|
"Tindakan ini penting bagi membersihkan nama baik institusi kehakiman dan keluhuran perlembagaan negara ini," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang medianya di Ibu Pejabat PAS di sini, petang ini. Gesaan itu dibuat apabila baru-baru ini bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mendakwa Gani dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan terbabit pemalsuan bukti tersebut. Sebelum surat terbuka daripada bekas Ketua Polis Kuala Lumpur itu, telah wujud dakwaan-dakwaan tentang salah laku dan peranan Peguam Negara dalam kes Anwar oleh para blogger, namun isu itu didiamkan sahaja. Mahfuz juga menggesa supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat Gani kerana dakwaan itu menggugat kredibiliti institusi kehakiman dan penyiasatan negara ini. “Selain itu, turut terdapat dakwaan daripada blogger tentang penglibatan Gani Patail dalam kes rasuah dan peranannya dalam kes pembunuhan Altantuya. Kegagalan Gani Patail menangani isu ini menyebabkan timbul pelbagai tafsiran yang mencemarkan Jabatan Kehakiman,” ujar Mahfuz. Menurut Mahfuz lagi, jika Gani terus mendiamkan diri, beliau yang juga ahli Parlimen Pokok Sena akan menggerakkan usaha menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong agar suatu Suruhanjaya Diraja dibentuk.- Harakah |
Isnin, September 26, 2011
Palsu bukti: Gani dicabar saman pihak kaitkan beliau
Umno serik di Bukit Gantang, mahukan Gerik pula!
Nampaknya Parti Gerakan terus diperkotak-katikan oleh Umno.Di Pulau Pinang Gerakan menerima cemuhan dan hinaan sejak terlepas Pulau Pinang kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-12 dahulu.Walaupun PM Najib cuba mengangkat kredibiliti parti Gerakan dengan melantik pengerusinya, Koh Tsu Koon (KTK) yang kalah menjadi senator dan seterusnya dilantik sebagai menteri kabinet, namun kecaman dan hinaan semakin rancak bertalu-talu terpaksa diterima oleh KTK yang nampaknya semakin tidak bermaya lagi.
Kini pergolakan tersebut menular ke Perak.Gerakan diperlakukan umpama bola yang ditendang kesana kemari.Menurut laporan terkini, calon Umno mungkin akan bertanding semula di kerusi Parlimen Gerik, yang kini disandang wakil Gerakan, pada pilihan raya akan datang.
Kerusi yang ditandingi Umno itu diserahkan kepada Gerakan pada pilihan raya 2008 selepas kerusi yang ditandingi Gerakan di Parlimen Bukit Gantang diserah kembali kepada Umno. Mungkinkah kerusi Parlimen Bukit Gantang akan diserah kembali kepada Gerakan?
Persoalannya jika benar demikian apakah motif disebalik perubahan tersebut? Parlimen Bukit Gantang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat menerusi Allahyarham Haji Roslan bin Shahrom pada PRU-12 yang lalu, kemudian kini disandang oleh DS Nizar setelah melalui satu pilihanraya kecil pada 7 April 2009 dengan majoriti yang lebih besar mengalahkan Umno iaitu 2,789 undi.Sebelum itu, Allahyarham Haji Roslan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,566 undi.Nampaknya kerusi Bukit Gantang menjadi igauan kepada Umno setelah dua kali kecundang disitu! Umno tentunya serik untuk bertanding disitu memandangkan kedudukan DS Nizar yang semakin diterima oleh rakyat dikawasan tersebut.Umno menyedarinya sebab itu Umno mesti lari dari situ dan memujuk Gerakan jadi Pak Pacak disitu dalam PRU-13 nanti.
Bijak sungguh Umno! Kerusi yang dimenangi di Parlimen Gerik diragut dari tangan Gerakan Apakah Gerakan dikira cerdik jika bersetuju ditempatkan di Parlimen Bukit Gantang sebagai ganti?Nampaknya Gerakan tidak ada pilihan melainkan akur kepada kehendak Zambry untuk jadi Pak Sanggup sahaja.
Ahad, September 25, 2011
Najib dan Rosmah merasakan keperitan rakyat ...

Mat Sabu kena serang mawas !
Cikgu Bard dalam twitnya menyatakan 100 ekor mawas gila 'serang' Ceramah Mad Sabu di seremban semalam menyebabkan 2 orang cedera dibaling batu.. Hebat !!
Jumaat, September 23, 2011
Renungan untuk Badan Disiplin PAS Pusat
Jalur Gemilang: DAP gantung Adun Kota Alam Shah

Kuala Lumpur, 31 Ogos 2009. — Foto Reuters
Keputusan diambil oleh jawatankuasa disiplin parti hari ini.
Manoharan berkata beliau telah menerima surat penggantungan dan akan membuat rayuan, demikian lapor The Star Online.
SPR Kantoi Lagi
Semalam SPR dilapor menerima bantahan PAS Shah Alam dan bersetuju menggugurkan 52 nama yang meragukan daripada daftar pemilih di kawasan itu, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad.
Dua kes diatas merupakan 'tip of the ice-berg'. Banyak lagi nama-nama yang sangat diragukan di sesetengah tempat kerana sukar dikesan lantaran alamat yang tidak jelas.
Mempersenda agama Allah - Jangan cepat menghukum!

