Followers

Sabtu, Disember 31, 2011

Jamil Khir Gagal Jelaskan 'Pendahuluan’ RM63,650 Daripada Wang Zakat

Akhirnya, Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Jamil Khir Baharom terpaksa tampil dan buka mulut setelah diasak supaya menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.

"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," kata beliau kepada pemberita di sini

Sebelum ini Jamil Khir dikatakan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu tersebut.Namun tiada apa yang baru bila Jamil Khir buka mulut.Hanya sanya lebih busuk dari mulut pegawai yang cuba membelanya di sini

Pada Jun 2011 juga Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman ini.Kenyataan terbarunya kali ini pun seropa apa yang pegawai itu sebut sebelumnya - tidak menyebut tentang ‘pendahuluan’ RM63,650 daripada wang zakat yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara pada November 2011.

Sementara itu , Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menyifatkan dakwaan Jamil Khir itu menghina Ketua Audit Negara yang membuat laporan bahawa wang zakat telah digunakan untuk membayar kos guaman tersebut.

"Menghina Ketua Audit Negara bermakna menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Ketua Audit Negara dilantik oleh baginda," kata nya lagi.

"Selain menghina Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Jamil Khir sebelum itu telah melakukan jenayah pecah amanah wang zakat dan institusi zakat yang terlibat itu berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya di sini

Jumaat, Disember 30, 2011

Tolong Selamatkan TGNA dari Gerombolang Perpaduang

Ramai orang yang menyambut baik dan menganggap semuanya sudah selesai apabila ada laporan menyatakan Hasan Ali memohon maaf dan menarik balik segala tohmahannya terhadap PAS.

Tiba-tiba Hasan Ali mengamuk lagi. Dia nafikan laporan Harakahdaily yang menyebut dia turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan.

Hasan Ali kata, dia terkilan dengan laporan itu kerana “memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan.”

Sehubungan itu, Harakahdaily menyiarkan trankripsi penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember .

Sekali gus pendedahan Harakahdaily itu telah meletakkan TGNA berhadapan satu lawan satu dengan dakwaan Hasan Ali tersebut.

Sidang media tersebut tidak dibuat secara formal dan tidak melibatkan Hasan Ali bersama. Ianya hanya pernyataan dari sebelah pihak sahaja.Orang ramai mulai ragu-ragu dan mulai bertanya apakah TGNA berbohong dengan media?

Di sini kita lihat, keperibadian TGNA mulai tercalar. Sosok tubuh yang merupakan penentang utama ’perpaduang’ sudah terperangkap dengan mainan puak-puak perdaduang. Semuanya nampak sebagai satu perancangan - selain TGNA, orang-orang lain yang terlibat semuanya puak-puak perpaduang.

Dua orang pucuk pimpinan parti yang ada bersama mereka pun senyap sepi tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Tolonglah selamatkan Tuan Guru Nik Aziz dan PAS dari gerombolan perpaduang tersebut.

Khamis, Disember 29, 2011

Saya lebih yakin kata-kata Tuan Guru daripada Hasan Ali

Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali. “Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” -Hasan Ali

Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.



Lihatlah betapa bongkaknya si Hasan Ali menafikan tujuan pertemuan bersama Tuan Guru Nik Aziz di Kota Baru kelmarin. Bandingkan pula dengan kata-tutur Tuan Guru yang memuji sikap Hasan Ali. Saya lebih percaya apa yang TGNA katakan.

Walau apa pun ada baiknya dua lagi pemimpin PAS yang eskot Hasan Ali dalam perjumpaan tersebut, iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din memberi sedikit penjelasan mengenai perkara sebenar.

Kenduri Hasan Ali Tak Jadi !


Nampaknya kenduri besar-besaran untuk meraikan laporan mengenai permohonan maaf Hasan Ali terpaksa ditunda ke suatu masa yang tidak dapat ditentukan lagi. Ini disahkan sendiri oleh Hasan Ali di sini

Bahawa dengan itu, segala dakwaan Hasan Ali berkenaan PAS yang sudah 'tergelincir' dari landasan perjuangannya masih dipertahankan olehnya.

Apa tindakan PAS seterusnya? Kenduri tak jadi. Orang kampong semua dah dijemput hadir hanya untuk melihat pesta baling taik babi kat PAS masih lagi berterusan.

Sebaliknya, Utusan dan TV3 tentu seronok boleh dapat buat kenduri besar ....

Salah Guna Wang Zakat - Kenapa Jamil Khir Masih Bebas?

Ingat lagi kisah seorang Amil yang melarikan wang zakat sebanyak RM18,000. Beliau menyerah diri kerana berasa malu setelah beritanya mula tersebar pada 29 Oktober, amil yang diburu polis itu pun menyerah diri. Dia di reman mulai 30 Oktober untuk selama 4 hari siasatan polis Dan pada 1 November 2011, beliau menerima hukuman penjara 4 tahun dan 3 sebatan .

Tapi bagaimana dengan Menteri di Jabatan PM yang menjaga hal ehwal agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Majlis Agama Islam Federal Territory , Datuk Che Mat Che Ali yang telah menyalahgunaan dana zakat berjumlah RM63, 650 sebagai mana dicatatkan dalam laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010

Mereka berdua ini langsung tidak berasa malu. Dari kulit apa muka mereka ini diperbuat?

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL , Datuk Mat Zain Hamzah turut menonjolkan penyalahgunaan ini dan berterusan dalam mengkritik isu tersebut di sini

Bandingkan betapa tangkasnya PDRM bertindak keatas seorang amil yang melarikan wang Zakat – beritanya mula tersiar di akhbar dan tv pada 28 Oktober 2011 berbanding dengan penyalahgunaan yang melibatkan seorang Menteri dan Ketua Pengarah JAWI? Padahal ia melibatkan wang yang jauh lebih besar jumlahnya.

Pak Chad, seorang pesara pegawai tentera menyifatkan Jamil Khir bukan sahaja mengaibkan Angkatan Tentera dari mana dia telah dilatih dan berkhidmat, tetapi yang lebih penting untuk merosakkan pejabat dimana beliau kini memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan PM yang menjaga hal ehwal agama Islam. Baca komennya di sini

Rabu, Disember 28, 2011

Jom Makang Kenduri Lembu Fidlot !

Mursyidul ’Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Dr Hasan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Saya berharap PAS pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau di sini

Maka anggaplah segala apa tuduhan Hasan Ali itu semuanya karut. Segala apa pendedahan Mustafa Ali itu semuanya karut. Bab kerajaang Perpaduang itu semuanya mengarut adanya ....jom kita makang kenduri lembu fidlot! Masih banyak lembu kat merata tempat ni ....

Akibat Setia Menyokong Umno/ BN

Orang Asli Suku Kaum Seletar dari sekitar Johor baru-baru ini telah menghantar satu memorandum kepada MB Johor untuk membantah pembangunan di sekitar Selat Johor yang telah menjejaskan kehidupan mereka.

Mereka membantah terhadap keputusan kerajaan memberikan hak milik tanah yang mereka telah diami sejak beberapa generasi lalu kepada pemaju swasta tanpa mengambil kira bagaimana kehidupan mereka akan terjejas oleh keputusan-keputusan ini .

