PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Sunday, June 14, 2009

Kempen Daftar Pengundi Baru

Agak rumit juga nak
memasang banner stand nih!


Gembira apabila berjaya memasang sepandok ...


Hari ini, saya dan beberapa rakan buat operasi pendaftaran pendaftar pemilih baru dikawasan kami di Sungai Rokam dan Pekan Razaki.

Sambil bersantai kami menunggu orang
ramai untuk mendaftar sebagai pengundi baru

Penumpuan kami disekitar kawasan di sebuah restoran dimana kami hampiri mereka yang kelihatan dah cukup umur supaya mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Antara yang datang untuk mendaftar

Kami juga mengadakan kunjungan ke beberapa rumah yang sebelumnya telah kami kenalpasti bagi tujuan tersebut.

Kunjungan ke rumah juga di buat

Operasi hari ini agak mengembirakan kerana kami berjaya mendaftarkan seramai 50 orang pengundi baru sambil bersantai direstoran tersebut, bermula jam 8.30 pagi hingga ke tengahari.

Terima kasih kepada petugas-petugas - Zainol,
Pahrol, Pahkhurazi,Che Mat , Azua dan lain-lain lagi...

Kami akan meneruskan usaha begini di minggu hadapan dan seterusnya di lain tempat tumpuan orang ramai seperti Pasar Tani dan Pasar Malam. Operasi tersebut kami lakukan atas nama SPR.
Comments
2 Comments

2 comments :

dugong_darat said...

tahniah Pak Alhusseyn and the geng...

Usaha ini amat la pentingnyer kepada negara...

Baru teringat nak promote, tapi pak Husseyn siap dah buat dah...

Tahniah sekali lagi...

alhusseyn said...

Satu usaha yang berterusan , insya'Allah.PAS Perak akan melancarkan Gerak kerja begini esok utk mempastikan Pas akan mendapat kemenangan besar nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...