“Wahai, Saudara-saudara! Dengarkanlah baik-baik! Saat ini, saya umumkan pada saudara-saudara semua, bahwa saya Abu Nawas, benci pada perkara yang haq dan suka pada fitnah. Bahkan saya sudah menjadi orang kaya. Dan saya lebih kaya daripada Allah SWT.”
Serta merta saja, kata-kata Abu Nawas itu menggemparkan orang-orang yang mendengarnya. Abu Nawas dituduh telah dituduh mempersenda-sendakan agama Islam dan menghina Allah.Malah Abu Nawas telah dihukum murtad dan kafir.
Maka ia dilaporkan kepada baginda Harun Al-Rashid. Lalu kemudiannya Abu Nawas dihadapkan pada baginda.
“Abu Nawas, kamu telah mempersenda-sendakan agama Allah....?
"Mempersendakan macam mana wahai tuanku?Balas Abu Nawas.
"Laporan yang sampai padaku, bahwa kamu membenci perkara yang haq dan menyukai fitnah. Bahkan kamu telah mengaku-ngaku lebih kaya daripada Allah?” Soal baginda.
“Benar, Tuanku,” jawab Abu Nawas tenang. Rasanya tidak hanya saya, Tuanku juga demikian. Dan orang-orang yang ada di forum ini pun tak jauh berbeda.”
“Celupar sungguh kamu, Abu Nawas!” kata baginda yang jelas tersinggung.
“Benar, tuanku. Saya sering mendengar di pengajian-pengajian, kata ulama-ulama kita, bahwa neraka adalah perkara yang haq. Dan saya membencinya. Adakah di antara kita yang suka pada neraka?” jelas Abu Nawas dengan tersenyum.
“Dan katanya kamu suka fitnah?” kembali baginda menyoalnya.
“Benar, tuanku. Jangankan saya, tuanku juga begitu.”
“Apa maksudmu?”
“Saya pernah membaca Al-Quran bahwa sesungguhnya harta dan anak adalah fitnah. Nah, apakah tuanku tidak menyukai anak dan harta?” jawab Abu Nawas dengan tersengeh-sengeh.
“Lalu tentang pengakuanmu yang menyatakan lebih kaya dari pada Allah SWT?” Tanya baginda.
“Itu sudah jelas, tuanku. Saya punya anak. Dua pula jumlahnya. Sementara Allah SWT tidak punya anak, walaupun hanya satu.” jawab Abu Nawas, lebar tersengeh.
“Kamu memang benar-benar kurang ajar, Abu Nawas. Tetapi apa maksudmu berbuat seperti itu?”
“Supaya dihadapkan pada tuanku.”
“Lalu?”
“Ya, supaya tuanku menghargai kecerdasan saya.”
“Kamu memang gila Abu Nawas, tapi aku suka!” kata baginda sambil berlalu dan menyuruh pembantunya untuk menghargai kecerdasan Abu Nawas dengan menghadiahkan seribu dinar wang emas. Memang kecerdasan itu sepatutnya dihargai tinggi.
Dikutip dari buku “Humor Cerdas”
Najib tidak tenteram lihat video ini!
Najib telah mengumumkan on September 15, malam sebelum Hari Malaysia, bahawa pentadbiran beliau akan memansuhkan beberapa undang-undang keselamatan termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengkaji semula undang-undang media untuk membawa demokrasi di negara ini.Baca lagi di sini
Teo sepatutnya jemput sama Rosmah Gaja menyertai projek videonya di lain kali kalau mahu perkara sebegini berulang lagi.Atau pelajari melalui k-video berikut :
Khamis, September 22, 2011
Undi Pendatang Asing - SPR akhirnya akui ada!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya terpaksa akur tentang rungutan dan bantahan adanya warga asing tersenarai dalam daftar pemilih bilamana seramai 52 nama telah digugurkan di siniTetapi kenapa pihak yang membuat aduan atau bantahan perlu membayar RM10 bagi setiap bantahan dan perlu membayar RM150 bagi setiap seorang yang hadir sebagai "gantirugi dia bercuti dan datang ke SPR".
Kita tidak tahu kenapa SPR perlu mengenakan syarat seumpama itu.Syarat tersebut hanya merumitkan orang ramai . SPR seolah-olah cuba menghalang bantahan dan aduan dibuat dengan lebih mudah atau mesra pengguna.
Itu baru sahaja di satu kawasan.Bagaimana pula dikawasan-kawasan lain? Kita percaya , bukan sekadar itu sahaja jumlahnya.Tentu masih banyak lagi nama yang perlu digugurkan.
Jembalang Tanah meratah balak di Perak
Hutan Simpan Belum ini terletak di Gerik kawasan Hulu Perak. Keluasan bagi hutan simpan taman negeri ini adalah 290,000 hektar dan seluas 146,000 hektar adalah hutan dara yang masih dijaga rapi agar tidak dicerobohi.Apabila akhbar The Star melaporkan tentang berlakunya pencerobohan keatas hutan simpan tersebut untuk projek pertanian kelapa sawit, Datuk Seri Zambry Abd Kadir pura-pura terkejut mengatakan beliau tidak tahu menahu tentangnya dan keluarkan arahan supaya hal tersebut disiasat rapi .Begitu juga Jabatan Pertanian Negeri Perak - juga turut terkejut berok macam Zambry!
Amat mustahil Zambry tidak mengetahuinya kerana menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Perak Datuk Nik Mohd Shah Nik Mustafa , kerajaan negeri Perak telah meluluskan aktiviti pembalakan di hutan seluas 74 hektar itu sejak Umno/BN merampas kuasa dari Pakatan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat tentang skandal hutan seluas 74 hektar di Belum-Temenggor Forest Complex (BTFC) dan meluluskan 68.503 ekar tanah sejak merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat pada Februari 2009.
Kroni-kroni yang menerima tanah itu dijangka meraih keuntungan sekurang-kurangnya 40 kali premium yang dibayar. Kroni akan mendapat keuntungan yang mengejutkan RM900, 000,000 yang lebih besar dari bajet tahunan Kerajaan Negeri Perak iaitu kira-kira RM800 juta!
Walaupun permintaan yang berulang-ulang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Zambry enggan mendedahkan penerima tanah-tanah tersebut.
Menurut Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak dan Ahli Parlimen Beruas, Zambry sentiasa mengelak dari menjawab berhubung isu Hutan Belum ketika dalam sesi Dewan Rakyat.
Di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, hanya mereka yang tidak bertanah dan miskin diberikan tanah dengan di premium nominal RM1, 000 per ha. Semua tanah-tanah yang diluluskan untuk pertanian komersial akan melalui tender terbuka yang akan meraih premium yang lebih tinggi untuk rakyat. sumber
Rabu, September 21, 2011
Umno parti Kebangsatan Melayu
Umno/BN jangan cuba nak lari dan menafikan perkara ini.Menteri Bernard Dompok , presiden Upko, salah satu pati kerabat BN sendiri mengakui dan meminta kerajaan Persekutuan agar segera mengambil tindakan mengenainya.Mana ada kes macam ini berlaku di lain-lain negara dalam dunia.Tetapi inilah yang berlaku di Malaysia Boleh!
Gejala tersebut kini mula melebar luas ke seluruh pelusuk negara. Tidak mustahil Umno akan mengulanginya lagi kerja laknat terkutuk itu dalam menghadapi PRU-13 nanti.
Beberapa bukti mengenainya telah dapat dikesan oleh Pakatan Rakyat. Terbaru ialah pendedahan Dewan Pemuda PAS Pusat yang mendapati sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR.
Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) .
Pelik, tetapi inilah yang berlaku dalam sebuah negara Malaysia Boleh! Dijangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3 2011 yang akan digunakan untuk pilihanraya akan datang. Beginilah kerja-kerja laknat dan keji yang hanya sanggup dilakukan oleh manusia yang gilakan kuasa untuk terus berkuasa.Baca lagi di sini

Paling memalukan apabila Perdana Menteri Bangladesh sendiri telah mengesahkan tentang adanya kelakuan bangsat tersebut.
Kalau kita semua mahukan negara dan rakyat Malaysia selamat, kita perlu menghukum pemimpin Umno/BN yang bangsat ini. Pemimpin Umno/BN adalah pengkhianat dan petualang negara sebenarnya. Rakyat Malaysia mesti bertaubat daripada memberi undi kepada Umno/BN pada PRU-13 nanti
Selasa, September 20, 2011
Bekas Ketua SPR akui mengeluarkan 60,000 IC palsu
Dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu itu, Umno memberikan kad pengenalan kewarganegaraan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakannya umat Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, dalam pertukaran untuk undi mereka dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN)
Menurut bekas ketua Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) Malek Husin, bekas Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Rashid Abdul Rahim telah mengaku telah mengeluarkan lebih daripada 60,000 IC palsu di Sabah Malaysia, untuk membantu Umno mengambil alih kawalan politik di sana.
Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad didakwa melancarkan apa yang kini dikenali sebagai 'Projek IC' - operasi haram dikatakan melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan ejen-ejen mereka - untuk meningkatkan undi memihak kepada Umno dan BN. Baca lagi di sini
Malaysia tidak berani buat bantahan terhadap dakwaan Sheikh Hasina
“Daripada jumlah tersebut, hanya 14 layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 akan datang sekiranya berdaftar sebagai pemilih,” katanya lagi di sini

Demikian penafian kerajaan Malaysia terhadap dakwaan Sheikh Hasina, Perdana Menteri Bangladesh yang berkata pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Apakah cukup sekadar membuat kenyataan penafian sedemikian sahaja? Mengapa kerajaan tidak membuat bantahan resmi terhadap kerajaan Bangladesh dan meminta Sheikh Hasina memohon maaf andainya beliau telah membuat satu kenyataan serius yang menjatuhkan maruah sebuah negara.
Ahad, September 18, 2011
Undi Mat Bangla rahasia , sama macam kita semua - Muhyiddin

Demikian reaksi Muhyiddin Yassin berhubung pemberian status kerakyatan penuh kepada pendatang asing, Bangladesh bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum ke-13.
“Meskipun mereka mengundi, apabila ia dimasukkan ke dalam peti undi, tidak siapa yang tahu siapa yang mereka akan mengundi,” sumber
Inilah kenyataan paling bangang dan memualkan kita dari seorang yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri.
Sheikh Hasina, yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd — laman rasmi hal ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.
Maklumat laman itu mendakwa Sheikh Hasina berkata pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Najib menyindir Muhyiddin yang penakut!

