Mamat dan Bedul keluar berkemping, selepas menegakan khemah mereka pun tidur keletihan. Selang beberapa jam kemudian, Mamat membangunkan kawan baiknya itu, Bedul :“ Bedul, cuba ko lihat atas tu, Apa yang engkau nampak? ”
Bedul jawab, “Aku nampak banyak bintang bertaburan di langit ”
“Apakah makna di sebalik itu?” tanya Mamat lagi.
Ini membuatkan Bedul memikir sejenak : “ Cuaca sangat baik, terang dan nyaman, ” balasnya.
" Ya lah, takkanlah itu saja yang kau nampak?” Desak Mamat lagi.
" Jika mahu diceritakan bagaimana bermulanya kejadian langit dan bumi dan bintang-bintang yang bertaburan serta galaksi-galaksi yang ada sejak dari peristiwa “Big-Bang” itu terlalu panjang lagi merumitkan. ...
Kalau kita merenung jauh akan apa yang ada dilangit itu , kebesaran Allah SWT tidak dapat kita ungkapkan...
Apa pendapat kamu , Mamat? ” Bedul menduga kawannya pula.
Bedul diam seketika, kemudian dia berkata: “Khemah kita sudah dicuri orang”
Moral ceritanya: Bukan semua yang ngaku pandai itu bijak membaca keadaan. Pandai membaca tidak semestinya memahami apa yang tersirat.

No comments:
Post a Comment