Antara isu-isu yang diketengahkan dalam memorandum itu adalah seperti berikut:

Orang Asli Suku Kaum Seletar telah mendiami Johor selama lebih 100 tahun, hak-hak mereka sebagai masyarakat Orang Asli Suku Kaum Seletar keatas tanah itu telah secara terang-terangan dinafikan.

Mereka telah dipaksa untuk hidup dalam serba kekurangan yang teruk kerana tanah mereka telah diceroboh, kawasan hutan paya laut yang mereka telah dengan teliti dipupuk, dibersihkan, untuk menampung perkembangan yang menyebabkan pencemaran yang teruk dan secara langsung dan buruk memberi kesan kepada kehidupan Orang Asli Suku Kaum Seletar.

Sehingga hari ini, walaupun bertahun-tahun lamanya Orang Asli Suku Kaum Seletar telah menjadi penyokong kuat kerajaan Johor, mereka tidak mempunyai air dan elektrik di kawasan-kawasan mereka.


Mereka telah membuat permintaan supaya kerajaan Johor campur tangan dan menghentikan semua pembangunan yang menjejaskan kehidupan mereka ke tahap yang mereka tidak dapat menjaga diri mereka sendiri.

Wartawan warganegara, Christine Leong telah menekankan nasib Orang Asli Suku Kaum Seletar dalam video 8-bahagian. Pautan untuk video ini telah disediakan:

Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5
Bahagian 6
Bahagian 7
Bahagian 8

Memorandum Orang Seletar kepada MB Johor:

JMOASJ | Dec 15, 2011 05:31:30 pm
MEMORANDUM BANTAHAN PEMBERIMILIKAN TANAH DAN KAWASAN ORANG ASLI SUKU KAUM SELETAR KEPADA PIHAK-PIHAK LAIN DAN BANTAHAN RANCANGAN PEMBANGUNAN BESAR-BESARAN DI BAWAH ISKANDAR MALAYSIA YANG MENINDAS HAK DAN KEPENTINGAN ORANG ASLI

Kepada:
Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman
MENTERI BESAR
JOHOR DARUL TA’ZIM
Daripada:
Jaringan Masyarakat Orang Asli Seletar Johor
Pada: 15 Disember 2011
Kami masyarakat Orang Asli suku kaum Seletar (Orang Seletar) dari seluruh negeri Johor (lihat Lampiran 1) sebulat suara membantah dasar kerajaan negeri Johor yang membangunkan kawasan pesisiran pantai di Selat Johor secara besar-besaran tanpa mengambil kira kepentingan dan hak Orang Seletar. Kami juga membantah tindakan kerajaan memberimilik tanah kepada pihak-pihak tertentu tanpa mempertimbangkan hidup mati Orang Seletar yang telah menduduki kawasan ini secara turun temurun selama ratusan tahun.Bantahan kami adalah berasaskan perkara-perkara dan sebab-sebab yang berikut:

1. Kami Orang Asli Seletar telah lama mendiami kawasan perairan Selat Johor, Sungai Pulai dan Sungai Johor. Kami hidup dan mencari rezeki di kawasan-kawasan tersebut secara turun-temurun sejak zaman nenek moyang kami.

2. Sejarah Orang Seletar di kawasan selatan Johor adalah sangat lama. Mengikut sejarah, Orang Laut Seletar memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Kesultanan Johor. Hubungan Orang Seletar dengan pemerintah Johor adalah rapat dan istimewa. Ramai pengkaji telah merakamkan fakta tentang kedudukan Orang Seletar dalam buku sejarah.

3. Namun demikian, semenjak projek Iskandar Malaysia bermula akhir-akhir ini, kami berasa kehidupan semakin tersepit dan terancam. Tanah dan wilayah adat yang kami warisi dari nenek moyang kami telah diceroboh. Hutan bakau ditebang berleluasa. Pembangunan tidak terkawal telah mencemarkan sungai dan laut.

4. Pencerobohan tanah: Di Kg. Sg. Temun, kawasan kampung telah diberimilik kepada pihak syarikat tanpa pengetahuan dan persetujuan kami. Di Kg. Bakar Batu, tanah perkuburan nenek moyang kami sekarang sudah menjadi tanah hak milik syarikat swasta. Syarikat yang terlibat ini adalah anak syarikat pemaju Iskandar Investment Berhad. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?.

5. Kehilangan hutan bakau: Sejak kecil Orang Seletar dididik untuk menjaga hutan bakau, kerana dari situlah ikan, udang dan ketam hidup membiak. Tetapi sejak bermulanya projek Danga Bay dan seterusnya Iskandar Malaysia, hutan bakau yang sangat luas telah ditebang. Contohnya, pulau di muara Sungai Skudai yang kami namakan Pulau Kecil, kini menjadi tapak rumah banglo mewah tetapi dulunya hutan bakau tempat pencarian hasil laut kami. Tanpa hutan bakau, mata pencarian Orang Seletar merosot dan hidup merana.

6. Pencemaran air sungai dan laut: Sesudah hutan bakau ditebang, kerja-kerja tanah di tepi sungai dan laut pula giat berjalan tanpa kawalan rapi. Akibatnya pencemaran air yang serius dan hasil tangkapan ikan kami berkurangan. Malah sangkar-sangkar ikan (termasuk udang, kupang dan ternakan lain) yang kami usahakan mengalami kerugian, walaupun sebelum ini berjaya.

7. Kami juga merasa sangat kecewa kerana masih terdapat perkampungan Orang Seletar yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan air. Di Kg. Pasir Salam, awal pagi kanak-kanak kena pergi ke sekolah dengan menaiki bot dalam kegelapan. Macam-macam projek pembangunan berjalan, tetapi kemudahan asas di kampung kami masih berkurangan.

8. Selama ini, Orang Seletar memberi sokongan penuh kepada kerajaan. Hakikatnya, sokongan Orang Laut yang tidak berbelah bagi kepada Sultan Johor pada suatu ketika dahulu adalah begitu penting untuk mengukuhkan kerajaan Johor.

9. Tetapi kini kami kecewa dan ingin membantah dasar kerajaan negeri dengan lantang. Tanah kami Orang Seletar diambil, hutan bakau ditebang, dan air tercemar. Tidak pun sesekali kami masyarakat Orang Seletar diberi makluman, ditanya pendapat ataupun diminta kebenaran tentang projek-projek demikian yang telah dan sedang berlaku di wilayah adat kami.

10. Kami yakin apa yang berlaku telah bercanggah dengan kebebasan asas seseorang warganegara Malaysia yang diberi jaminan oleh Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 5 (hak untuk hidup), Perkara 8 (kesamarataan di sisi undang-undang) dan Perkara 13 (hak kepada harta benda). Orang Asli Seletar adalah penduduk asal di negeri Johor. Kami ada hak terhadap wilayah adat kami. Kami enggan dilayan umpama setinggan atau pendatang haram.

Dengan ini, kami menuntut Menteri Besar dan kerajaan negeri agar:

1. MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA memberhentikan projek-projek yang menceroboh kawasan Orang Asli Seletar serta menjejaskan kehidupan kami. Membatalkan pemberimilikan tanah-tanah Orang Asli kepada pihak-pihak yang lain. Wilayah adat dan tanah Orang Asli seharusnya diwartakan sebagai rizab Orang Asli dan kekal untuk generasi akan datang.

