Pengikut

ARTIKEL TERBARU

Thursday, August 16, 2012

Hadapkan Boneka Umno ini ke Jawatankuasa Tatatertib

Aku malas nak ulas tentang komen-komen pemimpin PAS mengenai Boneka Umno, Ustaz Nasharudin ini. Korang cari dan bacalah sendiri. Pada aku komen-komen mereka semua tu sampah!

Nik Abdul Aziz sendiri pernah menamakan Nasha ni antara tiga pemimpin yang perlu 'dibersihkan'. Yang seorang, Hasan Ali tu dah pun jadi 'Beras Hancor. Korang nak tahu siapa sorang lagi tu , kliklah di sini . Tapi rasanya mamat ni dah berubah kebelakangan ini. Harap-harap begitulah.

Isu Nasha ni bukan baru! Tok Guru Nik Aziz pernah menyatakan rasa kesalnya terhadap Nasharuddin. Malah menggesanya supaya meninggalkan PAS dan menyertai Umno jika ingin kerajaan perpaduan, Lihat di sini

Hari ini Tok guru kata, tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada PAS. Memang pun! Dah macam-macam Tok Guru bagi gelaran kat mamat nih, termasuklah gelaran 'Boneka Umno!' Sampai bila Tok Guru nak buat kenyataan sahaja?

Inilah yang amat mengahairankan aku! Yalah, yang menghairankan aku kenapa Nasharudin ini tidak dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib?

Bukankah kenyataan terbaru Nasha, ketika bersama PM Najib di Mekah, dia menggesa PAS supaya menyatakan pendirian sebenar kerana DAP menolak penubuhan negara Islam atau PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, seperti yang disiarkan oleh TV3 kepunyaan Umno itu amat jelas bertentangan dengan pendirian PAS.

Nasha sudah jelas patut dikenakan tindakan di bawah Perlembagaan Parti FASAL 82 (1) (g) - gagal mengawal diri dengan melakukan tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti

Dan semua orang tahu, Nasha selalu ponteng mesyuarat Parti. Bahawa dengan ini, Nasha juga gagal melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh parti sedaya upaya yang boleh , sebagaimana yang disebutkan bawah FASAL 82 (d)

PAS sepatutnya bertindak segera. Sudah terlalu lama nanah ni dibiarkan membarah dalam batang tubuh organisasi PAS. Bentuklah segera Jawatankuasa Tatatertib dan arahkan Nasha supaya mengadap. Cakap banyak tak guna.

2 comments:

Yong said...

Salam Yob Alhussein

Kekadang terfikir Yong, adekah mamat ini dapat perlindungan geng Trengganu? Kerana perlindungan itu dia beraja di mata, bersultan di hatai...

alhusseyn said...

Geng Perpaduang ni nampak senyap la ni sebab Menteri Besar Terengganu , Ahmad Said tak jadi beli kambing Ustaz Harun Taib......Ha! ha! Betul ker Kat Trengganu , hanya Harun Taib ajer yang niaga kambing? Yong fahamkan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...