Pengikut

Saturday, March 02, 2013

Benarkah dua komando terbunuh terkena serangan mortar?

Macam mana ni Najib ? Mana satu yang betul? Sebelum ini, kita semua diberitahu melalui laporan yang menyebut :

Dua komando polis terbunuh setelah terkena ‘serangan mortar’ di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di Lahad Datu hari ini. Lihat di sini

Kemudian Najib beritahu, bahawa kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah itu telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.Baca di sini

Terkini pula, petang tadi, Najib berkata beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh itu telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.

"Saya tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan ianya adalah satu taktik pengecut," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang hari ini. Baca di sini

Senjata mortar yang digunakan askar 
penceroboh Amerika di Iraq dulu

Korang tahu apa itu mortar? Tengoklah gambar mortar atas tu atau nak tahu maklumat lanjut pasal mortar , korang bolek klik di sini

Aku sendiri tidak tahu samada nak gelak atau tidak.Kalau aku gelak nanti korang kata aku tidak ada rasa simpati diatas kematian 14 korban yang jadi mangsa tragedi di Lahad Datu itu.Jom kita hadiahkan al-fateha kepada mereka yang terkorban.Sama-sama Islam, tapi masih lagi saling berbunuh-bunuhan …

Selepas ini nanti apa lagi yang akan diumumkan oleh Najib. Kita tunggu dan lihat lawak Najib seterusnya.

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...