AMANAH GOPENG

AMANAH GOPENG
JOM KULIAH MAGHIB DI MASJID PANGLIMA KINTA IPOH

Saturday, September 24, 2016

Surat Layang Fitnah kepada Dato Husam dan Datok Wan Rahim


  Jahat sungguh puak-puak yang menyibarkan berita surat palsu yang memfitnah untuk memburuk-burukan Datuk Husam Musa dan Dato Wan Rahim.

Fitnah tersebut mula dimuatnaik menerusi fesbuk Gabungan Anak Muda Sayang Kelantan (GASAK) yang kononnya menerima daripada Ust Taftazani Atiqullah.

 Menurut GASAK : Pihak admin telah menerima kiriman surat maya dari penyokong AMANAH yang kecewa dan mereka meminta agar admin GASAK viralkan surat maya mereka.Demi memenuhi hasrat mereka,maka pihak admin GASAK pamirkan surat tersebut tanpa diedit sepatah pun.

Fitnah tersebut boleh diakses di sini . Ia turut dimuat naik oleh Tranungkite On line.

 Berikutan itu, Ust Taftazani Atiqullah yang menggunakan nama Abe Biey di fesbuk telah membuat penafian mengenai dakwaan admin GASAK.

السلام عليكم ورحمة الله...Sahabat2 yg dikasihi sekelian...

Unk makluman tuan/puan yg mendapat kiriman FB atau sebaran artikel melalui wasap spt di dlm gambar... Atas nama TAFTAZANI ATIQULLAH..
Ambo dgn ini menafikan sekeras2nya knyataan tersebut..dia bukan milik ambo 100%..page GASAK telah menggunakan nama ambo sbg admin..padahal ambo tak tahu menahu pun segala yg d sebarkan d atas..mohon sahabat2 bhenti drp mnyebarkan artikel tsebut..krn akan menimbulkn bibit2 fitnah..

Drp:Taftazani Atiqullah (original)
24.9.2016 ; 2.47 ptg Tlg sebarkan.

   Fitnah tersebut turut dinafikan oleh aktivis #R Kelantan, Syam Ghaz :
Selepas pihak kami membuat semakan, TIDAK ADA makhluk manusia bernama Che Ibrahim Awang Hassan.

 Nama yg hampir dgnnya adalah sahabat Dato Wan Rahim sejak 1979, Che Abd Hamid Awang Hassan yg lebih dikenali sbg Tok Ngulu Nordin.

 Pd program 16 September 2016 di Wisma Tok Guru, hanya ada 4 orang daripada Dabong yg duduk depan di barisan depan pentas ucapan:

1. Abd Aziz Daud
2. Abd Ghani Mat Sin
3. Ismail Mat Dahan
4. Zuki Mat Ali

 Gambar saf hadapan hadirin Ceramah 16 September 2016 disertakan.

Nyata surat itu berniat jahat dan ingin menjatuhkan imej Dato Husam Musa dan Dato Wan Rahim.

Jadi pihak kami berpandangan surat itu tidak wajar dipenjangkan, yang menyebarnya seperti menyebar fitnah, terimalah balasan di akhirat kelak.

Kami juga ingin memohon jasa baik pengarang, mohon tampilkan diri dan menghubungi pihak kami. Andaikata ada wujud. Terima kasih.
 Sebarkan.

Syam Ghaz
24 September 2016

Friday, September 23, 2016

Pengarah SPR Wilayah Persekutuan halang wakil Rakyat Pakatan Harapan


  Info oleh fesbuker  Sabtu Awab , yang berada ditempat kejadian melaporkan bahawa wakil Rakyat Pakatan Harapan (gambar atas) telah tidak dibenarkan berjumpa dengan Pengarah Pilihanraya Wilayah Persekutuan (SPR) untuk menyatakan bantahan mereka mengenai rancangan persempadanan semula kawasan pilihanraya seluruh Malaysia dalam tempoh bantahan sekarang. 

Mereka di halang oleh Ketua Pengawal Keselamatan Tabung Haji atas arahan Pengarah SPR. 

 Ini adalah kali pertama dalam sejarah yang pelanggan (wakil rakyat) tidak dibenarkan langsung berurusan dengan SPR.