2. Memberi jaminan bahawa Orang Seletar tidak akan dihalang daripada mencari hasil laut di wilayah adat kami, iaitu secara umumnya di kawasan Selat Johor, dan kawasan perairan dalaman sepanjang Selat Johor. Kegiatan yang menjejaskan hutan bakau dan mencemarkan air sungai dan laut harus diberhentikan dan dikawal. Harus dipastikan bahawa projek pembangunan yang berjalan tidak mendatangkan kesan buruk kepada hasil pencarian Orang Seletar.

3. Memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada hak masyarakat Orang Asli khasnya melalui pewartaan wilayah adat kami. Ini berdasarkan prinsip yang terterap dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan dengan Hak Orang Asal (UNDRIP). Cadangan kerajaan persekutuan untuk mejalankan suatu Dasar Pemberimilikan Tanah harus dibatalkan.

4. Prihatin kepada suara rakyat Orang Seletar. Apabila ada sebarang rancangan yang mempengaruhi kawasan Orang Seletar, sewajarnya rundingan diadakan seawal yang mungkin. Kerajaan harus mendengar dan memahami hasrat dan pandangan Orang Asli SEBELUM suatu ketetapan dibuat. Kami menolak pujukan atau paksaan yang selalu dikenakan terhadap Orang Asli agar berkorban tanah dan hak untuk orang lain.

5. Memberhentikan segala penindasan terhadap Orang Asli, layan kami dengan adil. Sekiranya tanah kami terpaksa diambil untuk tujuan awam, maka pampasan yang berpatutan harus diberi kepada kami. Bukanlah hasrat Orang Seletar untuk menghalang pembangunan, tetapi kami mahu anak cucu kami maju dan hidup bermaruah setanding kaum lain. Apa yang berlaku sekarang jelas meminggirkan kepentingan kami. Ini tidak boleh kami terima.

Berserta dengan memorandum ini dilampirkan tandatangan bantahan dari seluruh masyarakat Orang Asli Seletar berkenaan perkara-perkara yang ternyata di atas.

*Disediakan oleh Jawatankuasa Kerja Jaringan Masyarakat Orang Asli Seletar Johor (JMOASJ), 2011.

LAMPIRAN 1
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Senarai Kampung Orang Asli Seletar di Negeri Johor
Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor Bahru.
Kampung Sungai Temun, Perling, Johor Bahru.
Kampung Bakar Batu, Perling, Johor Bahru.
Kampung Teluk Jawa, Masai, Johor Bahru.
Kampung Kuala Masai, Masai, Johor Bahru.
Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang, Johor Baru.
Kampung Teluk Kabong, Pasir Gudang, Johor Bahru.
Kampung Pasir Salam, Sg. Tiram, Johor Bahru.
Kampung Sungai Papan, Kota Tinggi.

sumber

Selasa, Disember 27, 2011

Rakyat Perak tidak lupa kezaliman UMNO, BN – V. Sivakumar

Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri Perak. Ketiga-tiga parti ini telah membentuk kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri Perak.

Tetapi, kerajaan pusat Barisan Nasional yang dengki terhadap kerajaan baru Pakatan Rakyat itu telah menggunakan pelbagai taktik kotor untuk merampas kembali kerajaan pilihan rakyat. BN telah menggunakan kuasa kerajaan pusat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak.

Seluruh rakyat Malaysia tahu bagaimana BN membeli ‘katak’ untuk mereka kembali berkuasa di negeri Perak.

Tetapi rakyat Perak tidak mudah lupa. Kini mereka sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 untuk memberi satu tamparan kepada BN yang bongkak dan rakus dalam menjatuhkan kerajaan pilihan mereka.

Peristiwa-peristiwa hitam di Perak

Rakyat Perak masih ingat tentang peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku di pada tahun 2009. Antara kerakusan, kezaliman dan ketamakan kuasa UMNO-BN ialah:

* Peristiwa ‘lompat katak’ yang menghilangkan majoriti kerajaan Pakatan Rakyat di DUN Perak.

* Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencabar keputusan Speaker DUN Perak yang mengosongkan 3 kerusi DUN iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

* Setiausaha Kerajaan Negeri membuat perangai dengan menghalau pimpinan Pakatan Rakyat daripada bangunan SUK Negeri Perak.

* Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, dipaksa untuk meletak jawatannya walau pun beliau tidak mahu berbuat demikian kerana kaedah yang bertentangan dengan undang-undang.

* Perlantikan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar BN sewaktu Nizar masih sah sebagai Menteri Besar dan tidak dilakukan melalui undi tidak percaya mengikut proses undang-undang.

* Perlantikan Penasihat Undang-undang Negeri untuk mewakili Speaker di Mahkamah walau pun Speaker tidak mahu pegawai itu mewakilinya. Tujuannya adalah untuk menghalang Speaker melantik peguamnya sendiri.

* Menghalang Speaker daripada mengadakan sidang DUN untuk menyelesaikan krisis politik negeri Perak. Alasan diberi bahawa Speaker tidak ada kuasa memanggil dewan bersidang sedangkan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak memberi kuasa itu kepada Speaker.

* Tidak mengakui keputusan Jawatankuasa Hak & Kebebasan yang menggantung Zambry selama 18 bulan dan 6 orang EXCO lain selama 12 bulan daripada menghadiri sidang DUN.

* Mengunakan ratusan polis, FRU dan samseng untuk menghalang ADUN-ADUN memasuki bangunan SUK untuk bersidang pada 3 Mac 2009.

* Peristiwa persidangan bawah pokok yang menjadi kemuncak akibat kejahatan BN menghalang Speaker menjalankan kewajipannya.

* Perbuatan memecahkan plak pokok demokrasi oleh manusia-manusia yang tidak bermoral.

* Peristiwa Persidangan 7 Mei yang memalukan Perak dan Malaysia apabila berpuluh-puluh orang anggota polis menceroboh memasuki DUN Perak untuk mengusung keluar Speaker dan menguncinya dalam sebuah bilik stor.

* Kekecohan yang berlaku dalam DUN kerana melantik Datuk Ganesan sebagai Speaker dengan cara yang jijik dan tidak sah.

* Semua keputusan-keputusan mahkamah dalam kes Menteri Besar, Speaker dan Ketua Kampung berpihak kepada BN walau pun ramai pakar Perlembagaan tidak bersetuju dengan keputusan-keputusan itu.

* Pengakuan yang dibuat oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi baru-baru ini bahawa beliau tidak terlibat dalam melantik panel-panel hakim dalam semua kes-kes negeri Perak walau pun itu adalah keperluan mandatori mengikut peruntukan undang-undang.

* Mahkamah Tinggi sebenarnya telah membuat keputusan bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah tetapi kemudian keputusan itu diubah semula pada keesokan harinya.

* Peristiwa merampas jubah dan songkok Speaker di bangunan SUK dengan menggunakan kekerasan anggota polis.

