Followers

Selasa, November 29, 2011

Felda dan MTUC sedang gali kubur Umno/BN

Umno/BN kini hanya mampu mengira hari lagi untuk ditalkinkan. Elok sangat kalau PM Najib bersama kabinetnya menyediakan liang dan keranda besar – Keranda Satu Malaysia supaya mudah rakyat menyempurnakan urusan pengkebumian Umno/BN secara beramai-ramai nanti!

Kemungkinan ini amat menyakinkan apabila kelmarin setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang Ibrahim akan mengistiharkan perang dengan kerajaan Umno/BN jika kerajaan berdegil dan meneruskan dengan pindaan Akta Kerja 1955.

Dan terbaru kini, Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) yang mewakili 1.6 juta warga peneroka dan sekitar 120,000 peneroka dari 11 wilayah Felda di seluruh negara telah memberi kata dua kepada Najib – sama ada singkirkan Isa Samad atau hilang undi PRU ke-13.

JKPP dan GPW yang mewakili majoriti ahli Koperasi Permodalan Felda menolak pelantikan Isa sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda melalui kuasa menteri koperasi dan meminta kerajaan menghormati hak demokrasi ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda dan Undang-undang Koperasi Permodalan Felda.

Selain menggesa Isa, yang mengetuai Felda sejak setahun lalu, JKPP juga menggesa Pengarah Seranta Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Datuk Sabri Ahmad agar berundur sama. Baca lagi di sini

Ahad, November 27, 2011

Anwar: RUU Perhimpunan Aman sangat lemah, Najib patut batal saja

November 27, 2011

    Myanmar telah meluluskan undang-undang baru baru-baru ini yang membenarkan protes jalanan dan syarat-syarat yang jauh lebih kecil berbanding Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah transformasi politik beliau.
JOHOR BARU, 27 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Barisan Nasional (BN) tidak meneruskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang digubal dengan begitu lemah sehingga memburukkan lagi kebebasan rakyat negara ini.

Ketua Pembangkang itu mendakwa pentadbiran Najib kini mahu rang undang-undang itu dibahaskan dengan hanya melakukan pindaan ke atas tujuh peruntukan, dalam beberapa hari selepas dibentangkan di Parlimen.

Ketika ditemui The Malaysian Insider di sini, Anwar (gambar) berkata, rang undang-undang itu sewajarnya ditarik balik manakala Seksyen 27 Akta Polis, yang memerlukan permit polis untuk mengadakan perhimpunan awam, dimansuh tanpa membawa sebarang akta baru.

“(Perkembangan) ini membuktikan ia (Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011) bukan satu perundangan yang digubal dengan baik. Sekarang mereka cuba meneruskan perbahasan dengan membawa pindaan.

“Anda tidak boleh berbuat demikian dan memutuskan pindaan dalam waktu yang singkat begitu sahaja,” kata Ketua Umum PKR ini merujuk kepada kenyaatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz semalam bahawa Kabinet telah bersetuju untuk membawa beberapa pindaan di peringkat jawatankuasa ketika dibahaskan di Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menambah, “tidak ada keperluan untuk mengawal selia demonstrasi” di negara ini.

“Sudah ada undang-undang untuk menjamin keselamatan awam, jadi mansuhkan saja Seksyen 27,” katanya lagi.

Dalam kenyataannya semalam, Nazri berkata Kabinet telah memberi lampu hijau untuk meminda tujuh peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat Kabinet kelmarin, kata Nazri sambil menambah, “di mana kita telah memaklumkan kepada Pejabat Peguam negara iaitu rang undang-undang ini apabila dibahas hendaklah diberikan juga kesempatan membuat pindaan . . . pemindaan setelah bacaan kali pertama dibuat dan dilihat dan dikaji oleh ahli-ahli Parlimen dan kalau sekiranya perlu ada pindaan yang dibuat maka ini hendaklah diberikan . . . pejabat Peguam Negara akur dengan kehendak jemaah menteri.”

Rang undang-undang itu yang digubal ekoran keputusan pentadbiran Najib memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis mendapat kritikan banyak pihak termasuk pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.

Katanya, salah satu pindaan yang dipersetujui ialah penganjur perhimpunan awam perlu memberi notis 10 kepada polis berbanding 30 hari yang diperuntukkan dalam rang undang-undang terbaru ini.

Selain itu di bawah pindaan yang disyorkan pihak penganjur akan dimaklumkan keputusan oleh polis dalam masa 24 jam berbanding 48 jam diperuntukkan dalam Seksyen 12(1).

Kritikan mendakwa rang undang-undang itu mengekang teruk kebebasan rakyat dan lebih teruk berbanding dengan persekitaran semasa.

Perubahan pendirian pentadbiran Najib itu, secara tiba-tiba dipercayai akibat tekanan pelbagai, diambil empat hari selepas ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Tekanan dan kecaman berhubung rang undang-undang itu meningkat dan pengamal-pengamal perundangan dijangka mengadakan protes berkenaan minggu ini.

Selasa ini, Majlis Peguam bercadang untuk mengadakan kempen Walk for Freedom 2011 membantah rang undang-undang itu dan menyerahkan memorandum syor pindaan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Pihaknya mahu syor pindaan itu dibincangkan di jawatankuasa pilihan khas Parlimen, idea yang turut dibangkitkan oleh Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham).

Kelmarin, Suhakam mengemukakan 11 syor kepada pentadbiran Najib agar meminda peruntukan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman termasuk mengkaji semula tempoh notis wajib 30 hari atas alasan ia tidak praktikal dengan tujuan perundangan baru itu.

Malah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan kebebasan rakyat di Malaysia kini lebih terhad ekoran undang-undang baru perhimpunan aman berbanding di Myanmar, negara Asean yang pernah mempamerkan rekod hak asasi manusia paling buruk.

Ambiga berkata, Myanmar telah meluluskan undang-undang baru baru-baru ini yang membenarkan protes jalanan dan syarat-syarat yang jauh lebih kecil berbanding Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah transformasi politik beliau.-Malaysianinsider

Kelantan Bukan Negeri Republik


olehIdris ahmad

Isu air di Kelantan, seolah-olah Kelantan bukan sebuah negeri yang terdapat di Malaysia. Pada hal Kelantan masih lagi di dalam peta Malaysia. Ia bukan sebuah negeri yang terpisah daripada Malaysia atau sebuah republik. Malahan banyak hasil yang kerajaan pungut di bumi Kelantan tetapi di bawa kepada kerajaan pusat. Contohnya bayaran pasport antarabangsa, stem, cukai kastam, cukai pendapatan, saman trafik yang di pungut daripada bumi Kelantan.

Nampaknya otak pemimpin BN hanya pandai ambil tetapi tidak pandai memberi. Ketika hendak ambil hasil mereka teringat Kelantan, ketika hendak memberi mereka lupa Kelantan. Malah selama 13 tahun Kelantan diketepikan dari mendapat sebarang peruntukan atau pinjaman bagi meningkat bekalan air. Hanya pada pada 2011 pinjaman mudah di bawah RMK 8 sebanyak RM36 juta baru diberi kepada Kelantan de ngan kontraktor dan kerja-kerja pembinaan dilantik dan dilaksanakan kerajaan pusat.

Kenapa perlu ugut rakyat, jika BN menang masalah air di Kelantan selesai?. Kenapa tidak dibantu sekarang? Hormatlah keputusan rakyat Kelantan yang telah memilih Pas. Apakah Umno sudah kehabisan modal pilihanraya di Kelantan, hanya modal air sahaja yang ada. Pada hal di negeri yang BN perintah masalah air masih tidak selesai seperti d Sarawak dan Sabah.

Pemimpin Umno Kelantan khususnya cemburu melihat pencapaian kerajaan Kelantan samaada dari segi pembangunan dunia dan agama. Ketika negeri BN mengalami masalah untuk mengatasi kemiskinan Kelantan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam. Percayalah jika Umno memerintah Kelantan, maka kadar kemiskinan akan naik balik ke tempat asal, seperti di Terengganu setelah turun nombor empat zaman Pas memerintah kemudian naik kemba li di tempat kedua pada tahun 2004.

Walaupun dikekang dengan kewangan, Kelantan tetap menunaikan hutang lapok yang ditinggal oleh kerajaan BN sebanyak RM718 juta. Setakat 2010 telah melunaskan sebanyak RM220 juta, sekarang berbaki hanya RM498 juta. Kelantan tetap menunaikan tanggunjawab kepada rakyat dengan membuat pinjaman RM5 juta bagi membina telaga jejari sebagi alternatif membekal air bersih.

Kenapa pemimpin Umno terlalu busuk hati sehingga sanggup mendera Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar dilantik melalui proses demokrasi, bukan revolusi. Nampaknya pemimpin Umno hanya boleh menerima demokrasi apabila Umno sahaja yang perlu menang, lain daripada Umno maka keputusan rakyat tidak perlu dihormati.

