PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, December 06, 2007

Perlantikan Zaki : Komplot Umno yang jijik

Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Hakim Negara;Tahniah diatas perlantikan itu.

Beliau yang dilahirkan pada 18.4.1942 akan berada ditempat yang panas ini hanya bagi tempoh +- 5 bulan sahaja sebelum kerusi Ketua Hakim Negara ini diambil alih oleh orang Umno – Tan Sri Zaki Tun Azmi; yang juga kini dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Apakah ini bukan termasuk komplot Umno ? Kita semua memang patut curiga dengan perlantikan sebegini. Jangan salahkan masyarakat umum berpandangan sedemikian. Kepercayaan terhadap Kehakiman Negara yang telus dan saksama semakin terhapus kini.

Tepat sekali sebagaimana yang pernah diramalkan oleh blogger Rocky yang menyatakan bahawa Zaki Azmi adalah pilihan utama untuk dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang Baru.

Blogger Jeff Ooi menulis :

Dalam kata – kata lain, Ketua Hakim yang baru adalah orang yang pernah bertugas sebagai peguam dengan beberapa jawatan – sebagai penasihat undang-undang dan penjawat rasmi dalam Umno, Berita disini dan sebagai seorang pengarah di syarikat yang ada hubung kait dengan Berjaya ? Lihat gambar bawah.


Ada yang tidak kena dengan perlantikan Tan Sri Zaki – lihatlah sendiri berapa ramai lagi yang lebih layak daripadanya jika dilihat kepada kedudukan beliau dalam senarai berikut.Zaki berada di kedudukan paling akhir.


Sebelum ini, pada 05 September 2007, Tan Sri Zaki merupakan orang pertama dilantik terus ke mahkamah tertinggi – sebagai Hakim Mahkamah Federal. Beritanya disini

Cuba bandingkan dengan Hakim Zulkefli Ahmad Makinuddin yang menjadi Hakim Mahkamah Rayuan sejak Jun 2005 baru dinaikkan pangkat.Beliau mengatakan 'terkejut' diatas perlantikan baru tersebut.

Tetapi tidak pula Tan Sri Zaki.Mungkin beliau sudah menjangkakan kerana selama ini beliau telah berjasa kepada Umno - sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin (technical) dan Setiausaha Jawatan Kuasa Pemilihan. Beliau juga merupakan anggota panel Lembaga Rayuan Disiplin Umno dan penasihat Majlis Sukan Negara.

Sistem Kehakiman Negara ; terutamanya berkaitan dengan perlantikan hakim / kenaikan pangkat seumpama inilah yang hangat diperkatakan setelah kepincangan tersebut meletup melalui skendal klip video Lingam .

Apakah kerajaan pimpinan Abdullah Badawi ini tidak ada rasa malu dengan dunia?
Comments
1 Comments

1 comment :

Kata Tak Nak said...

Antara sebab2 yang saya sangat marah kepada Mahathir ialah ini. Dia lah yang mulakan senario campur tangan Executive dalam Judiciary. Bukan itu saja, di letakkan Judiciary di bawah jabatan dia. Kalau dia tu pandai sangat, dia tak nampak ka bahaya perbuatan dia ini. Apa dia ingat dia saja yang ada hak untuk manipulate Judiciary 'mati pucuk' ini? Apa dia tak tau ka bahawa orang lain pun akan ambil kesempatan keatas kemusnahan intergrity judiciary ini sehingga lawyer pariah buleh bermaharajalela memilih hakim mana yang dia mau.

Bila kemusnahan ini disambaq oleh seorang bedol macam Imam Hadhari ini apa lagi, mengamok lah dia dia kuasa mutlak ini.

Lani kita nak kena berwaspada dengan sekoq lagi yang akan jadi Chief Judge dalam masa setahun saja lagi. Dah la tu si Zaki ini akan memerintah untuk jangka masa yang panjang. That would surely be the last nail on the coffin of the Judiciary.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...