* DUN disalahgunakan oleh BN dengan cara menutup mikrofon dan pembsar suara, tidak memberi peluang kepada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat untuk berbahas, tidak menjawab soalan-soalan lisan dan bertulis, masa persidangan yang terlalu singkat, pihak media diletakkan dalam bilik galeri, tidak membenarkan rakaman audio dan video, berpuluh-puluh anggota polis mengawal persidangan dan macam-macam lagi.

* Bajet Negeri Perak diluluskan dalam 20 minit tanpa perbahasan.

* Pelbagai laporan polis dan SPRM dibuat terhadap Speaker untuk mengertak dan mengugut Speaker daripada menjalankan tugasnya .

Rakyat akan mengajar UMNO-BN

Semua peristiwa-peristiwa ini masih jernih dalam ingatan rakyat Perak. BN telah melakukan kesilapan besar dengan mengandaikan bahawa rakyat kita mudah lupa.

Oleh itu, mereka telah menggunakan SPR, SPRM, mahkamah, polis, media, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri untuk merampas kerajaan rakyat secara tidak sah.

Tetapi, rakyat Perak tidak akan memaafkan BN kerana menggunakan segala bentuk kekerasan dan taktik kotor untuk rampas satu kerajaan yang diberi kuasa oleh mereka.

Oleh yang demikian, BN haruslah bersedia untuk menerima tamparan rakyat dalam PRU13, bukan sahaja di negeri Perak, malah kesan limpahan juga akan dirasakan di peringkat persekutuan. – Roketkini.com

Penulis adalah Timbalan Pengerusi DAP Perak merangkap ADUN Tronoh. Beliau juga adalah Speaker DUN Perak yang sah yang telah dikasari, dihina dan dimalukan oleh pimpinan UMNO-BN

Isnin, Disember 26, 2011

Istimewanya Hasan Ali – Takbirnya 3 R


Begitu mudah dan bergaya sekali bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali memohon maaf berhubung kritikannya terhadap konsep negara kebajikan .

Beliau memberi alasan pelik diatas sikap keterlanjurannya itu dengan berkata,

Bagaimanapun, tambahnya, beliau terpaksa menyuarakan pandangan sebahagian besar penyokong PAS tentang butir-butir teknikal - bukan dasar - mengenai negara kebajikan.

Beliau juga kelihatan masih bertegas dengan perangai Umnonya kalau kita teliti dibahagian akhir laporan Malaysiakini

Hasan menambah beliau secara peribadi lebih suka istilah "negara Islam" daripada "negara kebajikan".
Klik di sini

Namun Hasan hingga kini gagal memperincikan apakah butiran teknikal tersebut yang beliau maksudkan. Hasan perlu jelaskan apa sebenarnya perkara yang terbuku dalam sanubarinya mengenai ’Negara Kebajikan’ yang ditaja oleh PAS.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah akibahnya.Walaupun Hasan telah memohon maaf, tetapi dia perlu menerima hukuman yang setimpal dengan keterlanjurannya itu.

Satu Malaysia melalui slot Buletin Utama TV3, telah menyaksikan Hasan Ali yang menyerang PAS kononnya PAS telah tersasar dari landasan perjuangan asal iaitu Negara Islam, lalu mendesak supaya PAS kembali menggunakan istilah Negara Islam bukannya Negara Berkebajikan.

Kenyataan Hasan berkenaan ‘Negara Kebajikan’ itu saling tidak tumpah seperti apa yang pernah dan sering disuarakan oleh Umno/BN.

Saya nak pinjam kata-kata Nasrudin Hassan at-Tantawi , "Mengada-ngada betullah Hasan Ali ini!

Hasan juga gemar dengan penggunaan istilah yang sering digunakan Umno/BN iaitu 3R – Religion, Race and Royal (Agama, Bangsa Dan Raja) . Apakah itu secara kebetulan ? Inilah istimewanya Hasan Ali - bila dia bersuara, kita semua akan terdengar suara Umno? Perasan tak?

Jumaat, Disember 23, 2011

Hasan Ali tidak baca sejarah parti?

Petikan dari : Merdeka Review
oleh : Mujahid Yusof Rawa


Memahami Perjuangan

Sebuah parti politik tidak mungkin kekal tanpa beberapa perkara. Pertama, prinsip, kedua organisasi dan ketiga pimpinan. Pertama berupaya menarik minat pendukung dan penyokongnya. Dari sudut organisasinya ia akan melahirkan penggerak dan aktivis parti yang asasnya ialah ketaatan. Manakala ketiga, dari sudut kepimpinan mewakili hiraki tertinggi yang akan membekalkan arahtuju perjalanan parti. Melalui tiga komponen di atas, kita dapat mempelajari sesuatu yang amat penting iaitu, pemimpin akan datang dan pergi namun prinsip dan organisasi perjuangan akan terus kekal. Ini adalah pengajaran yang berkekalan sehingga ia menjadi satu kaedah yang sukar dicabar kebenarannya.

Dinamika Perjuangan

Ramai yang gagal memahami atau terlalu lembab untuk memahami bahawa perjuangan mempunyai dinamikanya tersendiri. Ia bukan sesuatu yang jumud dan beku sehingga gagal menepati kehendak dan tuntutan semasa. Ini adalah asas yang memberikan kehidupan kepada sesebuah parti yang mempunyai prinsip perjuangan. Yang dikatakan kebijaksanaan kepimpinan ialah bagaimana ia mampu mengimbangi antara mengekalkan prinsip yang tidak akan berubah dan menepati kehendak semasa yang berubah-ubah. Ia bukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh pemimpin yang berfikiran jumud yang gagal memahami apa erti keseimbangan ini dan seni-seni yang diperlukan.

Dinamika PAS

PAS bukan sebuah parti yang jumud, perkembangannya dan sejarah pencapaiannya menggambarkan ia senantiasa menepati kehendak semasa tanpa hilang prinsip yang diperjuangkan. Gamaknya orang seperti Hasan Ali gagal membaca sejarah dinamika PAS walaupun berdegar-degar berucap di atas pentas PAS. Untuk pengetahuan mereka yang sekepala dengan Hasan Ali, PAS memulakan manifesto politiknya di awal 1950-an hingga 1960-an dengan menawarkan konsep negara kebajikan melalui slogan Baldatun Thaiyyibatun wa Rabbun Ghafur (petikan dari al quran). Asasnya ialah Adopt Islamic Principles, Restore Malay Sovereignity, Improve The Standard of Living, Practice True Democracy dan Promote Social Justice. Apakah Hasan Ali tidak membaca sejarah PAS kerana sibuk "bermotivasi" bahawa Negara Berkebajikan sudahpun menjadi manifesto PAS sejak 1950-an lagi? Apa yang dikemukakan oleh PAS hari ini hanyalah penyegarannya mengikut tuntutan semasa.

Isu Negara Islam

Awal 1980-an menyaksikan kebangkitan gerakan Islam mempertegaskan ideologi ummah secara global. Penjelasan kerangka sebuah negara yang mahukan Islam sebagai asasnya diterjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami iaitu negara Islam. Perdebatan Negara Islam lebih kepada perbalahan intelektual yang asasnya ialah perbezaan pandangan antara isi dan format. Ia satu usaha untuk menggambarkan kesesuaian pemikiran kerangka negara yang ditawarkan oleh Islam. Namun secara praktikalnya perdebatan negara Islam akhirnya dijurus kepada isu substantif (isi) dengan menawarkan nilai-nilai keadilan sosial, kemanusiaan sejagat dan prinsip moral kepemerintahan.

