Pengikut

SAMBUTAN ULANGTAHUN PAS KE-63

SAMBUTAN ULANGTAHUN PAS KE-63
DIRASMIKAN OLEH MAT SABU

CERAMAH MALAM 29 NOV

CERAMAH MALAM 29 NOV
CERAMAH PERDANA

Monday, January 21, 2013

Saleh Man jangan hanya jadi tunggul kayu di Pulau Pinang

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Saleh Man kata, PAS Negeri Pulau Pinang tidak terlibat dengan sebarang penganjuran demonstrasi aman di hadapan Dewan Sri Pinang jam 9.00 pagi esok. 

Beberapa individu yang mendakwa ahli PAS , telah mengantar sistem pesanan ringkas (SMS) mengajak semua ahli dan penyokong PAS menyokong keputusan Majlis Syura dan mendesak Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh supaya senyap berhubung isu kalimah Allah. 

Saleh Man jangan berlepas tangan setelah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS tidak terlibat.Pastikan lambang PAS juga tidak digunakan dalam perhimpunan tersebut.


Sebelum ini, pernah berlaku dimana bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin bersama sekumpulan pemuda membawa bendera PAS , (gambar atas), mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6 , membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan   isu penggunaan kalimah Allah.

Saleh man sekadar buat kenyataan yang sama - PAS tidak terlibat tanpa mengambil sebarang tindakan yang wajar keatas Mohamed Hafiz Nordin.

Mohamed Hafiz Nordin ini pernah mengepalai demonstrasi desak PAS keluar Pakatan Rakyat di Masjid Shiekh Yussof di Jalan Datuk Keramat selepas Solat Jumaat, diketuai bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang.


Gambar diatas menunjukan bukti bahawa Hafiz Nordin pernah sepentas dengan Presiden JATI Hasan Ali, menghentam Pakatan Rahyat.Namun tidak ada apa-apa tindakan dikenakan keatasnya.

Sampai ada pula yang kata tindakan Hafiz Nordin ini seolah-olah mendapat restu dibelakang tabir Pas Pusat atau pemuda pusat.Aku pernah tulis pasal ini di sini

Kita berharap, Saleh Man bukan sekadar menasihatkan ahli dan penyokong PAS supaya jangan melayan SMS berkenaan sebaliknya hendaklah mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli PAS yang berhimpun dalam demonstrasi tersebut. SUMBER

4 comments :

nor azizi shairan said...

..lembaga disiplin buat apa, membuta ke?

hazri abdullah said...

Ini yang aku tak suka nak dengar & lihat ni,orang PAS yang bodoh dan termakan dengan mainan politik hasutan BN/Umno...macamlah pandai & hebat sangat ilmu dan pemahaman Islam sehingga sanggup pula membelakangkan keputusan dari kepimpinan atasan yang berwibawa.....lebih baik yang buat demo bodoh tu masuk JATI bersama dengan Hassan Akidah lah...aku dah meluat dah tengok gelagat korang semua tu...perosak perpaduan dalam pakatan rakyat.

kaly said...

Al-Husseyn Blogger: Hang neh tk usah londeh hal merumitkan suasan pr yg sedang bangkit menentang umnobn,kalau nk cerita usahkan negeri luar dari perak,negeri perak pun-macam-macam ada, apa blogger al-husseyn pun ada masukkk ke dok panjangkan cerita sipolan-polan tu, yg penting tumbangkan umnobn......

alhusseyn said...

Kaly ko sebenarnya dah tertinggal keretapi.Artikel ni aku buat bulan Januari, ko baru nak komen hari ini 20 hb Mac?

Aku tegor supaya Saleh Man tu ada ketegasan menjaga hubungan denga rakan-rakan dalam PR yg lain.Ko bengap sangatkah atau ko ni mmg termasuk puak perpaduang? Aku blogger Malaysia bukan blogger utk Perak saja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...