menyerang Balai Polis Malaya , penjajahan orang puteh yang belum merdeka masa itu.

Kita jangan lupa, sebelum Merdeka, bahawa orang-orang Melayu yang berjiwa patriotik sebenarnya amat bencikan mereka yang bekerja dengan orang puteh. Sebab itu polis ketika itu lebih dikenali sebagai mata-mata – atau tali barut penjajah.

Malah bukan rahasia kepada kita semua bahawa mata-mata juga dikenali sebagai anjing ketika itu. Sebab itu juga , maka tidak ramai orang Melayu yang sanggup bekerja sebagai mata-mata menyebabkan orang putih terpaksa mengupah bangsa Singh sebagai mata-mata.

Begitu juga sewaktu penjajahan Jepun keatas Tanah Melayu atau Malaya itu, orang-orang Melayu yang berkerja dengan Tentera Jepun amat digeruni oleh kebanyakan orang Melayu sendiri dan amat dibenci.Mereka dilabel sebagai tali barut atau Barua kepada pihak Jepun.

Dan cuba kita lihat kepada satu contoh peristiwa setelah Merdeka ini – Peristiwa Memali. Apakah kita sanggup mengatakan bahawa polis kita itu adalah hero dalam peristiwa pembunuhan As-Syahid Ibrahim Libya? Siapa hero dan siapa petualang agama sebenarnya?


Sabtu, Ogos 27, 2011

Apabila makan rasuah tidak membatalkan puasa ...


NEW DELHI, 27 Ogos - Kempen ala-Ghandi oleh Anna Hazare yang berusia 74 tahun telah melanda simpati dengan berjuta-juta kaum India yang bosan dengan rasuah yang berleluasa, mencetuskan bantahan di seluruh negara dan mendedahkan parti pemerintah, Kongres sebagai tidak memperdulikan para pengundi dan kekurangan modal politik.

Hazare telah mendapat sokongan berjuta-juta orang dan memberi tekanan kepada kerajaan Perdana Menteri Manmohan Singh.

Parlimen India akan mengadakan sesi khas hari ini untuk membahaskan permintaan Hazare untuk mewujudkan sebuah agensi anti-rasuah yang diminta oleh satu aktivis gaya Gandhi yang masuk hari ke-12 mogok lapar.Sumber dari sini

Tidak hairan gejala rasuah melanda begitu berleluasa di India kerana tiada agensi khas untuk menanganinya. Tapi, saya rasa Hazare juga akan menyesal nantinya apabila sebuah agensi anti-rasuah ditubuhkan di India nanti.Lihat sahaja apa yang berlaku di Malaysia ini.

Makan rasuah tidak membatalkan puasa.Lantaran itu, di Malaysia ini, ada orang yang melakukan rasuah tetapi sanggup berpuasa genap 30 hari berbanding dengan 12 hari oleh Hazare yang berpuasa kerana menentang rasuah di negaranya.Inilah uniknya, Malaysia boleh!

Dulu, kita ada Badan Pencegah Rasuah (BPR).Rakyat lihat rasuah terus bergelandangan hingga BPR di kenali sebagai Bapa Penyamun Rakyat ; lalu ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – setakad ini, dua orang telah mati jatuh dari bangunan SPRM semasa disoalsiasat , tetapi gejala rasuah terus hidup subur….

Hasan Ali jadi egen USA pulak dah!


Exco hal ehwal agama Islam Selangor Datuk Hasan Ali hari ini mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah (USA)– satu pusat khidmat yang bertujuan menerima aduan dan permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada masyarakat Islam.

Katanya lagi, beliau juga berharap supaya orang Islam -- yang menerima bantuan daripada gereja mahupun yang berniat untuk berbuat demikian -- supaya menghubungi pejabatnya bagi mendapatkan bantuan berkenaan. Lihat di sini

Alahai Hasan Ali, sebagai Exco hal ehwal agama Islam Selangor, sepatutnya ambillah langkah yang lebih inovatif dan lebih berkesan , bukan sekadar penubuhkan unit ini yang sekadar menerima aduan dan permohonan untuk mendapatkan bantuan.

Bukankah kerja-kerja macam itu telah lama dilakukan oleh para pegawai zakat negeri-negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat? Dan Hasan Ali mahu menambah lagi satu pusat penerima aduan …

Sepatutnya Hasan Ali tolong tengok-tengokan dan pantau pengurusan zakat JAIS supaya pengagihan zakat benar-benar berfungsi.

Dan sebaiknya kita kena pergi cari mereka yang berkenaan bagi memberi bantuan yang diperlukan. Bukan suruh mereka datang ke pejabat untuk buat aduan menagih simpati.Takkanlah Hasan Ali yang begitu tinggi ilmunya, tidak pernah dengar cerita bagaimana Amirul Mukminin, Saidina Omar, pada suatu malam berjaya menjejak seorang ibu miskin yang sedang menanak seketul batu sementara anak kecilnya menangis kerana lapar?

Saidina Omar tanpa membuang masa, dengan rendah diri , dia sendiri memikul membawa makanan kepada ibu tersebut pada malam itu juga!Cepat dan efisen!

Wahai Hasan Ali, pastikanlah jabatan zakat itu cepat dan efisen dalam menunaikan hak orang-orang miskin.Bukan hanya cekap dalam hal-hal kutipan zakat sahaja!

Dr Che Rosli hanya mengejutkan PAS?

Dalam satu interview dengan wartawan TV3 Karam Singh Walia (lihat video bawah), Dr Che Rosli telah membuat kenyataan mengenai isu Lynas.Antaranya ialah:

1. "Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan Pas mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”

2. “Saya pun malu. Saya orang Pas juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”

Sementara itu,Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan Dr Che Rosli ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu. Lihat di sini

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Md Saad menyatakan tindakan Che Rosli itu tidak dapat diterima kerana saintis nuklear itu boleh menggunakan saluran parti.

“Kami tahu beliau menyokong pembinaan kilang LAMP milik Lynas itu bila pertama kali kami bincangkan isu tersebut pada 2009.Tetapi selepas merujuk beberapa pakar lain, pendirian PAS adalah menolak projek tersebut.Tetapi sekarang beliau telah memihak kepada musuh dan menyerang partinya sendiri,” katanya.

Jelas disini bahawa PAS perlu mengenakan tindakan disiplin yang tegas terhadap Dr Che Rosli sebagai membuktikan komitmen dan sokongan PAS terhadap penolakan projek kilang tersebut. Jangan sekadar mengeluarkan komen : “amat mengejutkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS …” sahaja.

Sebagai ahli PAS , tentu ramai yang tersinggung dengan kenyataan-kenyataan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat diatas itu - bukan sekadar terkejut!

Badan disiplin PAS patut menghormati pandangan beliau yang mengaku ‘malu sebagai orang PAS’ dan sebagai sebuah badan disiplin yang berwibawa sepatutnya dengan segala hormat dan takzimnya, mempersilakan Dr Che Rosli ini melompat keluar sepertimana Zul Kulim; jangan biarkan dia bersekongkol dengan Hasan Ali yang ibarat duri dalam PAS!

Jumaat, Ogos 26, 2011

Saiful cabul bontotnya sendiri?


Apakah benar Saiful menodai diri sendiri? Pakar DNA Australia berkata sperma Saiful mungkin ditemui dalam dubur sendiri. Laporannya berikut:

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) - Seorang pakar DNA Australia tidak menolak kemungkinan bahawa sperma Mohd Saiful Bukhari Azlan telah dijumpai dalam duburnya sendiri, perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim II mendengar hari ini.

Dr Brian McDonald berkata ini adalah kerana ahli kimia kerajaan, Dr Seah Lay Hong tidak betul mengasingkan bukan-sel sperma daripada sel sperma pada swab dubur pengadu.

"Dia meneka adanya sel-sel epitelium dalam pecahan (sperma). Dia tidak melakukan ujian itu dengan betul, "kata Dr McDonald di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Dr Seah memberi keterangan pada awal tahun ini bahawa profil DNA Saiful datang dari cabutan bukan-sperma yang ditemui di kawasan dalam rektum.

Tetapi Dr McDonald hari ini menolak andaian beliau, berkata: "Beliau tidak mempunyai sebarang bukti untuk menyokong nya"

Khamis, Ogos 25, 2011

Bakat Jalanan Yang Hebat!


Di bawah terik panas matahari , lelaki tanpa kaki kiri ini, duduk bersila di atas tanah. Dia kemudian membongkok badannya dengan perasaan yang mendalam dan penuh konsentrasi menggunakan kapur di tangannya, dia melakarkan "Mona Lisa".

Apabila pejalan kaki mencampakan wang ke dalam kotak kadbod yang disediakannya, lelaki ini akan sentiasa berhenti melukis, dan memberikan tunduk hormat sebagai penghargaan.

