Oleh Idris Hj Ahmad
4/1/13
Terbukti
dan teruji Umno sebuah parti yang tidak berani berhujah dan suka
memfitnah. Umno hanya berani bercakap tanpa lawan. Berani melawan dengan
lawan yang diikat kaki tangan, kemudian istihar dia sebagai pemenang,
kerana lawannya telah dipukul TKO.
Isu amanat menambah satu lagi hujah
bahawa memang Umno bukan parti yang suka mencari kebenaran. Isu ini
dibiarkan untuk dipolitikkan menjelang pilihanraya di dalam usaha
memancing undi.
Umno memperalatkan semua pihak untuk dijadikan pelampung
bagi menyelamatkan kapal Umno yang sudah hendak karam. Pihak Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa orang mufti telah diambil
untuk menjadi benteng pertahanan Umno. Walau pun isu ini sudah berlalu
lebih 31 tahun sejak 7 April 1981.
Tindakan Jakim dan ulamak pengampu
yang tumpang sekaki telah tercalar. Apa tidaknya isu yang sudah berlalu
lebih 31 tahun baru disedari tentang bahayanya. Masyarakat melihat
betapa lembabnya institusi ini, seolah-olah menjadi talian hayat untuk
Umno.
Kesediaan
Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk bersemuka dengan semua
pihak yang dilantik oleh kerajaan menunjukkan kewibawaan beliau seorang
ulamak yang bertanggungjawab atas apa yang berliau nyatakan.
Sebaliknya
penolakan pihak kerajaan untuk membenarkan Presiden Pas untuk
menjelaskan selama sejam di dalam televisyen secara langsung menampakkan
sikap pengecut pihak kerajaan. Tuan Guru Haji Hadi meminta sejam
sahaja, selebihnya pihak kerajaan boleh membalas kembali hingga kiamat.
Pemimpin
Umno takut hujah yang dikemukan oleh Presiden Pas akan mempengaruhi
orang ramai dan merbahaya, ini diakui sendiri oleh Khairi Jamaludin
Ketua Pemuda Umno. Umno bimbang orang akan meninggalkan Umno dan
menyertai perjuangan Pas.

No comments:
Post a Comment