Sekali lagi Negara Berkebajikan diolah mengikut kesesuaian semasa dan perkembangan semasa. Persoalan negara Islam hanyalah transisi kepada isu substantif yang lebih inklusif sifatnya. Apa masalah Hasan Ali dan yang sama waktu dengannya tidak memahami dinamika ini? Bukankah makna Tajdid ialah mengembalikan keadaan yang berubah kepada bentuk asalnya dan kekal releven?

Siapa yang Tergelincir?

Ada pepatah Melayu mengatakan "tidak pandai menari, lantai dikatakan tidak rata". Pepatah ini membayangkan suka menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Samalah dengan Hasan Ali yang mendakwa PAS tergelincir dari landasan perjuangan sedangkan dia yang tidak memahami dinamika PAS hari ini. Memang mudah menyalahkan orang lain daripada menyalahkan diri sendiri, namun ahli PAS lebih matang untuk menilai kenyataan Hasan Ali. Orang PAS akan bertanya balik, siapa yang tergelincir? PAS atau Hasan Ali?

Teruslah Bermotivasi

Selalunya apabila seseorang mula bercakap merapu kita akan berkata "teruslah anda bermimpi" tapi untuk Hasan Ali saya akan berkata "teruslah bermotivasi" walaupun ahli PAS dah menganggap ianya sesuatu yang basi. Kepada yang sama waktu dengan Hasan Ali, buatlah keputusan dan tanyalah kepada pakar motivasi anda bagaimana hendak cepat membuat pilihan. Bukankah pakar motivasi selalu mengatakan bahwa segala-galanya bermula dengan membuat pilihan! Sekurang-kurangnya Hasan Ali dah menampakkan arah tuju keputusan dan pilihannya, saya mengharapkan telahan saya tidak betul.

*Mujahid Yusof Rawa adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

Khamis, Disember 22, 2011

Nampak Hasan Ali, nampak Umno, nampak Umno, nampak Lembu .....

Hasan Ali kata, beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor , serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya. “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”

“Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya (gambar) dalam program Soal Jawab TV3 malam tadi di sini

Sekarang kita jelas siapa Hasan Ali ini sebenarnya.Nampak Hasan Ali, nampak Umno, nampak Umno, nampak lembu. Elok kita dengar lagu lama ini :


Rabu, Disember 21, 2011

Mahathir - Melayu Haprak Yang Mudah Lupa !

Permohonan pinjaman Bank Dunia dibuat NEAC yang dipengerusi Mahathir
Mohd Rafizi Ramli | Dec 21, 2011

Saya mengucapkan terima kasih kepada Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku* bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia.

Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat. Beliau menulis kononnya "rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia" dengan niat menyabitkan Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut.

Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Mahathir Mohamad (gambar kanan) sendiri:

1. Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID 6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:

"In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past. The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project."

Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998. Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Mahathir.

2. NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Mahathir Mohamad sendiri. Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Mahathir Mohamad ketika itu.

3. Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Mahathir Mohamad.

4. Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalam Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:

a. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998
b. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998
c. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999

5. Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.

Saya percaya Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu).

Saya juga menasihatkan Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya.

Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik Exxon Mobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak.

Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu.

*Baca: MALAYSIA’S WORLD BANK LOANS

**Mohd Rafizi Ramli adalah Pengarah Strategi Keadilan.

Hasan Ali Menolak Keputusan Muktamar PAS


Apabila beliau mempersoalkan dasar negara Islam dan konsep negara berkebajikan bermakna pemimpin itu sudah “menolak keputusan muktamar (tahunan pada Jun lalu) yang bersetuju dengan ucapan dasar presiden.”

Ucapan dasar Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden kali ini bertemakan negara berkebajikan.Konsep itu bagaimanapun dikritik oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Baru-baru ini, susulan kepada dasar ucapan itu Hadi melancarkan gagasan “Negara Kebajikan Tawaran PAS” dalam bentuk buku.

“Muktamar dihadiri oleh Mursyidul Am, Presiden, Majlis Syura dengan perwakilan mereka, Dewan Pemuda dengan perwakilan mereka, Dewan Muslimat dengan perwakilan mereka, dan perwakilan-perwakilan dari kawasan yang mempersetujui konsep negara berkebajikan... bermakna dia telah mengisytiharkan dia sudah hilang kepercayaan dan menolak keputusan yang dibuat (oleh muktamar) dan menolak dasar PAS,” kata Mahfuz , Ahli Parlimen Pokok Sena di sini

Dakwat Kekal - Umno/BN Peralatkan Perkasa Menentang Penggunaannya


Perkasa malu menggunakan dakwat kekal kerana cara itu tidak maju katanya. Tetapi senyap bisu terhadap rekod rasuah Malaysia yang memalukan.

Ini semua drama Umno/BN. Mereka diperalatkan supaya menolak penggunaan dakwat kekal supaya boleh menipu untuk mengundi berulang kali. Umno/BN kalau bantah, ia akan terasa malu. Maka digunakanlah gerombolan tersebut.

Kempen menentang penggunaan dakwat kekal ini sedang giat dilakukan oleh Papagomo menerusi blognya. Kita semua tahu hubungan blogger pencacai ini dengan Umno/BN. Ini semua kerja Umno/BN di sebalik lalang sehelai.

Melayu tidak akan keluar undi jika SPR guna dakwat kekal kata juruheboh Perkasa. Bila pula Perkasa mewakili orang Melayu? Perkasa tidak mahu mengundi itu korang punya pasallah. Kita orang sokong kalau korang tak keluar mengundi. Itu adalah baik untuk membebaskan Melayu dari penipuan Umno/BN selama 54 tahun ini.

Zambry terima padah melelong Camry

Tidak perlulah gerombolan samseng Umno/BN nak mengamuk sakan bila Nga Kor Meng mengeluarkan ungkapan ‘Zambry hitam metalik’. Puak-puak ini sebenarnya sudah ketandusan modal politik untuk diketengahkan.

Saya teringat dengan satu iklan yang ada kat TV dulu - Black is beautiful , begitulah themanya. Apa yang poyonya samseng-samseng Umno bila Nga Kor Meng sebut hitam metalik?

Mereka cuba mengaitkan perkara tersebut sebagai rasis. Sedangkan Umno/BN sangat sinonim dengan agenda tersebut.

Mereka tuduh DAP sebagai parti chauvinis China waima pengerusinya seorang Singh – Karpal Singh. Malah terdapat ramai orang-orang Melayu yang menganggotai parti tersebut.

Bukan calang-calang Melayu yang menyertai DAP kerana antaranya adalah orang yang terhormat dan mempunyai integriti dalam masyarakat. Antaranya ialah Zairil Khir Johari , anak bekas pemimpin Umno, Allahyarham Khir Johari.Sebelum itu DAP menerima kemasukan Tunku Abdul Aziz bekas naib presiden organisasi antarabangsa terkenal Transparency International(TI).

