Pengikut

ARTIKEL TERBARU

Saturday, July 21, 2012

Fajar Baru Di Mesir, Malaysia Bila ?

Mereka sudah cukup lama menderita. Diskriminasi terhadap wanita berpakaian burga kini diberikan perhatian. Mesir yang berani merubah kepimpinan kini terbukti semakin berubah demi Islam membuktikan generasi gemilang umat Islam akan lebih bersinar

Wanita berpakaian burqa membaca berita - saluran TV baru yang dikendalikan sepenuhnya oleh wanita yang memakai tudung yang hanya menampakan mata.

Pelancaran stesen hujung minggu ini di Kaherah Mesir, di mana wanita memakai burqa mendakwa mereka didiskriminasi.

Ketua mereka berkata ia mahu stesen itu membuktikan bahawa wanita yang memakai burqa dan niqab boleh juga berjaya dalam kerjaya mereka.

Jurukamera berburga membuktikan kemampuan mereka

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka.” (Ar-Ra’d: 11)

Mesir telah terlalu lama dan hampir rosak jahanam angkara perbuatan pemerintah sekular yang lalu. Mesir memerlukan masa untuk bangkit semula. Berilah peluang kepada rakyat Mesir dan pemimpin mereka.

Kemenangan Dr Morsy sebagai presiden pertama Mesir selepas revolusi 25 Januari. Sudah semestinya perkara tersebut membawa sinaran fajar baru bagi warga Mesir.

Bilakah fajar baru akan muncul di bumi Malaysia? Rakyat Malaysia perlu mencontohi keberanian rakyat Mesir dalam melakukan perubahan.

2 comments:

Suasana Politik Malaysia said...

As salam Saudara Alhusseyn,

selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.

alhusseyn said...

Terima kasih dan saya juga ucapkan selamat berpuasa kpd anda semoga mendapat ganjaran berpuasa sepenuhnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...