PETALING JAYA: Dewan Ulama PAS menyeru ahli dan penyokongnya
memberikan sokongan penuh keputusan parti membenarkan orang bukan Islam
menggunakan kalimah Allah sebagaimana yang diumumkan Datuk Seri Abdul
Hadi Awang.
Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamad berkata, sebagai ahli parti, keputusan Presiden perlu dipatuhi.
“Sebagai ahli parti, kita kena menyokong keputusan itu. Persetujuan
itu sama seperti yang telah dibuat dan ditetapkan oleh PAS dua tahun
yang lalu,” katanya.
Mahfodz menegaskan ahli PAS tidak perlu gusar dengan keputusan
tersebut kerana penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian
hanya terhad untuk mereka sahaja.
Katanya, orang Kristian boleh menggunakannya di gereja dan di kalangan masyarakat mereka sahaja.
“Orang Kristian tidak boleh menggunakan kalimah itu kepada orang
islam, kerana ia terhad kepada mereka sahaja,” katanya ketika dihubungi
semalam.
Kenyataan Presiden, kenyataan parti
Sementara itu, Pemuda PAS menyokong keputusan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan umat Islam.
Ketua pemuda, Nasrudin Hassan yang dihubungi ini berkata: “Kita
(Pemuda) anggap apa yang dinyatakan Presiden semalam adalah kenyataan
parti.
“Saya tidak perlu komen lagi,” katanya. Nasrudin bagaimanapun, enggan mengulas lebih lanjut.
Abdul Hadi selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Selasa lalu dilaporkan
mempertahankan keputusan yang dibuat dua tahun lalu kerana Islam tidak
melarang kalimah mereka dalam amalan mereka walapun tidak mencapai
maksud asal dalam al Quran.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat turut mempertahankan keputusan tersebut.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kalimah
Allah adalah khusus untuk orang Islam dan orang bukan Islam di negeri
itu dilarang sama sekali menggunakannya.
Polemik pengggunaan kalimah Allah muncul semula apabila Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng dalam peruntusan Krismas pada 24 Disember lalu
menggesa kerajaan membenarkan kalimah itu dimuatkan dalam Bible bahasa
Melayu. - FMT


No comments:
Post a Comment