Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari berkata, beliau tidak kisah gelaran sama ada gelaran profesornya ditarik balik oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau tidak kerana kepakaran yang dimiliki tetap bersamanya.Baca di siniSaya sangat setuju dengan kata-katanya, "UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya.
Apa sangatlah gelaran professor itu maka ianya perlu ditarik balik? Guru yang dah pencen tetap juga dipanggil 'Cikgu’ oleh bekas murid-muridnya dan juga oleh masyarakatnya.
Begitu juga pegawai tentera yang bersara; kekal dengan pangkatnya dengan tambahan ’bersara’ pada hujungnya.Tidak ada siapa pun yang marah atau melarang menyebut atau disebutnya dengan gelaran demikian.
Tetapi apa sangatlah gelaran prof ini maka pihak universiti berasa sangat perlu menghebuhkannya hingga buat kenyataan dalam akhbar?
Perlu kita ketahui bahawa ramai 'Profesor' di universiti-universiti tempatan di Malaysia yang tidak mempunyai PhD tetapi dapat gelaran itu kerana dinaikkan pangkat ke Profesor.
Sebab itu kita dapati Profesor yang telah siap PhD menjadikan diri mereka dikenali sebagai ‘Prof Dr...’ dan sebagainya. "
Jadi, bila kita melihat ‘Prof Dr’, kita tahu bahawa orang itu adalah Prof dengan PhD manakala Prof polan tanpa ‘Dr’ orang itu tidak mempunyai PhD tetapi pakai ‘ Prof’ disebabkan promosi.
Maka jangan terkejut bahawa ramai ahli akademik tanpa PhD telah dinaikkan pangkat kepada profesor! Sebab itu universiti kita berlambak dengan profesor, sedangkan hakikatnya ramai yang sekadar ‘Kucing Kurap’
Ada juga yang kata mereka yang dapat tittle prof kerana kenaikan pangkat atau promosi adalah tukang ampu atau kaki bodek! Adakah spesis ini yang orang sebut-sebut sebagai ‘Profesor Kangkong’ ? Wallahua’lam, saya tidak berapa pasti.
Kita tabik spring kepada mereka yang 'humble' - tidak berapa nak tonjolkan dirinya sebagai prof walaupun mempunyainya.Contohnya seperti dibawah.
Walaupun Aziz Bari sudah tidak bertugas di universiti itu lagi, namun beliau terus berperanan mengajar manusia di alam sejagat.
"Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya.
Maka kita boleh teruskan memanggil beliau dengan tittle prof. Sememangnya beliau layak dengan tittle tersebut.






0 comments:
Catat Ulasan