"Mona Lisa ini dilukis seperti benda yang sebenar!" Demikian puji setiap pejalan kaki yang berhenti dan melihatnya!

Lelaki yang berasal dari Shandong ini dikenali sebagai Cong Langui, dan berumur hampir separuh abad.

Lantaran kaki kirinya diserang "tumor tulang" dan dipotong tatkala dia berusia 16-tahun, beliau mula mengajar dirinya sendiri untuk melukis sebagai sumber mencari rezeki. Ya, dia adalah pelukis jalanan berkaki satu yang telah 20 tahun yang lalu, menjelajah ke lebih daripada 20 wilayah dan bandar-bandar di seluruh negara. Menghadapi hari ribut yang kencang, dia hanya mampu menyelinap di bawah cucur atap kedai-kedai, dan bermalam di hotel-hotel murah kecil.

"Mona Lisa" adalah karyanya yang terbaik, dan yang lain daripada ini, dia juga mahir dalam lukisan harimau dan kaligrafi dalam tujuh bahasa Cina, Inggeris, Jerman, Perancis, Rusia, Arab, dan Korea.Anda boleh lihat sendiri peri hebatnya lelaki ini melukis melalui rakaman berikut :

RM1.4 bilion gula-gula menggilakan Rakyat 1Malaysia

Walaupun hasil minyak yang berjaya dikutip oleh Kerajaan semenjak zaman Tun Hussein Onn adalah dianggarkan RM456 billion,Idris Jala, yang mengepalai Pemandu, satu unit khas di Jabatan Perdana Menteri pernah mengumumkan Malaysia boleh bankrap menjelang 2019 jika pemberian sabsidi kepada rakyat tidak dihentikan!

Ekoran itu, kerajaan Umno/BN telah menarik kembali pemberian subsidi gula bernilai RM116 juta dan rakyat disuruh kurangkan makan gula kerana pengidap diabetics dalam negara semakin meningkat!

Rakyat disuruh merubah gaya hidup - tetapi Najib lupa nak nasihatkan isterinya sendiri si Rosmah yang sakan berbelanja mewah beli cincin berlian dan gelang tangan yang nilainya puluhan juta RM.Bertuahnya Rosmah mendapat peruntukan dari suaminya, RM111 juta 'Permata' yang dikendalikan olehnya.

Ini semua gara-gara kerana kononnya kerajaan tidak mampu menampung kos subsidi yang semakin meningkat.Dan penarikan subsidi ini menyebabkan harga gula dan barangan lain keperluan rakyat kini menggila naik!Kenaikan tarif letrik bukan sahaja melibatkan kenaikan bil penggunaan tetapi juga melibatkan kenaikan kos pengeluaran barangan pengguna. Begitu juga dengan kenaikan harga diesel akibat penarikan subsidi baru-baru ini.

Tetapi dengan tidak semena-mena, tanpa perbincangan dan kelulusan di Parlimen, Najib telah meluluskan RM1.4 bilion bantuan kebajikan masyarakat melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) tahun ini. Ah – satu lagi projek tergesa-gesa Najib menggula-gulakan rakyat agar rakyat jadi gila-gila menyokong rejim Najib! Pertanda PRU-13 sudah semakin hampir!

Bukan main hebuh lagi pegumuman tersebut dibuat!Tapi apalah sangat jumlah RM1.4 billion itu dibandingkan dengan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen? Tapi yang peliknya,tarif elektrik di negara kita makin meningkat. Bukankah tujuan pemberian subsidi itu untuk mengurangkan beban rakyat?

Apakah rasionalnya pemberian RM1.4 bilion subsidi ini? Adakah untuk kepentingan negara atau bagi kepentingan survival Umno/BN?

Kalau benar sebagaimana kata Najib bahawa langkah itu kerana mahu menegakkan keadilan sosial dalam negara,kerajaan sepatutnya

* Luluskan tuntutan CUEPACS dan MTUC gaji minimum RM900 sebulan
* Hentikan projek pembaziran RM5 bilion Menara Warisan 100 tingkat.
* Hentikan subsidi untuk penjana kuasa bebas sebanyak RM19 bilion
* dan lain-lain...


Rabu, Ogos 24, 2011

Berita baik untuk Rosmah Mansor!

Berita baik bagi Rosmah Mansor, seorang penggemar batu berlian . Dia tidak perlu lagi menyusahkan Najib mengimpot batu berlian dari luar negara secara haram. Apa yang perlu Rosmah lakukan hanyalah memakan sebanyak mungkin mentega kacang atau peanut butter, sarapan kegemaran dan makanan ringan.

Profesor Malcolm McMahon, berpusat di Pusat Science and Extreme Conditions di University Edinburgh, berkata bahawa pasukan saintisnya mampu menjadikan mentega kacang yang biasa kepada batu permata yang paling mahal di dunia - berlian.

Kepada Rosmah dan lain-lain penggemar makanan peanut butter ini boleh dapatkan maklumat lanjut dari Profesor Malcolm di sini

Audit antarabangsa boleh bersih daftar pemilih


Abdul Aziz Mustafa - (Harakah)

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Daftar pengundi negara ini hanya boleh dianggap bersih jika ia diaudit oleh badan audit yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Dengan begitu banyak pendedahan mengenai kecacatan yang amat meragukan dalam daftar pemilih dan dengan pengakuan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri bahawa memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih, satu-satunya cara untuk memastikan daftar pemilih yang ada kini diyakini bersih ialah dengan melantik badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa," katanya.

Salahuddin juga menolak dakwaan Pengerusi SPR. Tan Sri Abdul Aziz Yusof kononnya kesilapan dalam daftar pemilih kononnya hanya 0.0001 peratus sahaja.

"Selagi daftar pemilih tidak diaudit oleh badan audit bebas yang diiktiraf diperingkat antarabangsa, apa sahaja dakwaan kerajaan dan SPR tidak akan mendapat keyakinan umum malah akan lebih dipertikaikan dan terus tidak dipercayai," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin mencadangkan badan-badan audit yang dihormati di peringkat antarabangsa seperti Deloitte Touche Tohmatsu, Pricewaterhouse Coopers (PwC), Ernst & Young (EY) atau KPMG untuk melaksanakan audit ke atas daftar pemilih negara ini.

"Saya berkeyakinan badan-badan audit sedemikian lebih dari mampu untuk mengaudit daftar pemilih negara ini malah hasil audit mereka boleh mendapat keyakinan umum," kata Salahuddin.

Daftar Pemilih yang bersih adalah salah satu dari lapan tuntutan utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Tuntutan lain ialah supaya SPR mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Selasa, Ogos 23, 2011

Musang Berjanggut - tahinya pun macam tahi ayam!

Pemuda PAS Perak jangan mudah terpedaya mendengar kokoknya yang berdegar-degar.Ustaz Ahmad Awang kenal sangat Musang berjanggut ini; yang bukan sahaja berbulu ayam, berkokok macam ayam, malah semangat jihadnya sekadar hangat-hangat tahi ayam …..

Dia pernah dedahkan pada tahun 2006, kononnya ada 100,000 umat Islam telah murtad berdasarkan research dari golongan professional.Kemudian habis senyap gitu ajer …

Lepas itu heboh pula berkenaan SMS seorang wanita dan datang berjumpa beliau membuat pendedahan mengenai upacara berkenaan pembaptisan beberapa orang Islam disebuah gereja di Ipoh…pun entah apa jadi sebenarnya setelah wanita tersebut ditangkap dan disoalsiasat polis.

Kemudian beliau juga pernah buat ‘gempaq’ konon adanya 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan…

Pemuda PAS Perak jangan buang masa menyelak bulu ayam sehelai demi sehelai yang ada pada Musang Berjanggut itu!

Ahad, Ogos 21, 2011

Berita pelik seorang Mak Datin


Maka hebohlah di kaca tevee dan akhbar pengampu menyiarkan khabar bahawa akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.Baca 'berita pelik' seterusnya di sini

Isnin, Ogos 15, 2011

Majlis cukur jambul Rosmah


Tazkirah entah berapa kali baru nak reda tutup aurat? Dah tu sembahyang tasbih ? Yang mana lebih aula antara menutup aurat dan melakukan sembahyang sunat itu?Kena tanya Datuk Dr Fatma El-Zahra.

Sepatutnya lebih aula ngadakan majlis cukur jambul Rosmah tu kalau dia masih buat tak reti menghormati kemuliaan Ramadan. Serupalah juga dengan si Shahrizat tuh!

Bernama melaporkan :

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis tazkirah yang diadakan di Seri Perdana, di Putrajaya.

Tazkirah yang berkisar kepada kemuliaan Ramadan serta keberkatannya disampaikan oleh penceramah terkenal, Datuk Dr Fatma El-Zahra.

Majlis itu dihadiri kira-kira 200 orang yang terdiri daripada para anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat).

