Pengikut

TUTUP KEDAI

TAHNIAH PIMPINAN PAS

TAHNIAH PIMPINAN PAS
KEMENANGAN UNTUK PAKATAN RAKYAT

Saturday, January 26, 2013

Mereka ini tersangat busuk dan tidak menyenangkan pandangan

Amat menarik sekali bila membaca coretan di face book Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man - Alkisah seorang budak nakal… Korang bolehlah jengok facebook tu untuk baca cerita keseluruhannya.

Saya hanya memuatkan bahagian akhir cerita tersebut yang merupakan moral of the story yang seperti berikut : 


Sama seperti najis binatang, jika diletakkan pada tempat yang tidak betul, ia busuk dan tidak menyenangkan pandangan. Jika ia terkena tanah dan ditanam, ia bertukar menjadi baja yang menghasilkan banyak pokok yang berbuah,” jawab Ustaz Ismail sambil tersenyum.


Komen Alhusseyn - Ramai yang tertanya-tanya, siapakah sebenarnya budak Amin Nakal yang Tuan Ibrahim gambarkan dalam 'Alkisah' itu?

Pada aku, ada ramai budak nakal yang macam Amin tu di dalam PAS.Bukan bebudak sahaja, tapi bapak budak pun ada yang sangat nakal dalam PAS.Korang agak-agaklah sendiri.Hasan Ali kini dah jadi budak baik setelah berkawan dengan Ibrahim katak tuh! Ha! ha!

Tapi apa pun, aku ingin cadangkan supaya PAS pusat buat serupa keatas Ust Nasharudin dan Geng UG. Maksud saya , kita tanam hidup-hidup Ust Nasha dan geng UG?

Ya lah! depa ni selama ini buat busuk perjuangan PAS sahajakan?

Menemani Najib ke Gaza tanpa memaklumkan kpd PAS

Ust Nasha masih lagi menjadi ahli Majlis Syura Ulama PAS, tapi kelaku saling tak tumpah macam Ahli Majlis Tertinggi Umno; sering mendapat layanan istimewa dari PM Najib. Terbaru, gambar atas, beliau telah menemani Najib ke Gaza, tanpa memaklumkan kepada parti pemergiannya itu.Ok kah kelaku macam tu?

Ketika menemani Najib di Mesir.Nyatakan pendirian 
atau KELUAR PR - kata Nasha

Geng UG di Pulau Pinang yang diketuai Mohd Hafiz Mohd Nordin, adalah satu kapal dengan Ust Nasha. Gongongannya sama macam Ust Nasha.Korang boleh tengok gambar atas dan yang saya sertakan di bawah. Mohd Hafiz Mohd Nordin dan gerombolannya  telah membuat demo di depan pejabat Karpal Singh. Mereka mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Mohd Hafiz dan gerombolan UG mendesak 
PAS keluar Pakatan Rakyat

Apakah Tuan Ibrahim bersetuju dengan tindakan ketulan taik-taik ini? Apa tindakan PAS sekiranya PAS benar-benar menerima pakai TAHALLUF SIASI DENGAN DAP?

Harap Tuan Ibrahim selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti mengambil tindakan yang tegas terhadap ketulan taik-taik yang bersepah ada di dalam PAS ini.Mereka ini tersangat busuk dan tidak menyenangkan pandangan.

1 comment :

BobHamzah Hamzah said...

Videoklip yg membuatkan penyembah syaitan yg dikenali meroyan... visit
Anwar Ibrahim merdeka rakyat HKR112
www.youtube.com
Drp qocockmedia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...