Najib seolah-olah macam anak-anak zaman dulu , cuba menunjukan kejantanannya dengan mengambil segumpal surat khabar lama , letak kat kaki Anwar sambil berkata, ini kepala bapak aku; kau pijaklah kalau berani!Ha! ha! ha!
Orang tentu terkejut besar kerana tidak menyangka, Najib yang selama ini dikenali sebagai seorang yang begitu sopan menyantuni isterinya , Rosmah boleh bersuara garang sebegitu!
Betulkah PM Najib berani berdebat dengan DS Anwar Ibrahim? Tidak semena-mena sahaja , tiba-tiba Najib membuat kenyataan dia tidak takutkan manusia bernama Anwar Ibrahim!
Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan beliau tidak takut untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim; jika perlu berhadapan dengan Ketua Pembangkang itu dalam mana-mana debat ala pemilihan presiden.
Kita patut puji keberanian Najib itu.Najib tidak takut berdebat dengan Anwar sepertimana timbalannya, Muhyiddin Yassin yang menolak pelawaan debat dengan Mat Sabu.Mungkin itu yang Najib nak pertontonkan kepada ramai bahawa dia seorang yang sungguh berani.Lebih berani daripada Muhyiddin Yassin. Najib nak menyindir anak Pak Yassin rupanya!
Apa lagi tunggu? Buatlah debat secara langsung di TV dengan serta merta kalau betul-betul berani. Jangan cuma cakap sahaja berdegar-degar.Saya rasa syarat pertama yang akan Najib kenakan nanti ialah, Jangan sebut nama Al-Tantuya!
Sabtu, September 17, 2011
Hello Hasina, ini Rosmah cakap laa...

Bernarkah ramai pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah?
Ini bukan Mat Bangla yang cakap, tapi Perdana Menteri Bangladesh sendiri , Sheikh Hasina Wajed yang buat kenyataan. Kenyataan tersebut dipetik dari www.ngoab.gov.bd — laman rasmi hal ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu yang kini sudah kena gula-gula hack!
Najib tidak boleh main arah Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR untuk menafikan tuduhan yang berat ini sebagaimna penafian yang dibuatnya apabila Pakatan Rakyat banyak kali menunjukan bukti mengadu tentang adanya kes seumpama tersebut. Tetapi kali ini, kenyataan dari seorang Perdana Menteri Bangladesh , jelas membuktikan adanya gejala tersebut sehingga beliau begitu berani membuat kenyataan mengenainya.PM Najib kena jawab sendiri kenyataan rakan sejawatnya itu!
Kita masih tertunggu-tunggu reaksi Najib, PM Malaysia untuk menafikan bahawa perkara yang didakwa oleh pemimpin tertinggi dari sebuah negara adalah pembohongan, fitnah bodoh dan semata-mata satu usaha jahat cuba menjatuhkan kedaulatan negara ini yang baru saja menyambut Hari Kemerdekaan ke-54, walaupun tidak pernah dijajah….
Demi kedaulatan agama, bangsa dan negara, setidak-tidaknya, Najib kena panggil Duta Bangladesh mengadapnya …atau suruh sahaja Rosmah menalipon Sheikh Hasina ....
Jumaat, September 16, 2011
Aziz Bari: Inisiatif Najib terhad, ‘terlalu awal raikan’ langkah Putrajaya
KUALA LUMPUR, 16 Sept — Pakar Perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari menegaskan terlalu awal untuk meraikan inisiatif yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak malam tadi memandangkan langkah-langkah disenaraikan Putrajaya sebenarnya tidak menyeluruh.
Kata beliau, banyak lagi undang-undang yang diharapkan pemansuhan ataupun sekurang-kurangnya dipinda tidak disebutkan langsung dalam perutusan yang disampaikan secara langsung kepada rakyat.
“Najib tidak kata apa-apa tentang pembaharuan pilihan raya, membisu mengenai kontroversi membabitkan (daftar pemilih SPR dan) Jabatan Pendaftaran Negara.
“Beliau juga tidak berkata apa-apa tentang akses kepada RTM, saluran (TV dan radio) pembayar cukai. Mengambil kira kesemua ini, apa yang disaksikan (semalam) hanya satu bentuk pengumuman... oleh itu pilihan yang ada hanyalah (kita kena) tunggu dan lihat... terlalu awal untuk kita meraikan,” kata beliau.
Kata Aziz (gambar), sementara langkah mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan membatalkan tiga deklarasi darurat satu perkara yang baik tetapi tuntutan berkenaan perkara itu telah lama diketengahkan oleh Pakatan Rakyat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.
“Jadi, Najib dan Umno-BN, sebagaimana ketika (menuntut) kemerdekaan pada 1957, mereka tidak boleh mengambil kredit (atas perkembangan ini),” kata ahli akademik ini.
Justeru jelas Aziz, perkembangan semasa ini juga menunjukkan pentadbiran Najib kelihatan bertindak kepada tuntutan dan permintaan pihak lain berbanding mengusahakan sendiri pendekatan-pendekatan yang diumumkan semalam, demi kepentingan rakyat.
“Oleh itu sedangkan beliau memegang jawatan (perdana menteri) tetapi tidak kelihatan berada dalam kuasa (sebenar),” kata Aziz lagi.
Sehubungan itu Aziz juga memberitahu, Umno-BN secara tiba-tiba telah mengetepikan falsafah politik mereka sendiri.
“Hanya semalam (kelmarin) (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin Hussein datang dengan kenyataan menafikan (laporan media bahawa) ISA akan dimansuhkan,” kata Aziz lagi.
Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.
Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib.
Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.
Mengambil kira perkembangan terbaru ini, Aziz berkata, kerajaan perlu mengadakan satu suruhanjaya diraja untuk menyiasat salah guna kuasa di bawah ISA dan deklarasi-deklarasi darurat sejak lima dekad lalu.
“Dalam sistem demokrasi, kerajaan sewajarnya bertanggungjawab atas tindakan dan keputusan-keputusan yang diambilnya,” kata beliau.
Aziz juga berkata, sementara pengumuman Najib malam tadi kelihatan baik bagi masyarakat, kerajaan juga perlu mengkaji undang-undang lain seperti Akta Pertubuhan dan Akta Universiti dan Kolej Universiti serta Seksyen 27 Akta Polis.
“Cadangan mengenai Seksyen 27 telah diketengahkan oleh suruhanjaya diraja yang diketuai oleh bekas ketua hakim negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah pada 2005,” kata beliau sambil menambah, laporan suruhanjaya itu mendapati pihak pois telah salah guna kuasa untuk menafikan hak untuk berhimpun secara aman.
“Suruhanjaya juga mengetengahkan pembentukan dan operasi Cawangan Khas yang tidak telus dan tidak ada elemen akauntailiti,” kata beliau.
“Dan, bagaimana pula http://www.blogger.com/img/blank.gifdengan Akta Rahsia Rasmi 1971 yang digunakan selama ini? Undang-undang ini menjadi halangan kepada ketelusan dan akauntabliti dalam masyarakat,” kata Aziz.
Selain itu Aziz bertanya, adakah Perdana Menteri ada mengatakan apa-apa tentang Akta Hasutan 1948 yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan ancaman perundangan.
“Sebenarnya, ahli-ahli Parlimen yang merupakan anggota dewan perundangan boleh dikenakan tindakan di bawah akta ini. Keistimewaan Parlimen juga tidak boleh membantu mereka,” kata beliau. sumber
Khamis, September 15, 2011
Malaya Merdeka 1948 - Ramlah Adam