Pada majlis itu mereka juga menunaikan solat sunat tasbih yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecil Pembangunan Insan Bakti.

Ahad, Ogos 14, 2011

Hentikan berbohong!


Oleh Tan Sri Robert Phang - malaysiatoday

1. Kemarahan masyarakat umum ke atas surat bertarikh 8 Ogos Nazri Aziz adalah wajar. Ia belum pernah berlaku sebelum ini dan salah bagi Menteri di Pejabat Perdana Menteri untuk mengarahkan semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menarik balik saman sivil terhadap bekas Pengerusi MAS , Tajuddin Ramli. Saya merasa sangat menggemparkan bahawa seorang Menteri kanan dan status Nazri boleh mengarahkan GLC untuk menarik balik tuntutan mereka terhadap Tajuddin Ramli yang bermaksud membenarkan beliau untuk melarikan diri dengan berbilion ringgit dalam hutang atau WANG RAKYAT

2. Belakang serta-merta Nazri mengayuh dengan cuba untuk mengatakan bahawa suratnya itu hanya "nasihat" dan bukan "arahan" atau "arahan" dengan sendirinya menunjukkan bahawa Nazri tahu bahawa dia telah membuat satu kesilapan besar. Sekarang bahawa Malaysia Today telah menyiarkan surat Nazri itu, ia jelas menunjukkan bahawa Nazri telah berbohong. Untuk membuat kesilapan adalah satu perkara, tetapi berbong untuk menutup kesilapan tersebut menjadikan ia lebih teruk lagi.

3. Satu lagi aspek yang saya amat dikesali ialah sikap lesu dan tidak berminat yang ditunjukkan oleh Peguam Negara Abdul Gani Patail dan SPRM dalam mendakwa Tajudin Ramli. Ini berbeza dengan ketara dengan cara yang pantas di mana SPRM menyiasat saya selepas saya mengkritik AG Gani Patail atas penglibatan dan pemergian hajinya dengan kroni Tajudin, seseorang bernama Shahidan Shafie. Berdasarkan hanya kepada dakwaan palsu dalam blog tanpa nama, saya telah tertakluk kepada satu siasatan segera oleh SPRM.

4. Saya juga dihina secara awam apabila saya hanya dibersihkan bersyarat dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada 31 Mei 2011 oleh Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM (OEP), Dr Hadenan Abdul Jalil. Saya telah menuntut SPRM untuk memberi saya satu pelepasan tanpa syarat dan tidak berbelah bagi. Saya masih belum menerima jawapan SPRM.

5. Jika SPRM boleh begitu cepat untuk bertindak terhadap saya, mengapa SPRM menunjukkan teragak-agak untuk bertindak terhadap Tajudin Ramli? Terdapat bukti-bukti yang kukuh terhadapnya boleh didapati di tempat awam termasuk laporan yang dibuat oleh bekas Pengarah Jenayah Komersial, Ramli Yusuff, kepada bekas PM Abdullah Badawi? Ini semua tipu muslihat untuk menutup cerita.

6. Tindakan Nazri juga adalah satu penyalahgunaan kuasa dalam meminta GLC menyerahkan urusan perundangan kepada sebuah firma guaman. Siapakah para peguam firma undang-undang ini bahawa mereka harus diberi keutamaan daripada peguam lain yang lebih terkenal di negara Adakah mereka sekutu Nazri dan dia menerima suapan untuk ini? Jika ya, SPRM perlu menyiasat dan mendakwa Nazri di bawah seksyen 2 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22/1970. Nazri juga harus didakwa di bawah Akta SPRM seperti berikut:

AKTA SURUHANJAYA ANTI-RASUAH MALAYSIA 2009
Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan

(1) Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukan untuk apa-apa suapan, sama ada untuk dirinya sendiri, saudara atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan .

(2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai badan awam hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah menggunakan jawatan atau kedudukan untuk apa-apa suapan, sama ada untuk dirinya sendiri, saudara atau sekutunya, apabila dia membuat apa-apa keputusan, atau mengambil apa-apa tindakan, berhubungan dengan apa-apa perkara di mana pegawai itu, atau mana-mana saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

(3) Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa, bagi maksud subseksyen (1), mana-mana anggota pentadbiran sesuatu Negeri hendaklah disifatkan telah menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan apabila dia bertindak bertentangan dengan subseksyen 2 ( 8) Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan atau peruntukan yang bersamaan dalam Perlembagaan atau Undang-Undang Perlembagaan Negeri itu.

7. Oleh itu, saya menyeru kepada SPRM untuk menunjukkan sedikit keberanian dan menyiasat perkara ini. Jika tidak, SPRM akan selama-lamanya tidak mendapatkan semula kepercayaan orang ramai selepas Teoh Beng Hock dan Sarbaini Ahmad telah meninggal dunia lebih daripada apa yang orang ramai dilihat sebagai disebabkan oleh layanan keras oleh SPRM atas dakwaan rasuah yang kurang serius. Biarlah tidak dikatakan bahawa undang-undang negara ini memihak yang kuat atas yang lemah.

8. Oleh kerana ini adalah bulan suci Islam Ramadan, saya meminta Nazri Aziz, yang sentiasa dikenali berani cara "Jantan", meminta maaf kepada orang ramai di Malaysia atas penghinaan intelek terhadap kami dalam kejadian ini. Nazri perlu berbuat demikian sebelum dia menyeret sama seluruh pentadbiran PM Datuk Seri Najib Tun Razak ke dalam kemarahan dan kebencian orang ramai. Kerajaan kurang mampu menghadapi skandal seperti ini dengan pilihan raya yang sangat hampir.

Menilai gelagat dan “nawaitu” orang politik pertahan Aqidah ummat

Dr Dzulkefly Ahmad -Harakah

AKHBAR Utusan Malaysia terus menerus memutarkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) keatas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama baru baru ini tanpa memperdulikan tindakan itu bakal mengundang pertentangan agama dan perkauman yang melampau.

Meletakkan tajuk Bajet 2012 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri sebagai tajuk utama pilihan pengarang, akhbar itu juga turut memaparkan gambar berwarna sekumpulan badut Umno BN menjalankan demonstrasi di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Gambar muka depan itu menyerlahkan peri-laku mereka yang meletakkan mangkuk tandas dan penyapu sebagai bantahan kepada Menteri Besar Selangor. Demonstrasi itu adalah bagi menyatakan perasaan mereka yang tersinggung dengan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana kenyataan memohon maaf kepada pengurusan gereja terbabit atas serbuan pihak JAIS itu.

Seramai kira kira 30 orang demonstran hadir yang mewakili 2 pertubuhan bukan kerajaan iaitu, Permuafakatan Warisan Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan ( Gempak). Mereka turut mempertikaikan sikap Khalid yang kononnya dituduh memperdagangkan Islam dan akidah umat islam kerana kepentingan politik.

Apakah salah tindakan Khalid memohon maaf bagi pihak kerajaan negerinya, sementara menunggu laporan lengkap dari JAIS berikutan insiden tersebut, sehingga tindakannya itu dianggap mereka sebagai memalukan dan tidak wajar?

Kewajaran Khalid meminta maaf itu tidak patut diputarbelitkan media. Ia boleh diertikan bahawa Khalid kesal isu sebesar ini tidak dimaklumkan kepada beliau dan tidak juga kepada Exco agamanya. Ini tidak bermakna bahawa Khalid menyokong gereja tersebut. Sebaliknya pulak ianya juga tidak menggambarkan Khalid menyalahkan JAIS dalam tindakan mereka.

Yang penting sebagai ketua sebuah negeri, Khalid mahu dilihat berhati hati dalam membuat sebarang tindakan kerana menjaga keharmonian perasaan antara kaum dan agama. Tegasnya Khalid mahukan laporan lengkap disiapkan bagi mengadili kes ini dengan baik berpandukan maklumat yang tepat.

Begitu juga dalam menagani isu isu lain bersabitan pertentangan agama seperti masalah kuil dan kepala lembu dan babi hutan, serangan terhadap rumah ibadat dan kes perebutan anak selepas ibu atau bapa kembali ke agama asal dan sebagainya. Isu seumpama ini amat sensitif dan emotif, berlembut tidak bermaksud kita lemah atau menyebelahi dan lunak kepada sesuatu pihak.

Laporan lengkap dan terperinci insiden tersebut dijangka diterima selepas Hari Raya Aidilfitri. Khalid mahukan laporan penuh termasuk semua bahan bukti dan soal siasat keatas 12 individu yang dikatakan terbabit dalam usaha memesongkan akidah mereka oleh pihak gereja Methodist Damansara Utama.

Pengarah Eksekutif, Harapan Komuniti Raymond Koh juga telah tampil memberi kenyataan bahawa majlis makan malam yang diadakan di premises gereja tersebut adalah bertujuan mengutip dana , ianya dihadiri jemputan dari pelbagai kaum dan beliau juga mendakwa makanan yang dihidangkan halal dan disediakankan oleh orang melayu.

