KLIK

Minggu, 2009 Juli 19

Malam memperingati tragedi kematian misteri Teoh Beng Hock di Ipoh


18 Julai, Ipoh : Sebagai memperingati dan memprotes diatas trajedi kematian penuh misteri seorang pembantu Exco Negeri Selangor,mendiang Teo Beng Hock, di sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor semasa memberikan penerangan di pejabat berkenaan pada hari Khamis, 16 Julai 2009 , Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan suatu perhimpunan menyalakan lilin berhampiran dengan Wisma DAP disini malam tadi.

Perhimpunan secara aman tersebut dihadiri lapisan masyarakat yang turut bersimpati diatas trajedi malang yang penuh misteri.Mereka hadir untuk menyatakan tanda kegelisahan rakyat dan menuntut keadilan untuk simangsa.


Turut hadhir dalam majlis itu ialah pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang antaranya ialah, Lim Kit Siang , Ngeh Khoo Ham, Idham Lim dan lain-lain.

Dalam ucapannya mengenai isu kematian misteri tersebut Lim Kit Siang berkata, “ Siapa yang akan percaya , Teoh, 30 , akan membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14 di Ibu Pejabat SPRM , sedangkan dia akan mendaftarkan perkahwinannya dengan seorang guru, Soh Cher Wei, 28 pada keesokannya dan Soh sedang mengandung dua bulan?”


“Insiden ini telah mencetuskan perasaan takut dan curiga orang ramai terhadap kebolehpercayaan SPRM khasnya dan pihak penguatkuasa kerajaan amnya dalam menjaga kepentingan rakyat dan Negara”

Lim berharap dapat menemui PM Najib Tun Razak sekembalinya dari luar negeri dalam masa yang terdekat ini.


Perhimpunan yang sederhana itu turut dikawal rapi dan dipantau oleh pasukan keselamatan yang membenarkan majlis tersebut berjalan sehingga jam lebih kurang 10.30 malam.

Sabtu, 2009 Juli 18

Memorandum kepada SPRM

PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK

Bahagian sekretariat : 48A, Medan Istana 1, Bandar Ipohraya, 30000, Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531532 Fax : 05-2535803
____________________________
17-7-2009

Kepada :

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
( Cawangan Negeri Perak )
Jalan Bukit Gantang Wahab,
Ipoh, Perak.
Tuan,

Per : KES KEMATIAN SDR TEO BENG HOCK ( 30 tahun ) semasa dibawah siasatan SPRM pada 16/7/2009

Pihak kami merujuk kepada kejadian tersebut di atas.

Sebagaimana sedia maklum, sdr Teo Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli EXCO Selangor telah didapati meninggal dunia di perkarangan bangunan ibu pejabat MACC Selangor pada 16-7-2009 semasa beliaau dibawah tahanan dan siasatan pihak tuan sebagai seorang SAKSI membantu siasatan.

Pihak Kami memandang amat serius atas kejadian ini khususnya ia melibatkan seorang saksi yang membantu siasatan dan adalah wajib serta menjadi tanggungjawab pihak Tuan menjaga keselamatan saksi dibawah jagaan pihak tuan semasa dibawah siasatan.

Pihak kami meminta supaya persoalan-persoalan berikut diberi penjelasan yang jelas dan ketara demi membela kepentingan orang ramai serta keluarga mendiang Saudara Teo Beng Hock :-

1. Sebagai seorang saksi dan bukan suspect, apa sebab beliau diminta siasat dan beri kenyataan pada waktu malam?

2. Apakah tindakan pihak Tuan untuk melindungi keselamatan saksi yang membantu siasatan dan menjamin kejadian sedemikian tidak akan berulang lagi?

3. Apakah rancangan serta tindakan pihak tuan untuk memberi pampasan kepada keluarga mendiang Sdr Teh Beng Hock?

4. Adakah pihak Tuan sedia untuk memohon maaf terhadap keluarga beliau?

5. Apa sebab MACC Selangor hanya menyiasa 7 orang ADUN di mana semuanya dari Pakatan Rakyat dan berketurunan cina sahaja? Bagaiman pihak Tuan boleh mengelakkan persepsi negatif orang umum bahawa ia adalah satu tindakan berbau politik dan penuh dengan diskriminasi kaum?

