Pengikut

Thursday, May 16, 2013

Kisah Musang Tua dan Anggur Masam

Dalam dunia ini, selain Musang Mozillapi (Mozilla Firefox), musang adalah binatang yang jahat! Tidak ada cerita yang baik-baik mengenai musang selain kejahatan.

Semasa di Dungun dulu, pengasuh anak saya menyifatkan anak saya yang baru belajar merangkak itu sebagai 'Buas macam musang' - maknanya suka merayap merata tempat, tak suka duduk diam!Oklah tu, memang begitu sifat kanak-kanak yang sihat ...

Dalam peribahasa Melayu juga ada disebut sebagai, 'Musang berbulu ayam' yakni musuh yang berpura-pura baik, hanya menunggu masa nak kokak kita dalam gelap nanti....

Dan tentu sekali kita teringat akan filem Allahyarham P.Ramlee ~ Musang Berjanggut ...mengisahkan Tok Peti yang korup!

Apa yang saya nak kisahkan dalam entri kali ini ialah mengenai Musang Tua dan Anggur masam....Frasa ini berasal dari cerita dongeng oleh seorang lelaki yang dipanggil acient Aesop.

Cerita ini mengenai seekor musang lapar yang begitu terlior apabila melihat beberapa anggur masak bergayutan tinggi di atas pokok. 

Dia cuba untuk mendapatkan anggur itu walaupun di luar kemampuannya. Dia tetap mencuba berkali-kali terlompat-lompat cuba mencapai buah anggur ranum yang ada tinggi di atas pokok.

Malang sekali, lompatannya kali ini sudah tersilap perkiraan. Kakinya terpeliut pula.... dia jatuh tersembam lalu pitam seketika ....

Ya, selepas beberapa percubaan nekad dan tetap gagal, musang itu pun berputus asa , terpaksa beredar pergi sambil berkata " Anggur itu mungkin masam …" 

Apabila seseorang berkata " Anggur itu mungkin masam…", Ia adalah menceritakan tentang seseorang yang berhasrat sesuatu, tetapi tidak dapat memilikinya, lalu dia berpura-pura seolah-olah tidak mahukannya!

Sepatutnya musang tua itu lebih awal-awal lagi beredar dari situ supaya ada yang lebih berkemampuan untuk mencapai dan memetik anggur tersebut.Tetapi sikap degil dan keras kepalanya itu tidak mahu memberi ruang kepada musang-musang muda yang lain ....

Aleh-aleh usahanya itu gagal, dia tetap tidak mahu menyalahkan dirinya sendiri tetapi cuba menyalahkan orang lain pula.Malah dia berasa syukur kerana 'Anggur itu mungkin masam' .....

4 comments :

TheSniper said...

Faham ke deme dengan metafora miker ni yob? hahaha

alhusseyn said...

lupa nak bubuh Nota Dihujung Kaki ~ Tiada kaitan dengan mereka yg masih hidup atau yang telah mati ....

Madie Abdul Halim said...

hahahahahaha...
sungguh tajam menusuk kalbu.. Ada yg terasa tak yg dok kat ataih2 nuu....

مهمد شفاريز said...

Ape yang penting?
Midah kalah

Ape yang penting?
Midah kalah

(nyanyian baru wonderpet)

Plz support my new blog
Che'en punyer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...