Demikian menurut pandangan Prof Ramlah Adam, seorang aktivis Perkasa yang berkata, pada tahun 1948, orang Melayu menolak Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dan raja-raja Melayu telah dipulangkan kuasa mentadbir negeri dan jajahan takluknya.
Benarkah Raja-raja Melayu telah berkuasa semula mentadbir negeri dan jajahan takluknya sejak 1948 ?
Profesor kongkang ini tidak pula menyebut sama ada kesultanan Melaka dipulihkan atau tidak. Cuma beliau menambah kata, "Hanya Kuala Lumpur bawah British (ketika itu)," Bacalah di sini
Ahad, September 11, 2011
Bersih2 - Koh Tsu Koon salahkan PDRM

Namun Menteri DiJabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tetap mahu mempertahankan bossnya, PM Najib. Sebaliknya beliau pula menyalahkan pihak polis yang mengendalikan perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.
PDRM sepatutnya memudahkan mereka (peserta Bersih) untuk pergi ke stadium tanpa mengganggu lalu lintas di KL….tetapi sebaliknya polis cuba mengawal perhimpunan tersebut dan Ibukota itu terpaksa ditutup dan ini menyebabkan banyak rungutan.
Kita semua tahu, semakin kilat anunya Najib digosok dan diangkat oleh sipengampu ini! sumber
Jumaat, September 09, 2011
Mahathir mula serang Najib....

Bercakap dalam satu wawancara Astro Awani disiarkan hari ini, Dr Mahathir (gambar) berkata, imej kerajaan jadi buruk kerana tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam menjelang 9 Julai.
“Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai.Baca lagi di sini
Khamis, September 08, 2011
Alasan Azeez macam Pak Pandir kematian anak!
Andeh, bukan kita sahaja yang kematian anak, orang lain juga ada kematian anak.Dan Azeez Rahim, Kapten Putera 1 Malaysia yang sepatutnya dipertanggungjawabkan diatas terkorbannya seorang petugas media, Noramfaizul Mohd Nor, berlagak tidak ubah seperti mana Pak Pandir apabila dia mengemukakan jumlah 43 wartawan telah terkorban di Mogadishu sejak 1992!Ah! Bukan wartawan kita sahaja yang terkorban, ramai lagi wartawan yang telah terkorban disana sebelum ini.Biasalah.Apasal korang nak bising-bising mengenai wartawan kita yang terkorban disana! Dia adalah wira negara ! Terkorban dalam masa menjalankan tugasnya yang mulia. Begitulah yang cuba Azeez tekankan kepada kita semua.
Apakah kita semua patut terhutang budi kepada Azeez yang kononnya telah berjaya menonjolkan seorang wira negara? PM Najib sendiri tanpa berselindung memuji Azeez dengan menyifatkan “Pengorbanan Allahyarham sekaligus menaikkan imej Malaysia.... konon!
Apakah perlu dikorbankan satu nyawa untuk menampilkan seorang wira dan demi melonjakan imej negara? Mana lebih penting? Nyawa seorang rakyat atau imej negara? Tetapi imej siapa sebenarnya yang cuba ditonjolkan?
"Saya percaya kita bukan sasaran. Ini insiden yang tidak disangka. Ini peluru sesat yang saya boleh kata sebagai ketua misi ini.” Kata Azeez.
Bukankah kata-kata itu menunjukan Azeez begitu cuai dalam mempastikan keselamatan anggota misi di sana. Dia kata ‘tidak disangka’ walhal mereka sedang berada dalam zon perang yang sangat merbahaya dan perlu senantiasa berwaspada dan bersiapsiaga dengan apa-apa sahaja kemungkinan.
Dan apabila dipersoalkan tentang pemakaian jaket kalis peluru yang diabaikan, Azeez mendakwa , dia mematuhi nasihat yang diberikan bahawa tidak perlu memakai jaket kalis peluru! Hanya mereka yang bangang akan percaya kata-kata Azeez ini!

Alahai Azeez, Mogadishu, Ibu kota Somalia yang sarat dengan lubang-lubang peluru, dibanjiri dengan organisasi militia yang longgar dan beribu-ribu tentera yang tidak berdisiplin, dimana sering berlaku insiden , tentera kerajaan dan Union Peacekeepers (UP) membunuh orang awam tanpa sengaja. Juga ada kalanya, tentera kerajaan dan UP menembak ke ruang udara untuk meleraikan kesesakan jalanraya dipersimpangan kerana tiada ‘lampu merah’ ....engkau fikirlah sendiri, patut ke tidak pakai jaket kalis peluru!
Peter Greste ( gambar sebelah bersama seorang tentera) seorang wartawan BBC News ketika menemuramah Mohamed Nur, Dato Bandar Mogadishu , diberitahu:“Tentunya ia (Mogadishu) tidak selamat sebagaimana yang diharapkan, walaupun kami sedang membuat kemajuan.” Sebelum itu, Datuk Bandar tersebut menegaskan bahawa bandarnya bukan sebuah tempat yang paling merbahaya dalam dunia. Malahan dia menegaskan ianya tidaklah seteruk Kabul atau Baghdad.
Dan apabila wartawan itu bertanya sama ada mereka boleh berjalan 100m antara kementerian penerangan dan pejabat perdana menteri, lalu dijawab oleh Datuk Bandar itu:
“Tidak boleh tanpa jaket kalis peluru dan kereta perisai!” Sia-sia Azeez menghantar pasukan recce sampai 7 kali ke Mogadishu. Memadai sekiranya Azeez mendapatkan maklumat disini
Azeez begitu terdesak mahu melepaskan dirinya dan cuba menyalahkan kerajaan disana. Bukankah kerajaan yang ada di Somalia ini merupakan kerajaan yang masih dalam transisi, lagi pula sebuah kerajaan yang miskin. Apakah Azeez mengharapkan mereka menyediakan jaket kalis peluru bagi anggota missi Putera 1 Malaysia disana, sedangkan rakyat mereka sendiri dilanda kebuluran. Azeez sendiri tahu hakikat ini ; bahawa mereka tidak mampu untuk sediakan kelengkapan keselamatan seperti jaket kalis peluru dan helmet . Missi Putera 1 Malaysia sepatutnya kena bawalah sendiri.