Mana rasisnya DAP ? - Baru-baru ini, mahkamah telah mengarahkan Utusan Meloya bayar RM200 ribu kepada LGE kerana memfitnahnya sebagai rasis.Padan muka! Keputusan mahkamah itu jelas menafikan dakwaan Umno/BN yang memfitnah kononnya DAP rasis, anti Islam dan anti Melayu.

Kembali kepada isu Zambry – hitam metalik, bahawa semua orang Perak tahu yang Nga Kor Ming merujuk kepada kereta yang Umno/BN protes apabila kerajaan Perak PR membeli Toyota Camry Black Metallic untuk menggantikan Proton Perdana yang bermasalah.

Klik untuk besar

Humor ‘Black Metallic’ suatu ketika dulu begitu popular dan tersebar luas melalui SMS dan juga di ruang forum di internet. Ianya bermula apabila kerajaan negeri Perak dibawah Zambry melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri. Lelong kereta hasil hasad dengki konon tidak patriotik kerana tidak pakai kereta Nasional!

Maka bertebaranlah SMS humor dengan nada frasa yang agak mencuit urat kentut macam nak putus dibuatnya! Saya sendiri pernah terima SMS berikut :

lelong-lelong-lelonggg… lelongan awam…. di negeri perak baru pakai 3 bulan cantik berkilat hitam metalik bukan camry… tetapi zambry…

Itulah padahnya yang Zambry terpaksa terima kerana melelong kereta Camry dulu.Black Metallic tetap menjadi stigma kepada Zambry untuk selamanya.

Selasa, Disember 20, 2011

Umno/BN Melembukan Samseng - bagi tanah 5 ekar seekor !

Sekarang baru kita tahu, kenapa ramai kalangan samseng Umno/BN berebut-rebut nak jadi macam lembu. Rupa-rupanya Umno/BN menawarkan tanah 5 ekar bagi setiap lembu! Ikutilah penjelasan Zuraidah melalui U-tube berikut mengenai projek melembukan samseng-samseng Umno/BN ini.

Zambry Marah Bila Perak Jadi Darul Kartun

Terlalu banyak babak-babak katun berlaku disepanjang siri rampasan kuasa di Perak.

Antara babak katun ini ialah bila pada 7 Mei 2009, sekumpulan polis menyerbu masuk dewan legislatif Perak dan mengheret keluar Sivakumar dari kerusinya lalu dikurung di dalam sebuah bilik, manakala BN melantik Ganesan sebagai Speaker.. Kartun 1

Paling katun apabila Kehakiman boleh masuk campur dalam urusan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kartun 2.

Tidak hairanlah kartunis Zunar menggelar negeri ini sebagai Perak Darul Kartun!

Gelaran Perak Darul Kartun bukan satu penghinaan, tetapi adalah kritikan atas kezaliman Barisan Nasional dalam episod merampas negeri Perak. Kata Saidina Ali: "Berkata benar di hadapan pemimpin zalim itu adalah sifat patriot paling tinggi."

Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab kita mengritik Najib dan Barisan Nasional dalam isu Perak ini.

Kepada golongan yang mangaku terhina, ingin saya jelaskan tiada sesiapa yang menghina mereka, melainkan mereka menghina diri mereka sendiri.Baca lagi di sini

Isnin, Disember 19, 2011

MTUC Akan Singkir Pemimpin Lemah


Usul undi tidak percaya ke atas kepimpinan tertinggi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan dibawa ketika mesyuarat majlis am MTUC yang dijangka akan diadakan awal tahun depan. Usul kesatuan itu membabitkan kedudukan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung.

Beberapa kesatuan gabungan mempertikaikan kepimpinan MTUC dengan mendakwa pemimpin-pemimpin tertinggi badan induk kesatuan sekerja itu membisu dan tidak melayan permintaan agar diadakan mesyuarat khas majlis am membincangkan isu pindaan Akta Kerja.

Perkembangan ini dilihat sebagai usaha MTUC menyingkirkan kepimpinan mereka yang tidak bersungguh-sungguh dalam menangani isu pindaan Akta Kerja.

Setiap ahli kesatuan mestilah berdiri teguh bersama pemimpin mereka.Sewaktu protes tempoh hari, hanya berapa ahli sahaja yang berani tampil mempertahankan perjuangan menuntut 'hak pekerja' yang cabuli.Contohilah kesatuan Qantas di Australia. Pemimpin mereka mendapat sokongan ahli-ahli yang buat protest menuntut hak keadilan mereka. Baca lagi di sini

Propaganda mempromosi pentadbiran Najib terus gagal


Tidak cukup dengan segala macam propaganda TV, radio, akhbar dan blogger pencacai Umno yang bekerja keras siang malam, pagi petang, terkini PM Najib melancarkan televisyen protokol internet 1 Malaysia TV pula.

Terbukti semua alat propaganda Najib gagal berfungsi sebagaimana yang diharapkan. Rakyat di sana sini terus bangkit membantah pentadbiran Najib. Mahasiswa bangkit. Kesatuan pekerja bangkit. Kakitangan awam juga bangkit. Apa akan jadi dengan Najib dan Umno/BN nya selain tersungkur menjelang PRU-13 nanti!

Nampak terdesak sangat Najib kini - tidak tahu berapa juta ringgit wang rakyat di bazirkan untuk projek ini yang dijalankan oleh 1 Media IPTV Sdn Bhd.

Rakyat mahukan berita yang telus lagi benar. Mereka tahu menilai antara berita palsu dan benar; antara fitnah atau 'putar alam' yang sekian lama ini didondang sayangkan oleh Umno/BN. Rakyat bosan dengan sikap yang mahu memperbodohkan mereka dan tidak tahu menghormati daya intelektualiti rakyat.

Apa yang rakyat mahukan ialah rangkaian berita bebas tanpa di belengu oleh kepalsuan Umno/BN.1 Malaysia TV hanyalah projek sia-sia dan membazirkan wang rakyat semata-mata.

Bebas Lebih Matang Dari Pemuda Umno


Syabas diucapkan kepada ‘Gerakan menuntut kebebasan akademik’ (Bebas) yang telah berarak ke ibu pejabat Umno untuk menuntut kebebasan akademik.

Bagaimana pun, Bebas tidak ragu-ragu meminta maaf berhubung kejadian seorang peserta menurunkan bendera dengan imej Datuk Seri Najib, kemudian dinaikan semula setelah dinasihati oleh pegawai-pegawai keselamatan di situ.

Pemimpin Bebas, Safwan Anang menegaskan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, menafikan dakwaan bahawa mereka telah menghina Najib. Apa yang berlaku adalah tidak dirancang, dan telah keluar dari kawalan pihak penganjur.

Tindakan dan sikap Bebas yang bersedia menuntut maaf patut dipuji kerana membuktikan Bebas lebih matang dari Pemuda Umno Petaling Jaya Utara yang bersikap melampau dengan mengancam pelajar-pelajar tersebut. Waima pelajar-pelajar tidak mengingkari nasihat pegawai-pegawai keselamatan di situ. Mereka tidak pula meludah atau memijak bendera tersebut. sumber

Angry Birds - Rupa Asal di bongkar!

Gambar berikut tidak ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau yang telah mati. Kalau ada pun hanya secara kebetulan sahaja.

