Pengikut

RAKYAT HAKIM NEGARA

RAKYAT HAKIM NEGARA
JOM BERSAMA ANWAR

Monday, May 07, 2012

Isu Sebenar - Pulihkan Proses Pilihanraya , Bukan Nak Gulingkan Kerajaan

Semua orang kampung tahu, bahawa para peserta BERSIH 3.0 hanya membawa bersama mereka air mineral, garam dan tuala kecil selain berbaju kuning untuk Duduk dan Bantah di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Polis yang menangkap beberapa peserta tidak menemui apa-apa senjata daripada mereka.

Sebaliknya, Para peserta telah diperlakukan lebih buruk dari seekor kaldai dengan sepak terajang selain semburan air asid serta bom asap pemedih mata.

Amat lucu sekali, bila 3 bekas KPN mendakwa BERSIH 3.0 mahu menawan Dataran Merdeka dan mengguling kerajaan.

Apakah dengan menawan Dataran Merdeka maka kerajaan yang ada ini akan tumbang? Memang tidak masuk akal bagi orang yang waras.


Tetapi begitulah dakwaan 3 bekas KPN yang sebenarnya sudah tidak ada kewibawaan lagi dalam masyarakat.

Isu tuntutan pemulihan proses pilihan raya kini cuba dikesampingkan sebaliknya dicetuskan pula isu kononnya BERSIH 3.0 mahu menggulingkan kerajaan.

Itulah yang dikatakan oleh Najib dan Mahathir.Maka tidak hairanlah apabila tukang ampu mereka seperti 3 bekas KPN itu mengulangi apa yang didendangkan oleh Najib dan Mahathir.

Ratusan ribu peserta yang hadir sepatutnya sudah cukup untuk memberikan isyarat kepada kerajaan supaya tuntutan rakyat yang mahukan pemulihan proses pilihanraya dilakukan segera sebelum PRU-13.

Tetapi beberapa insiden yang berlaku menunjukan kerajaan tetap berdegil dan mahu menegakkan benang basah.

Di sebalik dakwaan Pakatan Rakyat bahawa SPR menyebelahi parti pemerintah dan senarai daftar pengundi dicemari dengan nama-nama pengundi palsu, kerajaan tetap mendabik dada dengan mengatakan bahawa PRU yang akan datang nanti adalah bebas dan adil.

Malah Hishammudin Hussein , menteri dalam negeri mendakwa kononnya ianya menepati piawaian tertinggi antara bangsa!

Hoi! Hentikanlah melayan rakyat umpama kamu melayan kaldai dengan sebiji lobak merah. Engkau herdik dan maki , sepak dan terajang semahu hati hanya dengan jasa mu dengan sebiji lobak merah itu?

1 comment :

tungkaran hati.blogspot said...

Harap semak ucapan dan pesanan PAS kepada penganut2nya tentang demontrasi jalanan untuk apa?
Harap semoga PAS jangan bercakap berputar belit2 atau pun berdusta.....!cukuplah!
jangan jadikan matlamat menghalalkan cara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...