Pengikut

Wednesday, February 20, 2013

Auw, Mak Kaw pergi jihad ke Sabah !

Menteri Dalam Negeri Malaysia, Hishamudin Hussein telah pergi ke barisan hadapan dan menyuruh sekumpulan yg bersenjata dari Filipina yang telah berada di kampung Tanduao di pekan Lahad Datu sejak 9 Februari lalu supaya keluar dan pulang ke tempat asal mereka.

"Tidak ada tolak ansur demi kedaulatan dan keselamatan negara!" tegasnya (dengan auw, mak kau !! Ha! ha! ha!)

Namun, walaupun mereka dikepung dan di suruh pergi dari negara ini, kumpulan bersenjata itu tetap enggan untuk pergi dan bertegas mendakwa Sabah adalah tanah air mereka.

( Nampaknya, Hishamudin sudah silap bila cakap suruh mereka balik ke negara asal mereka! Auw, Mak Kau! Sabah ini adalah nenek moyang mereka yg punya tau!)

Adalah bukan rahsia, bahawa setiap tahun, Kedutaan Malaysia di Filipina memberikan satu cek berjumlah RM5,300 (kira-kira P77,000) kepada peguam waris Kesultanan Sulu.Malaysia menganggap bayaran tersebut sebagai bayaran 'pengambil alihan kuasa' sebaliknya pihak Waris Kesultanan pula menganggapnya ianya sebagai 'bayaran sewa'. Baca lagi di sini

Menteri Dlm Negeri,Hishammuddin Hussein menggunakan 
binoculars meninjau keadaan di Kampung, Lahad Datu

Polis , Tentera dan Peronda Laut dipertingkatkan lagi dalam lingkungan 24 kilometer di sekitar kampung Tanduao di pekan Lahad Datu di mana Pasukan keselamatan berada sekitar 500 meter sahaja dari mereka dan hanya memerhatikan dari masa ke masa kumpulan itu berjalan keluar untuk  untuk mengambil air di sebuah telaga berdekatan.
 
Malaysia diberi ingatan
 
Pengikut Sultan Sulu di wilayah berharap kerajaan Malaysia akan mempersetujui permintaan mereka untuk membuka semula perbincangan mengenai tuntutan Kesultanan ke atas Sabah yang belum diselesaikan.
 
Mereka mengingatkan Malaysia agar tidak mengapa-apakan kumpulan Rajah Mudah Agbimuddin Kiram atau mereka akan bertindak balas.
 
Danny Virtudazo, menantu  Agbimuddin , mendakwa beliau adalah pengerusi negeri Palawan, sebahagian kesultanan Sulu, berkata pengikut kesultanan mempunyai lebih ramai ahli yang merebak keluar di Sabah daripada 300 anggaran berkurung di dalam Tanduao.
 
Beliau berkata beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan sekitar 1,500 orang, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada.
 
"Situasi menang-menang bagi Malaysia untuk bersetuju untuk mengadakan persidangan dengan Mudah Rajah (putera mahkota) dan kesultanan Sulu. Kami menyokong rundingan terbuka, "Virtudazo katanya.
 
Tidak pasti samada mereka mahu menuntut hak Kesultanan Sulu ke atas Sabah atau menuntut Kerajaan Malaysia menaikan lagi kadar sewa yang dibayar kerana menggunakan wilayah tersebut.

Bantuan US 

Bekas  Sen. Santanina Rasul, salah seorang waris Sultan Sulu, Selasa lalu berkata, salah seorang  anak lelakinya  berikhtiar bagi kemungkinan meminta bantuan dari kerajaan US dalam tuntutan  mereka ke atas  Sabah. 

Rasul berkata anak lelakinya, Abraham Rasul Jr. dan enam lagi waris Kesultanan Sulu itu  kini adalah warga negara Amerika. Sumber

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...