helmet kalis peluru...err atau kasut sekali pun!
Azeez mendakwa dia menyedari akan risiko tinggi di Mogadishu dan semua anggota missi telah diberitahu tentangnya. Persoalannya, adakah missi Putera 1 Malaysia kesana membawa bersama-sama mereka jaket kalis peluru , walaupun menyedari hakikat risiko yang begitu tinggi?
"Di hotel ada lagi 30 (orang anggota bersenjata), sekeliling hotel, menjaga kami di luar dan di dalam hotel," kata Azeez
Alahai Azeez, kita bukan mengharapkan pemakaian jaket kalis peluru pada setiap masa dan tempat sewaktu disana.Dalam hotel umpamanya, tidak perlulah pakai walau pun dalam negara aman seperti Malaysia ini, ada juga bahalol yang tidak karuan – pakai jaket kalis peluru didalam masjid!
Tetapi sewaktu trajedi yang menimpa arwah itu, mereka sepatutnya memakai jaket kalis peluru kerana ketika itu mereka ‘on the move’ dan terdedah kepada serangan.Namun Azeez mendakwa kejadian tersebut tidak dijangka dan Noramfaizul terkorban akibat "peluru sesat."
Pelik, macamana Azeez boleh kata ianya ‘diluar jangkaan’.Tambahnya lagi akibat ‘peluru sesat’.
Kalau peluru sesat, bermakna ada dua kumpulan sedang berbalas-balas tembakan.Tetapi bukan begitu yang berlaku sebagaimana laporan berikut :
A Malaysian journalist has been killed in a shooting in the Somali capital, Mogadishu, security officials said.
Initial reports say African Union peacekeepers opened fire on his vehicle. A security official told the BBC the attack was being investigated.
Mana ada mention ‘stray bullet’ ? Mana ada kejadian tembak menembak? Kereta mereka tidak terperangkap dalam mana-mana kejadian berbalas-balas tembakan seperti kejadian di sini, contohnya.Hanya Azeez sahaja yang kata arwah mati kerana ‘peluru sesat’.
Kenderaan yang dinaiki Noramfaizul sengaja ditembak oleh African Union peacekeepers.Baca sendiri di sini , malah ada seorang saksi yang hanya menamakan dirinya sebagai Halima melaporkan bahawa kereta arwah dikejar oleh truk African Union lalu menembaknya. Baca di sini
Rabu, September 07, 2011
Adakah wartawan didedahkan kepada risiko?
Scene: Modal Café, KL.
Chong: Ibu bapa, isteri dan dua kanak-kanaknya yang terlalu muda akan terasa lebih kehilangan dia.
Azman: Mudah-mudahan, sebagai seorang yang diisytiharkan wira harus menjadi obat penawar yang mencukupi untuk kesedihan mereka. Dan juga fakta yang banyak dibuat kerana dia adalah wartawan pertama Malaysia mati di luar negara ketika melakukan tugasan. Mudah-mudahan juga apa-apa pampasan yang mereka dapat akan membantu persekolahan anak-anak Noramfaizul.
Mohan: Jika anda bertanya kepada saya, jurukamera Bernama yang muda itu dan pasukan media Malaysia yang lain tidak sepatutnya berada di Mogadishu , itu perkara yang pertama sekali . Tiada seorang pun yang dalam pemikiran yang betul patut melawat bandar yang dilanda konflik itu. Ia adalah tempat yang liar dan tanpa undang-undang di mana perompak bersenjata berkeliaran di jalan-jalan dan peluru-peluru berterbangan.
Azman: Seorang pegawai Palang Merah Antarabangsa memberitahu saya bahawa walaupun Mogadishu kekurangan makanan kerana kebuluran di seluruh negara, menyediakan bantuan kemanusiaan dalam bentuk makanan adalah satu tugas yang agak berisiko.
Mohan: Mengapa?
Azman: Ambil Mogadishu misalnya. Ia telah dibahagikan ke beberapa daerah, masing-masing di bawah kawalan seorang ketua perang. Memberi bantuan kepada satu kanton atau daerah dan mengabaikan yang lain boleh menjadi satu perkara yang berbahaya.
Chong: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, memberitahu Putera 1Malaysia misi tersebut menanggung risiko sebelum mereka bertolak ke Somalia. Ia adalah zon perang, katanya. Dan dia memberitahu pasukan tersebut bahawa kerajaan peralihan Somalia di Mogadishu tidak mempunyai kuasa sebenar. Di luar istana presiden kumpulan saingan berlawan antara satu sama lain untuk membesarkan wilayah mereka dan untuk mendapatkan kawalan ibu bandar itu.
Mohan: Jadi misi bantuan yang diketuai oleh Datuk Abdul Azeez, presiden Putera 1Malaysia telah dimaklumkan keadaan di Mogadishu . Namun mereka tetap meneruskan? Apa yang anda fakir , dia buat gitu, Cikgu?
Zain: Mungkin didorong oleh tujuan yang lebih tinggi, didorong hanya oleh keperluan untuk meringankan penderitaan orang lain. Mungkin Azeez dan lain-lain ahli Putera 1Malaysia fikir tiada apa-apa jua keadaan berbahaya di Mogadishu. Suasana kanak-kanak yang kurus yang mati kelaparan mesti telah mendorong mereka bahawa mereka kena pergi tidak kira keadaan yang mengancam nyawa.
Chong: Satu usaha yang sungguh mulia.
Mohan: Amiiin – semoga dikabulkan. Jadi Putera 1Malaysia mempunyai sebab untuk berada di Mogadishu. Tetapi bagaimana pula dengan wartawan. Adakah mereka mempunyai sebab untuk berada di sana? Cikgu?
Zain: Sudah tentu mereka mempunyai sebab untuk berada di sana juga. Mereka diterbangkan ke sana untuk menyediakan liputan penyerahan bantuan kepada pemimpin-pemimpin tempatan, publisiti untuk Putera 1Malaysia , berkenaan apa yang telah dilakukan di Mogadishu.
Chong: Tetapi saya fikir Islam menggalakkan orang-orang yang memberi bantuan kepada orang lain untuk dilakukan secara senyap-senyap dan lebih berhati-hati berpandukan kepada prinsip bahawa apa yang tangan kanan memberi tangan kiri tidak menyedarinya.
Zain: Itu adalah lama dahulu, Chong. Bantuan kini kebanyakan dilakukan dalam silau cahaya pihak media. Anak-anak yatim diberi makan dan dilayan tetapi di hadapan kamera.Bantuan juga, mesti di hadapan media , kalau tidak mereka yang menyumbang kepada pemberian tidak akan tahu bahawa wang mereka sebenarnya dibelanjakan bagi maksud yang baginya ia telah diminta. Itulah sebabnya kenapa publisiti adalah penting. Orang-orang yang masih berfikir bahawa tangan kiri tidak patut tahu apa yang tangan kanan memberi, adalah sangat sangat kuno sekali.
Chong: Saya fikir wartawan apabila mereka melancong ke luar negara ke negara tertentu menulis tentang pengalaman mereka di negara itu dan dalam hal Somalia tentang kehidupan dalam zon perang.
Zain: Yah, itu juga. Tetapi selepas penyerahan bantuan makanan.Bukankah begitu tujuan wartawan berada di sana?
Azman: Saya fikir kehadiran misi bantuan Putera 1Malaysia di negara-negara yang dilanda bencana alam telah membantu meningkatkan profil Malaysia dalam menyediakan bantuan kemanusiaan seperti bantuan kepada mangsa-mangsa banjir pembunuh di Pakistan dan gempa bumi New Zealand. Noramfaizul adalah dalam kedua-dua zon bencana.
Mohan: Berada di zon bencana alam dan berada dalam kawasan konflik adalah bukan perkara yang sama. Sesiapa sahaja boleh memberitahu anda tentang itu. Beberapa tahun yang lalu beberapa wartawan kita diterbangkan ke Amman di Jordon untuk meliputi Perang Teluk kedua, yang dibayar oleh kerajaan. Hanya beberapa daripada mereka sebenarnya telah memasuki Iraq dan Baghdad manakala selebihnya beroperasi dari zon selamat Amman. Mereka ada pilihan yang. Tetapi Noramfaizul dan kawan-kawan media nya tidak ada pilihan. Kesemua mereka diterbangkan oleh pesawat tentera kami terus ke dalam zon perang.
Zain: Saya rasa wartawan suka rasa pengalaman yang mencabar. Dan berada dalam zon perang adalah satu pengalaman yang hebat. Jika anda minta lebih ramai wartawan secara sukarela untuk misi tersebut, saya pasti lebih ramai yang akan menyertai. Tetapi soalan saya; Noramfaizul dan wartawan lain , adakah mereka telah diberikan taklimat situasi di Mogadishu dan larangan-larangan yang mereka mesti patuhi ketika mereka berada di sana. sumber
Selasa, September 06, 2011
Benarkah memakai t-shirt 1Malaysia menepati SOP?
Mustahil, mustahil! Mana mungkin 7 pasukan peninjau merekomenkan anggota misi bantuan kemanusiaan Putera 1 Malaysia supaya hanya pakai 't-shirt' 1Malaysia sahaja ditempat yang sedang bergolak dengan peperangan saudara dan bukan pakai jaket kalis peluru semasa menjalankan tugas misi di Somalia!!Betulkah hanya dengan t-shirt 1Malaysia sudah mematuhi SOP? Begitulah yang cuba ditekankan oleh Kapten Putera 1Malaysia yang sedang dikecam hebat kerana cuai dalam mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya. Kelakar betul kau Azeez...Lihatlah gambar atas tu, wartawan asing lengkap berpakaian jaket dan helmet kalis peluru.
Sebagaimana yang kita tahu, ramai penunggang motosikal terkorban dijalanraya walaupun mereka memakai 'crash helmet'. Tetapi itu bukan bermakna , para penunggang motosikal tidak perlu pakai helmet keselamatan. Pakai helmet keselamatan adalah SOP (Prosedur Operasi Standard) - piawaian keselamatan yang negara kita tetapkan bagi penunggang motosikal. Memakainya adalah sebagai langkah atau ikhtiar untuk keselamatan. Kalau sudah nak ajal juga, memang kita tidak boleh elakan.