 Apa alasan SPR Wilayah Persekutuan mengenai dakwaan tersebut?

PM Najib dah semakin kalut....

Kenyataan media PM Najib
  Nampaknya, Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang yang terjebak dengan berbagai masalah nampak semakin kalut.

 Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dilaporkan di sini PM Najib sudah tidak layak menjadi perdana menteri Malaysia apabila membuat kenyataan yang menunjukkan fakta yang salah.

 Mahfuz mempertikaikan kewibawaan PM Najib membuat kenyataan berkaitan peristiwa pertemuan empat mata antara Yang di-Pertuan Agong dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang diterima mengadap pada 15 September lalu.

 Menurut Mahfuz, peristiwa pertemuan empat mata tersebut berlaku di Istana Anak Bukit. Yang peliknya Najib dalam kenyataannya menyebut pertemuan tersebut berlaku di Istana Bukit Malut.

 Bagaimana fakta tempat boleh jadi tidak betul dalam kenyataan Najib. Fakta berkaitan dengan sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku tidak seharus salah, kerana ia dilaporkan oleh media, soal Mahfuz.

 Begitu juga dengan fakta Deklarasi Rakyat yang disebut oleh Najib dalam kenyataannya sebagai Deklarasi PBBM. Satu dunia tahu Deklarasi tersebut diusahakan oleh Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) yang diketuai oleh Mahathir dan disertai oleh individu rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang.

 Waktu itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pun belum tubuh lagi. Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal masih lagi ahli Umno pada waktu pelancaran Deklarasi Rakyat. 

 Sementara itu pula, Malaysiadateline melaporkan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berasa agak pelik apabila PM Najib mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha Deklarasi Rakyat yang dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 "Saya ingin bertanya, sejak bila Dato' Seri Najib menjadi jurucakap kepada Yang di-Pertuan Agong?" Soal Salahuddin.

 Menurut Salahuddin, adalah sesuatu yang pelik apabila Najib yang menjadi subjek dalam Deklarasi Rakyat dan juga menjadi pihak berkepentingan boleh mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong dalam isu melibatkan dirinya sendiri.

 "Bagi saya, ianya suatu yang melanggari kebiasaan dan cuba memperbodohkan rakyat," ujarnya.

Yang melutut dan merangkak ....


  Hanya 4 hari saja berlalu Hj Hadi Awang kata Parti Amanah Negara (AMANAH) akan 'melutut' kepada Pas dalam persada politik negara....

"Kita yakin ahli-ahli kita di semua cawangan dan kawasan tetap konsisten, bahkan parti lain bergantung dengan kita, tunggulah suatu hari nanti AMANAH akan melutut kepada kita," katanya di sini

 Pas yang begitulah angkuh dengan mendabik dada konon partinya itu lebih kuat bila bersendirian....Pas boleh hidup tanpa PKR, DAP, kata Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Jangan berlagak sombong...
 Tiba-tiba Pas pula telah datang merayu minta MP PKR dan DAP supaya menyokong RUU pindaan akta 355 yang akan dibentangkan pada sidang parlimen Oktober nanti...

 Selasa lepas, Pas Kawasan Lumut menghantar beberapa ahli jawatankuasanya untuk menemui YB Mohd Imran Hamid, MP Lumut di pejabatnya bagi tujuan tersebut.

Siang tadi pula, Pas Taiping menagih sokongan MP DAP, Ngah Kor Meng di pejabatnya. Pas Taiping menghantar TYDPnya, Hj Alias dan NYDP, Ibrahim Ismail.

  Jangan berteriak-teriak marah! 

Surat yang tidak beretika dalam aturan menulis.
Ada kesalahan lain, selain penggunaan huruf besar
 Adalah sangat memalukan, apabila surat rasmi minta sokongan MP DAP itu ditulis dengan huruf besar. Menulis dengan mengaktifkan huruf besar (kekunci Caps Lock) dapat diartikan sebagai pertanda kemarahan dan kurang ajar.

 Orang mungkin menganggap penulisnya  sebagai tidak beretika, atau tidak sopan sama sekali. Di sekolah kita semua belajar membuat karangan, jadi gunakan ilmu tersebut. Gunakan huruf besar dan kecil pada tempatnya, bukan huruf besar kesemuanya.

