GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, October 12, 2008

Meriah bersama pemimpin di Sungai Rokam

Kehadiran Pemimpin yang dikasihi rakyat - Ir Nizar dan
Dr Lee Boon Chye di Sungai Rokam Ipoh

Ipoh, 11 Oktober : Sambutan Hari Raya yang diadakan di Dewan Orang Ramai Sungai Rokam, anjuran bersama JKKK Kg Sungai Rokam, Pejabat Agama Islam Daerah Ipoh dan Parlimen Gopeng telah berjaya menarik kehadiran lebih dua ribu masyarakat tempatan berbilang kaum untuk berkumpul dan bermesra bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tersebut.

Kelihatan Nizar dan isteri juga Lee Boon Chye sewaktu majlis tersebut

Majlis yang dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak bersama isterinya, Datin Seri Fatimah Taat dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye , turut di hadiri sama oleh beberapa pimpinan yang lain.

Kelihatan dalam majlis tersebut diantaranya ialah, YB Bukit Gantang, Roslan Shahrom, YB Encik Chan Ming Kai , YB Encik Chang Lih Kang , juga Setiausaha Bandaraya Ipoh Dato Rahim Mat Ariff , Kaunseler Dr Khairuddin Dato Abd Malik dan Kaunseller Encik Radhi Zainon.

Tiga Ketua Kampung bersama YB Roslan Shahrom Bukit Gantang

Majlis kelihatan meriah dan mesra kerana gulungan masyarakat tempatan biasa yang hadir dapat bersama pemimpin yang mereka kasihi.Para pemimpin telah bersalaman dan bertanyakan khabar mereka.

Nizar sedang menyampaikan sumbangan kepada gulungan
yang kurang bernasib baik

Selain ucapan dari dua pemimpin Pakatan Rakyat , Ir Nizar dan Dr Lee Boon Chye, sumbangan kepada mangsa banjir dan bantuan kepada gulungan miskin juga telah disampaikan oleh Ir Nizar.

Seramai 24 orang telah menerima bantuan kewangan sumbangan daripada Baitul Mal dan juga Kerajaan Negeri. Mereka juga menerima sumbangan barangan keperluan dapur yang ditaja oleh Dr Lee Boon Chye dan Chan Ming Kai.

Antara mereka yang menerima bantuan

Para jemputan dan hadirin telah dijamu dengan hidangan hari raya seperti lemang dan rendang, satey dan nasi himpit dan lain-lain juadah yang menyelerakan.

Kumpulan Nasyid Shoutul-Faizin dari SM Izuddin Shah, Ipoh

Mereka juga dihiburkan dengan beberapa lagu-lagu nasyid persembahan kumpulan Shoutul Faizin yang terdiri daripada pelajar-pelajar SM Izuddin Shah dibawah bimbingan Ust Naim.

Bersama YAB MB menyampaikan sumbangan kepada kalangan yang miskin

Ketua-ketua kampung dibawah Dun Sungai Rapat telah mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Nizar dan isteri sejurus sebelum mereka berlepas untuk menghadiri suatu majlis di Taiping untuk bersama Paduka Seri Sultan Perak di Sekolah King Edward VII, Taiping.

Pada sebelah malamnya, satu majlis forum telah diadakan dengan ahli forum terdiri daripada Ust Norazli Musa, Dr Azhar Yaakob dan Usth Rahmah Mat Isa.

Lihat sini seterusnya : AJIJOI
Comments
1 Comments

1 comment :

pastiperak said...

ape hey miker nyer font size nih x sekata yop? nyusahkan pembaca. Klu sekata teman rasa mau dah sama banyak hit pembacanye ngan che det nyer blog tu. teman rasa merah x seswai untuk kaler font. kunin lebih terang. kaler perak weh oiii...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...