Tidak masuk akal sama sekali, pakai t-shirt 1 Malaysia merupakan pakaian SOP sebagaimana dakwaan Azeez tersebut. Akuilah kecuaian yang telah kau lakukan itu.
Lihat kenyataan CIJ yang mendesak pertubuhan-pertubuhan media Malaysia untuk memastikan bahawa orang-orang yang menerima tugasan ke kawasan konflik atau zon bahaya wartawan berpengalaman yang telah melalui persekitaran yang sesuai bermusuhan dan latihan kesedaran risiko dan mempunyai peralatan keselamatan yang perlu sebelum pergi pada tugasan ini. Baca di sini
Ahad, September 04, 2011
Rakyat Somalia tuding jari 1Malaysia? Bergambar!
Walaupun Perdana Menteri Najib Razak kata bukan masanya untuk menunding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV itu - Tapi banyak gambar-gambar dientri ini, macam sebelah, menunding jari 1Malaysia! Korang tengoklah sendiri betul-betul.
Najib, sebagai penaung Putera 1Malaysia dan Kapten Putera 1Malaysia, Dato Azeez Rahim jangan cuba berdolak dalih menafikan bahawa faktor 'keselamatan' gagal diaplikasikan dalam misi bantuan kemanusian ke Somalia ini.Mereka perlu dipertanggungjawabkan diatas kecuaian tersebut!
Najib cuba menjustifikasikan kecuaian tersebut dengan berkata, "Ini merupakan sebahagian (daripada bidang kewartawanan). Kamu boleh mengambil langkah keselamatan tapi tiada jaminan sepenuhnya .... katanya lagi,
"Pengorbanan Allahyarham sekaligus menaikkan imej Malaysia.... kat sini. Imej apa? Bukankah ini memalukan Malaysia kerana gagal menghantar para petugas yang cukup terlatih dan dilengkapi dengan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya?
Ha! ha!...lepas ini, biarlah Bakti pula menghantar Rosmah ke sana supaya semua orang Somalia tahu, bukan Kapten Putera 1Malaysia sahaja berbadan gempal padat cukup makan! bahawa di Malaysia makanan berlambak-lambak- (itu yang selalu kita dengar kat TV) Dan tidak payah timbang berat badan Rosmah - cukup sekadar timbang lengannya sahaja mungkin akan menyamai berat badan 10 orang kanak-kanak Somalia yang kebuluran!
Dan korang tengoklah gambar-gambar yang Papa Gomo ambil kat sini. Semuanya adalah gambar-gambar manusia yang menderita sengsara akibat dilanda perang.Saya percaya gambar-gambar ini akan dieksploitasi dalam kempen PRU-13 nanti.
Dah saya katakan dulu, publisiti lebih penting beb! baju kalis peluru belum tentu ada jaminan selamat...tetapi pakai baju 1Malaysia itu apa jaminannya? selain untuk pablisiti bodoh!
“Kami memang tidak diberikan dengan baju kalis peluru, kalau media negara asing, ada antara mereka yang pakai baju kalis peluru (semasa buat liputan).
“Saya tidak tahu mengapa kita tidak dibekalkan, dalam misi-misi sebelum ini juga kami tidak dibekalkan dengan baju kalis peluru,” kata Khairulanuar, yang sudah empat kali menyertai misi kemanusiaan, kepada The Malaysian Insider hari ini.
Sementara itu wartawan Astro Awani Tan Su Lin berkata, mereka tidak diberikan latihan awal untuk berada di zon tidak selamat.
“Kami diberitahu ia sangat bahaya, mengancam nyawa,” katanya kepada pemberita di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.
“(Tetapi kami tidak dapat) baju kalis peluru... kenderaan kami tidak ditampal dengan tanda media,” katanya.Baca lagi di sini
Misi Somalia Umno: Gara-gara cari publisiti murah
Ia adalah tragis, disamping beratus-ratus nyawa yang hilang semasa Raya di jalan raya Malaysia kerana ‘amukan’ balik kampung , Faizul pula menemui ajalnya dalam wilayah perang yang melanda Mogadishu, Somalia.
Adakah ini hanya satu kemalangan? Bolehkah ia dielakkan? Adakah UMNO yang terburu-buru ke Somalia benar-benar mahu membantu Somalia? Atau adakah parti ini telah hilang kewarasan dan tergesa-gesa tanpa berhati-hati ke Somalia pada malam Raya untuk satu aksi publisiti yang ngeri.
Jika ia adalah untuk satu aksi ngeri publisiti, maka kematian Faizul adalah sia-sia dan ini bukan kali pertama kakitangan kita, kedua-dua perubatan dan bukan perubatan menghadapi risiko bukan sahaja nyawa mereka, tetapi yang lebih penting orang di sekeliling mereka yang mungkin tidak sedar kepada bahaya seperti misi ini.