Ahad, Disember 18, 2011

Takkan Melayu Hilang Di Dunia


Naik basikal Pergi ke Perak
Singgah kedai membeli gula
Ariff Alfian Segak Bertanjak
Takkan Melayu Di Dunia

Sabtu, Disember 17, 2011

Bersyukurlah kau, wahai Zambry!

Inilah pendekatan mesra rakyat, lebih dekat dan lebih mesra dengan rakyat oleh Zambry yang tidak mahu mengambil tindakan undang-undang kerana dikatakan 'Hitam Metalik' oleh Nga Kor Meng tempoh hari.Zambry mahu rakyat mengadili sendiri kenyataan Nga Kor Meng tersebut.

Mengikut kajian tidak rasmi, ramai rakyat perak bersetuju dengan kenyataan Nga Kor Meng - bahawa Ngah Kor Meng bercakap benar dan tidak berbohong.Ada ke sesiapa yang pernah kata Zambry itu puteh melepak? Berkatalah benar, walaupun pahit!Dan Zambry patut menerima hakikat tentang dirinya.Takkanlah nak marahkan Allah yang jadikan dia begitu?

Jumaat, Disember 16, 2011

Hujan Epal Di Coventry, England


Satu kejadian aneh berlaku di Coventry, England, pada 15 Disember 15 lalu. Epal berjatuhan dari langit seperti turunnya hujan!

Kira-kira 100 biji buah-buahan yang jatuh dari langit dalam beberapa minit di Keresley di luar Coventry, lapor Daily Star.

Britain mengalami ribut minggu ini, dan pakar kaji cuaca berkata mungkin epal yang ada di atas tanah di sebuah dusun telah diterbangkan angin ribut dan membawa mereka ke Keresley.

Salah seorang daripada wanita yang berjalan dengan suaminya berkata epal menghempap bone kereta mereka.

"Semua orang terpaksa berhenti kereta mereka tiba-tiba," katanya kepada The Star. "Saya tahu kawasan itu dengan baik dan tidak ada pokok epal terdapat di sekeliling."

Britain mempunyai pengalaman sebelumnya . Great Yarmouth, di pantai timur di Norfolk, telah jatuh ikan pada tahun 2007, manakala katak yang pula telah turun pada tahun 1996 di Llandewi di Wales. Sumber

Dari Punk menjadi 'Angry Bird'

Kelmarin seramai 65 remaja yang berpakaian seperti Mat Punk, berambut panjang, bertatu dan bertindik ditahan pihak berkuasa Aceh.

Kesemua remaja yang ditahan terdiri dari 59 orang lelaki dan enam perempuan.Yang lelaki dibotakkan kepala, dipaksa membuang perhiasan diri dan yang bertindik harus mencabut tindikan pada tubuh.Kemudian mereka disuruh berendam ke dalam sungai.


Mahu jadi Mat Punk? Di Malaysia boleh tapi tidak sekali di Aceh.


Sesi bercukur beramai-ramai - percuma!


Macam program nak khatan beramai-ramai ...

Penulis difahamkan, beratus-ratus peminat punk rock Indonesia sebelum itu tiba di Aceh untuk menonton konsert bagi mengumpul derma anak yatim.

Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai seluar jeans ketat serta rantai.

Mereka kemudian dibawa ke sebuah kem berdekatan bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis.

Alamak! Ramainya Upin & Ipin!

Walaupun mendapat reaksi yang berbeza-beza, namun penguatkuasa syariat Islam di Aceh bukanlah sekadar menjadi hiasan dalam buku undang-undang pemerintah sahaja, sebaliknya ia dilaksanakan secara tegas oleh pemerintah daerah.

Jadi 'Angry Bird' pula kawan kita nih!

Bantahan dan kritikan sesetengah kelompok hak asasi manusia yang menolak pelaksanaan undang-undang itu tidak dipedulikan. Ia kerana Aceh sememangnya sudah lama ingin melaksanakannya.

Tambahan pula, ia sememangnya satu undang-undang yang disahkan sebelum berlakunya perjanjian damai antara pemerintah Indonesia, puak pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM).

Oleh itu mahu tidak mahu dengan sokongan sebahagian besar parti politik di wilayah tersebut, maka penduduk Aceh harus akur dengan pelaksanaan undang-undang syariah itu.

Berikutan kuasa yang diberikan kepada pemerintah daerah, mereka berkuasa untuk mengenakan tuduhan jenayah kepada kesalahan-kesalahan berkaitan meminum minuman keras, berjudi, berzina dan mencuri.

Selamat Datang Ke Aceh! – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Gerombolan Lembu Gila Menyerang Pejabat Umno Cheras

Tidak ada apa-apa reaksi dari pemimpin Umno diatas saranan Ketua Umno Cheras, Syed Ali, yang meminta Shahrizat berundur ekoran isu Fidlot. Shahrizat sendiri pun senyap sepi.

Tetapi secara tidak semena-mena, selepas munculnya berita tentang seekor siamang menyerang kanak-kanak di zoo negara, kini tersebar pula berita tentang satu gerombolan lembu gila yang kemungkinan besar terlepas dari kandang Fidlot National telah menyerang Syed Ali di pejabatnya - Umno Cheras. Lihat gambar- gambar lain di sini

Khamis, Disember 15, 2011

Utusan Bakal Muflis Jika Terus Memfitnah

Segala macam tuduhan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim guan Eng yang selama ini menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Melayu dan anti-Islam adalah fitnah dan berniat jahat telah terbukti bila akhbar pencacai Umno/BN, Utusan Meloya itu di arahkan oleh mahkamah membayar RM200,00 sebagai ganti rugi kepada LGE. Padan muka!

Sebelum ini, pada 1 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Utusan Malaysia membayar RM60,000 kepada Ahli Parlimen PAS Khalid Samad berhubung satu artikel berbaur fitnah disiarkan dua tahun lalu.Klik sini

Juga, kes saman fitnah, pada 23 Dis 2008, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan Utusan Melayu dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar .

Utusan sedang menghadapi beberapa saman kerana memfitnah.Sahih! akhbar ini adalah pembohong dan penyibar fitnah.Sudah acapkali kena saman tapi tidak serik-serik.Utusan pastinya akan muflis jika tradisi buruk ini masih mahu diteruskan.

Kepada mereka yang gemar berlanggan dengan Utusan, eloklah beralih ke akhbar alternatif untuk mendapatkan berita yang lebih sahih melainkan keputusan nombor ekor.

Ini adalah pelajaran yang terbaik setakad ini dan tamparan hebat kepada mana-mana pencacai Umno/BN terutamanya para bloggers Umno.

Rabu, Disember 14, 2011

RR Satu Malaysia dan Anak Yatim Permata.

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Ipoh petang kelmarin seusainya perbicaraan Liwat 2 Anwar di Mahkamah Jalan Duta, bas kami terperangkap dalam kesesakan lalulintas di highway Tanjung Malim ( traffic jam).

Ada kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas dan kereta.Itu yang kami difahamkan oleh pemandu bas kami. Jenuh para pengguna terpaksa menunggu dengan begitu lama sekali. Hampir selama tiga jam kami tersiksa begitu sebelum traffik kembali pulih.