Thursday, September 22, 2016

RUU pindaan Akta 355 : Sebelum ni hudud, lepas tu bukan hudud, lepas tu hudud balik?

 Pimpinan tertinggi PAS gagal menyakinkan Persekutuan Persatuan Hokkien untuk menyokong  RUU pindaan Akta 355 yang dikemukakan Hadi di Dewan Rakyat pada Mei lalu.

 Presiden persatuan itu, Datuk Khoo Chai Kaa dilaporkan tidak berpuas hati dengan penerangan yang diberikan dan akan meneruskan bantahan terhadap usaha PAS itu.

  Berikut merupakan pandangan kenapa penerangan Hj Hadi itu gagal.... dan beberapa saranan yang perlu diambil perhatian.

Catatan Subuh - Mohamed Hadi AH

 Aku dah dengar ceramah MP Marang yang diviralkan dalam FB yang durasinya dalam 20 minit tu, sewaktu kunjungan rombongan Pan-Malaysian Islamic Party bertemu Persatuan Hokkien. Katanya untuk menjelaskan isu RUU pindaan Akta 355. Dan aku juga mendengar komen presiden Persatuan Hokkien ini pasca sesi ceramah tu yang mengatakan "I don't understand, that's for sure already".

 Maknanya, ada satu jurang komunikasi yang amat besar antara apa yang dicakapkan dengan apa jangkaan sebenar audiens. Audiens nak dengar benda lain tapi dia cerita benda lain.

 Setahu aku, presiden Persatuan Hokkien ada sebutkan kekeliruan orang Cina mengenai RUU ni. Dua kali dia sebut, sekali dia sebut ketika bagi ucapan dalam majlis, di hadapan MP Marang tentunya, sekali lagi dia sebut masa menjawab pertanyaan wartawan di luar.

 Berdasarkan dua kali penegasan ni, sebenarnya concern orang Cina ni dua benda je:

 1. "Cek kosong" bidang kuasa jenayah mahkamah Syariah yang boleh menjatuhkan "apa saja hukuman kecuali hukuman mati". Maka dia cadangkan MP Marang supaya meletakkan limit tertentu kepada hukuman tersebut & bukan sekadar "apa saja hukuman kecuali hukuman mati". Dan isu cek kosong ni jugak benda yang sama yang dipertikaikan oleh pengkritik-pengkritik RUU 355.

 2. Konflik kes-kes yang melibatkan multi-religion yang tidak jelas sama ada akan ke mahkamah Syariah atau ke mahkamah sivil.

 Sebelum aku ulas 2 isu yang menjadikan concern persatuan Hokkien ni, aku bandingkan dulu apa isi kandungan ceramah MP Marang.

 Dari sudut content ceramah tu aku rasa orang-orang Cina ni bukan nak tau pun sejarah zaman merdeka dulu bila British bawak masuk Cina & India, Lord Reid buat perlembagaan tu semua, itu semua bukan concern mereka (tapi 1/4 durasi ceramah dihabiskan dengan cerita benda-benda sejarah). Dan content seterusnya meleret-leret dengan cerita "Islam benarkan sesama bukan Islam jual babi & jual arak", this is so 80's.

 Ada disebut juga kita tak boleh nak laksana hudud untuk potong tangan & sebagainya kerana kekangan Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan (tobat lahum aku rasa kalau orang Islam dengar part ni pun tak faham, apatah lagi bukan Islam) dan untuk pinda perlembagaan kita perlu majoriti 2/3 yang buat masa ni kita tak ada (entah orang boleh faham ke tak, tak taulah). Sebab tu sekarang kita mengangkat taraf Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan Akta 355. 355 ini adalah "peruntukan perlembagaan" yang "berkait dengan mahkamah" yang "bukan hudud, bukan qisas.."

 (Pada waktu ini sudah sampai ke 2/3 bahagian ceramah, tapi punca kekeliruan Persatuan Hokkien masih belum terjawab).

