Pengikut

PIDATO ANWAR IBRAHIM

>

Friday, March 08, 2013

Inilah baru betul ~ Pejuang Rakyat Sejati!

Presiden paling miskin dalam dunia ~ dermakan gajinya 90% untuk amal kebajikan.

Lazimnya, ketua sesebuah negara  tidak pernah dikaitkan dgn kemiskinan.

Malah Perdana Menteri seperti Najib Tun Razak. dan isteringa, Rosmah Mansor, sering diberitakan terlibat dengan pembaziran yang sangat melampau.

Cerita tentang cincin berlian, beg, kasut dan pakaian Rosmah sahaja dah menelan jutaan ringgit! Satu dunia dah tahu!

Aku nak ceritakan di entri ini ialah berkenaan apa yang patut Rosmah dan Najib patut tahu supaya mereka dapat mencontohinya dan berjimat.

Kalau mereka boleh berjimat, aku akan sokong depa.Tapi, jangan haraplah kalau depa mampu berjimat! PRU ini depa akan hamburkan wang sana , wang sini ~ macam bagi itik dan ayam makan....tengoklah nanti kalau korang tak caya apa yg aku cakap nih!

Presiden Uruguay, José Mujica , mendapat jolokan gelaran sebagai ‘Presiden Termiskin’ dan ‘Presiden Paling Dermawan’ dalam dunia selepas pendedahan bahawa beliau mendermakan 90% gaji pendapatannya kepada amal kebajikan.

Sanggupkah Perdana Menteri Wasathiah pakai kereta macam ini?

Dalam satu temubual, Mujica memberitahu akhbar Sepanyaol, El Mundo , beliau mendapat gaji $12,500 sebulan tetapi Cuma mengambil $1,250 untuk dirinya, mendermakan yang lainnya untuk amal kebajikan.

Cara hidup nya yang sangat sederhana dan merendah diri itu dapat dilihat apabila beliau enggan tinggal di Istana Presiden atau menggunakan kakitangan istana tersebut.

Enggan menggunakan kereta resmi, tetapi hanya menggunakan Volkswagen Beetle , keretanya sendiri yang bernilai $1045 itu sebagai kegunaannya

Beliau mengusahakan tanaman chrysanthemums sebagai aktiviti ekonomi di rumah ladang yang beliau diami kepunyaan isterinya, Lucía Topolansky, seorang senator, yang juga mendermakan sebahaginan dari gajinya.

“Saya berasa cukup selesa dengan jumlah tersebut kerana ramai lagi rakyat Uruguay yang hidup lebih kurang dari itu” beliau memberitahu El Mundo.

Mujica, 77 tahun, adalah bekas ketua pejuang gerila , yang menentang rejim tentera Uruguay dalam tahun 1970-an.

Pernah dipenjarakan selama 13 tahun oleh rejim tentera negaranya dimana 2 tahun lebih, beliau merengkok di dalam satu perigi dengan hanya bertemankan semut...

Beliau juga merupakan Menteri Penternakan, Pertanian dan Perikanan dari 2005 hingg 2008 dan kemudian berkhidmat sebagai seorang senator.

Kemudian, sebagai calon presiden bagi pihak Broad Front, gabungan yang berhaluan kiri , Dengan slogan 'An honest government, a first-class country', Mujica berjaya memenangi pemilihan 2009 untuk menjadi Presiden Uruguay pada 1 Mac, 2010.

Uruguay adalah sebuah negeri terkecil di Selatan Amerika dari segi kawasan, selepas Suriname. Bagaimana pun, ia adalah negeri yang paling maju dalam benua tersebut, dengan GDP per kapita $15,656. Itu adalah kurang dari separuh dari Amerika Syarikat yang GDP per kapitanya, tetapi tiadalah tiga kali ganda pendapatan di Honduras yang mempunyai  GDP per kapita yang hanya $4,345.

 
Temu bual dengan BBC langsung menunjukkan sebagai Presiden 
Uruguay, José Mujica, di sebuah ladang di pinggir Montevideo. 
Presiden berkata bahawa "Saya berpakaian seperti Presiden 
dan saya kekal kerananya"

Di bawah Mujica, Uruguay telah dikenali sebagai negeri yang rendah tahap korupsinya.Negara Amerika Selatan menduduki tempat kedua paling kurang korupsi di negara Latin Amerika mengikut index Korupsi Global Transparency International.

Tanpa mempunya akaun bank dan hanya dengan sedikit hutang, Mujica memberitahu  El Mundo bahawa dia boleh tidur dengan nyenyak.

Apabila tempohnya tamat, beliau bercadang untuk berehat dengan lebih aman lagi di rumah ladangnya itu bersama isteri dan anjing kesayangannya, Manuela. — dengan p-noy aquino.

1 comment :

Ramon said...

Semuga Allah s.w.t memberi hidayah kepada beliau dan isterinya untuk memeluk Islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...