GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, June 24, 2009

Ceramah Bubar DUN Perak di Ipoh

Pakatan Rakyat Parlimen Gopeng akan meneruskan ceramah road shownya bertemu rakyat , menjelaskan isu sebenar yang melanda perak bagi tujuan mendesak Umno/BN yang merampas negeri Perak dengan cara yang sangat keji dan tidak beretika supaya segera membubarkan DUN Perak.

Demuikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Gopeng, Saudara Omar Sarafudin. Menurutnya lagi, program tersebut telah pun mendapat persetujuan pihak polis Daerah Ipoh.

Kali ini, ceramah tersebut akan diadakan di Dewan Dato’ Ahmad Said, Sungai Rokam, Ipoh, pada Ahad 28 Jun 2009 bermula jam 9.00 malam.Orang ramai dijemput supaya hadhir untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat yang tepat berhubung perkembangan sebenar politik negeri Perak.

Dua penceramah sensasi akan turut mengambil bahagian , seperti Tuan Speaker, YB V.Sivakumar dan YB Nga Kor Ming. Lain-lain penceramah, tidak kurang juga kehebatannya ialah, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye(gambar atas), PJ baru Perak, Ust Abu Bakar Hussein, Setiausa PKR Perak, Saudara Anuar Zakaria, Timb YDP Pas Gopeng, Saudara Radzi Zainon.

Orang ramai digalakan memakai baju hitam atau memakai lilitan hitam ’Bubar Dun’ dikepala.
Comments
4 Comments

4 comments :

tok_gajah said...

Orang melayu/Islam harus sedar PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam.

Perjuangan PAS hari ini se mata2 untuk berkuasa. Nik Aziz, Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang semuanya ber cita2 untuk ke Putera Jaya.

Perjuangan Islam dalam PAS sudah terkubur apabila PAS sanggup bersengkokol dengan DAP.

DAP serpihan dari PAP yang memerintah Singapura sekarang. Prinsif parti itu ialah menyamaratakan semua kaum dan bangsa.

Tetapi lihat sekarang, apa dah jadi kepada melayu Singapura, melayu Singapura sudah kehilangan kuasa politiknya secara total.

rusdiyk said...

Bosan pada melayu yang masih mencanangkan ketuanan melayu.Usah bicara tentang ketuanan melayu jika untuk mengekalkan ketuanan itu semuanya dilacurkan.Institusi yang sepatutnya bebas, ditunggang tanpa rasa malu.Apa nak dibanggakan kalau untuk mendapat kuasa institusi polis dan mahkamah dijadikan perisai. Malulah pada ketamadunan manusia yang maklumatnya sekarang bersifat langit terbuka.

rusdiyk said...

Dah letih mendengar retorik ketuanan melayu.Patutnya mereka yang melaungkan isu perkauman ini didakwa kerana menghasut.Zaman ini yang diperlukan untuk memajukan negara bangsa ialah jatidiri. Jangan bicara pasal melayu kalau untuk berkuasa tidak malu merampas kuasa.Peristiwa Perak dan persidangan DUN Perak jelas dan nyata kuasa didapati dari semua institusi yang sepatutnya bebas dari tunggangan politik. Hakikatnya Islam tidak pernah membezakan bangsa dan warna kulit.Lagipun ustaz ambo bagi tahu, jikalau kuasa yang kita dapat ada unsur yang haram maka gajinya pun haram.

mulutlancang said...

Tok Gajah, Umno yang sebenarnya telah sampai ke penghujungnya -tengah tercungap-cungap kini tunggu masa nak tenggelam.Singapura lebih maju dari M'sia kerana tidak ada Melayu yg korup seperti diMalaysia.Apasal malaysia sanggup berlutut sembah kpd Singapura dgn projek ISKANDAR tu? Ingatlah,perjuangan Umnolah yg meyebabkan Singapura terlepas dari kuasa org Melayu. Walau bagaimana pun orang Melayu Singapura tidaklah terhegeh-hegeh dtg ke Johor seperti mana org Malaysia berpusu-pusu ke Singapura mencari pekerjaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...