Pemimpin pusat sudah banyak mencabul demokrasi sejak Pas menang di Kelantan pada tahun 1990. Bermula dengan penubuhan Pegawai Persekutuan, penghulu persekutuan, memberi amaran kepada pegawai persekutuan jangan terlibat dengan program negeri seperti yang pernah diarahkan kepada pegawai pertanian yang bekerja di negeri Pakatan Rakyat, terakhir wang royalti tidak diberi kepada Kelantan.

Sebenarnya ini cara politik zaman batu, yang tidak layak memerintah di zaman langit terbuka. Pas yakin bahawa rakat Kelantan yang berjiwa merdeka tidak rela negeri mereka diperlakukan demikian rupa oleh orang sebangsa dan senegeri dengan mereka yang berada di peringkat pusat, insyaAllah mereka akan ajar sikap pemimpin seperti begini di dalam pilihanraya akan datang.

Khamis, November 24, 2011

Akta baru perhimpunan aman sekat pembangkang temu rakyat, kata Anwar

November 24, 2011

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengenalan Akta Perhimpunan Aman 2011 sebenarnya merupakan tindakan Putrajaya untuk mengehadkan pergerakan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam memberi penjelasan kepada rakyat mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan salah guna kuasa, rasuah dan salah pengurusan oleh pihak pemerintah.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini (gambar) menegaskan peruntukan dalam undang-undang perhimpuan aman yang mana menetapkan denda sehingga RM20,000 jika didapati bersalah membolehkan kerajaan mengheret ahli-ahli Parlimen ke muka pengadilan jika melakukan ceramah, penjelasan dan perhimpunan yang merupakan salah satu cara untuk perikatan itu terus memberi penjelasan kepada rakyat.

“Undang-undang ini merupakan satu cara untuk menghalang Pakatan Rakyat untuk memberi penjelasan kepada rakyat secara berterusan mengenai perkara yang berbangkit kerana permohonan untuk mengadakan perhimpunan yang merujuk kepada ceramah dan sesi dialog dengan rakyat memerlukan kelulusan 30 hari sebelum perhimpunan itu diadakan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.-Malaysianinsider

Bil Perhimpunan Aman cetuskan demo di Parlimen

Malaysiakini - Ketika Dewan Rakyat bersiap sedia untuk perbahasan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, hari ini, beberapa kumpulan pejuang hak asasi mengadakan demonstrasi bagi membantah penggubalan akta baru itu.

NONESambil menuntut hak perlembagaan dilindungi, aktivis hak sivil yang diketuai oleh NGO, Kempen Bebas untuk Berhimpun atau Free to Assemble Campaign (FAC) berhimpun di hadapan pintu pagar bangunan Parlimen.

Menghairankan, jumlah polis yang dikerahkan bagi mengawal perhimpunan itu adalah minimum.

"Kami mahu Parlimen tarik balik rang undang-undang yang zalim ini serta-merta kerana ia adalah tidak sah dan menindas.

"Walaupun sekali pandang, permit polis tidak lagi diperlukan, namun sebenarnya, ia mengenakan lebih banyak sekatan lebih tidak munasabah dan memperuntukan denda besar. Ini menjadikannya lebih buruk daripada peruntukan yang sedia ada di bawah Akta Polis," kata penyelaras Suaram, E Nalini.

NONEMenurutnya lagi, rang undang-undang itu juga bukan setakat menyekat kebabasan awam tetapi juga menghina kebijaksanaan rakyat.

Perhimpunan itu turut disertai oleh pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan dan pemimpin-pemimpin dari Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerit).

Undang-undang zalim

Kira-kira 50 penyokong yang hadir hari ini membawa Jalur Gemilang dan kertas berwarna kuning yang dicetak dengan perkataan “Perkara 10 perlembagaan jamin kebebasan berhimpun”.

"Rang undang-undang ini adalah yang zalim, kami harap ia akan ditarik balik serta-merta ... jangan sekalipun percaya ini boleh memberi kebebasan untuk berhimpun," kata Ambiga.

"Bagi saya rang undang-undang ini merampas kebebasan berhimpun, ia mengambil balik hak yang dijamin oleh perlembagaan," katanya yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam

NONEMenurut Ambiga lagi, rang undang-undang baru itu, lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis dan bercanggah dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pembaharuan pada malam sebelum Hari Malaysia, 15 September lalu.

"Gambaran yang diberikan semasa pengumuman perdana menteri bahawa kita akan menjadi lebih liberal dan kami akan diberi kebebasan berhimpun. Rang undang-undang ini tidak baik, ia tidak boleh dpinda tetapi mesti dimansuhkan," kata Ambiga lagi.

Ahli parlimen Pakatan Rakyat juga turut serta dalam tunjuk perasaan ini.

Rang Undang-Undang Perhimpunan Ganas Umno/BN


    Akta baru hanya gimik jahat Umno-BN
oleh : Mohd Rashidi Hassan

24 NOV — Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 dibentangkan di Parlimen 22 November 2011 dengan memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis, kemudian mewujudkan satu akta baru yang lebih melampau, kerana ia jelas bertentangan dengan lunas-lunas demokrasi.

Akta baru, antara lain tidak membenarkan protes jalanan manakala penganjuran perhimpunan awam memerlukan notis 30 hari kecuali peserta berada di kawasan yang ditetapkan oleh Menteri Dalam Negeri.

Menurut akta ini, tidak boleh ada perhimpunan di kawasan 50 meter di lokasi-lokasi larangan seperti sekolah, hospital dan tempat beribadat. Semuanya dibentuk dengan memberi kuasa yang besar kepada polis.

Rang undang-undang itu dijangka dibahaskan minggu depan.

Pakatan Rakyat harus bangkit menentang rang undang-undang ini, yang jelas bertentangan dengan janji perdana menteri untuk memberi lebih kebebasan dalam membuat perhimpunan.

Ia memberi kuasa yang besar kepada polis untuk menahan individu yang menyertai perhimpunan, dengan kuasa itu hanya polis sahaja menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak.

Pada Seksyen 8 akta tersebut, menyatakan bahawa seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.

Malah peruntukan yang lebih menekan dan menyekat rakyat mahu dikuatkuasa Umno-Barisan Nasional, dengan melipatgandakan jumlah denda yang boleh dikenakan kepada peserta dan penganjur terlibat.

Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.

Seksyen 21(3) dalam dokumen sama turut memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.

Malah, rang undang-undang yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat itu turut meluaskan lagi kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan.

Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Ia membawa maksud jelas bahawa di semua tempat tidak dibenarkan rakyat berhimpun, selama mana kawasan tersebut boleh ditafsirkan dalam kuasa polis sebagai tempat larangan.

Menurut rang undang-undang itu juga, polis mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan sekiranya diadakan di kawasan berkenaan atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan larangan tersebut.

Inti pati sebenar yang dijelmakan daripada akta ini adalah ketakutan Umno-BN terhadap kebangkitan kuasa rakyat, yang sejak mutakhir ini jelas menolaj mereka.

Oleh itu, Umno-BN terpaksa merangka undang-undang untuk menghalang demonstrasi, sekali gus menghalang rakyat berhimpun secara aman.

Umno-BN cuba membuat gimik dengan membuang Seksyen 27 Akta Polis yang mewajibkan permit dipohon untuk sesuatu pihak untuk membuat perhimpunan, digantikan dengan sebuah akta baru yang lebih ketat dan zalim.

Tidak lain dan tidak bukan, ianya dirangka hanya salah satu usaha untuk memanjangkan jangka hayat Umno-BN yang sudah sampai ke penghujung.

Kita percaya akta ini tidak akan mampu mengekang kuasa rakyat, malah ia lebih membulatkan tekad rakyat untuk terus bersama Pakatan Rakyat menggantikan BN selaku peneraju Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang. — harakahdaily

    Suhakam: Hentikan Bil Perhimpunan Aman
2:33PM Nov 24, 2011
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu kerajaan menghentikan enakmen Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual untuk bacaan kedua di Parlimen hari ini.

"Suruhanjaya ini, menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan membuka ruang untuk perbincangan dan wacana awam mengenai kebebasan berhimpun sebelum menjadikan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 itu sebagai suatu akta.

“Ia mesti memastikan bahawa peruntukan-peruntukannya selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia," kata pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau, walaupun Suhakam, badan berkanun yang ditubuhkan untuk menasihati kerajaan berhubung isu-isu hak asasi manusia,- mengalu-alukan rang undang-undang itu, namun beberapa cadangannya berhubung akta yang digubal itu tidak dimasukkan.

Cadangan itu, kata Hasmy, diberikan semasa satu perjumpaan dengan Peguam Negara pada bulan lalu.

Tegasnya, Suhakam menekankan bahawa hak rakyat untuk meluahkan suara mereka melalui perhimpunan aman awam mesti dilindungi.

"Sebahagian daripada peruntukan di bawah rang undang-undang itu mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis. Semua ini, sekali gus menjejaskan hak orang ramai untuk menganjurkan atau menyertai perhimpunan aman," katanya.

