Pengikut

JELAJAH PERAK

JELAJAH PERAK
JELAJAH DEMOKRASI PERAK

MAKAN MALAM AMAL

MAKAN MALAM AMAL
MAKAN MALAM AMAL PAS SG SIPUT

Thursday, January 10, 2013

Pampasan Keretapi Maut - DS Nizar berbohong!

Kedutaan Jepun hari ini berkata pihaknya "tidak pernah mengesahkan" pemberian pampasan kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada warga Malaya yang menjadi buruh paksa membina 'Landasan Keretapi Maut'.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha kedua kedutaan Takaharu Suegami berkata pampasan wang RM207 bilion yang didakwa bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Itu, adalah di luar penglibatan dan pengetahuan kerajaan Jepun. Bacalah di sini

 Nampak seolah-olah Nizar bercakap bohong mengenai isu Pampasan Kereta Api Maut selama ini. Tapi apa yang kat bawah ini?


Ekoran kenyataan Takaharu Suegami diatas itu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin kelmarin telah mendedahkan beberapa dokumen penting yang menunjukkan kerajaan Malaysia memang telah menerima wang sebanyak RM207 bilion dari kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi maut Jepun. 

Dokumen itu berupa surat permohonan dari Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buroh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 (Persatuan) yang jelas menyatakan jumlah RM207 bilion yang dituntut itu.

Surat permohonan ini dibuat oleh Persatuan kepada Perdana Menteri pada 27 Julai 2011. Pendedahan ini dibuat Nizar dalam sidang media khasnya hari ini. 

Nizar juga menunjukkan kepada media dokumen pengesahan dari pelbagai kementerian dan jabatan serta pejabat Peguam Negara mengenai tuntutan itu. (Surat dari Jabatan Peguam Negara kepada Persatuan) 

Antaranya, Bahagian Pengeluaran, Kementerian Kewangan Malaysia dalam suratnya kepada Persatuan berkata, "Sukacita dimaklumkan bahawa tuntutan pengeluaran berjumlah RM207 bilion telah diangkat untuk tindakan dan kelulusan Kerajaan di mana prosesnya telah dimaklumkan ke Peguam Negara dan peringkat Kementerian Sumber Manusia." 

Surat bertarikh 29 Mac 2011 ini telah ditandatangani oleh Datuk Hajah Zalekha bt Hassan, Bahagian Pengeluaran Bayaran. Jabatan Peguam Negara pula dalam suratnya kepada Persatuan berkata, "Untuk maklumat, perkara tersebut perlu dirujuk kepada Kabinet untuk kelulusan. 

Nizar sebelum ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat meminta Perdana Menteri menjelaskan tuntutan Persatuan ini namun tidak ada sebarang penjelasan dibuat mengenainya. 

Baru-baru ini, beliau ke Kedutaan Jepun untuk berbincang mengenainya. Wakil kedutaan mengesahkan beliau pernah mendengar mengenainya tetapi hanya mengesahkan pembayaran pernah dibuat tetapi tidak menyebutkan angkanya. 
Baca selanjutnya di sini 

1 comment :

shamsadis said...

1 - kem. kewangan takder jawatan KSU
2 - no. rujukan pakai kem.kesihatan malaysia?
3 - takder orang sign letak title datuk sekali kat malaysia
4 - memo daripada KSU tapi sign pengarah bahagian?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...