BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Monday, March 29, 2010

Kebakaran yang hampir meragut 6 nyawa di Ipoh

Rumah yang terbakar

Satu kebakaran yang hampir meragut 6 jiwa dan melibatkan sebuah kediaman telah berlaku diawal pagi tadi di Jalan Dato Daman Huri, Rapat Setia Ipoh.

Syukur alhamdulillah,dengan kehendak Allah, salah seorang anak keluarga tersebut telah bertindak nekad dan pantas, lalu dapat mengelakan kemalangan jiwa daripada berlaku.

Menurut Normansor Hj Mat Jini (gambar), ketua keluarga mangsa kebaran tersebut, beliau telah diberitahu oleh jiran sebelah rumahnya pada jam 4.30 pagi melalui talipon. Ketika itu beliau sedang berada dikilangnya di Jelapang.

“Saya keluar rumah jam 4.00 pagi lagi. Saya bergegas balik kesini setelah jiran memaklumkan melalui talipon dan bila sampai disini jam 5.00 pagi lebih kurang, saya lihat 4 buah kereta bomba baru sampai ,” katanya.

DS Hj Nizar dan isteri seawal jam 8.00 pagi telah berada
dilokasi berkenaan.Normansor inilah yang telah membawa
Nizar ke hospital sewaktu Nizar terlibat dalam kemalangan
kereta sedikit masa dulu

“ 6 orang, anak-anak dan isteri saya mengurungkan diri didapor rumah.Mereka dalam keadaan cemas dan mamai lalu tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.Mujurlah anak yang seorang lagi tu cerdik sikit lalu keluar membuka pintu depan rumah serta memanggil mereka supaya keluar rumah,” terang Normansor sambil menunjukan kearah salah seorang daripada 5 orang anak-anaknya yang terperangkap dalam rumah yang sedang marak terbakar.

Dua orang anak Normansor menggeledah sisa kebakaran
mencari apa yang masih ada...

Setelah mereka keluar dari rumah yang sedang marak terbakar itu dan dalam keadaan yang cemas, tiba-tiba mereka teringat kepada adik bungsu mereka yang sedang lagi tidur didalam bilik, lalu salah seorang daripada mereka meluru semula kedalam bilik tidur dan membawanya keluar bersama.

Anak inilah yang telah bertindak nekad dan pantas
menyelamatkan keluarganya.

Kebakaran dipercayai bermula dari bilik hadapan yang tidak berpenghuni ketika kejadian itu berlaku.Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihak Bomba.

Siisteri dengan rasa hiba memerhatikan sisa yang masih ada ...

Ditanya tentang anggaran kerugian, Normansor menyatakan tidak dapat dianggarkan buat masa kini tetapi katanya, ianya melibatkan kerugian yang agat besar kerana melibatkan beberapa dokumen-dokumen penting termasuk perjanjian kontrak perniagaan dengan sebuah syarikat antara bangsa tertentu. / end
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...