marah pula! Tetapi inilah antara contoh kebodohan penganjur misi ini
Pada tahun 2003, Mercy Malaysia, bertindak sama dengan meletakkan kakitangan perubatan yang berada di dalam bahaya.Dua Doktor , Dr Jamilah dan Baba bernasib baik untuk hidup walaupun kedua-duanya ditembak di Baghdad.
Tidak bernasib baik pemandu mereka orang Syria dan kakitangan perubatan Iraq yang mengiringi mereka. Kedua-duanya kehilangan nyawa dalam tembak menembak. Rakyat Malaysia mungkin bertujuan baik, tetapi menyampaikan bantuan di kawasan yang bergolak dengan perang dan bencana membawa risiko yang besar dan memerlukan latihan khusus.
Ia bukanya seperti satu aktiviti luar budak pengakap. Selain daripada aspek keselamatan, soalan-soalan telah timbul tentang bagaimana perjalanan ini adalah dibiayai dan yang siapa sebenarnya yang mengaudit usaha yang sukar ini?
Apabila tsunami 2004 melanda Acheh, rakyat Malaysia adalah salah satu daripada yang pertama tiba di Acheh. Tetapi mereka begitu buruk dilengkapi untuk menjalankan tugasan . Berbeza langsung, Singapura dan Australia telah menghantar tentera dan pakaian tentera laut mereka untuk menghadiri pengagihan bantuan.
Bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh pasukan terlatih cenderung untuk menjadi lebih teratur, terancang, rawatan segera dan memberi tumpuan kepada membantu.
Rakyat Malaysia keluar untuk membantu Sendai, Jepun berikutan tsunami tahun ini , telah tidak dibenarkan walaupun untuk meninggalkan Subang untuk ke Jepun oleh pihak berkuasa Jepun, mereka secara sopan enggan menerima bantuan tersebut kerana mengetahui benar dan mereka tidak dapat menjamin keselamatan orang-orang mereka sendiri apatah lagi sukarelawan asing yang tidak terlatih dalam mengendalikan kebocoran nuklear .
Dari imej yang dipertontonkan di TV tempatan, pasukan Umno Putra nampak sebagai kakitangan yang tidak terlatih melakukan rondaan mereka di kawasan yang tidak mesra dan kadang-kadang agresif.
Bagaimana akan memberi suntikan taun / vaksin secara adhoc dan mengendalikan klinik pesakit luar tanpa persediaan di kem-kem pelarian membantu orang awam di sana dalam jangka panjang?
Dan mengapa anda mahu melakukan suatu tugas yang anda tidak dilatih untuk mengendalikan terutamanya di persekitaran anda tidak begitu ketahui dan tidak begitu mesra.
Kita dalam keadaan aman pula dan ini akan mempunyai misi yang baik untuk mereka sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.
Tiada bahaya yang pasti kapal selam kita tenggelam kerana mereka tidak boleh menyelam, atau jet tentera udara kita tanpa enjin terhempas dan sudah tentu tidak ada komunis untuk diawasi atau yang sedang menunggu untuk mewujudkan satu lagi keadaan Bukit Kepong.
Jika kita mengkaji secara ringkas di laman web hospital tentera menunjukkan bahawa hampir kesemua hospital-hospital mereka tidak ada pesakit. Apa yang doktor tentera dan medik kita buat dengan begitu banyak masa lapang?
Bukankah sepatutnya mereka yang pergi dan bukannya kelab Umno. Kecuali, tentunya, bantuan yang Umno pergi untuk sampaikan adalah ‘satu pertunjukan’, menu utama ialah publisiti untuk parti atau pemimpin berdasarkan laporan harian dalam imej MSM dan TV pada masa perdana.
Adakah ini kempen pilihan raya GE13 menggunakan kesengsaraan Somalia dan wartawan kita diperalatkan untuk mencuci otak orang-orang kampung di Jengka dan Baling?
Umno kini perlu bersedia untuk menjawab beberapa soalan yang sukar. Misi tiba di Somalia pada 30 Ogos di salah satu daripada destinasi paling berbahaya di dunia dan negara yang merupakan rumah kepada lanun yang boleh memberi malu ke atas angkatan laut paling besar di Lautan Hindi, termasuk Tentera Laut Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya ia telah ditetapkan masa untuk menyediakan bantuan Hari Raya dan mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan juga untuk bersolat Hari Raya di sana!
Jika Kementerian Kesihatan yang terlibat dan telah menghantar beberapa anggota mereka, Liow Tiong Lai lebih baik bersiap sedia dengan beberapa jawapan!. Dengan keadaan rakyat Malaysia sendiri seolah perlu berperang untuk mendapatkan rawatan literal di kebanyakan hospital kerajaan, amat menarik untuk mendengar alasan Liow, seperti di Tung Shin.
Bantuan sepatutnya untuk diagihkan kepada lima kawasan, dengan Mogadishu menjadi persinggahan pertama. Lain-lain termasuk Badbadur, kira-kira 25km dari Mogadishu, di mana kira-kira 250,000 orang mengambil perlindungan, Al Shabeb di Merka di mana 300,000 orang terjejas oleh kebuluran dan di kem Balet Veni yang menempatkan 100,000 orang.Kedua-dua kawasan ini terletak 100km dari Mogadishu.Malah ketua Operasi Lt-Kol Zahani Zainal Abdin telah memberi amaran bahawa adalah sangat berisiko untuk terbang ke Mogadishu pada waktu malam.
Secara keseluruhan, terdapat sejumlah 55 sukarelawan dan ahli-ahli media yang membentuk sebahagian daripada misi meliputi kawasan dalam lingkungan hampir 200 km di negara di mana tanpa undang-undang kecuali untuk satu kuasa 9000 yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) --satunya undang-undang dalam negara 10 juta.
Jangan buat kesilapan, di negara ini walaupun berumur baru berumur 12 tahun , mereka membawa AK-47. Ahli-ahli kelab Umno tidak ada sebab berada di negara ini dan dalam mengejar publisiti murahan yang membahayakan nyawa orang awam lain , dan nyawa kedua-dua rakyat, Malaysia dan Somalian
Mana-mana misi yang membawa orang awam dan wartawan adalah kecacatan kepada mana-mana anggota tentera kerana ianya mendedahkan bahaya walaupun komando tentera paling terlatih menjadi umpama seekor itik duduk.
Al-Fatihah kepada keluarga Noramfaizul Mohd Nor. Mari kita berharap Bernama dan Utusan tidak memutar belitkan kematiannya yang tidak sepatutnya dan tidak perlu sebagai "mati syahid".
sumber
Professor Kangkong tumpas di tangan Mat Sabu
Siapa sangka tokoh sejarawan negara sehebat Tan Sri Professor Dr Khoo Kay Kim dan Professor Dr Ramlah Adam begitu naïf dan semborono untuk menyemak kembali lembaran sejarah yang melibatkan Mat Indera.
Prof Khoo walaupun mempunyai tauliah tetapi kurang membuat kajian dan penyelidikan sebelum mengkritik Mat Sabu. Begitu juga dengan Prof ‘Perkasa’ Ramlah Adam. Beliau dengan celuparnya telah menggelar Mat Sabu sebagai pengkhianat negara kerana tergamak memutar belit fakta sejarah negara semata-mata untuk kepentingan politik
Kedua-dua Prof ini sepatutnya menunggu untuk mendapatkan penjelasan daripada Mat Sabu, dan apa-apa justifikasi kepada pandangan beliau.Dan setidak-tidaknya meneliti apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Mat Sabu menerusi rakaman klip-videonya .Beginilah sepatutnya etika akademik yang betul.
Tetapai sebaliknya, mereka ini terpengaruh dengan putar belit media tempatan dan mengecam Mat Sabu seperti mana ahli politik UBN.
Bidang pengkhususan Prof Khoo bukan berkaitan Parti Komunis Malaya atau Chin Peng atau baru-baru ini sejarah politik Tanah Melayu. Kita pun maklum, Prof Khoo lebih cenderung memperkatakan ‘bola sepak negara’ daripada bidang khusus pentaulihannya.
Tajuk PhDnya adalah 'The Beginnings of Political Extremism in Malaya 1915-1935', ia tidak meliputi tempoh 1940-an dan 1950-an apabila perjuangan untuk kemerdekaan berlaku dengan bersungguh-sungguh dan semasa PKM menjalani metamorfosis pelbagai perubahan ke arah ideologi dalam objektifnya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajah British.
Tetapi tiada siapa yang tahu apakah tajuk thesis Ramlah Adam dan adalah suatu misteri bagaimana beliau boleh lulus dan mendapat PhDnya.Ah! Kita semua pun pernah dengar tentang istilah 'Professor Kangkong'.
Dr Ranjit Singh Malhi , pengarang buku teks sejarah sehingga 1996, mengakui bahawa buku teks yang digunakan sebagai terlalu Islam dan Melayu-centric, yang mengandungi fakta separuh benar, mempunyai pelbagai kesilapan fakta dan percanggahan, dorongan politik , dan mengandungi pertimbangan nilai.Lihat sini
Fakta-fakta yang telah dimanipulasikan ini perlu diselesaikan dalam bidang akademik.Tetapi malangnya, kebanyakan mereka yang digelar tokoh akademik ini sebenarnya adalah orang politik yang bertopengkan akademik.
Tidak hairanlah dua orang professor ini cepat melatah terhadap kenyataan Mat Sabu yang telah diputar belitkan media perdana.
Walau apa pun, saya tabik pada Mat Sabu kerana berjaya memalukan dua orang professor kangkong ini apabila kenyataan Mat Sabu yang mendakwa Mat Indera seorang pejuang kemerdekaan di sokong oleh sebuah buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini (gambar bawah) terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.
Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.
Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman..
Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis biografi ringkas ini ada menyebutkan : Justeru sewajarnya Mat Indera di abadikan namanya sebagai seorang pejuang , bukan seorang petualang. Lihat di sini
Sabtu, September 03, 2011
Bukti nyata Umno/BN barua China Komunis
Kerajaan Umno/BN bertindak gopoh tidak keruan , macam babi dicucuk bontot dengan bertindak tergesa-gesa menghantar pulang 11 pejuang Uyghurs Islam yang lari meninggalkan negara asalnya iaitu China untuk mencari perlindungan di negara ini. Tindakan keji kerajaan ini telah dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia.
Ini kerana, ia bertentangan dengan akta Anti-Trafficking in Persons dan Anti-Smuggling of Migrants Act 2007. Uyghur adalah pejuang beragama Islam yang bangkit menentang kerajaan China Komunis kerana menceroboh wilayah mereka di wilayah Xinjiang. Pertentangan bermula pada Julai 2009. Baca lagi di sini
Berikut ini adalah rakaman dari Youtube yang diUploaded pada Apr 28, 2008.Ikuti laporan berita berkenaan penindasan kejam Cina Komunis sekutu Umno/BN keatas etnik Uyghurs.
Dan di Belanda, Uyghurs Cina mengadakan protes pada hujung minggu. Uyghurs adalah satu etnik minoriti di wilayah Barat Laut China Xinjiang, yang dahulunya dikenali sebagai Turkestan Timur. Pada hujung minggu tersebut, aktivis Uyghur luar negara membantah di Belanda terhadap pencabulan hak asasi manusia di China. Pasukan kami di Belanda mempunyai lebih banyak.
Pelarian Uyghur dan Beberapa NGO mengambil bahagian dalam protes. Mereka menuduh rejim Cina menghakis cara hidup Uyghur , dan terus menganiaya orang Uyghur.
Seorang penunjuk perasaan berkata," "Parti Cina Komunis menyalahgunakan hak asasi manusia, hak kebebasan, hak-hak agama, hak-hak buruh di Turkestan Timur."
Satu laporan dari Hak Asasi Kemanusiaan Uyghur mendakwa lebih daripada 4,000 wanita Uyghur muda telah dihantar untuk bekerja di kilang-kilang Cina secara paksa. Dan seorang wakil UNPO berkata mereka yang disasarkan kerana mereka Uyghurs.
"Mereka dihantar atas alasan 'pendidikan semula'. Tetapi tujuan sebenar adalah untuk melemahkan orang-orang Uyghur di Xinjiang, supaya mereka menjadi etnik minoriti di negeri mereka sendiri di mana mereka tinggal."
Seperti di Tibet, kanak-kanak Uyghur dididik dalam Mandarin; bukan dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Ramai etnik Han Cina juga telah menetap di rantau ini, dan para aktivis Uyghur mengatakan budaya tradisional Xinjiang semakin menghilang.
NTD News, The Hague, Belanda
Orang angkat sumpah pun pakai jaket kalis peluru...

