SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Selasa, Januari 31, 2012

Pemuda PAS patut malu pada Samy Vellu


Semua orang sudah berapi-api marahkan blogger kerana mengecam Azizan berkaitan isu AUKU. Ketua Pemuda PAS pun sudah naik angin , kata ada komplot nak jatuhkan Azizan kat sini

Pada aku, lebih baik Azizan jatuh daripada dia menjadi liabiliti kejatuhan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti!

Tentunya kita semua perlu akui bahawa bekas ketua MIC dulu tu, Samy Vellu lebih efisen buat kerja dibandingkan dengan Ahmad Sabki Yusof , Penolong Setiausaha Agong PAS. Abang Samy kita tu terkenal dengan ungkapan kata-katanya ketika merasmikan perkhidmatan Pos Laju dulu tu - ”Esok antar, hari ini sampai!”

Ketua Pemuda PAS kena cek , betul ke memorandum yang budak-budak KUIN serahkan melalui tangan sejak Mei 2011 belum sampai-sampai ke tangan Presiden PAS? Bikin malu sama abang Samy ....

Yang peliknya, Ketua Pemuda PAS Nasrudin, ada buat kenyataan yang tersiar pada 20 Jan 2012, antaranya :

Kata Nasrudin, hasratnya untuk menyelesaikan konflik KUIN secara baik “tergendala” ekoran keputusan lima mahasiswa itu membawa kes ke mahkamah.

“Namun hasrat itu tergendala apabila saya dimaklumkan bahawa kes ini akan dibawa ke mahkamah oleh pihak mahasiswa. Maka biarlah mahkamah yang membuat keputusan kerana kes ini telah dihadapkan kepada mahkamah.
Kliksini

Menurut Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Syukri Abdul Razab, memorandum berhubung isu penggantungan lima penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Kedah. telah diberikan pada Mei lalu dan diterima oleh Naib Ketua Pemuda Pas pada ketika itu iaitu Sabky Yusof.

"Kami tidak menyalahkan Presiden jika beliau tidak menerima memorandum itu. Tetapi mungkin ada pihak tidak bertanggungjawab yang tidak menyerahkan memorandum itu kerana pada tahun lepas Dewan Pemuda memaklumkan bahawa mereka mewakili Abdul Hadi.”

Syukri menyarankan agar Abdul Hadi patut merujuk perkara tersebut kepada Dewan Pemuda Pas, khususnya Ketua Pemudanya sama ada pernah menerima memorandum daripada mahasiswa atau tidak. Baca di sini dan sini

'

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...