6. Apakah penjelasan pihak Tuan bahawa seorang pemuda yang akan berkahwin tidak lama lagi mempunyai hasrat untuk membunuh diri jika kes ini bukan kes bunuh?

7. Sejauh mana pihak Tuan sudah siasat dan ambil tindakan terhadap kes-kes lain seperti mahligai Khir Toyo di Shah Alam, kes Port Klang Free Zone (PKFZ), pembelian saham ECM Libra oleh Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin sebanyak RM9.2 juta, kes rasuah yang diumumkan oleh Lembaga Disiplin UMNO termasuk Ketua Menteri Melaka serta kes-kes lain yang melibatkan jutaan mahupun berbilion ringgit wang rakyat?

8. Semua laporan terhadap salah laku, penyelewengan serta rasuah yang disyaki melibatkan Barisan Nasional di Perak tidak nampak apa-apa tindakan undang-undang yang wajar dan antara contoh kes:-

(i) Kes laporan ADUN Jelapang, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering yang derhaka kepada rakyat dan melompat ke Barisan Nasional. Apa sudah berlaku?

(ii) Kes keruntuhan bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak yang menelan be;anja RM4.9 juta di bawah pentadbiran Barisan Nasional, apa sudah berlaku?

(iii) Kes perlantikan 3 orang penasihat Menteri Besar yang bertaraf EXCO yang tidak ada peruntukan sedemikian mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak oleh Dr. Zamry Abdul Kadir, apa sudah berlaku?

(iv) Kes tanah pertanian limau Tambun yang melibatkan bekas EXCO Pertanian Negeri Perak, Datuk Radzi Manan dan kemudian dijual dengan berjuta-juta ringgit, apa sudah terjadi?

Pihak kami berpendirian tegas bahawa institusi kerajaan mesti berkecuali dan TIDAK BOLEH SAMA SEKALI dipealatkan untuk menindas, mencabul penghormatan, menganiayai mana-mana individu atas fahaman polotik yang berbeza dan pihak kami berpendapat bahawa atas kegagalan dan dari siri tindakan pihak tuan, reputasi dan integriti SPRM sudah terjejas dan hampir tidak wujud lagi.

Kami pohon penjelasan.

Sekian, terima kasih.

Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak

17-7-2009

Sembang-sembang Manek Urai

Saya singgah di Pejabat Perhubungan Negeri pagi kelmarin sebab melarikan diri dari kawasan perumahan saya yang terpaksa berdepan dengan ketiadaan bekalan leterik.Mana boleh tahan tidak ada letrik dari pagi sampai ke petang?

Sampai ditempat yang dituju, saya meletakan kereta lalu melangkah kaki masuk ke dalam Pejabat Perhubungan.

Saya bertanya dengan sahabat yang baru pulang dari Manek Urai, “Apa cerita Manek Urai hanya dapat majoriti 65 undi?”

“Mujurlah menang dengan majoriti 65 tu! BN banyak penghabih duit di Manek Urai.Mungkin dalam RM30 juta! Jelasnya . Beliau adalah seorang petugas parti yang hampir sebulan berada di Manek Urai.

"Saya raya faktor pembangunan yang menyebabkan merosotnya undi PAS kali ini,"balas saya.

Terfikir sendiri, bagaimana saya pagi ini yang hanya terputus bekalan letrik ini pun boleh lari ke sini; bagaimanalah pula mereka seperti di Manek Urai yang terputus berbagai nikmat keperluan hidup sejak sekian tahun; maka tidak hairanlah kalau mereka lari ke balik sana.

"Orang Kelantan memang bijak,Sheikh!" sambung saya lagi."Mereka ramai-ramai pangkah Umno/BN kerana mahukan jambatan 7juta tu!Lepas tu bila PRU nanti dia orang pakat-pakat pangkah semula PAS!" Saya mengemukakan pendapat.

