



KUALA LUMPUR, 31 Okt — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang semalam diselar Pemuda PAS sebagai “keterlaluan” menegaskan beliau tidak pernah mengatakan PAS sebagai Taliban, kecuali menasihatkan parti Islam itu agar “jangan tiru Taliban” dalam pendirian mereka menentang konsert Elton John di Malaysia bukan depan. “Saya tidak kata PAS Taliban, saya kata jangan tiru Taliban,” kata bekas mufti Perlis itu dalam responsnya kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.
Petang semalam, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar Asri yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert artis, yang dikaitkan dengan amalan gay, di Genting Highlands akhir bulan depan.
Dalam penjelasannya, Asri berkata, tujuan beliau agar PAS dilihat lebih terbuka dan mampu menguruskan Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum.
Katanya, PAS hanya perlu menggesa Jabatan Agama Pahang menghalang Muslim daripada menghadiri konsert itu.
“Jika bukan Muslim yang mahu Elton John seperti mana mereka memilih untuk minum arak dan judi, selagi tempatnya tertutup untuk mereka sahaja, itu adalah hak mereka,” kata beliau yang kini merupakan felow di Pusat Pengajian Islam Oxford.
Terdahulu dalam respons menerusi akaun Twitter pula, Asri berkata, beliau tidak kata pendirian Pemuda PAS itu salah dari segi nas, namun ia bukan pendekatan yang terbaik untuk PAS, komponen Pakatan Rakyat, dalam politik.
“Ada pilihan yang lebih baik,” kata beliau yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia. Sumber
KUALA LUMPUR, 31 Okt — PAS akan memulakan kempen petisyen meminta Yang di-Pertuan Agong agar menasihatkan Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan susulan pendedahan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menunjukkan beliau telah gagal sebagai seorang perdana menteri dan ketua eksekutif kerajaan.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, laporan itu menunjukkan pentadbiran Najib telah gagal untuk menghentikan pembaziran dan rasuah dalam kerajaan.
“Jika yang ini (berlaku) di sektor swasta, ketua pegawai eksekutif sudah pasti telah dipecat,” kata beliau dengan menggariskan siri kelemahan dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara.
Laporan itu menyebut hutang kerajaan telah meningkat kepada RM407 bilion atau 51 peratus daripada KDNK dan mengetengahkan senarai kes salah urus termasuk bayaran bonus kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS akan memulakan kempen mengutip tandatangan mulai minggu depan.
“Sebanyak 50,000 hingga 60,000 tandatangan pun sudah cukup untuk menunjukkan kemarahan rakyat. Kita tahu di laman sosial Facebook lebih 100,000 orang telah memprotes projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat,” katanya.
Laporan itu hanya diumumkan kepada publik Isnin pada 24 Oktober lalu, lebih dua minggu selepas Bajet 2012 dibentangkan.
Ahli-ahli Parlimen pembangkang menuduh Barisan Nasional (BN) sengaja melewatkan pembentangan laporan itu agar mereka tidak boleh membahaskannnya. sumber
Kita semua patut turut bersimpati dan kesian melihatkan betapa bersungguhnya Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini yang menafikan berita bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng pada pilihan raya umum akan datang.
Hamba Allah
“Bukan saya tak sayang parti tetapi di tahap tertentu dalam perjuangan, parti pun perlu letak ke tepi demi melaksanakan tanggungjawab kepada Allah s.w.t,” kata Hasan yang memegang portfolio agama dipetik di sini
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur desakan dalam PAS untuk menghalang konsert rock Elton John di Pahang pada bulan depan atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.
Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengupah orang asing untuk menaikkan imejnya adalah membazir, sia-sia dan tidak adil.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengesahkan hari ini bahawa piket di seluruh negara dalam sekurang-kurangnya 20 lokasi pada 3 November diteruskan "suatu tindakan yang berterusan" terhadap undang-undang yang katanya " lampu hijau pelabur untuk mengupah rakyat Malaysia sebagai pekerja kontrak dan bukan kakitangan tetap."
Apakah rahsia disebalik kemesraan yang agak melampau ini? Zambry Mamak kebelakangan ini dilihat sangat mesra dengan beberapa anak remaja dibawah umur - sangat mesra yang boleh diistilahkan sebagai 'sangat keterlaluan'.
Blog pencacai Umno menyiarkan berita kononnya Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Ingat tak lagi, cerita Abu nawas ini? Dia cabar kau orang dengan katanya :
“Saya cadangkan selepas ini marilah Kit Siang, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Malaysiakini, Malaysia Insider mari ikut saya sekali, saya hendak bawa, bulan 10 ini saya hendak ke Somalia lagi, atas nama semangat Malaysia, bukan atas nama parti.
“Kalau berani, telefon pejabat saya, daftar nama, saya bawa, tengok kita pergi buat kerja atau cari publisiti murahan. Itu kalau beranilah,” kata si Abu Nawaz itu.
Hello brother, Mat Sabu, Anwar and Kit Siang, Cepat telepon ya? Sekarang dah nak masuk bulan November pun ... Apa cerita? Jadi ke ikut berjihad ke Somalia? Abu Nawaz tu dah lama tunggu kau orang buat call sejak awal Oktober !
Majlis Solat Tahajud bersama ulul-amri malam tadi berjaya mendapat sambutan orang ramai walaupun pihak penganjur tidak sempat menghebohkan kepada ramai.
Presiden PERKOSA, Ibrahim Ali al-Kataki telah menyuarakan rasa malu atas kehadiran hanya sekitar 5,000 orang pada petang Sabtu 22 Oktober lalu di Stadium Shah Alam .
Kalau benar-benar malu sebagai seorang Melayu dan seorang Islam , masuklah dalam longkang dan terus menjadi katak sebenar!
Aku ingat Uzt Azizan MB Kedah yang kena tangkap basah seperti yang yang dihebohkan.Patutlah blog Pro Umno senyap sepi tentang isu ini.Ropa-ropanya MB dari kalangan Umno!

