Pengikut

Terima Kasih Semua!

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah memberikan kerjama menjayakan undian ini.Malang sekali kerana semua usul yang boleh membuat Presiden tersingkir, mereka tapis siap-siap tak bagi bahas.Sebab itu tidak ada satu pun usul untuk membicangkan hubungan PAS dlm PAkatan Rakyat atau mempersoalkan apa-apa pasal U-turn.Presiden play
safe...buat kenyataan sokong Tahaluf Siasi dan kata tidak mahu UG... Pertunjukan Sarkis diteruskan....

MUKTAMAR PATUT MENERIMA USUL UNTUK DIBINCANGKAN ~TIDAK PERCAYA KEPADA PRESIDEN PARTI

Sunday, July 07, 2013

Kudeta Tentera di Mesir di tentang oleh Kumpulan Islam - 30 terkorban

Api kemarahan melanda Mesir akibat tentera merampas kuasa
~ Credit: RTV

Tiga puluh orang terbunuh dan 1,138 yang lain cedera dalam pertempuran Jumaat di seluruh Mesir, Ketua Penguasa Ambulans Dr Mohamed Sultan berkata.

Sementara itu, saluran satelit Al-Arabiya memetik sumber perubatan pada tengah hari Sabtu sebagai berkata 36 orang telah terbunuh dalam keganasan di seluruh negara. 

Di kawasan Sidi Gaber  Iskandariah Timur, 14 terbunuh dan 200 cedera, di samping beratus-ratus lagi yang dirawat di padang hospital berdekatan, ketua pihak berkuasa ambulans di bandar ini, Amr Nasr, katanya.

Seorang mangsa cedera parah dalam pertempuran 
~ Kredit kepada Mahmoud Taha

Mereka yang cedera,  jelas Nasr, telah dikejarkan ke hospital Anfoushy and Sport selepas Universiti Awam Iskandriah, General Ras al-Tin, di Iskandariah Timur  dan Hospital Mostafa Kamal penuh sesak dengan mangsa-mangsa pertempuran.

Lima puluh dua suspek ditahan kerana didakwa terbabit dalam pertempuran antara penyokong dan penentang bekas Presiden Mohamed Morsydi Sidi Gaber.

Penyokong Presiden Morsi di Kaherah mendesak 
dipulehkan kedudukan Presiden Morsi~Credit: RTV

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Mejar Alexandria , Jeneral Nasser al-Abd, dua penembak tepat diatas bumbung berdekatan ditahan selepas didapati memiliki bom, senjata api dan birdshot.

Polis melancarkan buruan mencari suspek lain di Sidi Gaber  dan telah mengepung bangunan di mana penembak tepat yang disyaki dipercayai bersembunyi, tambah Nasser al-Abd.

Sementara itu Ikhwan Muslimin berkata 12 anggotanya terbunuh dalam pertempuran di Sidi Gaber, menyalahkan "samseng yang disokong oleh pasukan keselamatan dan polis tentera di hadapan kawasan utara tentera" dalam satu kenyataan. 

Ikhwan telah mengumumkan nama-nama enam daripada mangsa tersebut : Adel Shalaby, Amr Farouq, Ahmed Yehya, Gamal Zaghloul, Abdallah Awad dan Mohamed Mohie.

Penyokong Morsi berhimpun di Kaherah  membantah 
Kudeta tentera ~Credit: RTV

Pertempuran di jalan-jalan di antara pro dan anti-Morsy bertumpu di Kaherah menyaksikan pusat pertempuran di Jambatan ke-6 Oktober dan tembuk Sungai Nil berhampiran dengan bangunan televisyen negera, Maspero.

Di tempat lain, lima pegawai polis telah mati ditembak dalam kejadian berasingan di sekitar bandar Utara Sinai Arish, Reuters melaporkan Sabtu. 

Sementara itu, agensi berita negera, MENA melaporkan lapan orang pegawai polis telah dibunuh dalam pertempuran di seluruh negara sejak 29 Jun, manakala 82 yang lain telah tercedera. 

Lebih 1,000 orang telah dimasukkan ke hospital di seluruh negara selepas pertempuran Jumaat, manakala 62 kes dirawat di tempat berlakunya keganasan. 

Terjemahan oleh al-Husseyn disunting dari Al-Masry Al-Youm

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...