"Boleh jadi juga.Umno/BN menang di Peti Undi Manek Urai.Muhyiddin kenalah laksanakan janji nak buat jambatan di situ!" Balas sahabat tadi.

Sahabat saya itu bercerita lagi; bagi orang yang biasa , senang-senang mereka boleh mendapat antara RM1 ribu hingga RM2 ribu dengan senang sepanjang kempen PRU Manek Urai yang baru lalu.Apa tah lagi petugas-petugas parti mereka!

“Isy! Takkan macam tu banyak!” saya cuba jolok sahabat saya tu supaya beliau bercerita lagi.

“Umno campak duit RM500/- dari rumah ke rumah senang-senang begitu sahaja,” sambungnya lagi.

“Cubalah hang bayangkan sendiri, kalau Ibrahim Ali tu sendiri pun boleh membahagi-bahagikan wang kepada orang ; apatah lagi yang memang taik Umno macam si Khairy tu?

Sebelum ini seorang kawan lain memaklumkan kepada saya memang ramai budak-budak muda yang dapat dipengaruhi oleh Khairy. Ketua Pemuda Umno ini memang tangkas dan ligat berkempen tetapi pihak media tidak pernah menonjolkannya seperti mana yang sebelumnya.Nampaknya strategi ini memang mengena.

Dari sumber yang sama, saya dimaklumkan bahawa Najib sendiri telah turun dua kali ke Manek Urai secara senyap-senyap.

“Pasal apa lebih banyak undi rosak berbanding dengan majoriti kemenangan, takkanlah pengundi Manek Urai kurang cerdik?” tanya saya lagi.

“Itulah pasal duit!!” spontan sahabat saya tu menjawab.” Mereka yang dari kawasan luar datang mengundi di Manek Urai dapat uapah RM600/- seorang!” jelas nya.

“Macam mana pula tu?” tanya saya bodoh-bodoh gitu.

“Nak dapatkan duit 6 ratus tu, mereka kena buktikan dengan mengambil gambar kertas undi mereka dengan henpon dan selepas itu tunjukanlah gambar tersebut kepada tukang bayar wang tersebut,” kata sahabat tu lagi.

“Tetapi ada yang bijak! Sesudah ambil gambar kertas undi yang dipangkah dacing itu, ada pula yang pangkah Bulan! Itulah sebabnya banyak undi yang rosak!” jelanya lagi.

“Oh! Patutlah puak-puak Umno/BN mahu sangat supaya undi-undi yang rosak itu disemak semula!” balas saya.

Saya berkata kepada sahabat itu, “ Macam itu senangnya dapat duit! Aku nak tukar alamat untuk jadi pengundi di Manek Urai nanti!

“Tak payah susah-susah macam tu,” jawab sahabat tu lagi. “ Hang cari racun tikus bagi kat Hamidah Osman (ADUN SG RAPAT) ,” katanya.
“Kenapa pulak? tanya saya yang lambat nak tangkap maksud sahabat tu.

“Biar dia cepat matilah!” selamba sahaja perkataan tu meluncur keluar dari mulutnya.

“Kalau wakil rakyat mati, sudah, tentu Umno/BN akan melambakkan bermacam-macam projek dan wang ringgit berjuta-juta kat tempat hang tu nanti!” sambil dia ketawa.

“Orang mati pun hang nak ketawa?” saya menegurnya .Dia tengok saya, saya pun tengok dia ; kemudian kami berdua sama – sama gelak ketawa.

Saya masih lagi terasa nak ketawa tatkala melangkah keluar dan menuju kereta.Pabila sampai kat kereta , rasa nak ketawa tadi pun hilang tak semena-mena.Tu kat depan cermin kereta terpampang bill saman MBI kerana dah terlebih masa!

Nik Abduk menepuk air didulang....

Agak menarik bila membaca artikel anakanda Nik Abduh di sini

Beliau turut mengemukakan beberapa persoalan yang begitu longgar tetapi saya tidak pula berhajat mahu memberikan komen disini.

Cumanya saya agak tertarik dengan komen seorang pembaca diartikel tersebut yang merujuk kepada persoalan no. 3 ; yang berbunyi :

Mengapa perselisihan dalaman dihidupkan sepanjang kempen di Manek Urai sehingga media massa dan musuh seronok memainkannya. Itukah kematangan?

