SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

RAYA PAKATAN

RAYA PAKATAN
JOM BERSAMA RAYA

Tuesday, July 29, 2008

PAS tidak akan layan tawaran Umno - Nizar


Tuesday, 29 July 2008



PAS tidak akan melayan mana-mana tawaran daripada parti politik di luar Pakatan Rakyat dan akan kekal dalam pakatan tersebut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan perkara itu ketika diminta mengulas tawaran Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali kepada PAS untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Mohammad Nizar menjelaskan, beliau tidak dimaklumkan mengenai tawaran tersebut dan hanya mengetahuinya selepas diberitahu oleh pemberita.

''Dia (Tajol Rosli) boleh sudi macam-macam tetapi kita tidak setuju dan sama sekali tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Umno," kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Perak.



Malah, tegas beliau, tidak mungkin PAS Perak bekerjasama dengan Umno negeri itu kerana rakyat telah memilih PAS yang akan bersama-sama untuk berkhidmat kepada penduduk selama-lamanya.

Beliau memberi jaminan, PAS negeri akan kekal dalam pakatan pembangkang dan sama sekali tidak akan bekerjasama dengan Umno.

Ketika ditanya pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak di Ipoh semalam, beliau berkata, pihaknya sentiasa memberikan komitmen untuk terus bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menerajui kerajaan pembangkang di negeri ini.

Ketika ditanya, apakah PAS akan bekerjasama dengan Umno di Perak jika diminta berbuat oleh pimpinan peringkat PAS pusat, beliau berkata:

''PAS adalah sebahagian daripada pakatan pembangkang dan perlu mendapat persetujuan daripada pakatan untuk menimbang sebarang bentuk kerjasama dengan Umno."

Beliau turut ditanya kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang mahu pakatan pembangkang menimbang secara serius keanggotaan PAS dalam pakatan.

''DAP tidak seharusnya meragui PAS kerana parti kita belum mengadakan sebarang muzakarah dengan Umno. Muzakarah yang diperkatakan itu hanya pertemuan biasa atau muqabalah,'' katanya.
Comments
1 Comments

1 comment :

salima said...

Assalamualaikum

Nak sampaikan mesej, tak perlulah buat gambar-gambar lawak macam tu....menunjukkan mentaliti penulis..macam kartun

Maaf...tumpang lalu...

Wassalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...