Beliau menyatakan kekesalannya bahawa majlis kutipan dana itu telah disalah tanggap sebagai majlis memurtadkan orang Islam. Beliau juga terkilan serbuan JAIS itu dibuat tanpa sebarang waran ditunjukkan walaupun pihaknya meminta pegawai JAIS berbuat demikian.

Walaubagaimana pun JAIS sedar bahawa mereka dibenarkan berbuat demikian dibawah peruntukan Enekmen Ugama Bukan Islam 1988. JAIS kini bertanggungjawab mengumpul segala bukti bagi memperkukuhkan dakwaan bahawa wujud usaha untuk memurtadkan orang Islam.

Akhbar Utusan Malaysia juga mendahului pihak JAIS apabila menyiarkan satu lapuran dari beberapasumber di muka 4 akhbar bertarikh 11 Ogos 2011, bagaimana serbuan itu dibuat serta berjaya mendapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa majlis tersebut sememangnya majlis memurtadkan orang islam. Umum menyaksikan sekali lagi UM menjalankan perbicaraan melalui media atau “trial by the media”. Ini amat dikesali pelbagi pihak. Ia juga bercanggah dengan prinsip Islam “Al-Aslu Bari atul Zimmah” – “Tidak Berdosa-Bersalah selagi belum dibuktikan” yang berkebetulan diguna pakai dalam perundangan sivil.

Pengarang UM seharusnya menghormati kenyaatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang meminta semua pihak menghentikan segera sebarang spekulasi sehingga pihak JAIS menyelesaikan siasatannya. Tampaknya UM mendahului Menteri agama itu.

Sementara itu pimpinan PAS terus dikecam oleh pelbagai pihak atas sikap yang dikatakan berdiam diri kerana menghitung kepentingan politik mereka.

Sayugia dingatkan bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Hj Hadi Awang telah membuat kenyataan akhbar selepas mesyuarat JK Kerja PAS Pusat bahawa PAS akan bersemuka dengan kedua dua pihak terbabit. Ini bagi mendapatkan penjelasan supaya jalan terbaik yang lebih harmoni dan adil dapat dicapai.

Kajian rambang penulis, mendapati pendirian itu amat disenangi pelbagai pihak: Islam dan Bukan-Islam. PAS nyata sekali lagi menyerlahkan sentuhan politiknya yang semakin matang. Apakah itu yang sangat dicemburi seteru poitiknya, Umno. Mungkin PAS lebih memahami dan mendalami tuntutan “Politik Baru”.

Seorang penganalis politik upahan Umno, atas perasaan cengkil mungkin, telah menyelar PAS mengalami sindrom “skizofrenia politik” kerana kononnya berpecah pendirian dalam mendepani isu ini. Ketua Pemuda PAS dikatakan menyokong Dr Hassan Ali, sementara pendirian pimpinan Pusatnya menentang. Cubaan beliau melaga-lagakan PAS itu nyata meleset.

Apa yang disebut oleh Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam kenyataan blognya, menegaskan pendirian Pemuda yang tidak akan bertolak ansur dalam mempertahankan soal akidah umat Islam, walaupun terpaksa mengorbankan tenaga, wang ringgit mahupun darah dan nyawa. Komitmen itu adalah menasabah dan sepatutnya lahir dari seorang Ketua Pemuda sebuah parti Islam.

Nasrudin juga turut menyatakan menyokong tindakan pimpinan tertinggi mengatur pertemuan dengan pihak gereja dan JAIS sebelum membuat sebarang kenyatan. Jelasnya soal akidah tidak boleh dipandang ringan terutama dalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan.

Kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam akhbar Utusan Malaysia jelas bertujuan mengeruhkan semangat setiakawan antara PAS dengan DAP dan PKR apabila memutar belit kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS dalam soal akidah umat islam. PAS dan Ketuanya tidaklah semudah itu boleh dipermainkan oleh politik murahan dan ledakan emosi orang-orang Umno yang mahu dilihat menjadi jagoan Islam

Terkini Ezzam Mohd Nor, Lokman Adam, bersama seorang ahli parlimen bebas Zulkifli Nordin dengan sekumpulan pemuda yang menggelarkan diri mereka Gerakan Mencegah Murtad telah mengisytiharkan kesediaan untuk berperang habis-habis terhadap portal Malaysiakini dan Malaysianinsider kerana didakwa biadap terhadap JAIS.

PAS tidak akan terikut-ikut dengan rentak dan gelagat Umno yang gagal mempamerkan sikap Islam yang sebenarnya. PAS tidak perlu bersaing dengan Umno bagi membuktikan siapa lebih ‘hebat’ untuk mempertahankan aqidah ummat Islam. Sebabnya jelas. Tradisi mempertahan aqidah dan akhlak Ummat sememang menjadi tunggak dan teras perjuangan PAS termaktub dalam Perlembagaan parti Islam itu.

Umno yang baru celek dan ketika bertindak ternyata lebih memburukkan lagi keadaan. Kini tindakan ganas dan melulu ini bakal mencetuskan mudharat bagi Islam. Dalam kejahilan uslub dan metodologi memperjuangkan Islam, Umno gagal menyerlahkan ‘kemuliaan dan kerahmatan’ agama ini.

Menilai kesungguhan pemimpin pemimpin Umno mempertahankan akidah umat islam yang dikaitkan dalam isu serbuan ini, mengingatkan kita pada satu peristiwa yang melibatkan mantan mufti Selangor ketika itu Al-Marhum Dato’ Ishak Baharom yang “dipecat” dari jawatannya juga ketika itu cuba menyelamatkan akidah umat Islam.

Kerajaan negeri Selangor, dibawah pentadbiran Umno-BN telah tidak menyambung kontrak Dato’ Ishak Baharom sebagai Mufti Besar Selangor ketika itu kerana terlibat dalam usaha penangkapan 3 orang gadis melayu oleh JAIS yang menyertai pertandingan ratu cantik di salah sebuah hotel di Subang Jaya pada 13 Jun 1997.

Beliau dan penguasa JAIS dikecam hebat oleh media yang juga ketika itu dikuasai oleh Umno BN. Bantahan orang ramai juga disiarkan secara terbuka dan pelbagai peringkat pimpinan Umno BN mengutuk tangkapan tersebut. Dato’ Ishak Baharom dikecam hebat oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamed.

Sebagai seorang Mufti Besar Negeri Selangor tentulah beliau percaya sebarang perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan adalah dilarang sama sekali oleh agama islam. Ini termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Negeri Selangor yang telah diwartakan 2 tahun sebelum kejadian itu pada 11 Mei 1995.

Pimpinan Umno wajar diingatkan bahawa ada 2 kelompok utama yang terdedah kepada kerosakan aqidah. 1. Terlalu miskin dan dhaif dalam menyara kehidupan dan 2. terlalu jahil serta longgar dalam pegangan agama serta dibuai dengan hiburan yang melampau. Sejak isu murtad disebut-sebut bertahun lamanya , apakah tindakan konsisten yang dilakukan Kerajaan Pusat dan menteri agamanya?

Pemimpin Umno mutakhir ini yang menunjukkan ghairah bercakap tentang mempertahankan aqidah ummat ini perlu tengok balik kepada diri mereka sendiri. Sejauhmanakah mereka terlibat dalam menjadikan kedua-dua golongan tadi semakin kritikal dan tenat

Tengok kepada polisi dan dasar hiburan negara. Tengok juga kepada kejayaan proses pembasmian kemiskinan selepas DEB dan jurang kaya-miskin yang semakin melebar. Tengok kepada proses pembolotan kekayaan negara dan peminggiran sebahagian rakyat yang terpinggir dalam arus pembangunan mutakhir ini. Golongan asnaf dan fuqara serta ibu tunggal nyata dalam pengkalan data negeri dan Pusat.

Persoalannya, mengapakah masih ada ummat Islam yang dhaif mengadu nasib kepada badan pertubuhan NGO Kristian dan lain-lain? Benarkah agensi-agensi dan jabatan-jabatan Islam gagal menangani keperluan mereka, seperti lazim didakwa pelbagai pihak? Apaah tindakan undang-undang sahaja mampu mengawal kejadian seumpama ini? Ataukah ia membayangkan permasalahan yang lebih mendasar dan mendalam di segi pegangan aqidah, kafahaman dan amalan ummat Islam di negara ini?

Islam berdiri atas hujjah dan kefahaman yang jelas. Keyakinan aqidah mesti dibina atas ilmu dan pengetahuan yang kukuh. Aqidah adalah natijah iman yang mendalam dan tidak dapat dipaksakan. Paksaan adalah bertentangan dengan uslub atau kaedah menanamkan Iman dan keyakinan. Paksaan akan membuahkan sifat Nifaq, satu yang berlawanan dengan sifat Aqidah yang mesti dilakukan secara redho atas kejelasan hujjah dan ilmu.