    Bil Perhimpunan Aman bakal dicabar di mahkamah

Meskipun Rang Undang-undang Perhimpunan Aman belum melalui bacaan kedua di Parlimen, namun beberpa pihak telah berikrar akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar kesahihannya jika ia diluluskan.

NONEADUN Kota Alam Shah, M Manoharan (kiri) yang juga seorang peguam, berkata akta yang akan mengharamkan protes jalanan itu satu langkah terbelakang dalam sistem demokrasi dan beliau sanggup menjadi rakyat pertama untuk mencabarnya jika ia diluluskan tanpa pindaan.

Seorang lagi peguam, Edmund Bon yang bergiat aktif dalam Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights, pula menulis di twitter mengenai siapa yang akan menjadi rakyat Malaysia yang akan mencabar rang undang-undang itu jika ia diluluskan tanpa pindaan.

Menurut Bon (bawah, kanan), seksyen 4 rang undang itu berhubung “Hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman” adalah bercanggah dengan perlembagaan.

“@edmundbon #PA2011 Basically the Act kills caused based dissent by way of assemblies & carves it out of Article 10 - section 4, this is unconstitutional.”

scah ipcmc talk 181207 edmund bonSeksyen 4 menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:

(a) seseorang bukan warganegara;

(b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan;

(c) suatu protes jalanan;

(d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan

(e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua,
seseorang kanak-kanak.

Muhyiddin Gagal Menagih Simpati Rakyat Kelantan

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji masalah air yang melanda Kelantan akan diselesaikan segera sekiranya rakyat negeri ini memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin berkata, nasib rakyat Kelantan hanya akan terbela jika mereka menyokong BN memandangkan kerajaan Pas Kelantan sudah terbukti gagal menjaga kebajikan rakyat meskipun telah memerintah selama 21 tahun di negeri ini.

Begitulah peliknya Muhyiddin yang cuba menonjolkan rasa prihatinnya terhadap rakyat Kelantan, tetapi beliau terlepas pandang pula terhadap masalah air di negeri-negeri bawah kerajaan Umno/BN.

Negeri-negeri yang Umno/BN perintah mengalami masalah air yang lebih teruk dari apa yang rakyat Kelantan alami. Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 31 Ogos 2011 ialah:


Kandungan E-Coli bagi 6 Negeri

  1. Johor = 0.52%
  2. Kelantan = 0.88%
  3. Pahang = 1.12%
  4. Perak = 0.90%
  5. Wilayah Persekutuan Labuan = 1.01%
  6. Perlis = 1.21%

Muhyiddin perlu buktikan kemampuan dan baiki prestasi kerajaan Umno/BN dinegeri-negeri yang mereka perintah sekarang ini sebelum membuta tuli membuat tuduhan yang semberono.

Hakikatnya apa yang disebut oleh Muhyiddin ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan dan tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk meraih undi dan simpati rakyat pada PRU ke-13 nanti.

Kalau dia benar-benar prihatin terhadap rakyat Kelantan, serahkanlah wang royalti minyak hak rakyat Kelantan itu!

Rabu, November 23, 2011

Membosankan : Salah Guna Dana Awam oleh Pentadbiran Umno/BN

Bukti kenapa Umno/BN perlu disingkirkan ialah kes-kes salah guna dana awam yang berterusan dinegara ini.Selagi Umno/BN yang memerintah selagi itulah fenomena ini akan terus melanda negara.Kalau Ketua PAC sendiri sudah bosan dengan gejala ini, apatah lagi rakyat yang terpaksa menanggung akibatnya.Malaysiakini melaporkan :

Ketua PAC 'bosan' selepas siasatan awal ke atas NFC

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) "bosan" dengan kes-kes salah guna dana awam yang berterusan di negara ini, kata pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidAzmi berkata demikian selepas PAC hari ini menyoal siasat pegawai dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung kontroversi yang melanda projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.

"Sistem pengurusan perlu disemak semula, walaupun kementerian itu bercakap benar, rakyat juga sudah bosan, mereka tidak mahu lagi dengar (penjelasan itu)," katanya.

Ahli parlimen, Padang Besar yang kecewa itu juga, berkata perkara seumpama itu menjadikan pentadbiran kerajaan BN kelihatan buruk.

Katanya, PAC akan memanggil pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan dan ketua setiausaha negara bagi mencari jalan untuk merombak sistem itu bagi memastikan dana awam dibelanjakan secara berhemah.

Selasa, November 22, 2011

Kroni didahulukan, pencapaian diabaikan - perangai Umno/BN


Kalau kerajaan Umno/BN benar-benar melaksanakan Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan, sudah tentu projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) akan di berikan kepada rakyat yang lebih layak dari segi pengalaman dan komitment seperti Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor (PPRNS) , seumpamanya.

Tetapi kerajaan Umno/BN lebih mementingkan kroni yang tiada apa-apa pengalaman dengan memberikan kemudahan begitu mudah dan tersangat besar - dana RM250 juta. dan kini sedang menghadapi kegagalan dan kemelut.

Rakyat mempersoalkan kenapa kerajaan gagal untuk memberi layanan yang serupa terhadap para penternak yang sudah lama berpengalaman dalam industri tersebut dan sangat memerlukan kemudahan pinjaman daripada kerajaan dan sistem perbankan untuk memajukan ternakan masing-masing.

"Kita mempersoalkan mengapa kerajaan memberi dana kepada syarikat baru seperti NFC sedangkan ia sepatutnya diberikan kepada penternak yang sudah lama dalam industri ini." Tanya pengerusi persatuan itu, Samad Kassim yang dipetik di sini

Ahad, November 20, 2011

Alasan Rosmah Kepada Michelle Obama

Isu Kerja 9 Jam - Awas Guru-guru Jangan Terpedaya, pembatalan itu sementara waktu sahaja!


KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ekoran bantahan keras kesatuan-kesatuan sekerja, Putrajaya membatalkan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor mulai Januari depan.

Projek itu mendapat tentangan ketika Barisan Nasional membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat.

Di bawah dasar baru ini, guru sebelah pagi dikehendaki berada di sekolah dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang manakala guru sebelah petang pula dikehendaki masuk sekolah 9.30 pagi dan bertugas sehngga 6.30 petang.

Kaum guru mesti ingat, Muhyiddin arahkan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak meneruskan kajian tersebut kerana bimbang kaum guru tidak mengundi Umno/BN dalam PRU ke-13 nanti.Lepas PRU nanti tengoklah, Umno/BN akan berlagak macam dapat cek kosong sahaja dan akan buat sesuka hati mereka.

Bukankah Muhyiddin sendiri bertegas mengatakan, "Tanggapan projek itu membebankan guru adalah tidak tepat kerana ia merupakan satu program yang dibuat untuk memantapkan profesion perguruan di negara ini yang diputuskan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah Pelajaran." Ingatlah kata-kata Muhyiddin ini wahai kaum guru!

Kaum guru mesti ambil perhatian bahawa Pensyarah Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia telah menjalani projek rintis kerja sembilan jam sehari yang sudah dijalankan 3 tahunlalu.Awas, kaum guru akan menerima nasib yang sama jika meneruskan memberi mandat kepada Umno/BN mengurus tadbir negara ini.

Saya menyeru kaum guru supaya menggunakan kesempatan dalam PRU ke-13 nanti untuk menumbangkan Umno/BN.-Rujukan Malaysian Insider

Sabtu, November 19, 2011

Kisah Dua Orang Sepupu - Satu Bohong, Satu Bahalol!


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sangka orang ramai adalah bahalol sama sepertinya.

Korang percaya ke? Bila dia kata kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau awal minggu ini sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Korang percaya ke? Menurutnya, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing “tidak takut mati” dan “mahu mati jihad” amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

Korang percaya ke? Dia kata sejumlah besar senjata api dan bahan letupan ditemui , bukan sedikit dan senjata itu dari (negara) luar.

Naib Presiden PKR N Surendran yang merujuk kepada kenyataan Hishammuddin itu berkata, justifikasi beliau dalam usahanya mahu penahanan tanpa bicara itu tidak boleh diterima sama sekali dan bercanggah dengan janji dibuat oleh perdana menteri.

“Ini sesuatu yang memalukan, tindakan berbohong Hishammuddin mahu mengelirukan rakyat.Jika betul ada bukti kukuh, mengapa tidak mendakwa di mahkamah terbuka?
, kata Surendran,

Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS berkata, “maka benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan Umno-BN ingin memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling demokrasi di dunia.” sumber Malaysian Insider.

Bicarakanlah Mereka Hoi Bahalol!

Menteri Dalam Negeri yang balaol, Hishammuddin Hussein menganggap Suhakam yang mendesak supaya kesemua 13 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah awal minggu ini dibebaskan sebagai cukup berbahaya. Begitulah cakap menteri yang balol ini di sini

Walhal tuntutan Suhakam itu adalah selaras dengan langkah kerajaan yang sedang dalam proses memansuhkan ISA .

