SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Sabtu, Januari 21, 2012

Apa perlunya Parasit kekal jadi Timbalan Pengerusi Mais?

Pelik – Hasan Akidah dilantik jadi Timbalan Pengerusi Mais pada 2008 kerana beliau merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Tetapi satelah dipecat sebagai Exco masih dikekalkan dengan jawatan tersebut. Inilah kelebihan parasit itu untuk meneruskan misi jihadnya....(gambar : Parasit bersama dua pelesit Umno/BN)

Semenjak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama , Media Umno , termasuk parasit yang di pecat, Hasan Akidah, telah menyerang kononnya PAS tidak Islam lagi tanpa portfolio tersebut.

Umno memang telah merancangkan isu tersebut untuk menyulitkan PAS, khususnya individu yang akan menggantikan tempat parasit tersebut.

Ini dapat dilihat apabila kedudukan parasit itu kekal memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), walaupun beliau bukan lagi Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam.

Hasan Akidah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Mais pada 2008 kerana beliau merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Sepatutnya parasit tersebut tidak lagi dibenarkan memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Mais ini setelah sudah tidak jadi Exco berkaitan.

Malah Parasit tersebut dikekalkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kariah yang bertanggungjawab menguruskan sebarang pelantikan ahli jawatankuasa masjid dan surau.

Begitulah agenda Umno – tetapi Pakatan Rakyat mengambil jalan yang bijak dengan meletakan satu institusi yang lebih besar untuk mengawal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sebab itu, adalah lebih baik untuk Tan Sri Khalid mengambil exco agama disamping melantik Pembantu Exco Hal Ehwal Agama dari Adun PAS (Bangi) iaitu Dr Shafei Abu Bakar (Gambar).
'

2 comments:

  1. salam tok sidang
    ate kaki kencing yg x reti banse malu..

    BalasPadam
  2. ha ha ha, tangan depa berdua tu kat mana?. ini macam amaran je, kalao ko silap siaaaaap! nayo ko hassang ali. bandingan badan ko denga depa pun memang tak dak masalahnye/////

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...