Pengikut

SEMUA ADALAH DIJEMPUT BERSAMA

SEMUA ADALAH DIJEMPUT BERSAMA

Sunday, June 17, 2012

Hamidah BP - Sombong Dan Tidak Hormat Tetamu

Peristiwa kelmarin di mana Hamidah Osman @ Hamidah BP telah menghalau pergi YB Dr Lee Boon Chye dan Ust Radzi Zainon tidak sepatutnya berlaku.

Kejadian tersebut berlaku sewaktu majlis Ramah Tamah dan Dailog anjuran Hamidah BP yang di adakan di Taman Desa Aman.

Sebelum ini, Hamidah BP beriya benar menabur fitnah menuduh Dr Lee dan Radzi Zainon menentang pembangunan Sekolah Agama Rakyat di Desa Aman.

Malah dengan celuparnya, Hamidah BP dan balacinya mengaitkannya dengan isu perkauman dengan mengatakan bahawa masyarakat China di situ mencabar kesucian Islam apabila membantah projek pembinaan SAR dan menyeru orang Islam supaya bangkit dan berjihad!

Kehadiran Dr Lee dan Ust Radzi pada majlis dailog anjurannya pada petang kelmarin adalah bertujuan untuk merungkai masalah yang dipertikaikan.Perkara ini sepatutnya mendapat kerjasama dan diterima baik oleh Hamidah BP kalau dia benar-benar ikhlas dan jujur.

Sebaliknya, Hamidah dengan sombong dan tidak tahu menghormati tetamu telah menghalau mereka pergi dari situ.

Kelihatan Dr Lee duduk dengan sopan
menunggu Hamidah BP

Maka terpaksalah beberapa orang dari kalangan China dan India turut meninggalkan majlis tersebut yang kononnya majlis ‘ramah tamah mesra’. Maka majlis pada petang itu hanya tinggal Melayu sahaja. Mana ramah dan tamah mesranya antara kaum?

Sikap begini sebenarnya adalah merugikan dirinya sendiri.Hamidah BP terlalu ego dan menampakan dirinya tidak memerlukan undi dari kalangan orang China dan India. Demikian itulah apa yang orang-orang China dan India merasakan. Kehadiran mereka pada majlis tersebut langsung tidak dihargai Hamidah BP!

Hamidah ingat semua orang Melayu akan memberikan undi mereka kepadanya setelah dia bersusah payah membahagi-bahagikan ke setiap rumah orang Melayu sekampit tepung gandum, biskut mayat dan sebungkus teh kecil dan sekilo gula? Ini bukan zaman kunolah Midah oi!! Kamu sudah silap percaturan!

Bahawa ramai kalangan guru yang berdendam dengan kamu wahai Hamidah BP. Kamu pergi ke setiap sekolah, maka kamu berjanji nak bagi sejumlah wang.Tapi sampai sekarang tiada satu pun yang telah kamu tunaikan.

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...