Pakar Lompat Katak sambil baring, Ibrahim Ali, lebih baik mempastikan kedudukannya dahulu Parlimen Tanah Merah sebelum cuba menentukan nasib calon dan parti yang menurut pendapatnya telah memperlekeh Islam dan orang Melayu.
Katak itu berkata, pihaknya sudah pun menyediakan senarai wakil rakyat yang melakukan ‘kesalahan’ itu dan sudah bersedia untuk menghantar mesej kepada 300,000 ahli menjelang pilihan raya umum.

Katak tu kata lagi, “MCA dan Gerakan tidak akan menang sebarang kerusi tanpa undi orang Melayu dan menggesa mereka berkawan dengan Perkasa.” – dia sebenarnya mahu cuba meraih undi orang-orang Cina supaya mengundinya sekiranya dia bertanding di Parlimen Tanah Merah Kelantan sekali lagi….
Alahai Katak, risau pasal apa, 300 juta ahli PERKOSA kan ada untuk mengundi kamu.Hantar saja mesej kepada mereka!
Ketua Menteri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan penipuan yang disebarkan oleh beberapa blog pro-Umno.Namun di sebalik semua bukti yang menyangkal dan menangkis tuduhan-tuduhan berniat jahat dan tidak berasas, termasuk penafian Pengetua sekolah SMK Heng Ee, Encik Goh Boon Poh, pihak menyibarkan fitnah tersebut gagal membuktikan dakwaan mereka.
Tetapi TPM Muhyiddin Yassin nampaknya tidak tahu apa yang benar. Takkanlah seorang Perdana Menteri Malaysia begitu bangang bangat!
Lapuran SPRM terhadap kelulusan tanah 68,503 ekar oleh Zambry 







Projek ini telah dianugerahkan terus kepada sebuah syarikat, National Feedlot Corporation Sdn. Bhd (NFC) yang mana yang mana antara tulang belakang disebalik syarikat ini adalah – Gambar dari kiri, anak perempuan Sharizat selaku Pengarah Ekskutif NFC, laki Sharizat selaku Pengerusi Eksekutif NFC, Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, anak lelaki Shahrizat dan juga anak lelaki Shahrizat. 