Berikut adalah komen yang saya maksudkan :

Anonymous said...
Kamulah punca kemerosotan PAS.
Sehari sebelum pilihanraya, Berita Harian melaporkan kata-kata kamu di dalam akhbarnya. Menjadi pengundi keliru!

Anak Nik Aziz yakin Pas, Umno boleh bersatu

Jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tegas dan lantang menolak kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno, anaknya, Nik Mohamad Abduh sebaliknya mempunyai pendapat berbeza apabila yakin kedua-dua parti itu boleh bersatu.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat berkata, walaupun mungkin sukar untuk melaksanakannya, beliau yakin matlamat untuk menyatukan Pas dan Umno boleh dicapai.

“Pas dan Umno boleh bersatu tetapi kesukarannya tidak mungkin semudah ajakan (Mufti Perak) Tan Sri Harussani (Zakaria). Kita perlu mendasari punca pertentangan dan mengubatinya, bukan sekadar atas desakan untuk menyelamatkan status quo politik Melayu tertentu,” katanya yang dipetik daripada blognya.

Penentangan terhadap idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyaksikan krisis hubungan antara Nik Abdul Aziz dan orang nombor dua parti, Nasharuddin Mat Isa.

Menteri Besar Kelantan itu yang menentang sekeras-kerasnya cadangan kerajaan perpaduan membidas Nasharuddin dan menganggap tindakan Timbalan Presiden Pas itu menyokong cadangan berkenaan sebagai sampah.

Malah beberapa penganalisis politik menyifatkan tindakan Pas Kelantan yang menghalang Nasharuddin daripada turut berkempen pada pilihan raya kecil Manek Urai, Kuala Krai, sebagai dendam golongan Erdogan kepada Ahli Parlimen Bachok itu.

Nik Mohamad Abduh yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan berkata, walaupun isu perpaduan Islam sering dibincangkan akhir-akhir ini, Pas dan Umno tetap sebagai parti kawan dan lawan.

Katanya, kedua-dua parti itu adalah manifestasi kepada jalin hubung umat Melayu dengan Islam sejak negara mencapai kemerdekaan daripada penjajahan barat.

“Pertentangan ini hanya akan berakhir apabila kedua-duanya bersatu dalam Islam atau keluar daripadanya. Jika bersatu dalam Islam, Allah akan mempertemukan mereka dengan musuh baru yang menentang Islam,” katanya.
alhusseyn : Adakah Berita Harian tersalah lapor Atau Nik Abduh sengaja menepuk air didulang?

Jumat, 2009 Juli 17

Pakatan Rakyat Perak Protes Kes Kematian Teoh Beng Hock


17 Julai, 2009 Ipoh : Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan satu sidang akhbar pagi tadi bertempat di Wisma DAP , Medan Istana, Bandar Ipohraya.Sidang akhbar tersebut diadakan ekoran Teoh Beng Hock, pembantu kepada Ean Yong Hian Wah , Exco Serdang,Selangor telah didapati mati akibat jatuh dari bagunan petang kelmarin sewaktu memberi keterangan sebagai saksi di Ibu Pejabat SPRM Selangor.

Hadir dalam majlis tersebut ialah beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak. Antaranya ialah DS Nizar Jamaluddin, Datuk Ngeh Khoo Ham, Ngah Kor Meng, Idham Lim , Hj Zainudin, Hj Hussin , Misbahul Munir, Chan Ming Kai,Leong Mee Meng dan lain-lain.

DS Nizar berkata, “ Kematian Teoh Beng Hock menimbulkan tanda tanya yang amat besar kerana beliau dijangka mendaftarkan perkahwinannya pada hari ini.”

“Takkanlah orang yang sedang berasa seronok hendak berkahwin mahu membunuh diri?” tanya Nizar.

Nizar menuntut supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat trajedi tersebut supaya rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Sidang pagi ini adalah sebagai menunjukkan solidariti kita , Pakatan Rakyat, merakamkan rasa sedih dan protes keatas kejadian yang tidak sepatutnya berlaku,” tambah Nizar.