Penahanan ISA ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berani dan bersejarah untuk memansuhkan ISA.

Suhakam bukan minta mereka yang ditahan itu bebabs begitu sahaja tetapi suruhanjaya itu menggesa agar mereka diberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam. Ini punya senang pun menteri bahalol itu tidak boleh fahamkah?

Najib kena beri penjelasan jangan mudah diperkotak katikan oleh sepupunya yang bahalol ini!

Cina Komunis Memfitnah Rosmah ....


Sebuah kedai di Beijing, China - telah membuat fitnah kononnya Rosmah adalah isteri kepada seorang 'Presiden'! Tapi pasal berbelanja besar beli barang hiasan yang mahal-mahal adalah benar...Baca cerita berikut :

Malaysia Today - Saya berada di Beijing pada 16hb untuk mesyuarat di Hotel Shangri-la, Zizhuyuan Road, Beijing dan berjalan ke kedai mutiara di ruang legar hotel dengan seorang rakan yang ingin membeli gelang untuk isterinya. Dia mengambil gelang berlian yang indah ini hanya untuk mengetahui bahawa kosnya US $ 55,000. Gadis penjual itu kemudian menunjukkan kita ke arah gambar di dinding dan berkata bahawa isteri Presiden membeli gelang yang sama. Dan ia tidak lain daripada Rosmah.

Oleh Ah Cheong

Jumaat, November 18, 2011

Injil solar: Kenyataan Hasan Ali hina umat Islam, kata Asri

November 18, 2011
Asri berkata kenyataan Hasan “amat tidak wajar bagi seorang Exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi.” — Foto fail
KUALA LUMPUR, 18 Nov — Kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali bahawa umat Islam boleh murtad disebabkan sebaran agama Kristian menggunakan kitab Injil berteknologi canggih adalah satu penghinaan ke atas Muslim, tegas bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Jika benar laporan media, saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang ‘the power of reading the Bible’ seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak,” kata beliau dalam satu kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Felow Pusat Pengajian Islam Oxford ini berkata di Malaysia, al-Quran dikumandangkan menerusi pembesar suara, TV, radio, majlis-majlis kerajaan dan lain-lain, tetapi tidak pula dihebohkan bukan Muslim menganut Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari.

Sebaliknya kata beliau, tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca kitab Injil — “solar-powered talking bible”.

“Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Injil. Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh kitab Injil mengatasi al-Quran,” kata beliau lagi.

Bateri injil tersebut dikatakan mampu dicas semula mengguna kuasa solar.
Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan memetik jawapan bertulis Hasan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Umno kerusi Sungai Burong Datuk Mohamad Shamsudin Lias bahawa ada sesetengah gereja di negara ini cuba memurtadkan umat Islam dengan alat-alat canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar.

Hasan berkata penganjut Kristian Evangelis menggunakan peralatan canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar untuk memurtadkan umat Islam di Selangor.

Pengerusi jawatankuasa yang mengetuai hal ehwal agama Islam ini berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengesan mubaligh Kristian kini menyebarkan kepercayaan mereka menggunakan alat-alat canggih, selain mengadakan kumpulan-kumpulan kebajikan menyediakan wang tunai dan bantuan kewangan lain kepada golongan ibu tunggal dan miskin.

Ia merupakan pendedahan terbaru di sebalik kontroversi berkaitan Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya dan Jais awal Ogos lalu.

Dalam reaksinya, Asri berkata, “bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang Exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi.”

“Hari ini segala bacaan sama ada al-Quran ataupun Injil boleh didapati di Internet. Pelbagai peralatan, sama ada komputer ataupun selainnya boleh melakukan ‘download’ semua bacaan ini. Tidak perlu untuk bersembunyi mendapat atau mendengarnya,” katanya lagi.

Asri menambah, beliau berpendapat bahawa kenyataan Hasan tanpa disedari boleh menjadi kempen mendengar kitab Injil yang sebelum ini tidak ramai yang mengambil kisah.

“Itu pun bukan satu kesalahan. Dunia tidak tertutup. Setiap yang mendengar dan menilai akan dapat menemui kebenaran yang hakiki.

“Peranan golongan agama di era ini, bukan menghalang tetapi berhujah dan menerangkan apa yang diyakini secara matang,” katanya lagi.

Kata Asri lagi, jika benar seperti yang didakwa, ada pihak Kristian yang menyebarkan alatan itu secara percuma dan bantuan lain lagi kepada saudara-saudara Muslim, “maka saya mencadangkan beliau kena mengerahkan Jais membuat kerja yang lebih bermanfaat dengan menyebarkan secara percuma alatan yang sama atau lebih canggih yang mengandungi ayat al-Quran dan terjemahannya.”

“Juga mengandungi ucapan-ucapan dakwah kepada Islam secara hikmah dan bijaksana. Jais boleh pastikan dulu alat itu ‘mendapat tauliah’ supaya alat itu tidak ditangkap atau dirampas,” katanya yang akhir 2009 dikenakan tuduhan oleh Jais berhubung isu menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah.- Malaysianinsider

Wahai Hasan Ali, anjing polis lebih pandai buat kerja mengesan ...

Exco Agama selangor, Dr Hasan Ali mendedahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam:

1) Menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan lain-lain.

Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi.

2) Menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

3) Tawaran hiburan

4) Khidmat Nasihat

5) Kelas dan lain-lain.

Menurut Hasan bagi mencegah orang Islam daripada murtad, JAIS akan memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan.

Ini termasuk menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.

Komen : Saya hanya dapat membutirkan lima (5) perkara yang Hasan Ali sebutkan dalam kenyataannya di sini. Kita tidak tahu apa pula (6) tindakan dan pencegahan yang bakal diambil selain menggunakan enakmen yang beliau sebutkan.

Tetapi kalau diteliti (5) perkara yang pihak Kristian gunakan itu, orang Islam hari ini memang sudah tewas dalam menanganinya.

Saya hanya ingin mengulas ringkas dari apa yang Hasan Ali sebutkan itu.Nak ulas panjang bukan pandai sangat.Cuba nak mandai-mandai sahaja.

Pertama : Berapa banyak pertubuhan atau persatuan Ngo Islam yang orang Melayu tubuhkan tetapi pekak badak semuanya untuk membantu kalangan orang Islam yang kesempitan. Hanya terpekik melolong macam kena rasuk jembalang konon mahu mempertahankan Islam tapi hampeh! Kebanyakannya hanya sibuk berdemonstrasi.Contoh yang terbaik macam perangai PERKASA dan yang terbaru Pertubuhan Islam Gabungan Amal yang berdemo kerana menuntut litar lumba dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Alangkah lebih baiknya kalau pihak Jabatan Agama menggunakan khidmat pertubuhan-pertubuhan Ngo Islam ini dalam usaha menyalurkan bantuan kepada ummat Islam yang memerlukan bantuan sebagaimana pihak Kristian lakukan?

Kedua : Lihat betapa majunya pihak sana - menyediakan ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’. Mampukah JAIS melakukan perkara yang sama? Sorrylah, untuk keluarkan ‘Qur’an Terjemahan’ secara percuma untuk orang ramai pun macam menunggu anjing tumbuh misai!

Ketiga : Hiburan? Cukuplah sekadar saya katakan , kita bersekongkol dengan mereka.Asyik cerita hantu dan kepercayaan tahayol yang di hidangkan kepada masyarakat.

Keempat : Khidmat Nasihat – lupakanlah, kalau persoalan tauliah lebih diutamakan.Menyusahkan orang macam Bob Lokman.Dia hanya mahu menceritakan tentang pengalaman hidupnya yang pernah dilaluinya - hanyut dalam dunia hiburan supaya menjadi teladan.Tetapi diburu JAIS macam penjenayah ! Waima Rasulullah pernah berpesan yang maksudnya, sampaikan dari ku walaupun satu ayat!

Kelima : Kelas – sama macam diatas!

Pihak Jabatan Agama, tidak perlu menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam jika bertindak dengan ikhlas dan mempergunakan wang zakat dengan amanahnya.Jangan hanya pandai mengesan sebab anjing polis lebih terlatih buat kerja kesan mengesan ini.Yang penting ialah tindakan dan pencegahan yang berkesan!

Khamis, November 17, 2011

Tahniah SPRM mengalahkan PDRM 1-0

Tahniah kepada pasukan Bolasepak Malaysia kerana berjaya mengalahkan pasukan Indonesia 1-0 walaupun dihadapan ribuan penyokong mereka sendiri.