 Kekhilafan yang terbesar di sini bagi aku ialah mengulang-ulang terma "hudud, qisas, ta'zir, hudud, qisas, ta'zir" yang bersulamkan ayat-ayat al-Quran - aku tak rasa audiens Cina boleh appreciate benda ni, walaupun dijelaskan sikit sebanyak nature hudud tu apa, qisas tu apa, ta'zir tu apa. Kemudian tiba-tiba disebut pulak RUU pindaan Akta 355 ini tak ada kena-mengena dengan hudud atau qisas. Bayangkan, hudud qisas pun aku tak faham apa bendanya tiba-tiba nak kata benda yang aku tak faham ni tak ada kena-mengena dengan RUU pindaan Akta 355 yang sedari awal pun aku memang tak faham, berapa kali tak faham tu?

 Penjelasan lanjut mengenai "hak pengampunan qisas tidak terletak pada Lembaga Pengampunan tetapi kepada keluarga mangsa" tu aku rasa langsung tidak membantu & terkeluar daripada konteks.

 Dan sebenarnya dalam menjelaskan rasional pindaan Akta 355 tu MP Marang telah bercanggah dengan kenyataan awal bahawa "Akta 355 ni bukan hudud, bukan qisas", tapi RUU pindaan Akta 355 yang dia bawak ialah untuk membolehkan hukuman sebat yang selaras dengan kehendak hudud & ta'zir. Mula-mula Akta 355 bukan hudud, lepas tu nak pinda supaya selaras dengan hudud? Maknanya hududlah kan? Kenapa selama ni dikatakan bahawa RUU ni tak ada kena-mengena dengan hudud? Sebelum ni hudud, lepas tu bukan hudud, lepas tu hudud balik? (Yang ni sampai sekarang tak ada jawapan rasmi)

 Baik, kembali kepada 2 isu persatuan Hokkien.

 Pertama, kenapa cek kosong? Sedangkan dalam ceramah itu sendiri MP Marang sebut sebatan zina nak dinaikkan kepada 100 sebatan, minum arak 40 sebatan. Jadi kenapa RUU tak sebut sebatan sehingga maksimum 100 kali? Amalan cek kosong ini berbahaya kerana kalau diikat dengan hukum ta'zir (yang jugak berdasarkan hukum Syariah), maknanya apa saja kesalahan Syariah boleh dijatuhkan hukuman sebat sehingga 1000, 2000, 8 juta rotan pun tak mengapa. Ini tidak proportionate & mengundang tanda-tanya. Secara teknikalnya kalau nak buat jenayah main judi hukumannya potong jari kelingking pun boleh la kan? Sebab tu persatuan Hokkien cadangkan, letaklah parameter. (Kalau aku, aku malu kalau non-Muslim cadang gini, nampak sangat kita ni 'selekeh' mendraf usul. Tu pun ada Melayu pandir dok backing "Draf usul tu bukannya datang dari Jabatan Peguam Negara, kita tak boleh expect kualiti dia sama macam draf Jabatan Peguam Negara". Dah satu lagi kerja pandir, maknanya masa draf usul dulu memang tak melalui Peguam Negaralah kan? Lagi mengarut kalau macam tu, sedangkan Peguam Negara adalah penasihat undang-undang kerajaan. Ko pulak tukang buat kerja AG) Bagi aku, kena ada parameter lebih jelas. Misalnya 10 tahun penjara, denda RM100,000 & sebat 100 rotan. Masih lagi rendah berbanding mahkamah Sesyen tapi sekurang-kurangnya ada peningkatan. Dan non-Muslim pun tak gaduh-gaduh, ooo setakat penjara 10 tahun.

 Tapi bila tanya kenapa bagi cek kosong, soalan ni tak ada siapa pun tahu apa jawapannya, kecuali MP Marang. 

Kedua, konflik kes-kes melibatkan Muslim vs non-Muslim, mahkamah sivil vs mahkamah Syariah. Sejujurnya, aku tak tahu apa concern sebenar persatuan Hokkien, sebab macam yang kita semua tau, pindaan Akta 355 ni tak melibatkan non-Muslim. Tapi mesti ada benda yang menyebabkan mereka rasa konflik undang-undang itu merupakan satu realiti, bukan persepsi.

 Malang sekali, dua soalan pokok ni tak terjawab.