Aku tengok dalam tweet Papa Gomo tulis : “Gomo dan yg lain masih belum tidor waktu ni, jam dah 3.15pg waktu Mogadishu. kami semua tak sabar nak pulang ke Malaysia. Fuh....”
Baru seorang meninggal, Gomo dan segala ahli rombongannya dah kecut teloq dan tak sabar nak pulang Malaysia.Itulah....sepatutnya kerajaan kena hantar pasukan yang lebih berwibawa iaitu pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia , bukan ikut main seronok-seronok nak tonjolkan Putera 1Malaysia!
Sebelum ni aku tengok kat TV bukan main hebat lagi, Dato Azeez Rahim tu kata nak set up kem di sana. Ini bukan kerja 2 atau 3 minggu, katanya.Kau Gomo kena tunjukkanlah kejantanan engkau dengan terus tinggal disana.Walk the talk apa yang Azeez pernah katakan tempoh hari tuh!
Walau bagaimanapun, sebelum meneruskan bicara, marilah kita hadiahkan al-Fatihah untuk allahyarham Normafaizul Mohd Nor. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat tempat dikalangan orang-orang yang beriman.Kepada keluarga allahyarham semoga bersabar serta akan bertambah kuat untuk menghadapi cabaran yang akan datang.

kemanusian ke negara yang sedang bergolak dengan perang saudara
Ini semua adalah gara-gara Dato Azeez Rahim mahu promo Putera Satu Malaysianya dan paksa media ikut rombongan ke Somalia yang sedang bergolak tanpa ada langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.Rasanya, kalau Allahyarham memakai jaket kalis peluru, insya’Allah perkara buruk ini dapat dielakkan.
Sepatutnya mereka kenalah pakai minimum safefy gears i.e bullet vest, armour helmet, tulisan perkataan "NEWS " atau " TV " pada depan / belakang baju. Setakat nama " Malaysia Relief / misi kemanusiaan atau baju Putera 1Malaysia , tidak akan dapat menyelamatkan mereka dari ancaman peluru.
Kita kena terima takdir yang menimpa.Namun seperti yang saya katakan tadi, pergi ke tempat yang sedang bergolak macam Somalia sekarang ini, kerajaan yang menghantar pasukan sukarelawan ini terlalu cuai tentang soal keselamatan yang sepatutnya diutamakan.
Allahyarham Normafaizul Mohd Nor pergi ke sana kerana diarahkan majikannya.Tetapi orang macam Gomo misalnya, menyibuk ke sana buat apa? Kau kekal disana adalah lebih baik untuk umat di Malaysia ini!
Dan aku rasa, lantaran tulisan engkau yang lancang dan cabul, engkaulah sepatutnya yang 'Bangang nak mampos’ – bukan Mat Sabu sebagaimana engkau ungkapkan di sini
Perihal anak badak hilang di hari Kemerdekaan Negara
Orang ramai yang berpusu-pusu membawa bendera dengan semangat kemerdekaan ke-54 negara berasa hampa bila mendapat tahu bahawa anak badak tersebut tiada dalam kandangnya yang dihias indah dengan bendera kerana meraikan hari kemerdekaan negara.
Mereka terpinga-pinga setelah diberitahu anak badak tersebut telah dikesan berada di Changi Singapura. Siapa yang bawa anak badak itu kesana?
Ramai yang musykil, dan tertanya-tanya kenapa perkara tersebut boleh berlaku dan dirahsiakan sangat? Rupa-rupanya kehilangan anak badak itu telah diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) . Namun apapun, Malaysiakini telah mendedahkan rahsia tersebut di sini
Jumaat, September 02, 2011
Khamis, September 01, 2011
Isu Bukit Kepong melegakan Umno/BN buat sementara – Mat Sabu mesti saman akhbar yang memfitnahnya.
Kenyataan kontroversi Mohamad Sabu itu kini dimanupulasi oleh Umno/BN untuk menanam benih keraguan di kalangan pengundi Melayu, terutamanya Melayu di luar bandar.
Bertambah malang lagi apabila, Ahli Parlimen Bukit Gelugor , Karpal Singh berkata kenyatan Mohamad Sabu itu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan .Beliau minta Mohamad Sabu menarik balik kenyataan itu kerana menurutnya, apa yang dikatakan itu tidak mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif,”Baca di sini
Sementara itu beberapa pemimpin PAS pertahankan Mat Sabu sambil menegaskan kefahaman bahawa hanya Umno memperjuangkan kemerdekaan negara seperti dicanang pihak tertentu untuk mendapat sokongan orang Melayu sama sekali tidak benar.
Sementara itu, Mohamad Sabu berkata beliau tidak akan memohon maaf terhadap kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong kerana perkara itu hanya putar belit Utusan Malaysia dan dijadikan isu oleh pemimpin-pemimpin Umno.
Beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis yang telah pun menghubunginya untuk disoal siasat.
“Pasal apa saya nak minta maaf, biar polis siasat,” kata beliau dipetik Harakahdaily lewat petang ini di sini
Mohamad Sabu perlu segera saman dan mohon mahkamah menghentikan fitnah akhbar perdana negara sehingga mahkamah putuskan nanti.






KUALA LUMPUR, 26 Sept: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dicabar menyaman pihak yang mengaitkan beliau dengan pemalsuan bukti dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