Nizar meminta rakyat supaya membuka mata keatas kezaliman agensi-agensi kerajaan yang kerap kali berlaku.

“ Walaupun laporan demi laporan telah dibuat, namun tidak ada apa-apa yang dilakukan,” katanya lagi.

Pakatan Rakyat telah menghantar satu memorandum kepada SPRM sejurus selepas sidang media tersebut diadakan.

Trajedi Beng Hock - SPRM perlu telus dan bertanggung jawab


Trajedi Kematian Teoh Beng Hock semasa disoalsiasat SPRM di Ibu Pejabat SPRM Selangor telah mengundang pelbagai persoalan.Bagaimana trajedi tersebut boleh berlaku?

Ada tiga kemungkinan terjadinnya trajedi tersebut :

  • Tergelincir lalu terjatuh sendiri.
  • Terjun sendiri untuk bunuh diri.
  • Dicampak keluar.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan telah menyifatkan kematian Beng Hock sebagai ‘ sudden death and do not see any evidence of foul play so far.’ Kalau benar Beng Hock tergelincir lalu terhumban jatuh , pihak polis kena buktikan bagaimana teori ini boleh diaplikasikan. Elok sangat kalau Khalid sendiri buat demontrasi untuk membuktikan kebenaran teori tersebut.

    Terjun sendiri membunuh diri? Tentu tidak masuk akal kerana Beng Hok bercadang untuk mendaftarkan perkahwinannya pada hari ini. Orang yang siuman tentu tidak berbuat demikian.Teori ini tidak wajar sama sekali. (Kahwin atas dasar suka sama suka, bukan kes terpaksa).

    Ramai yang beranggapan , bahawa Beng Hock sengaja dicampak keluar bangunan.Samada kematiannya disebabkan kejatuhan tersebut atau Beng Hock telah menemui maut terlebih dahulu sebelum terjatuh.

    Pihak pathologi yang membuat siasatan perlu mengemukakan hasil siasatan yang boleh menyakinkan rakyat. Kita tidak mahu kes umpama Kugan berulang lagi.

    Sekumpulan 500 orang terdiri daripada pelbagai bangsa telah berkumpul ditempat kejadian malam tadi dengan memasang lilin bagi memperingati mendiang Beng Hock yang kemudiannya memprotes dengan kata-kata seperti “Najib pembunuh, BN zalim, BN jahanam” “ BN Kejam” dan macam-macam lagi.

    SPRM perlu telus dan bertanggung jawab merungkaikan misteri trajedi kematian Beng Hock ini yang menjadikan rakyat marah.

  • Lihat lagi persoalan di sini

    Kamis, 2009 Juli 16

    Tahanan Mati di Ibu Pejabat PSRM Shah Alam

    Bagaimana Setiausaha politik Ean Yong Hian Wah , Exco Serdang ,Teo Beng Hock mati semasa dalam tahanan SPRM?

    Beliau dikatakan terjatuh di tingkat 14th Ibu Pejabat SPRM , Shah Alam petang tadi. Sehingga kini belum ada kenyataan resmi dari pihak SPRM.

    Dalam berita TV tadi kelihatan Ronnie Liu sedang mengamuk di Ibu Pejabat SPRM tersebut kerana tidak ada pegawai SPRM yang boleh ditemuinya untuk mendapat penjelasan tentang kematian Beng Hock.

    Bangsa Melayu Ku

    Kalau anda seorang Cina atau India , walaupun anda seorang Muslim ; walaupun anda rakyat Perak atau warga Malaysia, tetapi bukan Melayu, harap jangan baca berita ini; kerana berita ini hanya ditujukan kepada orang Melayu Islam yang kini sedang terancaam kerana berpecah lantaran fahaman politik yang berbeza.

    Kalau anda baca juga, harap anda jangan berkecil hati atau tergores perasaan....Tapi kalau nak baca juga, bacalah :

    IPOH 14 Julai - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mahu usaha penyatuan umat Melayu dirintis bagi membina keupayaan kaum itu dalam semangat serumpun bangsa dan sealiran agama.