Bertempek, melaung dan berdemonstrasi sahaja untuk ummat berpegang dengan aqidah bukan jalannya menanam dan menyuburkan Aqidah ummat. Meleka dan melalaikan ummat dengan hiburan keterlaluan juga berlawanan dengan usaha untuk mempertahankan aqidah ummat.

Atas bahu kepimpinan politik dan agama, tugasan untuk mendidik ummat Islam ini diletakkan. Aqidah adalah keyakinan hati dan jiwa. Ia tidak dapat dipasakkan dengan undang-undang dan hukuman semata-mata. Ia perlu dibina dengan menyeluruh dan konsisten serta bereterusan.

Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tidak memerlukan ia diperkasa dengan ‘keangkuhan’ lebih dari ia perlu ditampilkan dengan sifat “Rahmah” dan “Ihsan Belas” kepada pihak lain. Ada yang juga tak kena dengan kepimpinan yang bertanggungjawab tentang agama Islam di Negara ini yang gagal memahami bahawa Islam itu bukan dalam kedudukan diserang atau “under-siege” seperti yang didakwa pihak tertentu yang tidak memahami watak dan sifat Islam itu sebenarnya.

Bahkan Politik Baru menampilkan satu keselesaan dan perasaan saling menghormati yang cukup mendalam sekaligus membuka ruang ‘dialog’ antara agama yang cukup luar biasa. Pernah penulis sendiri terasa akan permusuhan dan perseteruan yang sangat tajam dengan pihak IFC satu ketika dahulu.

Namun setelah ruang dialog, wacana dan diskusi mampu dibina, maka runtuh segala tembok-tembok prajudis. Semua masih kuat dengan pegangan agama dan kepercayaan masing-masing, mungkin lebih kukuh lagi. Tetapi hari ini , kami boleh berkawan bahkan bergandingan bahu kea rah mencari “Satu Malaysia Baru” yang lebih cemerlang, hebat dan gemilang.

Hari ini, Dato Ambiga, Malik Imtiaz dan Harris Ibrahim adalah kawan dan rakan seperjuangan penulis dalam BERSIH 2.0. Kami memahami mereka dan mereka lebih memahami kami lagi dan mengapa ummat Islam cukup sensitif dengan persoalan Aqidah dan Akhlak atau Moral. Kami akan terus mewujudkan dialog dan wacana nasional ini bagi memperkukuhkan persefahaman antara agama dan budaya bagi menjauhi prajudis dan buruk sangka. Inilah Politik Li-Ta’arafu – “Saling Kenal-Mengenali-Hormat-Menghormati” yang dianjurkan Al-Quran.

Bukankah persefahaman ini yang dimahukan PM Najib dalam pendekatan “moderate’nya? Bukankah ini yang dicanang merata dunia yang kononnya dilaksanaka di Negara contoh ini? Namun jelasnya kesemua ini tampak kosong dan lompang. PAS dan Pakatan rakyat jauh lebih berjaya dan telus dalam menghidupkan dan menghayati tuntutan “Al-Wasatiyyah” atau “Keserdahaan” yang dianjurkan oleh Islam.

Kembali kepada persoalan pokok. Bila direnungi kesemua pergolakan ini, anda tidak dapat mengelak dari bertanya. Benarkah Umno konsisten untuk mempertahankan aqidah ummat ataukah ia lebih tepat lagi kerana ingin menangguk di air keruh untuk kepentingan kepartaian sahaja bagi menjatuhkan lawan politiknya? Politik itu murni dan medan untuk bersaing bagi mencari redho Allah. Tetapi nyata hari ini, politikuslah kelompok utama yang merosakkan medan amal ini.

Mungkin kesemua ini tidak salah dari perspektif politik Umno. Tetapi jangan sampai ‘nawaitu’ politik sebenar itu, yang diadunkan atas nama agama, merosakkan kemuliaan Islam sebagai agama Rahmatan Lil-‘Alamin!

Masa akan menentukan dan menyerlahkan kebenaran hakikat ini.

**Dr Dzulkefly Ahmad adalah Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan PAS

Sabtu, Ogos 13, 2011

Yang mengganas di London ialah perusuh, yang mengganas di Malaysia ialah polis!



Percubaan pemimpin BN dan Umno termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menyamakan rusuhan di United Kingdom dengan himpunan aman BERSIH 2.0 di Malaysia tidak masuk akal, kata setiausaha organisasi DAP Teresa Kok.

“Yang mengganas di London adalah perusuh, sebaliknya yang bertindak ganas di Malaysia sewaktu perhimpunan aman BERSIH 2.0 adalah pihak polis.

“Di Kuala Lumpur, perhimpunan aman BERSIH 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang.

“Agenda, tarikh dan waktu bersurai telah dinyatakan secara terus-terang buat pengetahuan pihak kerajaan, polis, media dan orang awam dari awal-awal lagi.,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Sebaliknya, menurut Kok rusuhan di London itu berlaku secara rambang tanpa sebarang agenda yang jelas atau spesifik melainkan menimbulkan kekacauan dan keganasan.

“Oleh itu kenyataan Hishammudin bahawa rakyat Malaysia harus bersyukur dan berterima kasih kepada pihak polis kerana perhimpunan aman BERSIH 2.0 tidak menjurus ke situasi rusuhan di UK adalah tidak munasabah.

“Ia menunjukkan bahawa beliau tidak dapat membezakan di antara perhimpunan aman BERSIH yang bermatlamat murni mencapai pilihan raya bersih dan adil berbanding rusuhan bakar dan samun yang berlaku di UK,” kata Kok yang juga ahli parlimen Seputeh.

Pekakkan telinga

Katanya, beliau kesal dengan sikap Menteri Dalam Negeri itu yang masih cuba menafikan hakikat di sebalik beratus-ratusan rakaman video membuktikan polis menggunakan kekerasan keterlaluan telah dimuatnaikkan ke internet untuk tontonan ramai.

“Hishammuddin masih memekakkan telinganya terhadap kutukan keras oleh warga Malaysia dan komuniti antarabangsa dan masih menyokong tindakan polis.

“Sehingga hari ini, sebulan telah pun berlalu, Hishammuddin dan polis masih gagal membentangkan laporan keganasan polis kepada orang ramai.

“Apakah ini menunjukkan ketidakcekapan dan kelalaian Kementerian Dalam Negeri dan polis segi siasatan terhadap anggota polis sendiri?” soalnya.

Sehubungan itu, Kok meminta Hishammuddin supaya mengambil iktibar daripada cara kerajaan dan polis UK mengendalikan keadaaan rusuhan yang sebenar.

Perbezaan di UK dan KL

Kok kemudiannya menggariskan perbezaan ketara di antara rusuhan di London dan perhimpunan aman di Kuala Lumpur.

* Di UK, perniagaan dan orang awam telah disamun oleh perusuh dengan kehilangan harta-benda dianggarkan bernilai berjuta-juta sterling pound;

* Di KL, tidak ada satu pun laporan tentang kedai disamun oleh penyokong BERSIH 2.0, sebaliknya, kedai-kedai yang membuka perniagaan pada 9 Julai lalu memperolehi keuntungan berikutan kehadiran ribuan rakyat di ibu kota;

* Di UK, kereta dan bangunan telah dibakar dan dirosakkan oleh perusuh sehingga membahayakan keselamatan awam di samping kepulan asap yang menyesakkan nafas;

* Di KL, asap yang berkepul adalah daripada tembakan gas pemedih api oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas penyokong BERSIH 2.0 yang berhimpun secara aman. Gas pemedih mata dan meriam air juga ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin;

* Di UK, perusuh membawa senjata seperti pisau, batu dan “molotov cocktail” untuk mencederakan orang awam;

* Di KL, penyokong BERSIH 2.0 hanya memakai t-shirt kuning yang diharamkan oleh Hishammuddin, dan ada antara orang ramai cedera kerana gas pemedih mata;

* Di UK, perusuh secara aktif dan sengaja menyerang dan mencederakan anggota polis;

* Di KL, polis didakwa secara aktif dan sengaja telah menembak gas pemedih mata dan meriam air terhadap peserta BERSIH 2.0 yang berjalan secara aman, dan tidak pula bertindak balas apa-apa terhadap pihak polis yang bersikap agresif itu.

* Di UK, polis hanya menahan 1,000 orang walau pun rusuhan ganas telah berlanjutan selama lima hari.

* Di KL, polis Malaysia menahan lebih daripada 1,600 orang dalam tempoh tak sampai sehari hanya kerana cuba berhimpun secara aman.- malaysiakini


Lebih baik salahkan diri kita sendiri


Janganlah kita jadi gelojoh sangat mahu menuduh semborono bahawa yang membantu itu ada udang disebalik batu.Tetapi tanyalah diri kita sendiri, sanggupkah kita membantu mereka?