Sementara itu pula, dalam negara sendiri, satu perlawanan bolasepak sedang berlangsung antara SPRM United dan PDRM United disebuah kandang lembu kepunyaan NFC . Kedua-dua pasukan masih gagal menyumbat gol ke pintu lawan masing-masing tetapi para pemain habis terpalit dengan tahi lembu yang busuk sekali ….sehinggakan beberapa penaja perlawanan tersebut yang berada ditepi kandang - Shahrizat, Muhyiddin Yassin dan Najib tidak dapat berkata apa-apa kerana mulut mereka dipenuhi gumpalan tahi lembu yang hinggap dimuka masing-masing!

SHAH ALAM, 17 Nov ― Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kelihatan terkejut apabila diminta mengulas isu projek kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sambil memberitahu beliau belum menerima sebarang laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu tersebut, beliau berkata perkara berkenaan merupakan kes SPRM.

Bagaimanapun apabila dikatakan bahawa SPRM sudah memindahkan isu berkenaan kepada polis, Ismail berkata beliau perlu meneliti perkara tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Isnin lalu, SPRM berkata agensi itu tidak boleh menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek NFC, sebaliknya menyerahkan polis kerana hanya boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan. SUMBER

Umno/BN Anjingkan Tsu Koon!


Presiden Gerakan , Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, baik di kerusi parlimen, mahupun di peringkat negeri.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menuduh Umno sebagai dalang di sebalik keputusan tersebut.

Tsu Koon kalah bertanding pada PRU ke-12 dulu tetapi tetap dilantik menjadi menteri melalui pintu belakang.

Apakah pula ganjaran yang Umno janjikan hingga Tsu Koon sanggup menurut saja tidak ubah seperti seekor anjing yang taat setia kepada tuannya. Urf! Urf!

Bukan Shahrizat Sahaja Yang Lembu...Rupa-rupanya, Pak Lah dan Anak Pak Yassin pun sama

Skandal lembu feedlot: NFC tidak pernah bayar satu sen kembali kepada kerajaan


Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang cuba memisahkan isu NFC daripada kebertanggungjawaban Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan kerajaan Barisan Nasional.

Kenyataan-kenyataan mereka memberi gambaran bahawa NFC adalah sebuah syarikat swasta dan tidak ada unsur percanggahan kepentingan (conflict of interest) apabila sebuah syarikat milik keluarga menteri mendapat projek kurniaan kerajaan.

KEADILAN ingin menegaskan bahawa sejak menerima sepenuhnya pinjaman mudah dari kerajaan berjumlah RM250 juta, NFC tidak sekali pun membayar balik satu sen kembali kepada kerajaan – baik dari segi pembayaran pinjaman pokok atau pun faedah 2% yang dikenakan.

Sekiranya ia benar-benar sebuah pinjaman seperti yang didakwa pimpinan Umno, maka sekurang-kurangnya NFC perlulah membayar RM5 juta setahun kepada kerajaan dalam bentuk faedah pinjaman.
Semakan KEADILAN menunjukkan bahawa NFC bukan sahaja tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada kerajaan, ia juga tidak merekodkan sebarang liabiliti bagi kadar faedah 2% seperti yang didakwa oleh kerajaan.

Hakikatnya, operasi NFC dibiayai sepenuhnya oleh wang rakyat melalui suntikan dana RM250 juta dan geran RM6 juta yang diluluskan kerajaan. Keputusan untuk menganugerahkan projek kebangsaan yang dikategorikan sebagai Projek Berimpak Tinggi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) ini dibuat oleh kabinet Barisan Nasional yang dianggotai Tun Abdullah Badawi, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Justeru, prestasi NFC sudah tentu menjadi tanggungjawab menteri-menteri yang terbabit, apatah lagi apabila syarikat yang mendapat projek dimiliki sepenuhnya oleh keluarga menteri.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila NFC tidak diuruskan dengan baik sehingga tidak mencapai sasaran yang dipersetujui. Malah, transaksi NFC juga menunjukkan dana rakyat yang disalurkan melalui suntikan RM250 juta disalahgunakan untuk kegunaan keluarga dan ahli-ahli politik Umno.

Saya senaraikan transaksi berikut yang tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan benar-benar memantau NFC:

Pada tahun 2008 (di awal penubuhan), NFC membayar perbelanjaan Dato’ Seri Shahrizat Jalil sebanyak RM26,400. Jika benar isu NFC tidak ada kena mengena dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sewajarnya beliau langsung tidak ada urusan dengan syarikat ini apatah lagi menggunakan wang NFC untuk membayar perbelanjaan beliau.

NFC membayar sejumlah RM398,640 kepada Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dalam tahun 2009 sebagai bayaran sewa pejabat NFC di Mont Kiara. Tindakan menggunakan wang NFC dari dana RM250 juta untuk membayar sewa kepada pengarah-pengarah NFC perlu juga dijawab oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

NFC mendermakan lembu-lembu yang dibiayai dengan wang rakyat kepada YB Dato’ Shaziman Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan YB Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93.

Kalau isu yang serupa menyebabkan SPRM menyiasat YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, SPRM juga perlu tangkas menyiasat NFC, YB Dato’ Shaziman Mansor dan YB Yunus kerana mendapat lembu yang dibiayai rakyat.

NFC juga menjual lembu secara hutang kepada pimpinan Umno seperti YB Dato’ Seri Zulhasnan Rafique bernilai RM70,000 dalam tahun 2008, yang hanya dibayar dalam tahun 2009.

KEADILAN boleh sahaja mendedahkan secara terperinci setiap perbelanjaan yang melibatkan ramai lagi pimpinan Umno dan dana rakyat berjumlah RM250 juta ini. Skandal NFC telah menunjukkan bagaimana bobroknya sikap pimpinan Umno yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya atas alasan ia perbelanjaan sebuah syarikat swasta.

Malangnya, syarikat swasta itu dimiliki oleh keluarga seorang menteri dan dianugerahkan sebuah projek besar negara dengan suntikan dana RM250 juta. Tindakan yang lebih mulia ialah bagi menteri-menteri yang berkenaan memikul tanggungjawab dan mengambil tindakan tegas berhubung skandal NFC ini. - yb saifuddin nasution ismail (sumber)

Doa Yang Buat Khir Toyo & Gerombolannya Terkencing!


Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo menasihatkan blogger Tulang Besi agar memfailkan kes di mahkamah sekiranya Tulang Besi mempunyai bukti.

“Failkan kes di mahkamah kalau betul ada bukti. Jika benar terbukti mahkamah boleh mengisytiharkan bahawa pilihan raya tidak sah." Klik di sini

Apasal bangang sangat Khir Toyo ini? Dia Suruh Tulang Besi memfailkan kes di mahkamah! Seolah-olah mahkamah Malaysia ini boleh selesaikan semua perkara! Tunggulah nanti, bila sudah cukup bukti yang tidak dapat disangkal lagi!

Doa adalah senjata Mukmin. Hanya kepada Allah sahaja kita berserah sambil meneruskan usaha-usaha menghalangnya.Mungkin dengan doa tersebut, insya Allah , jika Allah makbulkan, akan terserlah bukti-bukti pembohongan yang Umno/BN lakukan itu.Saya perturunkan doa Tulang Besi yang menggerunkan Khir Toyo itu; sama-samalah kita mendoakannya - semoga di makbulkan Allah Subhanahu Wata'Ala


DOA SEMOGA ALLAH GAGALKAN PENIPUAN UMNO DALAM PRU-13

Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah.


Rabu, November 16, 2011

10 aktivis Islam yang ditahan di bawah ISA di Tawau


10, ditangkap pada hari Isnin, sama ada ahli-ahli PAS atau
penyokong, termasuk guru-guru agama yang dihormati.

TAWAU: Sepuluh guru-guru agama dan aktivis Islam ditahan di sini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh satu pasukan pegawai-pegawai polis dari ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman.

Operasi memerangi keganasan oleh Pasukan Tugasan Khas yang diketuai oleh DSP Azman Omar. Pihak polis tidak memberi sebarang maklumat mengenai penangkapan.

Keluarga tahanan telah dimaklumkan pada hari Selasa bahawa saudara-mara mereka telah ditahan di bawah ISA yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Mereka boleh disimpan yg putus hubungan dgn selama 60 hari, selepas Menteri Dalam Negeri boleh menahan mereka selama dua tahun.

Menurut sumber, mereka yang ditangkap adalah semua ahli-ahli PAS atau penyokong, termasuk guru-guru agama yang dihormati di daerah Tawau.

Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling mempersoalkan tangkapan yang katanya dibuat tanpa waran, notis atau apa-apa maklumat terlebih dahulu. Beliau juga mengadu bahawa operasi polis yang dijalankan di hadapan isteri dan anak-anak.

Beliau berkata polis harus menjelaskan keadaan sebenar supaya berita penangkapan tidak akan disalah tafsir dan meningkatkan andaian negatif mereka yang ditahan ".

Beliau berkata polis bersenjata dan kasar. Mereka turut merampas komputer riba dan wang tunai beberapa.

Mohd Aminuddin berkata operasi polis itu semua lebih mengejutkan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja diumumkan pada bulan September bahawa ISA akan dimansuhkan.