Kami terpaksa menahan pundi kencing masing-masing. Ada juga pengguna yang di laluan reserve jalan berhenti untuk kecemasan yang teramat sangat pergi ‘memancut’ pada semak yang tidak terbakar di situ. Ada juga yang dalam bas kami yang terpaksa ‘memancut’ ke dalam botol air mineral yang telah kosong! Dah kecemasan sangat, nak buat macam mana?

Ketika bas kami memperlahankan perjalanan untuk singgah di hentian Ladang Bikam , tempat itu sudah ‘jam’ dengan kenderaan – masing-masing nak memancut! Kami terpaksa bersabar ‘menahan’ dan meneruskan perjalananmenuju RR di Tapah.

Kami berasa lega bila sampai di RR Tapah jam 11.00 dan tanpa membuang masa, masing-masing meluru untuk menyempurnakan hajat besar disini. Cukup melegakan.Bayangkanlah sejak jam 7.00 tadi bas terenjut-enjut jalan bagaikan siput.Celaka betul Plus - lambat sangat nak bertindak! Ambik kau!

Tempat solat yang kecil memaksa orang ramai menunggu giliran. Mujurlah saya ada kerusi tongkat berlipat yang boleh digunakan tanpa perlu masuk kedalam surau tersebut. Saya sembahyang kat luar sahaja.

Selesai solat, pergi ke gerai makanan.Penuh pula meja makan disitu.Tentulah masing-masing seperti harimau buas kelaparan kerana baru terlepas dari kandang yang membelenggu! Mereka semua mangsa traffic jam yang tiga jam di lebuh raya tadi.

Saya membayar RM7.00 untuk makanan saya – sepinggan nasi , seekor ikan goreng, sebelah telur masin dan masak lemak taugeh!Tidak ada terdapat menu RM3.50 seperti waktu Najib melancarkan Restoran 1 Malaysia suatu ketika tidak berapa lama lalu. Barang-barang jualan di sini mahal-mahal belaka berbanding yang diluar. PM Najib patut buat RR Satu Malaysia supaya pengguna highway terbela dan tidak teraniaya macam ini!


Tengahari tadi, saya dapat makan secara percuma apabila dipersilakan bersama oleh seorang pentadbir Masjid Wilayah, Puan Sathiah - ketika kami berhenti solat di situ. Ada program untuk budak-budak kat situ. Alhamdulillah.

Saya tidak naik ke atas ke ruangan solat tetapi solat ‘solo’ kat bawah – duduk dikerusi hampir dengan meja makan.Pelawaan tersebut saya terima baik memandangkan kesungguhan ajakan beliau.Lagi pula itu merupakan satu kemudahan bagi saya yang terpaksa bertongkat bila berjalan – selamatlah dari bersusah payah nak pergi menuju / mencari tempat makan.

Saya hanya makan nasi bersama sayur kacang panjang yang dimasak dengan tempe. Ada ayam dan Udang- tapi saya tidak sentuh kerana sedang dalam pantang – ghout! Dan saya hanya makan ayam kampung.Terima kasihlah kat Puan Sathiah, kalau-kalaulah beliau membaca blog saya ini!

Masjid Wilayah Persekutuan

Kembali cerita kat RR Tapah tadi, saya didatangi oleh peminta sedekah atas nama jualan amal dan kutipan derma untuk anak yatim.Mereka remaja perempuan yang kelihatan masih dibawah umur lagi. Apakah jadahnya di tengah-tengah malam, jam 11.00 lebih merayau-rayau begitu?

Ada juga yang baik hati – seorang wanita yang telah berumur menghulurkan not RM10.00 dan apabila dihulurkan resip penerimaan, beliau menolak sambil berkata lembut, tak apa nak, tak apa, kesian anak yatim… dan dia terus berlalu...

Patutlah gejala memperalatkan kanak-kanak bawah umur untuk menagih simpati masyarakat dengan mengutip derma bagi rumah anak yatim atau maahad tahfiz terus berleluasa. Perlukah anak-anak yatim dibiarkan berkeliaran begitu? Nampaknya Rosmah kena buat pula Rumah Anak Yatim Permata atau Maahad Tahfiz Permata .....

Sejenak di Mahkamah Kelmarin

Pergi ke Mahkamah untuk ikuti perbicaraan Anwar kelmarin bersama rombongan PKR Gopeng.Saya hanya duduk kat luar depan pintu masuk Mahkamah.Udara sejuk dari air-cond dalam bangunan menerpa keluar setiap kali pintu oto terbuka memberi laluan orang masuk dan keluar. Terasa nyaman seketika.

Manusia tidak seramai mana berbanding kes-kes yang pernah saya hadiri sebelum ini.Pasukan pembela akan menjawab hujah pihak pendakwa pada hari Khamis 15 Disember nanti yang akan bermula jam 9.30 pagi. Hakim akan memutuskan tarikh mengumumkan keputusannya.selepas itu.

Namun, dalam sembang-sembang dengan rakan-rakan PKR, mereka sudah dapat menduga keputusan skrip perbicaraan arahan Putera Jaya. Anwar pun sudah bersedia for the outcome - beliau bersedia untuk yang terbaik tetapi pada masa yang sama menduga keadaan paling buruk.Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik bagi Anwar dan Pakatan Rakyat.Klik sini.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan kelmarin :

Orang kena aniaya-Anwar


The fairest and the fearless of them all - Nurul Izzah!


The fabulous Mr.Karpal


Mr Sivarasa


Kak Wati, Ketua Wanita PKR Perak, kat tengah tu
- saat nak mulakan perjalanan


Antara aksi yang menunggu kat luar



Mengiringi Perjalanan Allahyarham Imam Majid

Semoga Allah mencucuri limpahan rahmat dan keampunan keatas rohnya dan menempatkannya bersama mereka yang beriman dan ber'amal solih.Takziah kepada keluarga beliau semoga Allah memberikan mereka kesabaran dalam menghadapi cubaan yang pasti setiap kita akan hadapi sendiri.

Solat jenazah telah diimami oleh adik allahyarham sendiri bersama-sama sahabat handai perjuangan.Tidak ketinggalan beberapa pimpinan PAS negeri yang berdekatan.Kelihatan hadhir Ketua Penerangan PAS Pusat Ust Idris Ahmad. Penyempurnaan jenazah dilakukan dengan ringkas dan segera dan selesai tepat jam 12.00 tengah hari tadi. Gambar suasana peristiwa tersebut yang dapat saya rakamkan. Juga sila jenguk gambar-gambar di sini

Ketibaan kereta jenazah


Orang ramai menunggu diluar rumah jenazah


Memulakan langkah pertama satu perjalanan yang jauh
- dengan hanya berbekalkan amalan...


Jazad terbujur di pembaringan.Masa kita akan tiba ...


Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan


PJ Perak Ust Abu Bakar dan Ust Azli Musa,
turut kelihatan DS Nizar dibelakang mereka


Kelihatan adik Allahyarham (baju biru), juga Ust Misbahul Munir


Turut hadir Adun Simpang Pulai, Chang Ming Kai- hingga ke kuburan


Bahawa sesungguhnya alam kubur itu adalah benar...


Kita semua sedang menunggu giliran ....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...