 Masalah dengan Pan-Malaysian Islamic Party ni, mereka datang berdialog bukan untuk tanya non-Muslim apa yang korang tak faham, tapi korang yang kena dengar apa yang aku nak cakap. Lepas tu dok koya "kita berani", "kita tak takut". Bila non-Muslim kata kami tak faham langsung apa kamu cakap, dia komplen pulak "Kenapa tak tanya?" Laaa, kata murabbi, kata da'ie. Kamu datang tempat orang, kamu cadangkanlah format.

 Kami nak isu ni selesai atau setidak-tidaknya merungkai salah faham yang ada, kami cadangkan formatnya dalam bentuk Q&A, sebab kita tak naklah lepas habis pertemuan ada pulak komplen tak faham, tak puas hati & sebagainya. Takkan baru first time buat briefing ye tak? Kata dah 20 tahun buat kerja. Ini tidak, dok kata persatuan Hokkien ni ada agenda la, sengaja tak nak bukak Q&A la. Laaa, kamu pun tak tanya mad'u faham ke tak, lepas tu kamu marah pulak mad'u kenapa tak tanya. 

Tapi of course lah para penyanjung akan tetap menyanjung "Allahu hebatnya tuan guru presiden", "Allah Allah beraninya tuan guru", siap agah lagi Presiden kami telah menggunakan bahasa yang paling mudah untuk difahami. Yelah, kamu orang Islam yang mendengar berpuluh atau mungkin beratus kali memanglah faham, benda tu kamu dah dengar berpuluh tahun dah tentang keindahan syariat Islam. Lepas tu ko expect baru jumpa sekali non-Muslim, diorang dah terus faham la? Umno yang konon ko dakwah 60 tahun pun ramai lagi yang tak faham-faham, ko expect non-Muslim boleh faham la kuliah 20 minit tu?

 Dan maaf aku cakap, kalau mengikut hukum bahasa dakwah, apabila MP Marang bersyarah dalam bahasa Melayu sedangkan presiden Persatuan Hokkien konsisten berbahasa Inggeris dalam ucapannya, aku rasa itu satu kesilapan besar, apatah lagi bila melibatkan isu-isu teknikal. Sepatutnya guna laras bahasa yang samalah dengan mad'u. Yaaa kalau ikut hukum bahasa politik kita boleh menyelar apalah Cina tak reti cakap Melayu ke, tak faham bahasa Melayu ke. Kita boleh menang la bahasa politik tapi kita gagal bahasa dakwah.

 Maka aku tidak teruja langsung dengan 'bual kosong' dateline Harakahdaily "Pas BERANI bersemuka dengan sesiapa saja kerana Islam". Setakat agah berani saja buat apa kalau audiens secara terbuka kata "aku tak faham pun apa yang kau cakap". Dan demi melihat air muka presiden Persatuan Hokkien tu aku tak nampaklah muka dia ni jenis "musuh Islam", "kalau dah benci Islam tu ada saja alasan" & sebagainya, nampak air mukanya masih keliru & perlukan penjelasan.

  Pandangan aku, kaedah penjelasan yang sehala & syok sendiri ni bukan saja lapuk malah silap-silap gaya tak bawak apa-apa kesan. Kalau pensyarah bagi lecture pun nanti ada exam, berbuih lecturer bersyarah bila tengok jawapan exam students "laaa tak faham rupanya". Aku ingat training mana-mana sekarang pun sama ada gomen atau swasta, penganjur atau trainer akan edar borang kaji selidik untuk bagi markah kepada trainer.

 Faham ke tak faham, bahasa yang dia guna ok ke tak, apa cadangan penambahbaikan. Malah pensyarah universiti pun ada penilaian yang sama oleh para pelajar. Baru profesional. Tapi kalau ikut standard penceramah masjid surau, jangan expectlah ada penilaian macam tu.

 Begitulah adanya...

 ~ sumber

Wednesday, September 21, 2016

SPR melanggar Perlembagaan Persekutuan dan menjadi alat politik UMNO


  Cadangan persempadanan semula di Perak menyaksikan SPR turut terlibat dalam politik perkauman dimana banyak kerusi campuran ( mixed seat) yg mempunyai pengundi pelbagai kaum kini dijadikan kerusi majoriti satu kaum.

 SPR sengaja memecahkan kawasan pilihanraya untuk membantu UMNO menang wakaupun sanggup derhaka kepada prinsip hak rakyat utk memilih kerajaan.