"Orang ramai yang terkejut dengan penahanan ISA," katanya.

"Perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan telah menyebabkan keadaan huru-hara dalam keluarga tahanan," katanya. Beliau menuntut 10 hingga akan segera dibebaskan tanpa syarat atau didakwa di mahkamah.

Ketua Polis Tawau Ibrahim Chin enggan mengulas tetapi media tempatan menyatakan bahawa terdapat kehadiran polis yang berat di sepanjang jalan ke lapangan terbang Tawau di kawasan Apas di mana tangkapan telah dibuat.

Menurut sumber, penangkapan boleh bagi apa-apa bilangan sebab, termasuk ancaman keganasan di Sabah. - Malaysian Must Know the Truth

Mampus Umno - Lebih Ramai Pemimpin Umno Bergelumang Dengan Tahi Lembu

Malaysiakini - Lagi pemimpin Umno diheret dalam skandal projek lembu
Hazlan Zakaria:33PM Nov 16, 2011

Berdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

NONEPada sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain.

1. Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.

2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009.

3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat.

4. RM368,640 yang dikatakan digunakan bagi sewa pejabat dan dibayar kepada pengarah NFC - suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran.

Syarikat itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah. Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab.

Masalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan.

Skandal NFC — Muhyiddin juga patut ditanya

Subky Latiff (Malaysian Insider)

16 NOV — Senator Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno dan menteri, sudah terlalu penat diasak dengan pertanyaan mengenai apa yang dikenali sebagai skandal National Feedlot Corporations (NFC).

Tidak tahu bagaimana dia hendak menjelaskan kepada rakyat bagi membersihkan namanya supaya menjadi seorang menteri dan Ketua Wanita Umno yang bersih.

Yang payah baginya ialah syarikat ternak lembu dimiliki oleh suami dan anaka-anknya. Modalnya dipinjam dari kerajaan sejumlah RM250 juta. Setakat ini ternakan itu belum menunjukkan prestasi yang sepatutnya.

Ia jadi skandal kerana membabitkan keluarga Shahrizat dan dia adalah seorang menteri yang tidak sepatutnya terbabit dalam mendapatkan bantuan kerajaan sebesar itu. Walau pun mendapat pinjaman itu syarikat suami dan anaknya tetapi suami itu adalah suami menteri dan anak-anak itu adalah anak-anak menteri.

Di situ terjadinya skandal dan fitnah itu. Di situ juga maruahnya jatuh. Dia tidak dapat menjadi ketua Wanita Umno yang lebih bersih daripada yang sebelumnya. Dia sudah dilihat sama seperti yang digantinya dulu.

Itulah adalah beban yang dia kena tanggung dan kena jawab. Tetapi mengapa kerajaan bodoh seperti dia juga? Kerajaan sepatutnya duit itu kepada keluarga menterinya.

Apa kelulusan dan pengalaman yang mereka ada selain
mempunyai seorang ibu sebagai Menteri?

Sudahlah Shahrizat menjatuhkan dirinya dalam kejadian itu dan kerajaan pula setuju untuk memberinya pinjam dan permit menjalankan perusahaan itu.

Shahrizat dapat hendak menjawabnya dan Perdana Menteri dan Menteri Industri Asas Tani yang menerima beban dari orang-orang sebelum mereka terkial-kial untuk menjawabnya. Mereka jawab tetapi jawapan yang melepaskan diri. Siapa yang yakin dengan jawab mereka?


Tetapi yang belum ditanya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dilihat menunggu masa saja untuk menggantikan Najib. Dia yang memberi kemudahan kepada suami dan anak-anak Shahrizat itu.Dia patut ditanya.

Cuba tanya dia! Adakah dia kenal dan ingat seorang rakyat Malaysia pernah tinggal di Afrika Selatan? Adakah dia jumpa orang itu semasa dia berkunjung ke Afrika Selatan dalam rangka kerjanya sebagai menteri perusahaan asas tani?

Adakah orang itu pernah bercerita kepadanya tentang usahanya untuk mengendalikan ternakan lembu dan kambing baka Afrika Selatan di Malaysia? Adakah orang itu minta bantuan dan nasihatnya bagaimana dia boleh mengendalikan ladang ternakan itu di negara ini?

Tidak dapat dipastikan adakah orang itu ada membentangkan rancangan dan persediaannya untuk menjayakan ternakan itu. Biasanya seorang yang minta nasihat menteri tentulah ada persiapannya.

Ada pun ladang NFC yang mendapat bantuan dan sokongan menteri itu dirasakan sama dengan apa yang dihasratkan oleh orang itu.

Tidak dipastikan adakah rancangan keluarga Shahrizat sudah sedia ada dalam pengetahuan kerajaan sebelum orang yang berkelana di Afrika Selatan memikirkan pelannya? Maka sang menteri menjelajah ke serata dunia bagi mendapatkan pengetahuan lengkap bagi menyokong projek suami Shahrizat itu.

Atau ilham itu diperolehi setelah ada orang bertanya mengenainya?

Tidak begitu penting apakah dia ingat orang Malaysia yang dikatakan pernah menemuinya di Afrika Selatan dulu.

Yang penting ialah bagaimana dia boleh bersetuju dengan suami dan anak-anak Shahrizat untuk meluluskan permohonan melagang ternakan besar-besaran sedang dia tahu Sahrizat adalah rakan sekabinet dengannya. Kaum kerabat menteri tidak sepatutnya dilayan.

Kalau dirasakan suami dan anak-anak menteri ada kelayakan untuk mengendalikan projek itu dan dia wajar disokong, maka pilihan yang terbaik ialah Shahrizat melepaskan jawatan menterinya dulu bagi menceburi penuh masa dalam ternakan itu.

Shahrizat boleh terus jadi pemimpin Wanita Umno, tetapi dia tidak wajar kekal sebagai menteri kerana suaminya memerlukan sokongan kerajaan bagi mengendalikan projek itu.

Tetapi adakah sang suami dan sang anak ada kepakaran dalam ternakan yang besar itu? Mereka bukan hendak memelihara sepuluh ekor kambing dan lembu di tanah tiga atau empat ekar. Mereka mahu memelihara beribu-ribu ternakan di tangah yang berpuluh ribu ekar.

Paling penting ialah modalnya dari pinjaman dari kerajaan. Bukan seratus ringgit. RM250 juta. Apa kelayakan bagi seorang mendapatkan ppimjaman sebesar itu? Apa jaminan duit kerajaan itu selamat?

Mahyuddin yang sedang berangan-angan untuk mengganti Najib yang amat goyang sekarang mesti ditanya mengapa dia luluskan duit sebesar itu?

Adakah Perdana Menteri, kerajaan dan menteri ditipu juga seperti yang dikatakan dilakukan oleh bekas pemimpin sebuah parti komponen Barisan Nasional?

Hentikan jualan sos cili 1Malaysia

Malaysiakini - Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64 ppm plumbum dan 0.08 ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Ketika dihubungi, ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu.

NONEKatanya, sampel sos cili berkenaan diperolehi dari kedai-kedai runcit dan pasar raya besar di sekitar Lembah Klang antara bulan Ogos dan September lalu.

Mengulas keputusan kajian itu, Ratna menggesa Kementerian Kesihatan untuk segera menghentikan jualan sos cili 1Malaysia.

"Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata.

"Ini berkaitan logam berat, mereka (Kementerian Kesihatan) sepatutnya tidak membenarkan jualan produk itu sehingga mereka sahkannya dengan ujian sendiri dan mengambil tindakan lanjut," katanya.

Menurut laporan itu, raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Selasa, November 15, 2011

Sukan Sea - Penyokong Upahan pun ada?

Palembang, Sumatra Selatan, beribu-ribu pelajar Indonesia telah diangkut dari kelas sekolah mereka untuk melakukan perkara yang tidak pernah difikirkan - bersorak untuk pesaing mereka Malaysia dan negara-negara lain semasa Sukan Asia Tenggara.

Agensi berita Antara melaporkan bahawa Pejabat Pelajaran dan Sukan (Disdikpora) Palembang telah mengambil pelajar daripada 28 sekolah rendah dan menengah di ibu kota wilayah Sumatera Selatan bersorak untuk negara-negara yang bersaing yang mungkin telah kekurangan sokongan.

Semasa perlawanan sepak takraw antara tuan rumah Indonesia dan Malaysia, 400 pelajar dari empat buah sekolah telah dikerahkan untuk bersorak untuk pasukan Malaysia.

Mereka dibekalkan dengan baju dan bendera Malaysia.

"Tugas kami adalah untuk menyokong Malaysia, oleh itu kita menjerit 'Malaysia, Malaysia!' pada setiap permainan mereka, " pelajar sekolah menengah rendah, Ayu Napsadewi memberitahu Antara.

Disdikpora memerlukan setiap 28 sekolah membekalkan sekurang-kurangnya 100 orang pelajar dan 10 orang guru untuk menyokong pasukan asing.

