Pengikut

ARTIKEL TERBARU

Thursday, July 12, 2012

Abdullah Antong Tidak Ikhlas ? Pandai-Pandai Lu Orang Bikin Fitnah !

Ramai yang meragui keikhlasan Abdullah Antong yang sekarang ini secara terang memberi sokongan kepada PAS dan PR sekalipun belum rasmi menjadi ahli PAS.

Beliau dilibatkan dengan konspirasi rampasan kuasa 2009 sehingga terjatuhnya kerajaan PR di Perak.

Ada yang begitu bimbang sekiranya beliau menyertai PAS akan ada jawatan yang diberi ke atasnya atau menjadi calon PAS dalam PRU akan datang, dan ada yang bimbang takut melompat semula.

Saya rasa tidak ramai yang mengenali beliau secara dekat, namanya hanya muncul ketika krisis kerajaan Perak memuncak, bukan diawal rampasan kuasa. Nama dan kelibatnya hanya muncul ketika beliau dikatakan mengeluarkan surat dan kenyataan mengenai perjalanan sidang DUN Perak tanpa persetujuan Speaker Sivakumar. Itupun menurutnya semua itu diatur oleh pihak lain, yang beliau hanya mengikut skrip sahaja.

Beliau adalah penjawat kerajaan yang dilantik oleh kerajaan Perak, beliau menjadi SU Dewan sebelum Sivakumar dilantik sebagai Speaker lagi. Sebagai penjawat kerajaan beliau menjadi serba salah antara kerajaan yang sah atau kerajaan yang merampas yang direstui pulak tu oleh istana.

Hati kecilnya sebenarnya adalah bersama dengan PR. Ketika krisis memuncak, beliau ada memberi pandangan yang Hj Nizar hanya boleh dijatuhkan melalui usul undi tidak percaya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, sedangkan tidak ada usul pun yang dikemukakan dalam sidang dewan. Manakala Tuanku hanya berkuasa melantik tetapi tidak ada kuasa memecat.

Tetapi apakan daya, ketika itu beliau dalam keadaan delima. Beliau tidak punya keupayaan untuk membuat kenyataan terbuka di ketika Datuk SUK sendiri sebagai bosnya dilihat bersekongkol dengan konspirasi ini.Baca seterusnya di sini

2 comments:

Lee Al Peraki said...

Keluarga Abdullah Antong di area Selinsing memang merupakan penyokong Pakatan Rakyat. En. Abdullah sebenarnya sering hadir dalam setiap program PR tanpa menonjolkan diri.

shafiq ex pdss said...

Selamat maju jaya boss saya sentiasa mendoakan en lah terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan en lah atas saya selamat berjuang boss

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...