 Berikut adalah kenyaataan media Pakatan Rakyat Perak yang mengadakan sidang medianya siang tadi di pejabat DAP, Ipoh.

 1. Pakatan Harapan Perak menegur tindakan SPR yang sanggup melanggar Perlembagaan Persekutuan, menggadaikan prinsip demokrasi serta sanggup diperkudakan oleh UMNO dalam persempadanan kawasan pilihanraya tahun 2016. 

2. Persempadanan kawasan pilihanraya yang diumum pada 14hb September ini menyaksikan perbezaan bilangan pengundi dekat 1000% wujud di sesetengah kawasan parlimen. Kerusi parlimen Damansara akan mempunyai 150,439 orang pengundi sebaliknya Putrajaya hanya mempunyai 17,627 orang pengundi. Perbezaan yang ketara ini jelas merupakan mainan kotor politik & mengkhianati prinsip demokrasi. 

3. Persempadanan kali ini juga menyaksikan SPR melanggar Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan yang mengkehendaki persempadanan kawasan pilihanraya perlu "mempunyai bilangan pengundi yang semakin sama yang boleh." Akan tetapi yang kini berlaku adalah terdapat 14 kawasan parlimen yg mempunyai lebih dari 100,000 orang pengundi dan kesemua kerusi parlimen ini adalah kerusi yang dimenangi oleh pembangkang pada PRU-13. ( senarai 1) 

4. Persempadanan kali ini juga mencipta rekod baru dimana ada kerusi parlimen yang mempunyai bilangan pengundi yang melebihi lebih 200% dari bilangan purata kawasan parlimen yang dianggarkan 68,000 orang seperti di Bangi, Damansara, Klang & Petaling Jaya yang mempunyai bilangan pengundi melebihi 125,000 orang sebaliknya kawasan yang dimenangi oleh BN jelas mempunyai bilangan pengundi di bawah paras purata bilangan pengundi kawasan parlimen seperti Putrajaya, Igan, Lawas & Tanjung Manis yang hanya mempunyai bilangan pengundi kurang dari 25,000 orang. (senarai 2) Jurang perbezaan melebihi 500% ini telah mengkhianati prinsip " one Man, one vote" dan jelas adalah tidak masuk akal. 

5. Persempadanan kali ini juga menyaksikan SPR turut terlibat dalam politik perkauman dimana banyak kerusi campuran ( mixed seat) yg mempunyai pengundi pelbagai kaum kini dijadikan kerusi majoriti satu kaum, seperti contoh Parlimen Lumut. Kawasan DUN Sitiawan di bawah parlimen Lumut yang mempunyai 27,769 orang pengundi akan dipindah ke kawasan parlimen baru Ayer Tawar tanpa persetujuan dari mana-mana pengundi2 yang terlibat dan Lumut kini menjadi kawasan parlimen Melayu. Polarisasi kaum ini sudah tentu akan menjejaskan perpaduan nasional dan tidak mencerminkan keadaan sebenar masyarakat majmuk Negara kita. 

6. Persempadan kali ini juga menyaksikan SPR sengaja memecahkan kawasan pilihanraya untuk membantu UMNO menang wakaupun sanggup derhaka kepada prinsip hak rakyat utk memilih kerajaan. Seperti contoh kawasan parlimen Bukit Gantang, sebanyak 8,952 orang pengundi yang telah menyokong pembangkang di kawasan Simpang dipindah keluar dari Bukit Gantang dan masuk ke dalam kawasan Aulong sekaligus melenyapkan peluang pembangkang menang di parlimen Bukit Gantang & DUN Changkat Jering yang hanya mempunyai majoriti tipis 1200 undi majoriti.

 Keadaan sabotaj ini yang sama juga berlaku di 6 kawasan DUN iaitu di Tebing Tinggi, Bidor, Titi Serong, Sg Rapat, Hutan Melintang & Changkat Jering.

 7. Pakatan Harapan akan membantah dengan sekeras-kerasnya persempadanan kawasan yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan & demokrasi di semua kawasan yang terlibat dan menyeru rakyat bersatu untuk mempertahankan satu sistem pilihanraya yang bersih, telus & adil.

 Tarikh 21hb September, 
2016. Pakatan Harapan Perak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...