Kalau aku diberikan seekor ikan, aku akan seronok kerana dapat
makan untuk sehari.Terima kasih kerana itu.
Tetapi bagaimana untuk hari esok? Bolehkah aku dapat seekor ikan
lagi? Tolonglah …Dan lagi dan lagi….
Esok lusa aku berkahwin dan punyai anak. Seekor ikan mana boleh
cukup? Tolonglah…aku perlu mengemis untuk meneruskan kehidupan ku ini.
Aku pun mahu makan ikan macam yang kamu makan.Takkanlah asyik
makan anak ikan kembung sahaja…sedangkan kamu makan ikan tenggiri, ikan merah,
ikan kerapu malahan ikan yu!
Kenapalah aku tidak diberikan kail dan ajarkan aku memancing?
Kalau aku ada kail dan ada kemahiran mengail tak perlulah aku mengemis setiap
hari untuk hidup ku.
Tidak perlu aku dan zuriatku mengharap belas ehsan semata-mata
kerana dengan pemberian kail itu kami boleh berusaha untuk membaiki kehidupan
kami sendiri.
Kalau tangkapan banyak, aku boleh jual untuk menambah rezekiku.Mungkin
aku boleh beli perahu dengan hasil tersebut. Mungkin aku boleh jadi
nelayan yang berjaya…
Rupa-rupanya ikan yang kau beri itu hanyalah umpan untuk aku ….kau
Cuma nak pancing aku rupanya! Ajarkanlah aku memancing, bukan memancing aku!



No comments:
Post a Comment