Guru sekolah menengah rendah, Samsidar, 44, berkata, sokongan itu penting untuk meningkatkan semangat atlet.

"Kami telah menjadi tuan rumah yang baik, maka kita juga mesti menyokong pasukan tetamu," kata Samsidar.

Pelajar terlibat telah disediakan pengangkutan pergi dan balik ke tempat-tempat sukan, makanan dan sejumlah kecil wang tunai.

Diana, guru yang lain, berkata perkiraan itu membenarkan pelajar untuk menyaksikan pelbagai sukan.

"Kebanyakan pelajar hanya tahu tentang bola sepak dan badminton, manakala terdapat masih banyak sukan lain yang menarik seperti bola lisut, besbol, bola tampar pantai dan menembak," kata Diana.

Antara / JG

Zaid Hamidi punya jet peribadi?

Zahid Hamidi mengakui terbang ke Saudi dengan jet peribadi

November 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku beliau terbang ke Arab Saudi untuk haji dalam jet peribadi tetapi milik kawannya, katanya.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan beliau memiliki pesawat tersebut.

Beberapa blogger telah menuduh beliau rasuah, mempersoalkan bagaimana dia mampu mempunyai jet dengan pendapatan kerajaan.

Ahmad Zahid (gambar) adalah anggota kedua Kabinet di bawah pemerhatian awam dalam beberapa minggu kebelakangan ini berikutan laporan Ketua Audit Negara bulan lalu.

Lebih terdahulu, Menteri Wanita , Keluarga dan Komuniti Hal Ehwal, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah diserang kerana penyalahgunaan kuasa selepas Ketua Juruaudit negara mendedahkan suami dan anak-anaknya yang terlibat dalam Perbadanan Fidlot Negara, projek multimilion ringgit pertanian lembu kerajaan , dan melingkupkannya.

Dalam mesej teks kepada The Malaysian Insider hari ini, Ahmad Zahid mengaku menaiki jet ke Mekah untuk haji baru -baru ini.

"Ya, ia benar, tetapi saya hanya menumpang naik. Kebetulan dia juga mengerjakan haji, "katanya.

"Adakah itu salah?" Dia menyoal kembali.

Menurut dakwaan-dakwaan yang tersebar melalui e-mel, Ahmad Zahid telah diterbangkan buat pertama kalinya ke Mekah untuk bertemu dengan isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis, yang telah pergi terdahulu ke Arab Saudi. Kedua-dua mereka kemudian menaiki jet peribadi ke Jeddah.

"Siapakah pemilik jet persendirian ini, jika rakan [Ahmad Zahid] beliau; apakah sebab untuk menggunakannya?

"Adakah rakan beliau mempunyai kepentingan dalam Kementerian Pertahanan?

"Jika dia menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet, mana dia mendapat begitu banyak?" Mengikut e-mel misteri yang dihantar keluar.

Laporan itu juga menyebut naib presiden Umno yang sering terbang ke Saudi pada bulan ummat Islam berpuasa Ramadan dengan rakan perniagaan yang dikenali hanya sebagai "Tuan Sheikh Rozi."

Menteri pertahanan tidak menyebut perkara ini dalam jawapan beliau kepada The Malaysian Insider.

Bagan Datok MP ini telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 2009 apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Sebelum itu, beliau adalah seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dengan perkara-perkara berkaitan agama Islam.

Sudah kantoi tapi masih nak ugut orang!

Chef Riz tentunya tidak menyangka profil kelayakannya yang disiarkan dalam laman web Astro Ria mendakwa beliau pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai ‘Chef de Cruisine’ di Babboo dan ‘Sous Chef’ di Le Bernardin akan berlaku penyiasatan sampai ke akar umbi.

Malang baginya kerana pihak The Malaysian Insider telah menghubungi Restoran Babbo dan pihak terbabit menafikan pernah mempunyai pekerja yang bernama Mohd Nadzri Redzuawan.Maka terbongkarlah kepalsuan Chef Riz. Namun begitu, Chef Riz tetap cuba mempertahankan dan menyatakan yang dia pernah bekerja di sana.

Tetapi, Chef Riz sudah kantoi, apabila ayahnya sendiri, Chef Wan tidak mahu bersekongkol dengannya dan menyatakan kesal dengan sikapnya itu.

Mahu tak mahu, dah kantoi, terpaksalah mengaku dan minta maaf. Saya katakan Chef Riz terpaksa memohon maaf kerana sudah kantoi. Namun, kenyataan yang berupa pengakuan dan minta maaf ini tidak disiarkan oleh Malaysian Insider, menunjukan bahawa Chef Riz gagal menjelaskan kedudukan sebenar tentang dirinya kepada portal tersebut.

Kalau tidak kerana Deborah Chang yang mendedahkan kelentong Chef Riz itu, sudah tentu satu Malaysia terus menerus kena kelentong hidup-hidup.Chef Riz sepatutnya menghubungi wartawan Deborah Chang dan memohon maaf kepadanya. Chef Riz sepatutnya berterima kasih kepada The Malaysian Insider kerana telah memberikannya satu pengajaran hidup yang amat vital dalam kehidupan iaitu 'merendah diri' dan tidak perlulah nak ugut itu ini.Lihatlah perangai Chef Riz dalam kenyataannya berikut :

Insiden ini menjadi pengajaran supaya saya tidak mengulangi perkara yang sama di kemudian hari. Saya berterima kasih kepada pihak Astro kerana menerima penjelasan saya sekaligus memaafkan perbuatan saya itu. Dalam masa yang sama, saya juga memohon kepada The Malaysian Insider supaya tidak memanjang-manjang perkara ini. Saya sudah pun mengakui kesilapan. Saya rasa dimanipulasi oleh pihak berkenaan kerana sehingga kini mereka masih terus-terusan menulis tentang saya. Saya berpendapat apa yang dilakukan oleh penulis, Debra Chong itu memang busuk hati. Memang dia ada menghubungi saya semalam, tetapi saya tidak kenal dia. Dia sengaja memperbesar-besarkan perkara ini.

Ingin saya maklumkan di sini, pihak Astro tidak pernah mempersoalkan kelayakan saya dan mereka menjemput saya sebagai juri atas sebab yakin dengan keupayaan dan kebolehan saya sebagai seorang Chef. Jika Debra masih tidak menghentikan perbuatannya, tidak mustahil saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Ini kerana ada sesetengah fakta yang ditulis bukan daripada saya,” ulas Chef Riz panjang lebar selepas berjaya dihubungi.

Isnin, November 14, 2011

Cara lembu nak selamatkan kroni

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata agensi itu tidak boleh menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sebaliknya menyerahkan polis.

Katanya aduan berkaitan hanya boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan.Baca di sini

Slime Darby- "tidak boleh menyiasat kes pembelian kondominium"?... hundreds of millions in public funds channelled to a company controlled by a minister's family which uses RM10 million to buy a luxury condo instead of its original intention...WHAT DOES IT TAKE TO GET INVESTIGATED??

Remember the Tan Sri Khalid Aidil Adha cows incident? That was over 46 cows. Remember Teoh Beng Hock? That was over only RM2,000!

Forget about "transforming" the economy and "stemming the brain drain"...corruption is the number one issue in Malaysia. It is the reason why so much of our valuable (and irreplaceable) resources have been squandered over the decades allowing our competitor countries to overtake us. Najib has proven yet again by his actions (and inactions) that he is not serious about corruption and has no intention of changing the status quo.

Shuib Hanafiah · masa kes bendera teoh beng hock,sprm bolih pula dengan serta merta menyiasat,bila melibatkan kroni berbagai bagai alasan pula di keluarkan sprm

Jumaat, November 11, 2011

Royalti: Harap PM terbuka hati lepas tunai haji


KUALA LUMPUR, 10 Nov: (Harakah) Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menyerahkan 'Amanat Tun Abdul Razak' kepada Perdana Menteri berhubung hak negeri itu mendapat bayaran 5 peratus royalti petroleum.

Penyerahan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.

Turut serta dalam rombongan menyerahkan amanat itu, lebih 30 orang terdiri daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) serta ahli-ahli parlimen Kelantan yang masing-masing membawa poster amanat tersebut termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

'Amanat' itu merupakan jawapan Tun Abdul Razak selaku perdana menteri terhadap pertanyaan Lim Kit Siang di dewan rakyat pada tanggal 12 November 1975 yang berbunyi;

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,".

Menurut Husam yang juga exco negeri Kelantan, penyerahan itu dibuat sempena merayakan ulang tahun ke-36 ucapan bekas perdana menteri ke-2 itu.

Ianya juga sebagai penerusan tuntutan kerajaan negeri kepada pusat, agar membayar wang 5 peratus yang sekian lama dinafikan itu.

"Kami berharap dengan pulangnya haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi parlimen selepas itu.

Selain amanat Tun Razak itu, satu surat mengandungi bukti jawapan menteri di Dewan Negara juga turut diserahkan kepada perdana menteri.

