Pengikut

PIDATO ANWAR IBRAHIM

>

Tuesday, May 21, 2013

Nik Abduh ~ takut pandu teksi sendiri kerana takut kena tahan di jalanraya!

Setelah korang baca kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS dientri aku sebelum ini di sini, lain macam pula bunyi ahli parlimen kita nih!

 Dia kata buah tak cukup masaklah, gopohlah ....adoi..sengalnya!

Kroninya yang kini jadi MB Kelantan pula kata ' pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Hoi mangkuk hanyun! Janganlah terikut-ikut dan terpengaruh dengan pemikiran otak udang Kazim ala Kazam tu yang kata pilihanraya itu hanyalah kerja 'memangkah' sahaja ....

Korang ingat demokrasi tu apa? Perhimpunan juga adalah hak yang diberikan sebagai amalan demokrasi.

Korang hanya mahun peluk bini dan tunggu 5 tahun lagi baru nak gulingkan kerajaan haram ini?

Mana ada berlaku huru-hara sejak berlakunya beberapa siri demonstrasi sebelum ini?


Nik Abduh walaupun sendiri suka naik teksi sejak kebelakangan jadi MP, khabarnya takut pandu teksi sendiri  kerana takut kena tahan di jalanraya!

Lihatlah perbezaan antara aktivis rakyat dan politikus yang mementingkan kedudukan.Apa untungnya Adam Adli dengan gerak kerjanya sehingga kena tahanan? Dia tidak bertanding pun! Begitu juga Hishamudin Rais (Tukar Tiub).

Sedap mulut cakap orang gopoh ...kau sedap-sedap duduk dalam teksi berekon dan arahkan pemandu ikut telunjuk ....tapi rakyat bukan pemandu teksi tau! Kami tidak redha dengan  kemenangan PR yang Umno/BN rampas melalui penipuan.

Walau bagaimana pun, aku megah dengan pendirian PAS Perak. Mereka akan adakan 'Blackout 505'  pada 26 Mei ini di Tapah.Siap ada Mat Sabu, DS Nizar, PJ Abu Bakar Hussein dan lain-lain... Adakah ini semua perbuatan gopoh?


Itu Perbuatan gopoh 

KUALA LUMPUR 20 Mei - Seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh. 

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya. "Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh. 

 "Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini. 

Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan. 

Malah, hasrat jahat pembangkang itu turut yang dinyatakan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor minggu lalu. 

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini. 

Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan. 

Menurut Nik Mohd. Abduh, golongan muda perlu insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan. 

 "Padukan tenaga. Tambahkan bilangan. Berikan senjata ilmu dan maklumat untuk anak muda. Gerhana bulan adalah kekuatan dan keagungan, bukan kesedihan dan ketakutan," ujarnya. Artikel Penuh: di sini

5 comments :

Yong said...

Salam al-Husseyn

Mengalahkan katak, kepalapun jadi besor!

Istiqamah said...

Dok marah pimpinan pemuda tp suka ambil sumber berita dari umngok

alhusseyn said...

Salam Istiqamah, Aku tahulah yg mana berita dispin atau tidak oleh akhbar Utusan tu. Nik Abduh boleh saman dan jadi lebih kaya kalau sumber dari Utusan itu fitnah semata-mata.Suruhlah Nik Abduh saman akhbar tu...

sb dehlawi said...

salam boh, kawe dengar banyak cerita tak enak mjengenai pelantikan exco kelantan, terutama penyingkiran Husam. kalau ada maklumat tolong dedahkan

sb dehlawi said...

salam boh, aku dengar banyak cerita tak elok pasal pelantikan exco kelantan, terutama penyingkiran husam. Kalau ada maklumat tolong dedahklan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...