PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Wednesday, November 05, 2008

Kita hebat berkokok sahaja?

Saya menerima pesanan ringkas daripada blogger Ajijoi :
Takziah atas pemergian ibu saudara. Saya baru tahu menerusi blog. Semoga teguran dalam blog dpt menyedarkan pas gopeng dr terus dibuai lena
Saya forwardkan mesej tersebut kepada beberapa ahli jemaah.Alhamdulillah , ada juga yang respon.

Antaranya ialah Asmuni Awi.Beliau memaklumkan yang dia sedang bermesyuarat ketika itu dan menyatakan dukacitanya kerana tidak dapat hadir.

YDP Kawasan , Hj Abdul Rahim menalipon dan bertanyakan sesuatu dan beliau turut hadir hingga selesai pengurusan jenazah di kuburan. Peguam Haris juga hadir sewaktu sembahyang jenazah dan begitu juga Hj Amran, Ketua Cawangan Rapat Setia . Turut hadir Saudara Darji dari Kelab Veteran PAS Perak dan Rahim Cheng, Ketua Cawangan Temoh Stesyen.

Ketua Kg Melayu , Ahmad Osman turut hadir pada majlis bacaan tahlil, disebelah malam.Pagi sebelumnya, beliau membantu dalam urusan ‘penyediaan kubur’ untuk jenazah. Selain beliau, tiada seekor pun ahli PAS Kawasan Gopeng hadir dalam majlis tahlil malam tadi.

Mana dia Ketua Lujnah Kebajikan PAS Gopeng dan juga Ketua Lujnah Urusan Ulama? Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat, bekas calun Dun Sungai Rapat,Radhi Zainon hadir tapi mana perginya lain-lain AJKnya? Harap YDP Kawasan pesan sesuatu kepada mereka ini tentang tanggung jawab mereka terhadap jemaah.Mereka sepatutnya tahu peranan mereka.

Kalau tidak dapat hadir, sepatutnya hantarlah wakil masing-masing , atau setidak-tidaknya menalipon atau SMS macam ahli biasa si Ajijoi atau Timbalan 3 PJ PAS Perak, Hj Asmuni Awi.

Ketua Lujnah Urusan Ulama sepatutnya membantu menguruskan soal solat jenazah – hubungi kalangan ‘ulama’ terdekat lingkungan kawasan Gopeng ini; bukan nak panggil seluruh Perak. Beliau juga sepatutnya mempastikan tentang kehadiran untuk majlis tahlil. Inilah antara peluang kita mendampingi masyarakat setempat.

Begitu juga dengan Pusat Khidmat Masyarakat.Saya lihat tiada ‘khidmat’ yang di sumbangkan selain sampul berisi RM50.00.Maksud saya , biarlah masyarakat nampak ‘peranan’ Pusat ini . Janganlah Pusat Khidmat Masyarakat ini jadi macam ‘Pusat’ diperut kita – tersorok dan dilindungi sebagai anggota ‘aurat’ tubuh badan kita!

Alangkah besarnya hati kita, apabila orang melihat kehebatan jemaah kita yang selama ini bercakap tentang : NEGARA KEBAJIKAN , UKHWAH ISLAMIYAH ....blah..balah ...blah...

Berdetik dihati saya, agaknya, kalau anak kucing MB Nizar yang mati , tentu masing-masing akan berebut-rebut berkejar ke residensi MB untuk mengucapkan takziah masing-masing....
Memang kita hebat berkokok. Berkokoklah seterusnya hingga saat umno menyembeleh kita semua!

Lihat Gambaran Sebenar PAS Gopeng
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...