KUALA LUMPUR 1 Ogos : Sebagai usaha yang terdesak oleh pihak kerajaan Umno/BN dalam usaha melindingi penyelewengan yang didedahkannya, pagi ini Rafizi Ramli , Pengarah Strategi KEADILAN, ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang.
Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.
Rafizi juga difahamkan Johari Muhamad turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.
Penangkapan dan pendakwaan terhadap Rafizi Ramli ini dipercayai kerana membongkar kes penyelewengan NFC & George Kent . Baca lagi di sini


No comments:
Post a Comment