Tidak ada gunanya mendabik dada kononnya sanggup bertumpah darah , menyerah nyawa demi menjaga iman sesama saudara seagama sedangkan kita sendiri belum di uji atau berhadapan dengan realiti masyarakat Islam yang serba kacau ini. Antara cabaran mengendalikan rumah HIV, stigma masyarakat memang tinggi. Kita tak boleh nak salahkan masyarakat juga kerana kempen kesedaran amat kurang.

Saya bercakap tentang nasib malang pengidap HIV muslim yang disingkir oleh keluarga sendiri dan oleh masyarakat Islamnya. Mereka tidak ada tempat untuk mengadu nasib dan membawa diri berkelana. Kemana harus mereka habiskan sisa hidup yang sedang mereka lalui dalam serba serbi melarat. Adakah kita mahu menyalahkan mereka apabila mereka terpaksa menerima tawaran perlindungan dari sebuah gereja; sedangkan JAIS yang dipertanggungjawabkan tidak menghiraukan golongan seperti mereka ini.

Namun apa yang perlu kita insafi ialah bagaimana beberapa insan yang bernasib malang ini boleh diterima baik dan diberikan bantuan kemanusiaan oleh sebuah gereja . Apakah institusi agama kita tidak boleh berperanan untuk mengatasi masalah sosial seperti ini?

Hakikatnya, agama kristian juga percaya sebagaimana agama Islam bahawa setiap perbuatan yang baik itu akan dibalas dengan kebaikan juga. Dan sudah pastinya, seperti mana agama-agama lain , mereka tidak akan menghalang jika ada yang tertarik dengan sikap baik tersebut lalu mahu menganut fahaman anutan mereka.

Atas rasa kesedaran dan usaha gigih seorang ustaz yang pernah dijemput untuk menyampaikan tazkirah kepada pengidap HIV di gereja itu; pada pertengahan 2009 rumah perlindungan HIV Muslim telah berjaya ditubuhkan. Bangunannya masih dalam pembinaan dan masih memerlukan bantuan dana untuk menjayakannya.LIhat gambar atas.

Tidak ada ribut-ribut atau kekecuhan berlaku sebagaimana JAIS menyerbu gereja baru-baru ini; tetapi tindakan tersebut sangat berjaya dalam menyelamatkan aqidah beberapa orang pengidap HIV. Kepada JAIS, pertanyaan saya ialah, kalau kita sendiri yang lokek, kenapa nak marahkan mereka yang pemurah?

Kepada beberapa pihak NGO yang begitu lantang menyokong tindakan JAIS, harap mengambil tindakan pro-aktif membantu rumah perlindungan HIV ini yang masih menghadapi banyak masalah yang perlu diatasi seperti disini.

Kini telah setahun lebih penubuhannya yang mulanya adalah untuk membawa mereka keluar dari gereja.Rumah perlindungan ini menempatkan seramai 63 orang , menerima rawatan dan penjagaan. Ada yang sihat, ada yang meninggal dan ada yang masih lagi bersama.

Pada 1 Disember 2010, Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah mula mempunyai rumah untuk wanita dan penghuni wanita telah mula memenuhi rumah ini. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, silla hubungi pengurus Darul Ukhwah, ustaz Azmi di talian 012-345 6339.

Rabu, Ogos 10, 2011

MAIS jangan hanya cekap kutip zakat sahaja!


Setelah meneliti penjelasan Harapan Komuniti - NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu, mengingatkan saya kembali kepada satu entri diblog ini pada 14 Ogos 2009.Saya siarkan semula memandangkan ianya agak relevan dengan isu JAIS yang menyerbu dan menggeledah tanpa waran Gereja Methodist Damansara Utama) seperti asalnya berikut :

Saya rasa tergamam dan rasa susah hendak percaya bahawa terdapat pesakit – pesakit HIV Muslim ditempatkan disebuah gereja.

Bercampur antara pilu dan marah dan malu bila mendapat tahu pihak gereja tersebut membenarkan kuliah agama disampaikan kepada mereka.

Pilu diatas sifat ikhlas yang ditunjukan oleh pihak gereja tersebut yang sanggup memberikan tempat perlindungan kepada orang Muslim.

Rasa malu kerana saudara seugama sendiri tidak mendapat bantuan dan perlindungan sewajarnya dinegara yang mengaku Islam ugama persekutuan.

Rasa marah diatas sikap lepas tangan pihak Majlis Agama Islam Selangor yang berlepas tangan walaupun setiap tahun berbangga dengan kutipan zakat ummat Islam berjuta-juta ringgit banyaknya.

Hoi! Mana dia pejuang-pejuang bangsa Melayu yang kaya raya kerana menipu wang rakyat ! Mai lah bantu mereka ini!

Kita berharap Dr Hasan Ali yang akan dapat berbuat sesuatu yang wajar bagi mengeluarkan mereka dari tempat perlindungan gereja tersebut. [Klik Sini]

Rosmah menyalakan jejak kontroversi diri sendiri


Surat Layang - "surat terbang" dalam bahasa Melayu, atau surat tanpa nama - telah terbang dalam bilangan rekod dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menyerang Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka sedang diambil dan disebarkan dalam jumlah oleh blogosphere negara, kebanyakannya bagi menentang Barisan Nasional, atau pemerintah gabungan negara.

Ia tidak pasti siapa di sebalik serangan tersebut, tetapi mereka jelas terikat kepada pilihan raya kebangsaan yang dijangka sama ada lewat tahun ini atau awal tahun 2012.

Pembangkang dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu menyalahkan antara satu sama lain dan kedua-duanya menafikan mereka terlibat.

Tetapi Rosmah yang berusia 60 tahun telah menjadi umpamama satu besi berani yang menarik kritikan terhadap pentadbiran, berpusat pada pembaziran yang didakwa dan laporan bahawa beliau mendominasi agenda politik dan sosial suaminya.

Serangan-serangan tersebut membandingkannya kepada kedua-dua Lady Macbeth (karektor penulis Agong, Shakespeare) yang mendorong suaminya untuk pembunuhan dan tragedi, dan bekas Wanita Pertama Filipina Imelda Marcos, yang mencapai kemasyhuran kerana berlebih-lebihan termasuk memiliki beratus-ratus pasang kasut.

Yang sangat merisaukan, Asia Sentinel melaporkan, Rosmah Mansor, telah menjadi subjek khabar angin sejak beberapa tahun bahawa dia entah bagaimana telah terlibat dalam kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hingga ada desas desus bahawa seorang ahli perniagaan yang hampir dengannya dikatakan membayar saksi RM750, 000 supaya keluar dari negara ini selepas dia berkata wanita yang mati itu mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.


Di samping itu, testimoni mahkamah telah menyatakan bahawa Rosmah bertemu dengan bekas pembantu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pembantu tersebut menuduh Anwar merogolnya.

Mereka yang dalam gabungan Pakatan Rakyat Anwar berkata, serangan ke atas Rosmah itu datangnya dari Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana berusia 64-tahun-menteri dan anak didik mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

Muhyiddin memainkan peranan penting dalam memacu bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dari kuasa dan telah lama dianggap sebagai bercita-cita tinggi untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri jika ia tersingkir..

Ditambah dengan persamaan itu, sumber berkata, cita-cita Mahathir sendiri untuk melihat anak ketiga beliau Mukhriz, yang kini timbalan menteri perdagangan antarabangsa, sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin juga sesuai dengan falsafah politik Mahathir lebih daripada Najib. Beliau adalah seorang pembela Ketuanan Melayu - dominasi etnik Melayu landskap ekonomi dan politik, pembangkang kepada Najib, yang komited untuk kempen 1Malaysia kononnya, sebuah usaha untuk membawa kaum-kaum lain kembali ke dalam Barisan Nasional (BN) kali ganda.

Mahathir telah menjadi semakin lantang dalam seruan beliau untuk mengekalkan dominasi Melayu . Sumber-sumber dalam Umno menyalahkan ke atas Pakatan Rakyat bahawa segala tohmahan itu sebagai usaha untuk memburuk-burukkan reputasi Najib dan hamstring parti pemerintah negara sebelum pilihan raya dijangka lewat tahun ini atau awal seterusnya.

Seorang pembantu kepada seorang pemimpin tinggi UMNO mengatakan Mukhriz atau Muhyiddin tidak akan berkemungkinan menyerang Rosmah sebagai pengganti Najib kini.Jika perbalahan dalaman yang serius berlaku dalam UMNO, pembantu itu berkata, ia akan melumpuhkan parti dan Barisan terlebih dahulu sebelum pemilihan.

