Salah satu tempat yang menarik di bandar Ipoh ialah Menara Jam Besar. Ianya kini sedang dalam penambahbaikan dan pastinya akan kelihatan lebih menarik untuk dikunjungi.
Menara ini dibina pada 1909 dengan menelan belanja kira-kira $25,00 pada masa itu.
Dibina bagi memperingati JWW Birch, Residen pertama British Perak yang telah dibunuh di Pasir Salak pada 1875/11/02 oleh Ketua-ketua Melayu tempatan, Datuk Maharaja Lela.
Menara ini terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Ipoh, berbentuk empat segi dengan empat panel yang menggambarkan pertumbuhan tamadun dibahagian atasnya.
Pada panel tamadun, 44 tokoh-tokoh terkenal dalam sejarah dunia telah digambarkan. Imej yang digambarkan sebagai Nabi Muhamad telah diselaputi dengan cat pada 1990-an kerana dibantah oleh kalangan umat Islam. Lihat gambar bawah nih.
Dibina bagi memperingati JWW Birch, Residen pertama British Perak yang telah dibunuh di Pasir Salak pada 1875/11/02 oleh Ketua-ketua Melayu tempatan, Datuk Maharaja Lela.Menara ini terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Ipoh, berbentuk empat segi dengan empat panel yang menggambarkan pertumbuhan tamadun dibahagian atasnya.
Pada panel tamadun, 44 tokoh-tokoh terkenal dalam sejarah dunia telah digambarkan. Imej yang digambarkan sebagai Nabi Muhamad telah diselaputi dengan cat pada 1990-an kerana dibantah oleh kalangan umat Islam. Lihat gambar bawah nih.
Menara jam ini mempunyai satu loceng besar , 6 kaki 6 in diameter dan empat loceng kecil. Bunyi mengikut sebagaimana loceng Big Ben.
Ketika awal-awal baru dibina dulu, masyarakat Ipoh begitu takjub dengan menara jam ini. Mereka tertanya-tanya, siapakah gerangannya yang membunyikan loceng tersebut pada setiap masa, siang dan malam?
Mereka tidak percaya bila diberitahu bahawa loceng tu boleh berbunyi dengan sendirinya.Aku waktu itu budak sangat, belum ke sekolah pun. Aku tumpang kehairanan bila orang-orang dewasa disekeliling ku bersembang-sembang pasal jam ajaib tu....

No comments:
Post a Comment