BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Wednesday, May 07, 2008

Umno Perak gagal menggugat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak

MB Nizar diapit oleh dua orang kuatnya , Asmuni dan Azli Musa yang masing-masing telah membuat penjelasan terhadap tindakan Nizar menukarkan Jamry ke tempat lamanya di Pejabat SUK

Arahan pertukaran Pengerusi JAIP, Jamry Sury ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri dalam tempoh 24 jam oleh MB Perak, YAB Datuk Seri Nizar kerana didakwa tidak memberi kerjasama dan gagal menolong kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat, telah dijadikan isu yang panas oleh pihak Umno.

Kita dapat lihat gelagat lucu pemimpin Umno terutamanya yang di Perak , yang begitu rakus cuba mengeksploitasikan isu tersebut.Berbagai kenyataan telah dikeluarkan oleh mereka yang menggambarkan seolah-olah Sultan Perak terlalu murka kepada Menteri Besar dan hubungan Istana dan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak ini sudah terumbang ambing.

Dalam kenyataan mempertahankan tindakannya itu, Nijar telah menyatakan dengan jelas:

“Kerajaan negeri sekali-kali tidak mahu diheret lebih mendalam ke dalam isu pertukaran ini, malahan bukan menjadi dasar kerajaan negeri untuk mendedahkan sikap pegawai yang bertindak menimbulkan perkara yang meragukan.”

Sikap Nizar harus dipuji kerana tidak terikut-ikut dan terburu-buru untuk mengeluarkan kenyataan balas terhadap segala tuduhann liar yang difitnahkan oleh kalangan pemimpin Umno Perak yang kebanyakannya sudah tidak tahu hendak buat kerja yang lebih berfaedah setelah kini menjadi ‘Penganggur VIP’.

Kenyataan yang dibuat oleh Asmuni Awi , disini dan penjelasan daripada Nor Azli Musa disini dengan sendirinya telah mendedahkan tembelang dan pekong para pemimpin Umno yang telah cuba mensensasikan isu tersebut bagi kepentingan politik peribadi masing-masing.

Asmuni Awi hanya ketawa kecil apabila saya menyatakan kepadanya melalui perbualan telefon pagi tadi, “ Your statement in the Harakah is much awaited by the public and a relief to the supporters”

“Kami sebenarnya tidak mahu melayan kerenah berhubung isu tersebut. Kita ada banyak kerja lain yang lebih mustahak dan memerlukan penumpuan,” terang Asmuni.

“Lagi pun aku tak ada ada blog!” Asmuni mengusik saya. Saya hanya ikut ketawa bersamanya ; jelas kepada saya sifat Asmuni as a jolly good person masih ada – Isu yang cuba disensasikan oleh Umno tersebut tidak memberikan apa-apa kesan terhadapnya.Dan begitulah gambaran sebenar Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ini; tidak pernah tergugat dengan isu tersebut.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...