Jika Mahathir dan Muhyiddin adalah benar-benar memburu Najib, pembantu itu berkata, ia akan membuat tidak masuk akal bagi mereka untuk berani memusnahkan parti mereka malah kehilangan lebih banyak kuasa, BN telah teruk remuk dalam pilihan raya Mac 2008 bagi kali pertama dalam sejarah 50 tahun di negara ini , dua pertiga kuasa di parlimen telah dipecahkan oleh pembangkang.

Sumber-sumber lain mengatakan bahawa Mahathir sendiri berhutang satu hutang kesyukuran kepada bapa, Najib Allahyarham Tun Abdul Razak, yang telah memulihkannya selepas dia ditendang keluar UMNO oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia, dan bahawa dia tidak akan menentang Najib atas sebab-sebab itu.

Walau bagaimanapun, pemerhati menunjukkan, Muhyiddin telah tidak mempertahankan secara terbuka sama ada Najib atau Rosmah sejak akhir-akhir ini. Seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur memberitahu Asia Sentinel: "Mahathir dan Anwar kedua-duanya berusaha ke arah objektif yang sama walaupun mereka tidak bekerja bersama-sama – untuk menyingkirkan Najib ."

Sensasi terbaru muncul beberapa minggu lalu dengan laporan oleh satu blog tempatan pembangkang bahawa dia telah menerima cincin berlian USD 24.8 juta dari Jacob & Co Jewellers yang berpusat di New York dan bahawa cincin itu telah melepasi Jabatan Kastam tanpa cukai yang dikenakan.

Rosmah telah berkata secara terbuka bahawa: "Tidak ada apa-apa yang saya mahu katakan (berhubung dengan pembelian cincin) kerana saya tidak mempunyai masa untuk melayan isu itu." Beliau kemudiannya menafikan membeli cincin itu.

Beliau telah juga diambil gambar sedang membawa apa yang kelihatan sebagai sebuah beg tangan Birkin, direka bentuk dan dibuat oleh Hermes Paris dan yang dinamakan untuk pelakon dan penyanyi Jane Birkin.

Harga bagi beg jenama tersebut adalah dalam lingkungan daripada AS $ 9,000 kepada AS $ 150,000 mengikut jenis bahan yang digunakan. Beliau telah juga digambar sedang memakai apa yang dipercayai sebagai 65,77 karat putih dan hitam gelang Zebra safari (gambar kiri), juga dari Jacob & Co dan dibuat daripada berlian putih dan hitam dan emas putih 18-karat. (Klik sini kalau nak tempah gelang yang sama!)

Di samping seleranya dalam barang kemas, Rosmah telah menaikan kemarahan tentang pengaruhnya ke atas kerajaan, khabar angin bahawa dia memperkayakan keluarga dan kerana kehidupan sosial yang dibawanya.

Yang sangat menggerutukan bagi sesetengah orang adalah dia menuntut gelaran wanita pertama Malaysia, satu gelaran yang biasanya dikhaskan untuk isteri raja.

Satu unit enam-orang telah ditubuhkan di pejabat, perdana menteri yang dikenali sebagai FLOM, satu singkatan bagi Wanita Pertama Malaysia, untuk menjaga keperluannya, jauh dari isteri-isteri perdana menteri sebelum ini seperti Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Mahathir , seorang doktor yang sederhana.

Sumber berkata Rosmah terus-menerus telah memasukkan dirinya dalam proses politik dan telah bertanggungjawab untuk membelanjakan sejumlah besar wang kerajaan - sebagai contoh, sebanyak RM80 juta dalam kempen 15 bulan untuk membaik pulih kediaman Perdana Menteri.

Pada April 2010, Joshua Wong, seorang producer rancangan popular hal ehwal Malaysia "Editor’s Time," telah meletak jawatan, menuduh saluran NTV7, yang dikawal oleh UMNO, tunduk terhadap aduan daripada Perdana Menteri Jabatan dan Rosmah sendiri tentang liputan ahli politik pembangkang. Editor akhbar yang lain mengadu bahawa Rosmah sering menalipon untuk mengadu tentang liputan kedua-dua beliau dan suaminya.

Tahun lepas, cakap-cakap liar mula memperkatakan atas citarasa Rosmah bagi kehidupan yang mewah di New York dan ibu kota lain, terutama kerana laporan keakraban beliau terhadap Low Taek Jho (gambar kiri), yang memanggil dirinya Jho Lo dan menghabiskan sejumlah wang yang menakjubkan keatas starlets, pelakon filem dan selebriti di New York. Low pada kebiasaannya menghabiskan sebanyak USD60.000 sebulan dalam kelab hiburan malam Manhattan, mengikut laporan New York Post , yang berkata Low pernah sekali menghantar 23 botol Cristal champagne yang berharga USD900 ke meja pelakon bermasalah Lindsay Lohan, yang meraikan ulang tahunnya ke 23.

"Ini graduan Wharton School, University of Pennsylvania,dari Malaysia," New York Post melaporkan 1 OGOS 2010 "telah membakar beratus-ratus ribu ringgit di tempat hiburan malam paling hangat di bandar ini dalam tempoh tiga bulan yang lalu - dan tidak menunjukkan tanda-tanda-berhenti. "

Low Taek Jho bersama Paris Hilton sedang berparti di kelab Byblos di St.Tropez, France dimana dia membeli Crystal champagnes, bernilai 3.5 juta Euros, hanya untuk disemburkan sesama sendiri..

Low, dikatakan sebagai sahabat dengan Paris Hilton, adalah juga dipercayai sebagai yang lelaki misteri di belakang iklan USD180,000-USD230,000 yang tersiar pada April 2010 di New York Times , mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menjadi "wanita pertama" Malaysia, selepas dia menerima anugerah "Keamanan Antarabangsa dan Anugerah Harmony" dari kumpulan perniagaan yang kabur, berpangkalan di AS.

Akhbar The Times mulanya berkata iklan itu telah diletakkan oleh kerajaan, tiga minggu kemudian menafikannya dan enggan untuk mengatakan siapa sebenar yang di belakangnya.

Pada April 16, 2010 menurut New York Post, Rosmah dan Najib diraikan dalam satu majlis meraikan penganugerahan tersebut dengan beberapa bintang ternama,yang diemcee kan oleh pelakon-pelawak Jamie Foxx dan dihadiri oleh kawanan bintang filem termasuk Charlize Theron dan Robert De Niro dan termasuk persembahan oleh penama anugerah Grammy Leona Lewis dan Harlem Boys Choir.

The Nut Graph, blog Malaysia berkata perayaan termasuk versi karaoke duet " You've Got a Friend " yang dilakukan oleh Rosmah dan De Niro, yang kemudiannya dijemput oleh Rosmah untuk melawat Malaysia.

Media berita termasuk New York Post dan Gawker di Amerika Syarikat mengatakan Low, anak satu keluarga Cina yang kaya, dari Pulau Pinang, menjadi ternama khusus kerana persahabatannya dengan seorang warga Kuwait dan rakan siswazah Wharton , Hamad Al Wazzan, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat-syarikat Al Wazzan di Amerika Syarikat.

Sumber UMNO di Kuala Lumpur berkata Low menggunakan hubungannya dengan Rosmah untuk menjadi orang tengah dalam perjanjian tanah besar-besaran di Kuala Lumpur - pembangunan semula seluas 152 hektar yang berusia 80-tahun-Sungei Besi Air Force Base, bernilai sangat tinggi, terletak di tengah-tengah yang nampaknya telah diberikan tanpa tender kepada satu usahasama antara 1Malaysia Development Sdn Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dana persaraan tentera.

Menurut media tempatan, projek ini sedang dibangunkan melalui usahasama dengan Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar, mungkin dengan penglibatan Abu Dhabi Mubadala Development Co.

Sama ada adil atau tidak, surat terbang memberi satu segmen yang semakin meningkat daripada orang ramai di Malaysia gambaran bahawa Rosmah telah menjadi punca utama yang menjejaskan suaminya.Mana-mana pihak yang menyampaikan dakwaan tersebut, mereka mungkin mempunyai kesan.

Ini bukan bintang Hollywood De Niro ,
tetapi Dato' Mustaha Ali

Mustapha Ali, setiausaha agung parti pembangkang Parti Islam se-Malaysia memberitahu media pada sidang Rabu bahawa perbalahan sedang berlaku dalam UMNO kerana Najib dan isterinya telah menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional. Dilaporkan, Mustapha memberitahu pemberita, beberapa pegawai parti (Umno) takut rentetan skandal yang menjejaskan sentimen pengundi.

Itu sudah tentu, adalah pembangkang yang cuba membangkitkan masalah dalam BN. Satu sumber UMNO memberitahu Asia Sentinel bahawa "ini adalah pembangkang yang memperhebatkan serangan mereka sebelum pilihan raya.” Mereka lemah "

Tetapi adalah jelas ,surat layang benar-benar berterbangan .

diterjemah dari sini

Selasa, Ogos 09, 2011

Dewan Pemuda PAS ikut langkah Perkasa?

