Pengikut

ARTIKEL TERBARU

Tuesday, July 17, 2012

Lattheefa Koya Ada Harga Diri - Syabas!

Peguam lantang PKR, Latheefa Koya meletak jawatan sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi kelmarin dipercayai akibat daripada arahan Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta Latheefa agar menghantar surat tunjuk sebab menjelaskan mengapa beliau mengkritik pentadbiran adun Ijok itu.

Isu ini disebabkan oleh tindakan Latheefa menghantar email kepada pimpinan tertinggi PKR — mempersoalkan MB Selangor berkenaan perumahan rakyat miskin dan tidak berkaitan dengan hal MBPJ.

“Akibat daripada email tersebut, saya difahamkan MB dan Exco negeri telah bersetuju untuk memecat saya sebagai ahli majlis MBPJ.

“Perkara ini telah menjadi pengetahuan umum dan jawatan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat dipertahankan lagi.

“Oleh itu, saya meletakkan jawatan sebagai ahli majlis MBPJ dengan serta merta,” kata Latheefa dalam surat perletakan jawatannya.

Nampaknya Khalid Ibrahim langsung tidak boleh dikritik dan tindakan memecat Latheefa membuktikan beliau bertindak seperti seorang CEO syarikat Sdn Bhd berbanding sebagai seorang ahli politik?

Syabas kepada Latheefa Koya yang ada harga diri dan tidak mahu terus bergayut pada jawatan tersebut yang kini sedang menjadi rebutan dikalangan pimpinan PKR yang lain. SUMBER

2 comments:

umno_baru said...

takkan dengar sebelah pihak je...kang kata 2x5 je dgn penyokong umno marah plak.

alhusseyn said...

Pembohongan ada di mana-mana termasuk di pihak PR.Tapi pembohongan di pihak Umno/BN adalah segala-galanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...