    Bagi memastikan hasrat murni itu tercapai, baginda bertitah semua pihak harus mengetepikan kesetiaan kepada individu atau kumpulan.

    "Berpijaklah kepada kenyataan, berpandulah kepada akal fikiran. Semarakkan semangat silaturahim, hayati semangat bermaaf-maafan, bahawa Melayu itu bangsamu dan Islam itu agamamu."

    Sekarang baru ku tahu, yang merampas kerajaan negeri Perak ini adalah bangsa Melayu ku yang agamanya juga Islam seperti ku...

    Bacalah seterusnya [KLIK]

    Orang makan Quran

    Cerita ini , daripada seorang yang gemar mengambil anak angkat.Salah seorang anak angkat beliau ialah seorang anak muda berkulit hitam gelap , seorang Hafiz al Quran dari Afrika.

    Dia memulakan ceritanya dengan berkata, “ Saya pernah melihat sendiri bagaimana seorang yang menghina Quran, dan di akhir kehidupannya , dia makan alQuran”

    Menarik dan tergamam juga saya bila mula mendengar muqaddimahnya itu.. Dia pun menceritakan kepada kami yang sedang bersarapan disebuah gerai berhadapan dengan Masjid Saidina Ali di Padang Lalang.

    “Budak-budak ni, dah kenal dan dah suka sama suka, maka saya pun masuklah meminang budak perempuan itu untuk anak angkat saya daripada Afrika ni,” katanya.

    “Keluarga pihak perempuan itu, mewakilkan seorang perempuan yang agak berumur untuk berunding dengan kami pihak laki-laki,” terangnya lagi.

    “Wakil pihak perempuan itu pun bertanya, apa pekerjaan budak Afrika itu kepada saya. Saya pun beritahu dia, kerja budak tu ngajar orang ngaji Qur’an”

    Lalu wakil perempuan tersebut itu berkata, “Ngajar ngaji? Takkanlah nak bagi makan anak orang dengan Qur’an?”

    Entah macam-macam lagilah kata-kata menghina diluahkannya.Wakil perempuan itu jelas menghina remaja Afrika tersebut dan peminangan itu pun tidak menjadi dan wakil peminangan pun balik dengan rasa hampa.

    Dipendekan cerita, tidak lama selepas itu, wanita yang jadi wakil itu telah mengalami suatu penyakit yang kronik dan terpaksa melalui satu pembedahan dikepala.Entah macamana pula, selepas pembedahan itu , dia koma dan mental dia jem.

    Wanita tersebut berkelakuan runsing tidak keruan dan hanya dapat ditenteramkan apabila ayat-ayat suci alQuran di bacakan dihadapannya.Dia tidak dapat makan dan minum sepertimana biasa dan hanya dibacakan ayat-ayat alQuran seperti Yasin.

    Selama tiga bulan berkeadaan demikian , terlantar dan terpaksa dibacakan ayat-ayat al-Quran untuk mententeramkannya.Itulah sahaja umpaama makanan kepadanya.Wanita tersebut akhirnya menemui ajalnya.Semoga Allah mengampuni dosanya.

    Kepada mereka yang suka memandang rendah kepada pelajar-pelajar dalam bidang pengajian alQuran , harap cerita tersebut menjadi peringatan kepada kita semua.

    Rabu, 2009 Juli 15

    Bagaimana Menghakimi Hakim- NH Chan

    Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan memberikan pandangannya keatas bekas-bekas hakim yang lain yang berdiam diri dan tidak menyuarakan pendapat mereka berhubung keputusan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan yang dilihat sebagai tidak selari dengan Perlembagaan Negara.

    Datuk NH Chan berkata,"Bagaimana mereka hendak memberi respons kerana apa yang saya katakan ialah mengapa hakim-hakim tersebut membuat penghakiman yang bukan berlandaskan undang-undang".