Free Malaysia Today melaporkan Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang melakukan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya Rabu lalu.

Perkara itu diutarakan oleh Ketua Pemudanya Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu sidang media di sini hari ini selepas pertemuan kira- kira sejam bersama Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bagi mendapat penjelasan lanjut berhubung kontroversi yang membabitkan Jais. Baca di sini

Klik untuk besarkan

Yang agak peliknya ialah, Dewan Pemuda ini telah mendahului PAS Pusat dalam membuat kenyataan berhubung isu tersebut.Nasrudin pun nak menonjolkan heronya seolah-olah mahu berlumba-lumba dengan Perkasa untuk menyokong kenyataan Hasan Ali.

Nasrudin sepatutnya bersopanlah sikit, beri peluang PAS pusat buat siasatannya dahulu dan buat kenyataan yang adil dan saksama setelah meneliti kenyataan daripada kedua belah pihak.

Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali , pertemuan dengan JAIS dicadangkan pada 15 Ogos (Isnin) dan DUMC pula pada 16 Ogos (Selasa).

Polis London minta bantuan PDRM?


Para perusuh mengganas di Kota London akibat kematian Mark Duggan, seorang penduduk tempatan berkulit hitam yang berusia 29 tahun, selepas ditembak polis dua hari sebelum itu.

Polis London perlu belajar dari PDRM tentang cara-cara yang berkesan menghadapi rusuhan.Semasa kejadian 9 Julai lalu (genap sebulan hari ini!) PDRM telah berjaya mengawal dan mententeramkan keadaan kembali pulih menjelang petang harinya...

Malaysia sepatutnya menghantar pasukan polis anti rusuhannya yang sangat berpengalaman itu ke London bagi membantu mengawal keadaan di sana supaya kembali aman seperti Malaysia. Namun sehingga kini , dilaporkan tiada permintaan dari pihak interpol.
Baca beritanya di sini

Ambil gula-gula getah nih, pergi main jauh-jauh - Najib


Penjawat awam Persekutuan terpaksa menggigit jari buat sekian kalinya bila PM Najib umumkan bayaran bonus hanya setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

Turut diumumkan ialah bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan. Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Apakah penjawat awam Persekutuan gembira dengan pengumuman tersebut?

Pengumuman tersebut jelas menolak permohonan Cuepecs untuk mendapatkan dua bulan bonus baru-baru ini. Cuepecs terpaksa gembira dengan gula-gula getah pemberian PM Najib.Gula-gula getah ini sangat mujarab untuk menutup rapat mulut Cuepecs sekali lagi sebagai mana sebelum ini.

Cuepacs beberapa kali telah membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas Cuepacs sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” kata Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman di sini

Siapa yang benarkan Hasan Ali untuk terus bermaharajalela?


Dalam isu serbuan JAIS ke majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya baru-baru ini, Hasan Ali yang memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, sekali lagi bercanggah pandangan dengan barisan kabinet negeri. Malah, Hasan Ali secara terbuka bertentangan pendirian dengan Menteri Besar dalam isu ini.

Hasan Ali tetap dikekalkan di situ, biarpun berkali-kali beliau bercanggah kenyataannya dengan barisan EXCO kerajaan Selangor. Mereka yang mendahagakan politik baru mula mengeluh, sesungguhnya bukanlah rahsia untuk BN menaungi kroninya. Namun, mengapa pula kerajaan Pakatan Rakyat turut gagal menyerlahkan kesungguhannya?

Hasan Ali membela JAIS dengan mendakwa bahawa JAIS berkuasa untuk menyiasat desas-desus di mana pihak gereja cuba menyebarkan agamanya kepada muslim. Namun, pendekatan yang digunakan, dengan sebegitu kasar - adalah sesuatu yang tidak boleh diwajarkan. Islam mendukung keadilan, malah tidak menyerang kediaman dan rumah ibadat kafir walaupun ketika berperang. Tindak-tanduk JAIS bercanggah dengan ajaran Islam, malah menonjolkan keangkuhan pegawai penguatkuasa. Apa bezanya fikrah Hasan Ali, dengan hegemoni kuasa UMNO?

PAS mungkin enggan berbalah dengan Hasan Ali (gambar kiri) kerana ingin menjaga hati penyokong tradisionalnya. Namun, tindak-tanduk Hasan Ali untuk bersuara menggunakan media kawalan UMNO jelas memperlekehkan disiplin dalam parti, dan semestinya menjejaskan imej pembaharuan yang ingin ditonjolkan PAS baru-baru ini.

Jika dilihat senario terkini, pimpinan tertinggi UMNO jelas telah berputus asal untuk meraih sokongan pengundi Cina, sebaliknya memilih untuk mengukuhkan sokongan India dan meningkatkan sokongan Melayu. Mewujudkan suasana krisis dengan mempermainkan isu agama adalah taktik biasa yang digunakan oleh UMNO, misalnya isu pemakaian "tengkolok bersalib" oleh Tengku Razaleigh dalam PRU pada tahun 1990. Justeru, tidak pelik seandainya tindak-tanduk JAIS ini disokong oleh UMNO. Apa yang pelik, orang PAS pula yang menari mengikut rentak ini!

Tidak memadai untuk PAS Selangor yang sekadar menuntut penjelasan Hasan Ali, mahupun kritikan Lim Kit Siang bahawa beliau tidak mempunyai semangat berpasukan. Ini kerana mana-mana parti politik atau kerajaan yang menegaskan politik baru, tidak akan menggadaikan prinsip kebertanggjawaban secara kolektif dalam kabinet, semata-mata untuk memberi laluan kepada anggota yang mahu mengaut kepentingan politik sendiri. Sebelum kebenaran ditemui sepanjang siasatan, jawatan EXCO Hasan Ali perlu dibekukan.

Khalid Ibrahim perlu berani

Sebagai seorang Menteri Besar, Khalid Ibrahim perlu menunjukkan keberaniannya untuk membuat keputusan tegas, memancung mana-mana yang perlu - dan bukannya seperti Najib yang teragak-agak apabila berdepan dengan kuasa konservatif dan ekstremis. Ronnie Liu, EXCO yang kredibilitinya dipertikaikan; Hasan Ali, EXCO yang pendiriannya tidak selaras dengan pendirian bersama kabinet negeri, malah halatuju pentabiran kerajaan negeri. Namun, kedua-dua orang EXCO yang bermasalah ini kekal pada tempatnya sehingga hari ini, lantaran imbang kuasa dalam parti politik - cukup untuk menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat turut mendahulukan kepentingan parti politik sebagai pertimbangan pentadbirannya.

Secara peribadi, saya menghormati anutan politik Hasan Ali. Seandainya beliau tetap membela pendekatan JAIS, maka beliau harus meletak jawatan sebagai EXCO, dan bersuara lantang sesuka hatinya atas kapasiti sebagai ADUN biasa. Seandainya kerajaan yang diketuai Khalid Ibrahim mengekalkan beliau dalam barisan kabinet, maka semangat kebertanggungjawaban secara kolektif akan meluntur, dan disiplin akan menjadi longgar. Ini bukan pasukan yang diamanahkan rakyat.

Saya cuba meniru persoalan Perdana Menteri Lord Melbourne, "Apakah dasar agama kerajaan Pakatan Rakyat? Lebih jelas? Lebih kabur? Atau lebih rasional? Saya tak kisah. Namun, bolehkah kamu selaku barrisan EXCO, selaraskan pendirian kamu?"

Jikalau tidak menjernihkan air yang keruh, maka jangan lagi mengadu UMNO yang menangguk dalam air keruh.

*Josh Hong adalah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini disedut, disunting dari sini

Isnin, Ogos 08, 2011

Hasan Ali patut terima cadangan al-Bakistani


Selepas membaca entri Tulang Besi disini, membuatkan saya tertanya-tanya apakah benar segala apa yang di katakan Tulang Besi dalam entri tersebut? Kalau Tulang Besi berbohong, Hasan Ali boleh saman dan tuntut ganti rugi kemaluan! Takkanlah Hasan Ali rela dirinya dicemuh sebegitu hina sekali?

Kemudian, saya pergi jengok al-Bakistani . Entri hari ini bertajuk .Baca tajuknya sahaja dah buat saya berasa satu macam. Saya bertanya, siapa yang nak pecat Hasan Ali? Bukankah dia ini seorang hero? Isu pemecatan Hasan Ali amat dinanti-nantikan oleh gerombolan. Ia umpama saham yang akan menguntungkan mereka.

Setelah membacanya hinggá ke hujung ayat, saya sendiri terpaksa menyetujuinya. Bacalah sendiri di sini. Nasihat saya kepada Hasan Ali, kalau dia benar-benar hero, dia juga patut bersetuju dengan cadangan al-Bakistani itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...