Pengikut

SAMBUTAN ULANGTAHUN PAS KE-63

SAMBUTAN ULANGTAHUN PAS KE-63
DIRASMIKAN OLEH MAT SABU

CERAMAH MALAM 29 NOV

CERAMAH MALAM 29 NOV
CERAMAH PERDANA

Sunday, July 29, 2012

Peguam Negara Buat Tawaran Lelong?

Dekat nak raya dan akhir tahun, gudang perniagaan akan membuat pelbagai tawaran yang menarik untuk pelanggan. Menakjubkan bila Peguam Negara, rupa-rupanya ada juga membuat tawaran khas kepada Dato Ramli, bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial dan peguam yang mewakilinya, Rosli Dahlan.

"Apa yang saya ingin isytihar adalah, ya, saya akan saman Abdul Gani, dan Musa dan yang lain kerana menganiaya saya dan merosakkan sistem kehakiman. Mereka memburukkan nama saya mengenai (dakwaan) pegawai polis RM27 juta sedangkan mereka tahu ini semua penipuan," katanya Dato Ramli Yusuff, bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial.

Nampak beriya benar beliau mengesahkan akan memfailkan saman ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. Ceritanya di sini

Tetapi sehingga kini, saman tersebut masih senyap sahaja ceritanya hingga ke hari ini. ???

Apa sebenarnya yang sudah berlaku?

Apa benarkah Dato Ramli telah bersetuju untuk TIDAK mendakwa bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan, AG Gani Patail, kerajaan dan media arus perdana kerana tohmahan keatasnya sebagai 'Pegawai Polis RM 27 Juta' dan dakwaan yang telah dilontarkan ke atasnya.

Apa benarkah persetujuan itu akan menyebabkan semua rayuan jenayah yang difailkan oleh Peguam Negara Gani Patail telah ditarik balik dan Dato Ramli akan dikembalikan semula dengan pangkat kepujian dan penuh dan beberapa pembayaran?

Sebelum ini, Ramli pernah mendakwa bahawa bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan dilindungi oleh seorang tokoh dari dunia jenayah. Ramli juga mendakwa bahawa Musa dan juga peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta Badan Pencegah Rasuah pada masa itu telah menganiaya orang-orangnya.

Ramli juga mendakwa bahawa tokoh berkenaan, yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, telah mempengaruhi Musa berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.

Hanya Dato Ramli sahaja yang dapat menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Tawar-menawar oleh SPRM bagi pihak Peguam Negara

Menurut satu cerita lagi, Rosli Dahlan, peguam yang mewakili Ramli, telah didatangi oleh Dato' Razak Musa, Pengarah SPRM Pendakwaan, sebagai seorang suruhan AG Gani Patail pada beberapa bulan lepas. Dato Razak berkata bahawa jika Rosli menarik balik saman sivil, AG Gani Patail akan membenarkan SPRM untuk menarik balik rayuan jenayah yang masih belum selesai terhadapnya.

Syukurlah kerana Rosli berkata bahawa dia tidak mungkin dapat menerima tawar-menawar yang ditawarkan oleh Dato Razak Musa kerana ini bermakna kehilangan maruah dan nilai diri.

Rosli ada harga diri, tidak seperti Gani Patail , Razak Musa dan dot, dot, dot. Maka minggu depan pada 2 Ogos pada bulan Ramadan , Rosli akan berhadapan dengan rayuan SPRM terhadap pembebasannya di mahkamah.

Semoga Allah akan tetap bersama Rosli dalam perjuangannya untuk mencegah salah laku dalam kerajaan dan mendedahkan penyangak dalam kerajaan. Sumber : Di Sini

2 comments :

Amuraria said...

Moga Allah S.W.T. bersama Rosli Dahlan dalam menghadapi kebejatan & kedurjanaan fitnah dajjal perosak makhluk ALLAH ! AMIIN !

kampong lad said...

yes....dia ni ada teloq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...