Satu koleksi gambar , kebanyakannya diambil di atas lebuh raya China, mendedahkan pemandu yang memuatkan barangan semau-maunya sehingga kenderaan mereka tidak mampu nak terima lagi!
Korang
jangan gelak nengok gambar-gambar nih! Muatan bertan-tan beratnya yang
bertimbun sehingga 20 kaki di atas basikal mereka, traktor dan lori, ~ pasti
sahaja akan menunggu masa sahaja sebelum malang menimpa…
Motorsikal
roda tiga di atas, ini jelas bukan bertujuan
untuk membawa tiga orang - apa lagi
dengan beban timbunan karung plastik
besar yang melandut hampir-hampir mencecah permukaan jalan…
Entah bagaimana pemandu motorsikal roda tiga ini mampu mengawal walaupun pandangan hadapannya terhalang oleh koleksi botol plastik yang bergantungan itu….
Ha! ha! Ambik ko! kenderaan dgn pedal berkuasa ~ tak perlu nak susah-susah berkayuh. Tidak pasti berapa kelajuannya, tapi kelihatan kenderaan dibelakangnya itu tidak mampu memotongnya! Sempoi satu keluarga!
Nampaknya lelaki ini begitu bersusah payah
mengawalnya supaya Basikal Trellarnya ini tidak membuat wheelee…!
Adalah baik bila melihat polis bertegas menahan dan mengeluarkan saman. Tapi mungkin juga polis tu kata, “ This is my card…” sambil menghulurkan bisnes kadnya! Kah! Kah! Ini semua bisa di atur pak!
Trak
kecil membawa muatan tiub-tiub besar sedang berhadapan dengan bahaya bila tiba
di laluan yang ada jambatan punya had tinggi tertentu sahaja.
Trak sarat dengan beras berguni-guni hingga membuatkan trak itu senget
sebelah! Sangat membahayakan kenderaan lain dan diri pemandu itu sendiri.
Gambar disnap di Jerman.Konon mahu jimatkan
petrol… dilonggokan beberapa kenderaan untuk
ke satu destinasi yang sama. Inilah jadinya!
Gambar
yang terakhir ini adalah gambaran orang-orang Umno/BN. Yang buat kerja-kerja berat
dan punah ialah orang bawah. Orang yang duduk atas sedap-sedap relax saja …
Orang atas dapat isi padat dgn daging, yang bawah seronoh walau hanya dapat
kuah lendir ~ rasa dan ada bau daging sikit, cukuplah!
Catatan : Gambar oleh China Foto Akhbar / Media Barcroft
/Rex









No comments:
Post a Comment