Ianya termasuk jawapan menteri tidak berpotfolio, Tan Sri Chon Hon Nyan terhadap soalan Senator Raja Nong Chik Raja Ishak pada 7 Januari 1977.

Jawapan tersebut antara lain berbunyi;

"Dalam Gerakan mencarigali minyak ini di dalam kawasan Continental Shelf, hak itu sudahpun diberikan kepada PETRONAS dan PETRONAS sudahpun mengadakan perjanjian dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan dasar laut itu, sebagaimana saya katakan tadi supaya royalti 10% itu dibahagi kepada dua pihak".

Satu lagi bukti adalah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Kasitah Gaddam pada 4 April 1989 terhadap soalan Senator Tuan Hassan Harun yang berbunyi;

"Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak".

Telaga Bumi dan Suria

Selain itu, Kelantan juga menuntut pengeluaran gas di Telaga Bumi dan Telaga Suria di kawasan bertindih dengan Terengganu yang beroperasi April lalu juga didaratkan di negeri itu.

Setakat kini katanya, Petronas pada 24 September lalu telah membuat pengumuman akan mendaratkan gas tersebut di Kerteh iaitu sepanjang 2000 kilometer pipeline di lautan.

"Kami sangat berharap gas ini dapat didaratkan di Kelantan.

"Kelantan telah menyediakan satu zon petroleum industri di Bachok seluas 2000 ekar dan saya telah menulis surat kepada presiden Petronas supaya isu pendaratan gas daripada Bumi dan Suria ii dilakukan di Kelantan," kata Husam.

Rabu, November 09, 2011

Bijak betul lembu Shahrizat bercakap!


Pusat Fidlot Nasional (NFC) tidak dapat digunakan sepenuhnya RM250 juta pinjaman mudah daripada kerajaan sebagai dana telah diletakkan dalam escrow, Datuk Seri Noh Omar berkata, hari ini.

"Ini adalah akaun escrow. Ini bermakna terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi, "kata menteri pertanian dan industri berasaskan pertanian manakala menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan di Parlimen.Baca lagi disini

Kenapa Datuk Shahrizat Jalil tidak berani tampil ke hadapan menjelaskan secara terperinci - hanya membiarkan lembu-lembunya bercakap sahaja?

Selasa, November 08, 2011

Berkunjunglah ke Sungai Rokam - Kampung Tanpa Sampah!

Setelah DUN Sungai Rapat, Hamidah Osman bersama MB Kudeta Perak, Zambry Abd Kadir melancarkan “Kampung Tanpa Sampah” di Kampung Sungai Rokam beberapa minggu sudah, Perak Today dengan bangganya melaporkan bahawa projek tersebut telah berjaya mencapai sasarannya. Mengikut laporannya, Kampung Sungai Rokam kini menjadi kampung contoh.Ekoran itu, projek seumpamanya akan dilanjutkan ke Kampung-kampung lain.

Air Sungai Rokam kelihatan jernih bersih dan ikan-ikan
jelas kelihata riang berenang didalamnya


Projek Kampung Tanpa Sampah sangat berkesan
di Sungai Rokam - ikan-ikan mulai membiak didalamnya.

Bersempena dengan Sambutan Melancong Ke Perak tahun 2012 tidak lama lagi, elok benarlah jika Kampung Sungai Rokam ini dijadikan salah satu tempat persinggahan pelancung kerana kebersihan dan keindahan panorama Sungai Rokam - sungai yang namanya diambil untuk dinamakan kepada sebuah kampung yang permai dan bersih - ramai orang akan terpegun dan taajub apabila melihat keindahannya.

Aku cuba bayangkan Hamidah sebagai puteri Duyung sedang bersiram ditepian sungai yang airnya mengalir lesu itu.....

Inilah Sungai Rokam - sempena namanya kampung ini dinamakan.
Lihatlah berapa banyak ikan sedang berenang didalamnya!

Ha! ha! atas itu tadi adalah gambar ikan dalam kolam aku!! Lebih baik panoramanya dari apa yang Hamidah dan Zambry buat projek tu!Tidak tahu siapa yang patut dipertanggung jawabkan tentang kebersihan sungai ini - sama ada JPS atau DBI ?

Hamidah kena tolong-tolonglah tengokkan hal tersebut.Buat malu kampung aku aje kalau orang luar datang ke sini.Dan Ketua Umno Sungai Rokam, 'Lan Giant' , tapi aku lebih mesra panggil dia 'Lan Gian' yang duduk sebelah sungai ni buat apa?

Hamidah dan Zambry yang melancarkan "Kampung Tanpa Sampah" tempohari itu entah apalah yang mereka berdua tu buat. Aku cuma nampak Zambry beraksi mengayuh beca buruk dengan membawa seorang penumpang pada hari pelancarannya dulu . Entah apa faedahnya warga emas yang bertugas membersihkan kawasan Dewan Sungai Rokam itu dijadikan 'model' penumpang beca yang sudah buruk itu.


Bacalah kelentong Perak Today (laporannya di bawah) melaporkan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh kini merancang untuk memilih sebuah kampung Cina dan India untuk melaksanakan program yang sama . Konon-kononnya, selepas melihat kejayaan di Kampung Sungai Rokam ini dan bercita-cita untuk melanjutkan program tersebut ke kampung-kampung lain juga.

SELEPAS pengenalan yang berjaya “Kampung Tanpa Sampah” di sebuah kampung Melayu tradisional, Majlis Bandaraya Ipoh kini merancang untuk memilih sebuah kampung Cina dan India untuk melaksanakan program ini.

Datuk Bandar Datuk Roshidi Hashim berkata dengan bantuan daripada wakil-wakil rakyat mereka akan memilih dua kampung tidak lama lagi.

Beliau berkata objektif majlis adalah untuk memastikan persekitaran yang lebih bersih, terutama di Ipoh.

Roshidi berkata selepas melihat kejayaan di Kampung Sungai Rokam, majlis itu memutuskan untuk melanjutkan program ke kampung-kampung lain juga.

“Di bawah semangat 1Malaysia, kami berharap untuk memilih sebuah kampung Cina dan India bagi maksud itu.

“Kampung Sungai Rokam adalah kampung pertama di bawah program bagi negeri yang telah dilancarkan oleh Kasyaf Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada 20 Okt.

“Kami telah memilih kampung ini kerana ia adalah sebuah kampung model di Ipoh dan juga terletak strategik di dalam Daerah Kinta, selain teratur dan bersih,” katanya pada mesyuarat lembaga penuh baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Roshidi berkata majlis bandar di tengah-tengah menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan dengan masyarakat India.

Beliau berkata ini termasuk masalah setinggan di Buntong MBI dan Kampung Tai Lee tanah rizab.

Perkembangan ini, katanya, adalah amat menggalakkan.

“Majlis merancang untuk membangunkan projek perumahan yang mampu dimiliki di kedua-dua lokasi,” katanya.

Roshidi berkata selain bahawa terdapat beberapa bidang yang sinonim dengan masyarakat India.

Beliau berkata, Kampung Kacang Putih dan Little India adalah antara tempat-tempat yang berpotensi yang boleh dimajukan sebagai kawasan pelancongan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semasa lawatan beliau baru-baru ini ke Ipoh, telah mengumumkan bahawa RM300mil akan disediakan untuk membangunkan Little India.

Sebelum ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan yang RM1.5mil untuk mengecat semula bangunan-bangunan, membina laluan pejalan kaki dan memasang lampu jalan.

“Majlis akan terus meningkatkan infrastruktur dan kemudahan di kawasan tersebut dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan itu menjadi satu destinasi pelancongan yang terkenal,” katanya.

Tetapi benarkah Kampung Sungai Rokam ini sudah benar-benar merupakan sebuah "Kampung Tanpa Sampah' dan layak dijadikan contoh sebagaimana digembar gemburkan itu?

Berikut sila lihat bukti-nya yang nyata.Bahawa dakwaan Kampong Sungai Rokam bebas sampah adalah pembohongan dan ianya hanyalah propaganda kosong semata-mata.


Dua buah rumah usang bersebelahan yang
menyakitkan mata .Kenapa Hamida Osman tidak
beri bantuan untuk membaik pulih? dan mengapa
MBI terus membiarkan bangunan yang terlalu
usang ini dengan tumbuhan liar, serta semak-samun
menjadi sarang nyamuk, tikus atau mungkin juga
ular, begitu sahaja?



Dua longgokan sampah ini betul-betul di persimpangan
hala
menuju ke kediaman DS Nizar - Lebuh Mawar


Di Persiaran Gunung Rapat 4


Berhampiran padang Kanak-Kanak Sungai Rokam


Taman Permainan Kanak-Kanak depan Medan Selera


Longgokan ini dibelakang Taman Selera Sungai Rokam


Tempat duduk yang dah runtuh tetapi dibiarkan
begitu sahaja -Padang Kanak-Kanak Sungai Rokam


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...