(Oleh Arif Juhani)
KUALA LUMPUR 11 Feb: Gelombang ‘Arab Spring’ tetap berlaku di
Malaysia jika ada penipuan daftar pemilih dan keputusan Pilihan Raya
Umum ke 13 (PRU 13), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri
Musa Hassan yang yakin ‘Arab Spring’ boleh berlaku di negara ini
sekiranya pihak yang kalah PRU akan datang tidak puas hati dengan
keputusannya.
Mat Sabu menegaskan, gelombang itu hanya berlaku jika terbukti
penipuan sebelum dan semasa hari pengundian membabitkan daftar pemilih.
“Umno
BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan jangan berkomplot
menipu dalam pilihan raya atau menerima kesan kebangkitan rakyat di
jalan raya.
“Rakyat sekarang memiliki akses maklumat yang luas dan mereka semakin
bijak menilai dan membandingkan maklumat yang dikemukakan baik dari
media Pakatan atau Umno BN.
“Tuntutan terbesar seluruh rakyat sekarang ialah sebuah proses
pilihan raya yang bersih dan telus,” ujar Pengarah Himpunan Kebangkitan
Rakyat (HKR), 12 Januari lalu itu kepada Keadilan Daily.
Bagaimanapun, Mat Sabu berkata, istilah ‘Arab Spring’ tidak sesuai
dengan konteks Malaysia kerana beberapa perbezaan dasar seperti
geopolitik dan sejarah berbeza namun penggunaan istilah bukan isu besar.
Katanya, penukaran kerajaan akan dibuat mengikut sistem demokrasi melalui proses pilihan raya.
Beliau turut menolak fitnah Musa kononnya Pakatan gagal mentadbir empat negeri dengan baik.
“Jangan
tuduh melulu, teliti laporan Audit Negara sebelum keluarkan kenyataan
yang memalukan diri sendiri. Sebenarnya Umno BN yang gagal mentadbir dan
mereka patut berundur dari memerintah negara,” katanya.SUMBER


No comments:
Post a Comment