Pengikut

Terima Kasih Semua!

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah memberikan kerjama menjayakan undian ini.Malang sekali kerana semua usul yang boleh membuat Presiden tersingkir, mereka tapis siap-siap tak bagi bahas.Sebab itu tidak ada satu pun usul untuk membicangkan hubungan PAS dlm PAkatan Rakyat atau mempersoalkan apa-apa pasal U-turn.Presiden play
safe...buat kenyataan sokong Tahaluf Siasi dan kata tidak mahu UG... Pertunjukan Sarkis diteruskan....

MUKTAMAR PATUT MENERIMA USUL UNTUK DIBINCANGKAN ~TIDAK PERCAYA KEPADA PRESIDEN PARTI

Tuesday, December 04, 2012

Bukti kemampuan Umno/BN mentadbir negara semakin terhakis

Berikanlah sebanyak mana masa yang Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein perlukan untuk mencari alasan bagi menafikan tuduhan mantan KPN, Musa Hasan itu.

Rakyat pastinya tidak akan meyakini akan sebarang penafian yang akan beliau bentangkan nanti; kerana rakyat pun sedia tahu, bahawa memang Hishamuddin itu umpama ‘Siakap, Senohong, Gelama Ikan Duri…. 

Padan dengan muka dia! Kini cacing sudah naik ke mata. Kalaulah bukan kerana dia yang beriya-iya mempertahankan Musa Hasan selama ini sudah tentu dia tidak berserabut begini! 

Hishammuddinlah yang mengepalai bantahan bagi pembentukan IPCMC ketika dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin , enam tahun yang lalu atas alasan bahawa IPCMC akan berubah menjadi jalan oleh kalangan tertentu untuk mendedahkan kelemahan dalam pemerintahan negara.Hishamuddin menjadi batu penghalang pembentukan IPCMC.

Ramai yang memandang jijik tetapi berharap pendedahannya ikhlas

Kini, Musa Hasan sendiri yang mendedahkan salah laku Hishamuddin.Dia mendedahkan kelemahan dalam pemerintahan negara. Ini bukan perkara yang baru.Kalau Musa tidak dedahkan pun, rakyat sudah tahu dan punya tanggapan begitu. Kenyataan Musa itu sebenarnya hanyalah sebagai penambah kenyakinan rakyat terhadap campurtangan orang politik dalam urusan pentadbiran awam. 

Sebab itu walaupun Musa Hasan pernah dicop sebagai penipu oleh Hakim Supang Lian dalam satu sidang mahkamah di sini , tetapi dalam isu campurtangan Hishamuddin ini, rakyat mempercayainya. 

Hishamuddin dan gerombolannya janganlah pula terasa seronok sangat bila ada berita yang seperti mahu menjatuhkan kredibiliti Musa Hasan. 

Memang kredibiliti Musa Hasan sudah lama jatuh jauh terperosok.Musa telah membawa sekali bersamanya terperosok institusi PDRM dan sekali gus institusi Kehakiman Negara. 

Musa pernah dituduh bersubahat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kes “polis RM27 juta” dan pernah terlibat dengan penjenayah Tengku Goh. Bacalah di sini 

Sebab itu, bila timbul spekulasi kononnya akan menyertai parti politik pembangkang termasuk Pas, ramai penyokong PR sendiri naik menggelabah kerana jijik untuk menerimanya .

Penglibatannya ke dalam PAS diterima baik penyokong akar umbi

Bagaimana pun mereka gembira sewaktu kemasukan bekas Ketua Siasatan Jenayah Polis, Dato’ Fauzi Shaari. Namun pendedahan Musa Hasan sebagai bekas Ketua Polis Negara , mengenai campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam urusan pentadbiran polis adalah satu hal yang serius dan Hishamudin tidak boleh mengetepikannya hanya dengan berkata ‘usaha untuk mengalihkan tumpuan daripada perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung’ sahaja. 

Hishamuddin hingga kini gagal bertindak untuk menyangkalnya. Sewaktu beliau menjawat KPN dulu, Musa mempunyai sokongan BPR, Peguam Negara dan Perdana Menteri dalam semua tindakan beliau. Hinggakan ramai menganggap Musa Hasan terlalu kebal .

Hinggakan dia begitu berani memerangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Johari Baharom supaya disiasat, mengaitkannya dengan rasuah RM5.5 juta bagi pembebasan tiga orang penjenayah ditahan dibawah Ordinan Dharurat hanya kerana dakwaan sebuah laman web misteri. 

Menurut Akuan Bersumpah pegawai polis Noor Azizul Rahim Taharim yang pernah menjadi pembantu Musa sendiri sejak 2005 hingga 2007, mendakwa bahawa bekas pengarah CID Christopher Wan telah mendedahkan kepadanya bahawa Musa telah mengarahkan penubuhan blog rahsia tersebut 

Apabila timbul pendedahan bahawa sebenarnya Musa Hasan sendiri yang telah membebaskan tiga penjenayah tersebut dengan menerima sogokan RM2.1 juta, dia terlepas walaupun aduan itu dibuat sendiri oleh Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Nazree Mohamad, dengan mengemukakan surat aduan dan e-mel mengandungi beberapa tohmahan penyalahgunaan kuasa yang dikaitkan dengan Ketua Polis Negara itu pada 27 April lalu. 

Peguam Negara telah membebaskan KPN Musa Hasan dari sebarang tuduhan Rasuah RM2.1 juta. Penutupan Siasatan Kes Rasuah Musa - Satu Tamparan Kepada Datuk Johari Baharom yang merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu. 

Bagaimana kroniknya keadaan negara kita ini pernah diperkatakan oleh bekas KPN Tun Hanif Omar yang telah membidas pasukan polis dalam rencana beliau di Sunday Star. 

Tun Hanif Omar pernah menyifat PDRM sebagai 'Pagar Makan Padi'
 
Apakah Musa Hasan masih lagi mendapat sokongan SPRM (lama- BPR), Peguam Negara dan Perdana Menteri dalam tindakan terbaru beliau kali ini? Kenapa tiada apa-apa siasatan dikenakan keatas dakwaan beliau yang jelas menjatuhkan kredibiliti seorang Menteri kanan. 

Apakah kerana gerombolan Hishamuddin itu semua takut dengan Musa Hasan yang masih banyak menyimpan rahsia….? 

Mungkin sekarang ini, gerombolan itu sedang berkira-kira nak tawarkan sesuatu jawatan kepada Musa untuk menutup mulutnya. 

Bagi yang prihatin terhadap keselamatan rakyat , keadaan ini semakin mengancam.Sudah cukup lama perkara kepincangan polis ini diperkatakan. Sesungguhnya institusi polis ini perlu perubahan.Perubahan ini hanya hanya mampu dilakukan dengan menukarkan tampuk pemerintahan.

Pemerintahan Umno/BN ini telah lama memporak perandakan sistem pentadbiran negara yang ada hingga semakin jadi tidak karuan.Kita sudah hilang kepercayaan diatas kemampuan Umno/BN mentadbir negara. Kita perlu selamatkan negara Malaysia ini dari lebih berkecamuk dan lintang pukang. Kita perlu ubah kerajaan yang ada hari ini.

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...