Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS. Baca di siniCerita tu dah lama, keluar kat blog tu pada tarikh 16 Disember 2011 lagi! (tarikh dlm entri tu tulis 16 Sept – mungkin penulisnya tidak menyedari kesilapan tersebut)
Maka tentu kita semua mahu tahu, pernahkah PAS menghantar surat tunjuk sebab kepada Nasharudin Mat Isa diatas kegagalannya tidak pernah hadir mesyuarat?
Nak tanya itu sahaja, sebab rasa-rasanya Nasha sepatutnya sudah terima surat tunjuk sebab yang terakhir – lama dulu lagi! Bukan baru nak draf! ha! ha!
Ini ada pula pemimpin minta Nasha supaya menghadirkan diri ngadap Majlis Syura?....Hoi jangan jadi mangkuklah!! Hantar surat notislah! Bukan merayu-rayu minta ehsan Nasha untuk hadir!
Cerita dongeng yang mengkisahkan bagaimana telah begitu lama orang Greek mahu menakluki orang Trojan, namun tidak mampu menembusi kota mereka. Orang Trojan kebal dengan pertahanan kubu mereka itu selama ini.
Maka begitu jugalah Umno dalam berhadapan dengan PAS. Orang PAS tetap teguh walaupun pelbagai dugaan dan halangan yang terpaksa mereka tempuhi.Yang ini bukan dongeng tau!
Orang Greek tidak pernah berputus asa untuk menakluki orang Trojan. Maka begitu jugalah Umno.Mereka senantiasa mencari jalan bagaimana nak menembusi kubu PAS yang kental dan kebal.
Orang Greek dapat satu idea - Membina kuda kayu besar di atas roda yang cukup besar untuk sekumpulan askar Greek bersembunyi di dalamnya. Kemudian orang-orang Greek semua berpura-pura belayar kembali ( kecuali sekumpulan askar yang bersembunyi di dalam kuda kayu itu!). Umno pun gitu gak, pura-pura nampak baik pada orang PAS! ha! ha!
Orang-orang Trojan gembira melihatkan musuh mereka telah pergi lalu pergi mendapatkan kuda kayu tersebut .Masing-masing bertanya antara satu sama lain. Tetapi tiada siapa yang tahu kenapa kuda kayu itu ditinggalkan di situ.
Kemudiannya mereka mendapati ada seorang askar Greek menyorok berdekatan. Beliau berkata (ini pun adalah sebahagian daripada perancangan) bahawa orang-orang Greek lain membenci dia dan mereka telah meninggalkan dia di belakang. Jadi orang Trojan bertanyakan dia tentang hal kuda itu. Beliau berkata ia merupakan satu persembahan kepada Athena , salah satu 'Tuhan’ orang-orang Greek
Trojan pun menyembah dan menghormati Athena , sama macam orang Greek. Mereka pun menghormati persembahan tersebut , "Demi Athena....” kata mereka! (Umno pun ngaku nak HUDUD macam PAS!) Orang pun ramai yang dok kata, dia ni Ustaz, berjuang untuk Islam juga...dia macam kita...ingatlah pesanan Allah dalam ali-Imran -
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (118)
Mereka meninggalkannya di kuil Athena, dan kemudian orang Trojan mengadakan kenduri kesyukuran besar-besaran untuk meraikan perang yang kononnya sudah berakhir itu.
Apabila semua orang tertidur kekenyangan, maka keluarlah tentera Greek dari kuda kayu itu dan membunuh para pengawal Trojan. Mereka memberi isyarat kepada geng mereka yang lain supaya datang semula menyerang Trojan.
Kini mereka dapat masuk ke dalam kota Troy kerana dinding kota itu telah dirobohkan. Satu pertempuran besar berlaku semua lelaki Trojan terbunuh, dan semua wanita dan kanak-kanak telah dibawa balik ke Greek sebagai hamba .
Aku rela mati tapi bukan disebabkan lalai oleh kekenyangan atau BRIM yang seumpamanya itu. Biar mati berjuang. Dan aku tidak mahu anak bini aku jadi hamba atau tukun Umno! Korang nak ker itu semua?
Apakah lelaki yang ditinggalkan bersama kuda kayu itu bernama Nasharudin Mat Isa? Korang fikirlah sendiri tindak tanduk Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS ini yang tak pernah mengadakan mesyuarat tetapi sibuk pergi Mekah mengiringi Najib. Apakah mengiringi Najib ke Mekah ini antara tugas Pengerusi Lajnah Antara Bangsa PAS? Korang kena tanyalah Mustapha Ali sendiri.
"Hatinya adalah dalam Umno tetapi tubuhnya adalah dalam PAS. Anda tidak boleh menjaga hati dan badan yang dipisahkan terlalu lama,." Begitulah yang dikatakan oleh orang bukan Islam seperti Ramakrishnan, senator DAP. Dia kata Nasha ini adalah Kuda Trojan! Lihat di sini


3 comments:
salam al husseyn,
surat tunjuk sebab ni macam mana hah? pendek ke panjang ke. sekeping a4 cukup ke atau 19 helai cukup?
hantar by hand ke atau mesti dengan pos laju atau dhl? kena hantar siang atau malam?
setiausaha agung kena hantar personally atau presiden sendiri yang kena hantar?
atau buat surat saiz besar supaya semua ajk boleh usung kepada penerima?
susah sangat nak hantar...
ug-ug ug-ug ug-ug...
entah apa yang tersangkut ni, type writer ke, printer ke, mootsikal posmen ke, van dhl ke?
macam biasa dengar je...
Hussin, ha! ha! Aku tak nak tambah apa-apa lagi.Apa ko tulis tu dah cukup menyenakan orang yg berkenaan - kalaulah dia ada pemikiran sedikit ...takut tak ada ajer...kambing kat marang tu masih ada lagi untk Mat Said?
al husseyn,
depa dah bantai hang kaw2 sebab artikel ni. kesian... hoit bukan kesian kat hanglah al husseyn, kesian kat depa. hang dengan aku kan satu kapal, depa bantai hang, pada aku macam cubit paha kananlah...
aku tak nak jadi pi dok layan depa. setakat perati gelagat depa cukuplah. biaq pi depa terik urat tekak mempertahankan kebangangan depa.
kah kah kah, kesian noo
Post a Comment