    Berikut sedutan wawancara eksklusif Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dengan NH Chan mengenai keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan yang dianggap salah dan tidak mengikut Perlembagaan serta kupasan berhubung kemelut politik Perak ; pada majlis pelancaran buku beliau, "How To Judge The Judges (Bagaimana menghakimi hakim) [KLIK]

    NH Chan: Pengundi Berhak Saman ADUN Lompat Parti

    Oleh: DZULKARNAIN TAIB

    Pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri Behrang, Changkat Jering dan Jelapang boleh menggunakan peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menyaman dan memaksa ADUN berkenaan supaya menunaikan janji mereka semasa dipilih sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum ke 12 lalu.

    Menurut bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan pengundi di kawasan tersebut mempunyai kepentingan langsung dan berhak membawa tiga ADUN berkenaan ke mahkamah.

    Kapt.(B) Mohd Osman Jailu, Jamaluddin Mat Radzi dan Hee Yit Foong dipilih sebagai ADUN masing-masing atas tiket Parti Keadilan Rakyat dan DAP tetapi mengambil keputusan keluar parti dan menjadi anggota Dewan bebas yang menyokong Barisan Nasional.

    Tindakan mereka menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan majoriti dalam DUN dan mencetuskan krisis politik yang berlarutan sehingga kini.

    Chan berkata pengundi di tiga kawasan berkenaan berhak mendapatkan perintah mahkamah terhadap tiga ADUN itu.

    "Logiknya begini, sekiranya seseorang ADUN itu berkata beliau dipilih mewakili rakyat atas tiket PKR atau DAP dan tiba-tiba mengumumkan beliau tidak lagi mewakili parti tersebut, adakah pada hakikatnya mereka masih menjadi wakil rakyat?

    "Saya berpendapat ketiga-tiga ADUN pembelot itu patut mengumumkan kepada rakyat bahawa kerusi mereka kosong dan tengok sama ada rakyat akan memilih mereka semula atau tidak. Saya fikir rakyat akan menolak mereka," kata Chan.

    "Ini kerana adalah sifat semulajadi manusia sekiranya seorang ADUN itu dipilih atas tiket DAP dan kemudian keluar parti, pengundi akan berkata kami memilih anda kerana anda bertanding atas tiket DAP dan sekarang anda keluar parti kami tidak mahu lagi anda mewakili kami. Biar rakyat memilih wakil yang mereka mahu tetapi saya fikir mereka bertiga itu tidak berani berbuat demikian," tambah beliau.

    Chan berkata pengundi boleh menyaman ketiga-tiga ADUN pembelot tersebut atas alasan mereka membohongi pengundi.

    Jelas bekas hakim yang vokal itu pengundi boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk memaksa ketiga ADUN tersebut menarik keputusan mereka untuk menjadi anggota Bebas.

    "Pengundi akan marah sekiranya mereka belot dan mereka boleh mendapatkan perintah mahkamah.

    "Terdapat tiga pengundi yang ingin menyaman tiga ADUN tersebut tetapi Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Balia Yusuf Wahi memutuskan mereka tidak ada kepentingan dalam kes tersebut. Mereka mempunyai kepentingan sebab mereka yang mengundi ADUN-ADUN tersebut," kata beliau lagi.

    Beliau menegaskan keputusan Hakim Balia Yusuf adalah salah kerana ia dibuat tidak berlandaskan peruntukan Perlembagaan yang memberi hak kepada pengundi undi mendapatkan keadilan.

    "Beliau salah membuat penghakiman, mungkin pembacaan undang-undang beliau tidak meluas. Peguam Negara pula ingin mencelah dengan mengatakan beliau ada kepentingan dengan mengatakan beliau adalah suara hati rakyat. Saya tidak pernah mendengar ungkapan itu sebelum ini kerana tidak ada peruntukan dalam undang-undang," ujar Chan.

    Sumber :TVAntara

    Selasa, 2009 Juli 14

    Faktor kemenangan tipis

    Apakah benar , selain faktor dalaman PAS sendiri berkaitan dengan isu UG, bahawa faktor ketidaksepakatan antara PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat yang bercelaru sejak kebelakangan ini juga mempengaruhi undi pada kali ini dan menjejaskan sokongan pengundi atas pagar kepada PAS ?

    Sila ikuti analisis sahabat saya disini