Pengikut

Tuesday, July 17, 2012

Catuan Air Di Selangor - Helah Untuk Kroni Umno Dapatkan Projek Loji Langat 2

Malam tadi sewaktu Ijtima’ PAS Gopeng, YB Khalid Samad memaklumkan bahawa Syabas tidak perlu melakukan catuan air kerana tujuh empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapasiti air yang cukup dan melimpah.

Menurutnya, tujuan mencatu air oleh Shabas adalah semata-mata mahu mendesak kerajaan Selangor meluluskan Pembinaan Loji Langat 2 yang bernilai RM8.65 Bilion dimana projek ini dimonopoli oleh kroni kroni Umno

UMNO merestui tindakan SYABAS untuk memulakan catuan di Selangor dengan harapan rakyat akan menyalahkan kerajaan negeri PR di Selangor dan dengan cara itu meraih undi dari kesengsaraan rakyat.


Ini semua adalah kerja mungkar Umno untuk sabotaj air di Selangor sebagaimana mereka lakukan sabotaj terhadap isu kutipan sampah dahulu.

Khalid Samad memaklumkan kerajaan negeri telah membeli 50 lori kompaktor sampah baru dan akan disewakan kepada kontraktor.

Dengan ini urusan pengendalian sampah menjadi lebih efisyen dimana masalah kerja-kerja tergendala oleh kerana lori sering rosak dapat diatasi kerana selama ini para kontraktor terpaksa menggunakan kompaktor lama dan uzur.

Khalid juga mendedahkan tawaran kerja kepada kontraktor secara terbuka tidak dibenarkan untuk diberikan kepada sub-kontraktor sebagaimana sebelum ini dilakukan oleh Alam Flora.


Menurutnya, melalui pengalaman lalu, adalah agak sulit dan rumit untuk memantau kerja-kerja sub-kontraktor kerana mereka merupakan pihak ketiga dan hanya berurusan dengan main-kontraktor.

Menurut Khalid, kerajaan negeri percaya akan dapat menjimatkan kos operasi hingga ke RM100 juta setahun.

1 comment :

eMDiZuL said...

Ni nak tanya... pembinaan loji rawatan air ke atau pembinaan empangan?.. Kalau pembinaan loji rawatan air, loji rawatan air yg sedia ada ni memadai ke?.. kalau pembinaan empangan, mmg tak patut pun... dah ada banyak kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...